WAKTU PKP NAFSU BINATANG TIMBUL
WAKTU PKP NAFSU BINATANG TIMBUL
PASIR PUTEH: Seorang bapa empat anak tergamak merogol anak gadisnya berusia 16 tahun ketika isterinya keluar bekerja dalam kejadian di Kampung Merkang, di sini.
Kegiatan jijik itu terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek berusia 51 tahun itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Azmir Damiri berkata, suspek ditahan di rumahnya sebaik menerima laporan.
Katanya, mangsa tinggal bersama suspek yang juga ayah kandung bersama ibu dan tiga adik beradik yang lain.
“Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu suspek masuk ke dalam bilik tidur mangsa dan merogol mangsa ketika ibu mangsa keluar bekerja dan adik beradiknya masih tidur.
“Mangsa turut memaklumkan kejadian dirinya dirogol suspek berlaku beberapa kali sebelum ini sejak tiga bulan lalu,” katanya.
Azmir berkata, sebelum ini mangsa tidak bercerita kepada sesiapa kerana bimbang dimarahi dan dipukul suspek, lapor BH ONLINE
Katanya, suspek ditahan dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.