Surirumah maut. dua cedera, kereta bertembung treler.
Surirumah maut. dua cedera, kereta bertembung treler.
LIPIS – Seorang surirumah, Noor Habibi Hamid, 55 , dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur. maut ditempat kejadian apabila kenderaan yang ditumpangi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM 35, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) pada kira kira jam 8.15 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang juga ibu saudara kepada pemandu kenderaan Perodua Myvi, Umar Abdul Azizi, 24 maut ditempat kejadian manakala seorang lagi penumpang : Nur Amalin Qurratu Aini Naradin, 19, yang berasal dari Tanah Merah , Kelantan patah lengan kiri, leher bengkak, dan luka besar di kaki kiri.
” Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi, yang dipandu oleh Umar dari arah Lipis menghala ke Merapoh gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.
” Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba pemandu Perodua Myvi, dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebuah treller dibahagian tengah yang sedang parkir di tepi jalan kerana berhenti berehat, ” katanya.
Azli berkata, akibat dari kemalangan itu, pemandu kenderaan, Umar mengalami Kecederaan di kepala, Noor Habibi meninggal dunia di tempat kejadian.dan seorang lagi penumpang, Nur Amalin Qurratu Aini telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut manakala pemandu treler tidak menghadapi kecederaan.
Kes di siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.-SAHIH