KELADI GUINE 916 GOLD RM100,000 BUKAN UNTUK DIJUAL
Keladi Guine 916 Gold RM100,000 bukan untuk dijual
PETALING JAYA – Orang nak RM100,000 kita tak jual, jual tak ada untung simpan tak ada rugi.
Itu antara kata-kata seorang penjual pokok hiasan jenis keladi menerusi satu klip video di laman aplikasi TikTok milik @pemburujanda8339.
Menurut penjual tersebut, dia ditawarkan oleh seorang pembeli yang ingin membeli pokok keladi miliknya jenis Guine 916 Gold dengan harga kira-kira RM100,000.
Bagaimanapun kata penjual tersebut, dia tidak akan menjual keladi kesayangannya itu kerana ingin membiakkan bakanya.
“Kita simpan untuk jual anak (benih), benih ini sahaja pun RM3,000 hingga RM4,000,” jelas penjual itu.
Menerusi klip video berdurasi 32 saat itu, kelihatan pokok keladi tersebut turut dirantai oleh pemiliknya, mungkin bagi mengelakkan ia di curi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikah sebenar klip video itu dirakam, namun berdasarkan dialek lelaki itu dia dipercayai dari sebuah negeri di Pantai Timur.
Susulan perkongsian lekaki itu, rata-rata netizen terkejut dengan harga keladi terbabit yang hampir menyamai harga sebuah Proton X70.
“Harga dia (keladi) dah boleh beli Proton X70 baharu dengan spesifikasi tinggi. Tetapi hobi orang berlainan, ada yang sanggup beli demi hobi,” kata Hajar Abdullah, lapor kosmo online
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Anis Putri.
“Dulu pokok keladi orang kampung biar di belakang rumah dan kawasan semak sahaja kerana tiada harga. Tetapi sekarang jual keladi boleh ‘buat’ duit,” ujarnya.
Gambar : Media sosial