RENUNGAN TAJAM OMAYRA SÁNCHEZ HANTUI SELURUH DUNIA
RENUNGAN TAJAM OMAYRA SÁNCHEZ HANTUI SELURUH DUNIA
Pada 13 November 1985, gunung berapi Nevado del Ruiz yang sangat aktif di Colombia tiba-tiba meletus dan mengeluarkan lahar menuruni lereng bukit dengan kelajuan 50 kilometer sejam, menghancurkan beberapa kampung berdekatan.
Pihak pemerintah Colombia telah menerima amaran supaya pemindahan penduduk dibuat dua bulan sebelum gunung berapi itu meletus, namun amaran itu tidak diendahkan.
International The News melaporkan , kejadian Nevado del Ruiz itu mengorbankan 22,000 penduduk, termasuk gadis berusia 13 tahun, Omayra Sánchez yang gambarnya dengan renungan tajam menghantui seluruh dunia.
Kejadian itu juga dikenali sebagai Tragedi Armero.
OMAYRA SÁNCHEZ - RENUNGAN YANG TAJAM SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Omayra Sánchez adalah seorang mangsa yang tidak dapat diselamatkan kerana bantuan dari pihak pemerintah lambat tiba di lokasi kejadian.
Dia terperangkap di bawah runtuhan rumah yang ranap akibat rempuhan lahar gunung berapi yang ganas.
Kaki Omayra Sánchez ditindih serpihan dinding simen pintu rumahnya dan lengan ibu saudaranya yang terkorban turut memegang erat dia dari bawah runtuhan itu.
Penduduk tempatan berusaha menyelamatkan kanak-kanak malang itu, walaupun pada masa itu air sungai di kawasan rumahnya semakin meningkat akibat aliran lumpur memenuhi sungai berkenaan.
Selepas bertarung nyawa hampir 60 jam, akhirnya Omayra Sánchez meninggal dunia dipercayai akibat gangrene atau hypothermia.
Di saat-saat akhirnya, dia sempat bergurau dengan penyelamat dan berhalusinasi takut dimarah cikgunya kerana tidak dapat ke sekolah lagi.
Seorang jurufoto Perancis, Frank Fournier yang sampai di tempat kejadian pada waktu subuh 3 hari selepas letusan gunung berapi itu berlaku.
FRANK FOURNIER-JURUFOTO
Frank Fournier sempat mengambil gambar dan video saat-saat akhir Omayra Sánchez, 3 jam sebelum dia meninggal dunia.
Dalam foto itu jelas kelihatan Omayra Sánchez telah lemah, wajahnya pucat dan mata beliau keseluruhan telah hitam.
Air kawasan runtuhan tersebut juga telah meningkat sehingga paras tengkuk.
Di saat-saat akhir air sungai telah meningkat sehingga paras tengkuk Omayra Sánchez.
Frank Fournier juga merakam video Omayra Sánchez melambai-lambai tangannya dan memohon maaf pada ibunya sebelum dia meminta pasukan penyelamat berhenti membantunya dan biarkannya tenang sehingga dia meninggal dunia.
Gambar dirakam Frank Fournier ini telah memenangi foto tahunan World Press Photo 1986.
Walaupun Frank Fournier dikritik kerana lebih mengutamakan merakam saat itu berbanding menolong Omayra Sánchez, namun beliau mempunyai alasan tersendiri.
Beliau menjelaskan bahawa kejadian tersebut menghantuinya di mana semasa beliau sampai di sana, beliau terdengar bunyi jeritan mangsa korban dan lama-kelamaan bunyi jeritan tersebut hilang dan kejadian itu sengat menakutkan beliau.
Frank Fournier tahu beliau tidak mampu untuk menyelamatkan nyawa Omayra kerana kekangan alatan dan satu-satunya perkara yang beliau mampu buat ialah dengan merakam foto dan video Omayra Sánchez untuk melaporkan keberanian dan penderitaan gadis kecil itu kepada dunia.
Selepas kejadian itu berlaku, kerajaan Colombia menerima kecaman hebat dunia akibat lambat bertindak dalam kejadian tersebut walaupun amaran letusan gunung berapi itu telah dikeluarkan dua bulan awal, namun tiada tindakan drastik diambil.
Orang ramai yang berkabung akan kejadian itu berarak di jalan raya dengan membawa kain rentang berbunyi “Gunung berapi itu tidak membunuh 22,000 penduduk, pemerintah membunuh mereka.”