TOK BATIN, BAPA SAUDARA DAN SEPUPU DITUDUH ROGOL REMAJA PEREMPUAN
TOK BATIN, BAPA SAUDARA DAN SEPUPU DITUDUH ROGOL REMAJA PEREMPUAN
TEMERLOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah dirogol oleh sepupu, bapa saudara dan datuk tirinya yang juga Tok Batin di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Sendayan Kerdau Temerloh sejak awal Februari 2017, jam 9.00 malam hingga 28 Mac 2021, pada jam 12.00 tengah hari.
Mangsa anak pertama daripada 3 beradik yang dijaga oleh neneknya ketika berusia 8 tahun dan adik keduanya 6 tahun sejak ibu dan bapanya bercerai pada tahun 2016.
Kejadian itu diketahui oleh ibu mangsa melalui kawan karib anaknya pada 3 Jun lalu, mangsa memaklumkan kepada kawannya yang dia sudah tidak mempunyai dara akibat dirogol oleh tiga lelaki yang dikenali.
“Selepas mengetahui kejadian itu daripada kawan karib anak saya, saya bertanya anak saya bagaimana, di mana kejadian berlaku dan siapa melakukannya.
“Anak saya memaklumkan sepupu, bapa saudara dan datuk tirinya telah merogolnya di rumah nenek di Kampung Paya Sedayan, Kerdau,” katanya.
Katanya, oleh kerana bimbang keselamatan anaknya, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kerdau , kira-kira jam 3.35 petang, pada 8 Jun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintenden Yusri Othman berkata, mengesahkan menerima laporan tersebut dan pegawai penyiasat terus ke tempat kejadian pada jam 5.30 petang pada hari yang sama.
“Hasil maklumat, ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 60 tahun itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.
“Manakala mangsa masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh,” katanya. –SAHIH.