PESAWAT RINGAN MENDARAT CEMAS
KULAI: Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, pagi tadi.
Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
foto ihsan pembaca
Beliau berkata, pegawai polis trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.
“Pesawat ringan itu bukan terhempas, tetapi mendarat cemas.
“Setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya.