Perkasa ekonomi digital melalui PEDI luar bandar
Perkasa ekonomi digital melalui PEDI luar bandar
BERA – Seramai 15.4 juta penduduk dalam golongan B40 seluruh negara bakal menerima manfaat kemudahan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang memperkasa kegiatan ekonomi digital khususnya kawasan di luar bandar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PEDi bermatlamat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada kemahiran digital, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi.
Bagi tujuan itu katanya, sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dipertingkat dan dipergiatkan sebagai pusat sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar selain menyediakan akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital dan kakitangan terlatih.
Selain itu, sebanyak 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama 2022, sementara sebanyak 173 PEDi lagi beroperasi menjelang penghujung tahun depan; menjadikan sebanyak 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara.
Menyedari kemahiran penggunaan Internet mampu membuka peluang ekonomi
dan secara langsung meningkatkan taraf kehidupan, Kerajaan menyediakan Pusat
Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (atau PEDi) di seluruh negara. Ia bertujuan untuk
memberi kemudahan kepada 15.4 juta orang penduduk negara ini, terutamanya golongan
B40 dan masyarakat luar bandar,
PEDi bermatlamat meningkatkan tahap sosio ekonomi komuniti setempat dan
memberi pendedahan kepada kemahiran digital agar semua penduduk, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi, berupaya menyertai dan mengambil peluang dalam
ekonomi digital.
Beliau berkata, selain kemudahan infrastruktur, kerajaan yakin dengan adanya Panel Penasihat PEDi, Rakan Digital PEDi dan Usahawan Ikon di setiap PEDi; akan menggalakkan komuniti setempat melibatkan diri dalam aktiviti dianjurkan serta mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan di situ.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan PEDi di Dewan Orang Ramai Kampung Durian Tawar, Bera, Pahang.
Turut hadir; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Di Bera katanya, seramai 1,158 peserta yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi dan menggunakan pusat ini untuk menghadiri kelas keusahawanan seperti asas fotografi dan cara pemasaran di Shopee serta Yezza.
Dari jumlah itu, seramai 48 usahawan dilatih di PEDi tersebut; yang mana sebanyak 47 peratus adalah usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan dan minuman, 42 peratus dalam fesyen dan gaya hidup serta perkhidmatan, agro dan elektronik.-SAHIH