SELANGOR PECAT SATHIANATHAN
Berita Sukan
SELANGOR PECAT SATHIANATHAN
KUALA LUMPUR: Pengendali Selangor, B Sathianathan sah tidak lagi bersama pasukan itu untuk baki Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Difahamkan bekas pengendali skuad kebangsaan itu dipecat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dipercayai akibat kekalahan memalukan 6-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu.
“Ya, saya bukan meletak jawatan… tetapi saya dipecat.
“Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi FAS pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, FAS memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung keputusan itu petang nanti.
Perlawanan antara The Red Giants dan JDT pada Sabtu lalu menyaksikan skuad kendalian Sathianathan gagal menyekat kehebatan Harimau Selatan.
Dua jaringan daripada situasi bola mati dimanfaatkan Safawi Rasid dalam setiap babak, selain masing-masing satu gol jaringan Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera serta jaringan berganda Ramadhan Saifullah dalam babak kedua sudah cukup menyentap semangat pasukan Selangor.
The Red Giants hanya memperoleh jaringan sagu hati melalui pemain import mereka, Rufinho Segovia pada lewat permainan.