5 PERKARA LELAKI CEPAT BOSAN DENGAN PEREMPUAN
5 PERKARA LELAKI CEPAT BOSAN DENGAN PEREMPUAN
Ada orang walaupun personaliti dia ceria dan sering memeriahkan suasana. Tapi dari segi daya penariknya kurang. Sebagai contoh, dalam majlis dia seorang yang riuh dan happy-go-lucky tapi bila berbual secara peribadi, dia seorang yang boring.
Macam mana boleh jadi macam tu? Bukan tak cantik, cuma tak menarik pada pandangan lelaki. Jaga-jaga ye, mata lelaki bijak menilai. Awal-awal lelaki sudah menunjukkan hint yang dia tidak berminat, maksudnya dia akan tinggalkan perempuan tersebut.
Tiada Passion
Walau senakal mana lelaki itu, mereka tetap mempunyai minat terhadap sesuatu perkara. Tidak kira apa pun mereka sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi passion mereka. Perempuan yang tiada passion dianggap membosankan kerana seperti sentiasa tiada semangat dan tidak ada kualiti. Opss!
Terlalu Inginkan Kesempurnaan
Nak nampak perfect di mata semua orang. Terutama di mata keluarga dan kawan-kawan lelaki tu. Semua orang tak sempurna dan ada kekurangan tapi bila perempuan terlalu berusaha untuk menutup segala keburukan supaya orang sekeliling tidak judge, lelaki pun bosan sebab nampak sangat fake!
Suka Cakap Pasal Diri Sendiri
Tiada topik lain selain bercakap tentang diri sendiri. Mungkin rasa terlalu bagus atau tiada simpati pada orang lain. Lelaki akan cepat bosan dan beralih ke topik lain. Paling sedih bila lelaki tidak ada respon dalam perbualan itu.
Tiada Topik Untuk Berbual
Kalau dah perempuan tu selalu sangat bercakap pasal diri sendiri, mereka tidak akan berminat dengan topik lain. Walaupun gossip artis, memasak, bercakap mengenai kerja atau hobi. Tiada perkara lain selain obsess dengan diri sendiri. Confirm, tak sampai seminggu lelaki dah angkat kaki.
Tidak Berani
Maksud di sini bukan tiada keberanian untuk melakukan perkara seorang diri tapi tidak reti untuk menyuarakan pendapat. Terlalu takut pendapat dibantah. Perempuan yang macam ni tidak produktif dan sendu. So, jangan takut untuk bercakap dan keluarkan idea fresh!