LELAKI TERSANGKUT ATAS POKOK KEKABU
Lelaki tersangkut atas pokok kekabu.
TEMERLOH:Seorang lelaki Melayu berumur 41, berjaya diselamatkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Temerloh apabila tersangkut di atas pokok di kampung Teluk Sentang hari ini.
Lelaki terbabit dikatakan tidak dapat turun kerana mengalami sakit pinggang selepas dia memanjat sebatang pokok kekabu.
Ketua Operasi Bomba Bukit Angin, Mohd Firdaus Mahayudin berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 10 pagi
dan sampai ke lokasi pada jam 10.20 pagi.
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin dan Temerloh bersama sebuah jentera dan ambulan dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Didapati seorang lelaki tersangkut di atas pokok ketinggian lima meter dan lelaki itu tidak dapat turun kerana mengalami sakit di bahagian pinggang.
“Lelaki tersebut berjaya di bawa turun oleh anggota Bomba pada pukul 11 pagi dengan menggunakan tangga,” katanya.
Beliau berkata mangsa dikatakan mengambil upah melakukan kerja memotong dahan pokok kekabu.
Menurut orang ramai, dahan yang di potong mengenai bahagian pinggang lelaki tersebut dan beliau berasa sakit dan tidak mampu untuk bergerak turun.
Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat bagi menurunkan mangsa dan diberikan rawatan awal oleh anggota.
Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dengan sebuah ambulans.-SAHIH