KES COVID-19 TERKAWAL, JEPUN BERSEDIA BUKA SEMPADAN UNTUK 5,000 PELANCONG LUAR NEGERA
Terkini Jepun bercadang untuk membuka sempadan negara memandangkan kes COVID-19 terkawal di negara itu.
Untuk permulaan, sebanyak 5,000 pelancong yang dibenarkan memasuki sempadan berbanding 3,500 pada had semasa.
Memetik laporan daripda Kyodo News, peningkatan pelancong dikuatkuasa pada 26 November 2021 dengan mempunyai kawalan kesihatan ketika pelancong tiba di lapangan terbang.
Sebelum ini Jepun hanya membenarkan kemasukan warga asing hanya untuk tujuan perniagaan, pelajar dan pelatih teknikal dan perlu menjalani tempoh kuarantin COVID-19 selama 10 hari dan 14 hari kepada pelancong biasa.