BINCANG LAIN, UMUM LAIN
BINCANG LAIN, UMUM LAIN
KUALA LUMPUR: Persatuan Cina mendakwa tuntutan mereka tidak dipenuhi semasa perbincangan dengan kerajaan berhubung prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 12 dan 13 Februari nanti.
Ini setelah SOP yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob pada 4 Februari lalu, menerima bantahan dari orang ramai termasuk ahli politik.
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dalam satu kenyataan mendakwa bahawa SOP yang diumumkan tidak menggambarkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan sebelum ini.
GAMBAR IHSAN MALAYSIAKINI
Menurut ketua bahagian wanita KLSCAH, Ng Geok Chee, yang menghadiri perjumpaan yang diadakan secara dalam talian itu, terdapat perbincangan untuk membenarkan kurang daripada 20 ahli keluarga untuk jamuan makan besar keluarga (family reunion dinner).
Sebaliknya, SOP yang dikeluarkan mengatakan, hanya ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama yang dibenarkan untuk jamuan makan besar keluarga.
Ketua Abbess Fo Guang Shan Malaysia, Jue Cheng, memberitahu Malaysiakini bahawa tidak ada keputusan dicapai semasa perbincangan dalam talian. Sebaliknya, kerajaan hanya mengumpulkan pendapat mereka saja.
Dia menambah persatuan Fo Guang Shan hanya menghadiri pertemuan pertama, walaupun mereka dijemput untuk kedua-dua sesi pada 12 dan 18 Januari lalu.
Sebelum ini, Kementerian Perpaduan Nasional mendakwa terdapat 21 persatuan agama dan budaya Cina yang telah dimaklumkan mengenai pertemuan itu.
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dalam satu kenyataan mendakwa bahawa SOP yang diumumkan tidak menggambarkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan sebelum ini
Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Tan Yew Sing pula memberitahu Malaysiakini wakil mereka hanya menghadiri salah satu daripada dua sesi dialog tersebut.
“Masalah jamuan makan besar keluarga keluarga dan lawatan rumah tidak dibincangkan pada sesi pertama pada 12 Januari,” katanya.
Setelah menerima kecaman Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan versi terkini SOP pada 5 Februari, dengan memadam had 20 orang dibenarkan untuk jamuan makan besar keluarga.
Walau bagaimanapun, versi baru SOP menyatakan bahawa perayaan itu akan terhad kepada anggota keluarga yang sama yang tinggal bersama tetapi menghapus perkataan ziarah ahli keluarga di rumah yang sama.