PERUTUSAN KHAS COVID-19 PETANG INI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan berkenaan keadaan semasa COVID-19, pada pukul enam petang ini.
Perutusan itu akan disiarkan secara langsung di Facebook dan juga saluran televisyen RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.
Perkara itu dimaklumkan di laman Facebook rasminya tengah hari tadi.
Makluman itu tidak menyebut jika perdana menteri akan membuat sebarang pengumuman penting berkenaan perintah kawalan pergerakan.
Buat masa ini, Malaysia dalam perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember ini.
Negara menyaksikan kenaikan mendadak kes COVID-19 sejak bulan lalu, dengan keadaan kian memburuk sejak minggu lalu.
Sumber: Malaysiakini