PEMILIKAN NTV7 TIDAK BERUBAH
PEMILIKAN NTV7 TIDAK BERUBAH
KUALA LUMPUR: Tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen Natseven TV Sdn Bhd (ntv7) di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima berikutan pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM).
Media Prima Berhad (MPB) dalam satu kenyataan menjelaskan, ntv7 juga tidak berhenti beroperasi seperti tanggapan dan dakwaan sesetengah pihak.
MPB berkata, DidikTV KPM adalah kolaborasi komersial strategik antara MPB dan Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara melalui capaian luas di dalam negara dan keupayaannya dalam menerbitkan kandungan berkualiti.
“DidikTV KPM menyiarkan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, selain program berkaitan pendidikan termasuk kandungan didik hibur (edutainment),” lapor BH Online.
“Ia juga akan memaparkan kandungan yang memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai murni dan mewujudkan platform bagi masyarakat bermaklumat,” katanya.