PINTU SEMPADAN IRAQ, ARAB SAUDI DIBUKA
BUKA SEMULA PINTU SEMPADAN UNTUK HUBUNGAN PERDAGANGAN ORANG RAMAI
BAGHDAD: Iraq dan Arab Saudi hari ini, membuka semula pintu sempadan di laluan gurun Arar, keputusan yang ditunggu-tunggu bagi hubungan perdagangan lebih erat, selepas 30 tahun sempadan darat kedua-dua negara itu ditutup.
Pegawai atasan termasuk Menteri Dalam Negeri Iraq dan Ketua Suruhanjaya Sempadannya tiba dari Baghdad untuk membuka Arar secara rasmi.
Duta Arab Saudi ke Iraq turut hadir bersama rombongan dari Riyadh, membuka sempadan sebelah Arab Saudi.
Seperti dipetik dari BH Oline yang dilaporkan AFP, Arar akan dibuka kepada perdagangan dan orang ramai selepas Riyadh memutuskan hubungan diplomatik dengan Baghdad, pada 1990, susulan pencerobohan Kuwait oleh bekas diktator Iraq, Saddam Hussein.
Hubungan kekal keruh sejak itu, tetapi Perdana Menteri Iraq yang baharu, Mustafa al-Kadhemi mempunyai hubungan erat dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Kadhemi mengadakan lawatan ke Arab Saudi, iaitu kunjungan luar pertamanya sebagai Perdana Menteri pada Mei lalu, tetapi lawatan itu dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Raja Saudi Salman dimasukkan ke hospital.
Beliau bagaimanapun belum melakukan kunjungan, walaupun menteri Iraq sudah mengunjungi Riyadh untuk bertemu dengan rakan sejawatan, selain delegasi tertinggi Arab Saudi melawat ke Baghdad, minggu lalu.
Baghdad melihat Arar sebagai alternatif berpotensi bagi memasuki negara jiran, Iran, yang Iraq membawa sebahagian besar importnya.