Empat deretan rumah dan kedai hangus terbakar
Empat deretan rumah dan kedai hangus terbakar
TEMERLOH – Sebanyak empat deretan buah rumah dan kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Batu 1 di Temerloh awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, Ismail Abdul Ghani, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan dua lot bangunan kayu hangus terbakar keseluruhannya.
Menurutnya, kejadian kebakaran ini tiada melibatkan kemalangan jiwa dan sebarang kecederaan direkodkan.
“Sehingga pagi ini pihak bomba masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian,”katanya di sini hari ini.
Seramai 22 anggota bomba dengan lima jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 4.17 pagi dan api berjaya dikawal pada pukul 5.10 pagi- SAHIH