PKD KLANG SEDANG USAHA CARI DAN PINDAH CAC DI SERI ANDALAS KE TEMPAT SESUAI
PKD KLANG SEDANG USAHA CARI DAN PINDAH CAC DI SERI ANDALAS KE TEMPAT SESUAI
KLANG: Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang menilai tahap pengidap positif Covid-19 yang diadakan di Dewan Sukan Klang, Taman Seri Andalas menjadi kebimbangan penduduk berdekatan berjaya diselesaikan, semalam.
Tindakan segera Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, menghubungi Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu itu.
Beliau bersama Pengerusi Surau An- Naim dan Persatuan Penduduk Seri Mersing, Taman Seri Andalas dan beberapa orang pegawai hadir ke PKD Klang untuk mendapatkan penjelasan dan menyampaikan kegusaran penduduk melalui memorandum bantahan kepada pihak PKD Klang berkenaan isu itu, pagi semalam..
“Penularan melalui laman sosial terdapat rungutan orang ramai khususnya penduduk Taman Seri Andalas yang bimbang akan dijangkiti wabak itu memandangkan begitu ramai orang yang telah dijangkiti wabak itu berbaris panjang sehingga ke jalan raya untuk mendapat penilaian ujian.
“Alhamdulillah, PKD bersetuju untuk menyemak semula dan cadangan memindahkan ke lokasi lain bagi CAC berkenaan tetapi memohon diberi sedikit masa untuk mencari lokasi yang sesuai,” katanya melalui Facebooknya.
Katanya, PKD akan melakukan tindakan segera dengan mengadakan perbincangan bersama ‘task force’ melibatkan semua agensi berkaitan dan penambahbaikan dari segi keadaan lalu lintas dengan kerjasama pihak polis dan MPK.
“Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi pesakit yang akan hadir ke CAC, menyediakan lokasi tempat letak kereta yang sesuai untuk pesakit serta menyediakan plan laluan sesuai bagi membolehkan Surau dibuka dan tidak menggangu penduduk sekitar.
“Semoga perbincangan ini memberi kebaikan kepada kita semua, semoga ianya dapat membantu mengurangkan dan seterusnya menghapuskan Covid 19 di dalam Daerah Klang ini,” katanya.
Katanya, seterusnya turut membantu dan menyokong barisan hadapan (Frontliners) yang terus menerus bertarung nyawa, tenaga dan masa bagi memastikan keselamatan kita semua.-SAHIH.