300 AKAUN FB PALSU DIKESAN
Berita Global
300 AKAUN FB PALSU DIKESAN
MANILA: Kira-kira 300 akaun Facebook palsu yang dikendalikan oleh dua rangkaian di China dan Filipina dilihat berusaha untuk merosakkan reputasi Presiden, Rodrigo Duterte dan Beijing, telah dihapuskan.
Rangkaian China yang terdiri daripada 155 akaun Facebook, 11 halaman Facebook, sembilan kumpulan Facebook dan enam akaun Instagram, memaparkan hantaran memuji tindakan Beijing di Laut China Selatan, menyokong anak perempuan Duterte, Sarah Duterte-Carpio, iaitu Datuk Bandar Davao untuk pemilihan presiden dan menyerang sebuah laman berita dalam talian yang amat kritikal untuk dasar Duterte.
Ia juga memuatkan kandungan sokongan terhadap kedua-dua pihak pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS).
Rangkaian Filipina pula terdiri daripada 57 akaun Facebook, 31 halaman Facebook dan 20 akaun Instagram dihubungkan dengan pasukan keselamatan Filipina dan menyasarkan kumpulan sayap kiri.
Ketua Dasar Keselamatan Siber Facebook, Nathaniel Gleicher, berkata kedua-dua rangkaian ditutup kerana melanggar dasar Facebook mengenai ‘menyelaraskan tingkah laku tidak sah’.
“Dalam setiap kes, orang di belakang aktiviti ini bekerjasama antara satu sama lain dan menggunakan akaun palsu sebagai sebahagian utama operasi mereka untuk menyebabkan orang ramai salah faham mengenai siapa mereka dan apa yang mereka dilakukan,” katanya.
Facebook mengatakan bahawa akaun di China dengan hantaran dalam bahasa Filipina, Inggeris dan Cina, ‘menyerang’ latihan angkatan laut Amerika Syarikat di Laut China Selatan, menyebarkan komen Duterte yang memihak kepada China, dan memuji tindakan keras China yang melakukan tunjuk perasaan di Hong Kong.
Sebahagian besar akaun dikaitkan dengan pengguna di wilayah Fujian China. Ia berjaya menarik perhatian sekurang-kurangnya 133,000 pengikut, manakala 20 kumpulan dan halaman Facebook menarik kira-kira 61,000 ahli.
Rangkaian itu juga berusaha mendorong Duterte-Carpio mencalonkan diri sebagai presiden pada tahun 2022.
Duterte-Carpio mengetuai gabungan politik yang hampir menguasai pemilihan Senat dua tahun lalu.
Rangkaian Filipina yang mempunyai kira-kira 276,000 pengikut, didapati berasal dari unit polis dan tentera yang dilihat mempunyai komplot komunis untuk menggulingkan pemerintah.
Sekurang-kurangnya 300 aktivis yang dikaitkan bersimpati terhadap komunis terbunuh sejak Duterte menjadi presiden pada tahun 2016 dalam apa yang disifatkan oleh golongan hak asasi sebagai kempen untuk menghapuskan pengkritik Duterte.
Mejar Jeneral Edgard Arvelao menafikan tentera yang menyokong belakang rangkaian akaun palsu itu.
- AGENSI