TIDAK SANGKA IBU DAN BAPA TIADA SEKELIP MATA DI KAMPUNG KEMAHANG HULU
TIDAK SANGKA IBU DAN BAPA TIADA SEKELIP MATA DI KAMPUNG KEMAHANG HULU
DIBUNUH OLEH ANAK SENDIRI
LIPIS: Kakak kepada suspek yang dituduh membunuh ibu dan bapanya mendakwa adiknya merupakan seorang yang baik dan ceria
Wanita yang dikenali sebagai Aishah berusia 33, hampir dua tahun tidak balik ke kampung disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak menjangka kejadian itu boleh berlaku.
“Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini kira-kita jam 1.00 pagi tadi dan bergegas mengambil suami yang bekerja di Kelantan untuk pulang bersama ke Kampung Kemahang Hulu dan tiba di kampung pada jam 7.00 pagi tadi.
“Tiba di kampung, mayat kedua ibu bapa saya telah dibawa ke Hospital Lipis,” katanya kepada wartawan di rumahnya di Kampung Kemahang Hulu, hari ini.
Selanjutnya berkata, dia tidak tahu kejadian berkenaan sepenuhnya kerana menetap di Kuala Terengganu dan tidak pulang ke kampung sejak dua tahun lalu.
“Sebelum ini, melalui perbualan melalui telefon dengan ibu saya, memaklumkan adik saya dalam keadaan biasa dan tidak menunjukkan sebarang keraguan kepada keluarga kerana adik saya tinggal bersama mereka.
“Setahu saya, adik saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan, sebelum ini dia suka bergurau dengannya bila balik ke kampung, saya redha dengan ujian Allah SWT dan menyerahkan kepada siasatan pihak polis dan sedia membantu siasatan.
Katanya, dia juga berterima kasih kepada penduduk Kampung Kemahang Hulu yang membantu menguruskan jenazah kedua ibubapanya dihantar ke hospital.
Sementara Itu, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebelum kejadian dikatakan lelaki (suspek) seorang penganggur berusia 31 tahun sedang berbual dengan bapanya berusia 68 tahun dan ibunya (64) berkaitan dengan ilmu keagamaan dan ketuhanan kira-kira pada jam 10.30 malam, semalam.
“Tidak lama kemudian ibu suspek masuk ke dalam bilik dan suspek meneruskan perbualan dengan bapanya.
“Dikatakan suspek melihat mata hitam bapanya seperti hendak menyerangnya dan mengambil parang dalam bilik dan menetak bapanya sehingga ayahnya merayu ‘dah, dah, dah dan terus berlaku pergelutan,” katanya.
Katanya, sejurus mendengar bunyi di luar bilik, ibu suspek keluar dan melihat kejadian dan pergi menghampiri suaminya untuk membantu tetapi suspek terus menyerang ibunya dengan menetak dan menikam di bahagian di leher dan kepala.
“Ibu suspek terus melarikan diri keluar dari rumah dan rebah berhampiran pagar halaman rumah yang jarak kira-kira antara 100 hingga 150 meter dari jalan besar.
Beliau berkata, suspek diberkas oleh orang kampung dalam keadaan bogel dan berlumuran darah, sementara itu seorang penduduk kampung telah pergi ke rumah suspek untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Dalam tinjauan tersebut , orang awam melihat ayah suspek terbaring atas lantai dan tidak bernyawa dan rumah dipenuhi dengan darah, mereka turut menemui ibu suspek terbaring atas rumput berdekatan pagar halaman rumah dan juga tidak bernyawa.
“Orang kampung menghubungi Balai Polis Benta memaklumkan kejadian tersebut dan menahan suspek sehingga anggota polis tiba, suspek menggunakan golok dalam kejadian ini , suspek ditahan di bawah Sek. 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-SAHIH.