KEMAS KINI SOP SIJIL HALAL
KEMAS KINI SOP SIJIL HALAL: KENAL PASTI SEGERA KELEMAHAN
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui wujud kelemahan prosedur operasi standard (SOP) dalam pembanguan pensijilan halal hingga menyebabkan daging import diragui status halal.
Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM, Datuk Dr Sirajudin Suhaimee, berkata dalam membangunkan SOP itu, JAKIM tidak bekerjasama dengan beberapa agensi lain.
BH ONLINE melaporkan , JAKIM bersedia mengemas kini dan mengenal pasti SOP yang menyebabkan ketirisan bagi memastikan daging import yang diragui status halalnya, tidak berlaku lagi pada masa depan.
“Kalau nak kata tidak (ada kelemahan), ia adalah mustahil sebab kita sebagai manusia mesti ada kesilapan berlaku.
GAMBAR HIASAN
“SOP itu sudah ada sejak sekian lama. Berlaku ketirisan di beberapa aspek yang perlu dikemas kini dan diperkuat supaya ia tak berlaku lagi,” katanya melalui segmen tanya JAKIM bertajuk ‘SOP Halal: Di mana Silapnya’ yang disiarkan di laman FACEBOOK JAKIM, di sini hari ini.
Beliau berkata, JAKIM bukan satu-satunya agensi yang menguruskan proses pensijilan halal dan pengimportan daging halal ke negara ini hingga sampai ke tangan pengguna.
Katanya, terdapat 344 agensi yang terbabit dalam keseluruhan proses pensijilan halal dan JAKIM tidak terbabit dalam keseluruhan proses pengimportan daging sejuk beku ke negara ini.