Pelukan Angkasa dinobatkan juara AJL ke-36
Pelukan Angkasa dinobatkan juara AJL ke-36
Pelukan Angkasa, komposer Raja NAzrin Shah dan penulis lirik Fazleena Hishamuddin dendangan SOG x Shila Amzah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 dengan membawa pulang RM100,000 dan sebuah trofi.
Lagu ini menumpaskan 12 lagu finalis yang dibarisi komposer ternama dan dinyanyikan oleh penyanyi popular tanah air.
Naib juara dimenangi lagu Cinta disampaikan oleh Marsha Milan, komposer oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim dan lirik oleh Hang Nadim memenangi RM50,000 dan trofi.
Tempat Ketiga jatuh kepada lagu Mimpi dicipta dan lirik oleh Haqiem Rusli dan Datuk A.Aida membawa pulang RM30,000 dan trofi.
Manakala Aina Abdul dengan lagu Sepi dipilih bagi vokal terbaik dengan RM12,000 dan Marsha Milan dengan lagu Cinta untuk persembahan terbaik dengan hadiah wang RM 18,000 dan trofi.
Aina Abdul dan Khai Bahar dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Popular dan menerima RM5,000 dan trofi.
Dua belas lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL ke-36,
- Haqiem Rusli : Mimpi
- Aina Abdul : Sepi
- Aina Abdul & Khai Bahar : Nafas Cinta
- Ernie Zakri : Boneka
- Naim Daniel : Purnama
- SOG X Shila Amzah : Pelukan Angkasa
- Bunga & Noraniza Idris : Intan Payung
- Yonnyboi : Salahku
- Shiha Zikir & Noki : AEWO
- Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli : Lara
- Siti Nordiana : Angkara
- Marsha Milan : Cinta
Anugerah Juara Lagu ke-36 disiarkan secara langsung oleh stesen TV3 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Perdagangan Dunia Putra, di ibu kota, semalam.
Dalam memilih lagu terbaik, jemaah juri profesional yang berpengalaman luas dalam dunia muzik telah dilantik untuk melaksanakan penilaian berasaskan kualiti lagu yang mana ia merangkumi aspek melodi dan penulisan lirik.
Barisan juri profesional yang dilantik adalah Dato Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Dato Syafinaz Selamat Altimet, Helen Yap, LY, Datuk Acis dan Edrie Hashim.-SAHIH.
Foto : TV3