5 CARA LATIH OTAK LEBIH KEKAL SIHAT & FOKUS WALAUPUN UMUR MAKIN MENINGKAT
Daya ketahanan, ketajaman, kecekapan dan kepantasan akan semakin berkurang apabila usia meningkat. Selalu terlupa, selalu tertinggal barang, tidak ingat sesuatu perkara dan macam-macam hal lagi.
Tetapi sebenarnya ada senaman ringan dan mudah dapat bantu memelihara kemampuan otak walaupun umur semakin meningkat.
WAKTU TIDUR
Kesihatan otak bergantung pada penjagaan waktu rehat seperti tidur. Jika anda tidur lewat, waktu tidur tidak menentu atau tidur terlalu lama juga akan menjejaskan kesihatan otak.
Tetapkan waktu dengan betul dan sesuai dengan aktiviti seharian. Otak juga perlu berehat dan bersedia untuk menjalankan aktiviti pada esok hari.
BERHENTI MENGGUNAKAN SEARCH ENGINE
Internet menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Mudah, cepat dan tepat segala informasi yang kita perlukan. Tetapi ada kelemahan jika sering menggunakan search engine untuk mencari maklumat.
Membaca adalah salah satu cara untuk mengasah otak lebih tajam dan fokus, Untuk hal-hal yang mudah, cari cara manual seperti buku, surat khabar, majalah dan sebagainya.
BAHASA KETIGA
Selain bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, apa kata belajar bahasa ketiga. Dapat juga keistimewaan dan kelebihan.
Proses pembelajaran mempengaruhi aura positif untuk otak secara keseluruhan.
Belajar perkara baru dapat merangsang perkembangan otak di hippocampus dan cerebral cortex. Bahagian ini adalah kawasan yang menyimpan memori seseorang.
JALAN KAKI
Rajinkan diri untuk lebih banyak berjalan kaki berbanding naik kereta atau motor.
Contohnya, pergi ke masjid atau surau selalu naik motor, apa kata tukar pula jalan kaki. Selain dapat kebaikan lebih banyak, otak juga akan sihat dan tetap fokus.
MAKAN MAKANAN SIHAT
Pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, malah akan memberi kesihatan kepada otak. Makan makanan yang memberi nutrisi secara menyeluruh termasuk otak.
Sebagai contoh, makan makanan yang mengandungi Omega-3 dan kekacang yang mengandungi vitamin E.