Lima maut dalam motokar termasuk bayi dan 2 kanak-kanak dalam kemalangan di Pekan.
PEKAN- Lima meninggal dunia termasuk seorang bayi dan dua kanak-kanak perempuan yang berada di dalam sebuah kereta dalam kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah treler di Jalan Gambang-Muadzam, Kampung Pulau Manis, Pekan pada jam 3.17 petang, hari ini.
Mangsa yang turut meninggal dunia dalam motokar tersebut seorang lelaki dan perempuan dewasa, manakala dua orang yang berada di dalam sebuah treler terselamat.
Anggota BBP Chini dan BBP Taman Tas mengeluarkan mangsa terperangkap dalam kemalangan, hari ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dan BBP Taman Tas telah bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, ketika sampai di tempat kejadian didapati sebuah lori treler bertembung dengan sebuah kereta dan kesemua lima mangsa dalam motokar tersebut telah meninggal dunia. Manakala 2 lelaki dewasa di dalam lori treler selamat.
Pasukan kedua-dua BBP tersebut dengan 13 anggota dengan 3 jentera menjalankan operasi dan mengeluarkan kesemua mangsa dengan menggunakan power unit.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Orang rabun kalau tak pakai cermin mata, ibarat ‘buta’. Pandangan yang kabur membuatkan tidak selesa dan penglihatan tidak jelas.
Selain itu, cermin mata bantu menghalang mata anda daripada UV cahaya matahari. Mata akan kurang lesu dan dapat menjaga kesihatan mata. Cermin mata adalah aksesori tambahan yang mempunyai pelbagai bentuk.
Terlalu banyak stail cermin mata di pasaran, adakah semua jenis dan bentuk cermin mata sesuai dengan muka anda? Jom tengok tips pilih cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka.
Bentuk Muka Segi Empat
Sesiapa yang memiliki bentuk muka segi empat, sebaiknya pilih bingkai cermin mata yang berbentuk bulat. Kalau tidak mahu bingkai bulat, anda juga sesuai dengan bingkai bentuk bujur atau mata kucing (cat eye).
Bentuk Muka Bulat
Lain pula jika nada memilik muka berbentuk bulat, pilih bingkai cermin mata bersegi. Kalau boleh, jangan pilih bingkai bulat kerana akan menyerlahkan lagi bentuk muka anda. Apabila anda memilih bingkai cermin mata bersegi, ia akan seimbangkan bentuk muka dan memberikan kesan lembut pada bentuk muka anda.
Bentuk Muka Hati
Bentuk muka hati atau ‘love shape’ nampak lebih sempurna jika memakai cermin mata tanpa bingkai. Anda akan nampak lebih relax dan sederhana. Bentuk muka ‘love shape’ biasanya memiliki dahi luas dan dagu runcing, jadi pilihan cermin mata yang tepat adalah mata kucing (cat eye).
Bentuk Muka Bujur Sirih
Bentuk muka bujur sirih sangat beruntung kerana tiada masalah untuk memakai apa-apa bentuk bingkai cermin mata. Hari-hari boleh tukar cermin mata sebab hampir semua bentuk bingkai cermin mata sesuai dengan bentuk muka ini. Cari sahaja bingkai yang sama lebar dengan muka anda, ia akan nampak kemas dan selesa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Salah seorang penerima bantuan daripada Datuk Seri Abdul Rahman di Lipis, hari ini
KLPB bantu usahawan dan peniaga B40 menerusi bantuan PPP RM10 juta
LIPIS – Usahawan kecil dan peniaga kategori B40 di pinggir dan luar bandar di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tahun ini akan menerima bantuan sebanyak RM10,000 dalam bentuk peralatan aktiviti perniagaan masing-masing.
Peruntukan itu di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berjumlah RM10 juta akan diagihkan kepada 950 orang usahawan kecil dan peniaga kategori B40 dalam bentuk peralatan gerai jualan makanan dan minuman.
Selain itu perniagaan seperti aktiviti perkhidmatan seperti jahitan, gunting rambut, pertanian serta ternakan dan sebagainya tertakluk kepada keperluan pemohon dan syor agensi pelaksana di bawah kementerian itu.
Timbalan Menteri Satu KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, setiap usahawan dan peniaga B40 dalam programn PPP merupakan salah satu usaha program KPLB untuk memberikan kesejahteraan penduduk di pinggir dan luar bandar.
“Menerusi mekanisme yang dianjurkan oleh kerajaan sebagai menambah pendapatan keluarga mereka dan mengeluarkan golongan berkenaan daripada belenggu kemiskinan.
“Kumpulan sasar ini terdiri daripada penduduk yang berpendapatan rendah kategori B40 dan menetap di pinggir dan luar bandar, manakala pemohon akan disiasat atau proses verifikasi terlebih dahulu bagi menentukan kelayakan sekiranya pemohon tidak berdaftar dalam E-kasih atau diperaku dalam kumpulan sasar di negeri masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan PPP Warung Desa@KPLB kepada peniaga B40 di Lipis hari ini.
Katanya, bantuan di bawah PPP ini sekurang-kurangnya dapat membantu perniagaan masing-masing memberikan keselesaan golongan B40 mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.
Sempena majlis itu, Abdul Rahman menyampaikan peralatan perniagaan Warung Desa@KPLB masing-masing bernilai RM10,000 kepada tujuh orang peniaga kumpulan B40 di Lipis membabitkan peruntukan bernilai RM70,000 dalam satu majlis di Jalan Batu Dua, Lipis hari ini.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, pemohon yang telah berdaftar dalam E-kasih atau diperaku dalam kumpulan sasar peringkat negeri layak dipertimbangkan bantuan PPP tertakluk kepada kuota sedia ada.
“Kita akan terus memberikan bantuan berkenaan pada masa akan datang berasaskan permohonan yang diterima serta diperakukan oleh pegawai agensi pelaksana kementerian ini di tempat atau negeri masing-masing.
“Tahun lalu, KPLB menerusi agensi pelaksana tersebut telah memberikan bantuan PPP kepada seramai 564 orang pengusaha kecil dan peniaga kumpulan B40, manakala untuk tahun ini permohonan masih diterima dan diteliti serta akan diserahkan bantuan secara berperingkat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLUANG – Jentera Pemuda UMNO Pahang sentiasa menghormati cara dan pendekatan digunakan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Mahkota.
Ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor mempunyai gaya dan kaedah tersendiri dalam mendekati pengundi di situ.
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim berkata, buat masa ini jentera Pemuda UMNO Pahang hanya membantu berdasarkan keperluan pihak UMNO dan BN Johor.
“Kita perlu hormati cara mereka melakukan gerak kerja.. mereka ada cara sendiri.. Cara Johor dan kami bersedia membantu apa yang boleh kita bantu.
“Selebihnya, UMNO dan BN Johor akan tentukan dan berikan garis panduan yang sewajarnya untuk kami patuhi,”jelasnya.
Kamil bagaimanapun memaklumkan suasana kempen yang sudah hampir dengan hari pengundian pada Sabtu ini, berjalan dengan teratur dan tertib.
Katanya, pendekatan bersemuka secara langsung dengan pengundi adalah cara paling berkesan bagi memahami keperluan mereka.
“Kita banyak melakukan kerja lapangan seperti menyantuni peniaga dan bertemu dengan pengundi di kedai makan serta kawasan perniagaan sekitar bandar Kluang.
“Daripada situ, kita dapat maklumat mengenai isu yang berbangkit dan seterusnya mencari jalan penyelesaian secara bersama.
“Saya percaya PRK Mahkota akan berpihak kepada Syed Hussien Syed Abdullah mewakili Kerajaan Perpaduan,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Menteri Besar Pahang menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Koperasi Makmur Malaysia Berhad, Khairul Azam Awang yg dipilih tokoh Koperasi Pahang.
Koperator Pahang disaran cari peluang dan sasar RM 1 bilion
JERANTUT – Koperator di Pahang disarankan terus meningkatkan usaha serta komited dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan serta mencari peluang perniagaan berkoperasi bagi menyasarkan pendapatan sebanyak RM1 bilion tahun ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak 1,180 buah koperasi yang beroperasi dengan keanggotaan seramai 299,695 orang ahli di Pahang telah berjaya menjana pendapatan keseluruhan berjumlah RM866 juta sehingga 31 Disember 2021 tidak mustahil dicapai sasaran tersebut.
“Pahang merupakan menerima perolehan kedua tertinggi di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan dan kerajaan negeri sangat berbangga dengan pencapaian itu hasil komited pengurusan serta ahli koperasi di Pahang.
“Suntikan dana daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bernilai RM12.84 juta menerusi Pembiayaan Tabung Modal Pusingan kepada semua koperasi amat berbaloi sehingga menampakkan kejayaan perolehan pendapatan yang tinggi tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Hari Koperasi Negara peringkat negeri sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Malaysia di Jerantut hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak, Pengerusi Jawatan Kuassa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah dan Pengarah SKM Pahang, Radiatul Fitri Dollah.
Katanya, kerajaan negeri amat menghargai usaha SKM yang memantau dan menyelia aktiviti koperator sehingga meletakkan entiti koperasi di negeri ini mencapai objektif dan aspirasi penubuhannya untuk pembangunan sektor ekonomi mampu membela rakyat berpendapatan rendah.
“Sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi di negara ini, kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada Gerakan Koperasi Pahang melibatkan sejumlah RM700,000 untuk pembiayaan pembangunan dan selebihnya, RM300,000 bagi aktiviti promosi.
“Kerajaan negeri turut meluluskan cadangan memberi hak milik tanah (kerajaan) di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (Akta 828) kepada syarikat kerjasama dan koperasi di Felda negeri ini untuk tujuan tapak bangunan, perindustrian dan pertanian,” katanya.
Katanya, dengan adanya pemilikan tanah ini koperasi Felda mampu meningkatkan lagi jumlah eset koperasi sekali gus menjana aktiviti berasaskan industri dan pertanian di tanah rancangan berkenaan.
“Semua koperasi di negeri ini perlu memperbanyakkan aktiviti ternakan khususnya pengeluaran ayam daging secara langsung dapat menyediakan bekalan dan mengurangkan tekanan harga di pasaran setempat.
“Pembabitan dalam bidang pertanian termasuk ternakan dapat memberikan peluang pekerjaan penduduk setempat, menambah pendapatan koperasi, perolehan keuntungan dan menyediakan dividen untuk ahli khususnya dalam kalangan mereka berpendapatan rendah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiga beranak berpelukan dalam kejadian kereta menjunam ke dalam sungai
KUALA KETIL- Mayat tiga beranak ditemukan dalam keadaan menyayat hati dengan berpelukan di bahagian tempat duduk belakang kereta Proton Persona yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, mayat ketiga-tiga mangsa ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 3.30 pagi tadi.
Kereta yang menjunam ke dalam sungai dinaikkan
“PPDA yang melakukan selaman dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan kedudukan kereta di dasar sungai yang mempunyai kedalaman lebih 5 meter.
“Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menaikkan kereta terbabit dengan menggunakan kren,” katanya.
Menurut Syufaat, sebaik membuka pintu, mayat Mashitoh Ibrahim, 37 tahun, ditemui bersama dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7 tahun, dan Mohd Ziyad Haziq, 5 tahun, berada di bahagian tempat duduk belakang.
“Kita dapati cermin pecah dan berlaku kerosakan di bahagian hadapan kereta. Jadi, saya percaya, mengikut SAR yang kita buat, mangsa iaitu ibu dan anak-anak ini, mungkin telah berada di belakang.
“Tetapi, pada keadaan itu, kita memang tidak dapat pastikan sama ada mereka bertiga masih bernyawa atau pun tidak,” tambahnya.
Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Semalam, polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di jambatan itu dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 6 petang.
Sementara itu, seorang saksi, Zulkifli Shaari, 60 tahun, berkata ketika kejadian dia sedang menangkap ikan bersama rakan lain di sungai terbabit.
Katanya, kereta itu menggelongsor lalu terjunam ke dalam air.
Dia dan rakan cuba membantu namun gagal kerana arus deras dan kereta itu tenggelam dengan cepat.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd Asyraf Ibrahim, 34 tahun, memaklumkan sebaik mengetahui kemalangan yang menimpa kakak dan anak saudaranya pada jam 8.30 malam, dia bergegas pulang dari rumahnya di Ipoh.
Dia mengakui, mereka yang merupakan anak ketujuh dan kelapan dalam keluarga memang rapat sejak kecil dan berasa sedih kerana kini tiada lagi tempat mengadu dan bermanja.
“Memang terkejut dengan kejadian ini. Kita pun tak sangka, tetapi kita reda. Semua ini sudah tertulis (sebagai takdir),” katanya.
Sumber: Astro Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KPLB peruntukan RM 10.9 juta Untuk Keusahawanan Orang Asli
IPOH – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berharap masyarakat orang asli dapat membudayakan keusahawanan secara dalam talian sekaligus dapat memperluaskan pasaran produk mereka sehingga ke seluruh negara.
Menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), KPLB memperuntukkan sebanyak RM 10.9 juta untuk Program Keusahawanan Orang Asli di Malaysia sejak 2016 sehingga 2022.
Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk melahirkan usahawan Orang Asli dengan bantuan pembinaan premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan dan kursus serta seminar keusahawanan.
Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk melahirkan usahawan Orang Asli dengan bantuan pembinaan premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan dan kursus serta seminar keusahawanan.
Katanya, bagi menjana dan meningkat ekonomi masyarakat Orang Asli, JAKOA menganjurkan Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) sebagai sebuah platform mengetengahkan keunikan produk-produk usahawan mereka.
“KUOA 2022 merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan peluang penglibatan yang sama kepada semua, terutamanya masyarakat Orang Asli dalam menjana dan meningkatkan ekonomi mereka, seiring dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan warga Orang Asli seiring dengan masyarakat perdana.
“Selain itu, KUOA 2022 ini mampu mencapai matlamat utamanya untuk membantu kaum Orang Asli mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi mereka, serta mengetengahkan bakat yang diperolehi kepada masyarakat,”katanya ketika sidang media KUOA 2022 di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.
Abdul Rahman (tengah), KUOA 2022 membolehkan keusahawanan orang asli untuk mereka memahami kaedah perniagaan secara dalam talian.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA, Sapiah Mohd Nor.
Katanya, KUOA 2022 anjuran JAKOA ini merupakan karnival edisi ke-13 yang dianjurkan untuk usahawan di kalangan masyaraka orang asli dengan 34 usahawan dipilih menyertai KUOA ini.
“Kita turut mempunyai Desamall@KPLB yang menghubungkan usahawan KPLB dan Agensi dengan portal membeli belah secara dalam talian seperti SHOPPEE dan LAZADA.
“Justeru itu, kita akan melaksanakan program rebonding keusahawanan orang asli untuk mereka memahami kaedah perniagaan secara dalam talian,”katanya.
Beliau menambah, bidang keusahawan yang dijalankan oleh masyarakat orang asli kini telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dengan pelbagai keunikan hasil kraf dan produk masyarakat orang asli.
“Kini turut dipasarkan dengan kaedah konvensional dan serta menerusi jualan dalam talian sekaligus mampu meningkatkan pendapatan masyarakat orang asli di Malaysia,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BALING – “Ini bukan kali pertama saya jumpa barang-barang macam ni, tapi kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita, ” kata seorang kakitanganMajlis Daerah Baling (MDB).
Kakitangan Majlis Daerah Baling tersebut yang bertugas ketika itu telah menjumpai sebuah beg yang berisi wang tunai sebanyak RM100,000 dan terus melaporkan kejadian menemui beg kepada pihak pengurusan Majlis Daerah Baling serta menelefon pengunjung tersebut.
Pengunjung tersebut kembalik semula untuk menuntut beg berisi wang RM100,000. -Foto Tiket Cincin Utara
Pihak MDB menghubungi pengunjung pengunjung yang bermalam di Ulu Legong Hot Spring yang tertinggal sebuah beg milik beliau yang berisi wang tunai hampir RM100,000,00.
Pengunjung tersebut yang dalam perjalanan pulang ke rumah terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pihak MDB kerana beliau sama sekali tidak teringat akan beg tersebut kerana tergesa-gesan untuk pulang.
Pengunjung itu datang semula ke Baling Hot Spring beliau berkata dia sangat bersyukur dengan penemuan beg berisi wang itu.
“Saya bersyukur sangat, semua ni adalah duit hasil perniagaan dan beliau tak sempat untuk bank-in. Saya tidak menyangka masih ada insan yang jujur,”katanya.
Sementara itu, kakitangan MDB berkata kejadian itu bukan kali pertama dia menemui barang-barang seperti itu.
“Saya masih berpegang prinsip, kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita,” katanya.
Kredit: Tiket Cincin Utara
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
75,383 premis diperiksa mengejut di seluruh negara – KPDNHEP
JERANTUT – Sebanyak 75,383 atau 16 peratus premis telah diperiksa mengejut di seluruh negara khusus di kawasan luar bandar oleh Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memastikan bekalan mencukupi dan tiada berlaku menyorok barangan kawalan.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, selain itu, OPS Ayam, Telur Ayam dan Minyak masak (ATM) turut dilancarkan bertujuan untuk membanteras dan menggempur aktiviti menyorok barang kawalan dan memastikan keberadaan bekalan terutama barang makanan negara sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi oleh pengguna pada harga berpatutan pada setiap masa.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam (kanan) memeriksa bekalan minyak masak paket di sebuah premis pasar raya di Jerantut, hari ini.
“Operasi ini mulai dijalankan pada 1 Januari hingga 24 Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sebanyak 472,036 premis, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan OPS ATM ini lebih menyeluruh dan berkesan, tumpuan juga turut diberikan ke atas premis-premis yang berada di kawasan luar bandar.
“KPDNHEP berharap agar semua peniaga termasuk di premis yang berada di luar bandar untuk terus mematuhi semua perundangan yang dikuatkuasakan oleh pihak kementerian bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan tegas selain bekerjasama dengan Kerajaan untuk memastikan keberadaan barang keperluan terutamanya ayam, telur ayam dan minyak masak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pemeriksaan mengejut sempena pelaksanaan OPS ATM di sebuah pasaraya dan sekitar bandar Jerantut, termasuk premis kedai runcit di Kuala Tahan, hari ini.
Katanya, pemeriksaan di bawah OPS ATM yang telah dilancarkan sejak 13 Jun 2022 lalu, khusus untuk pemeriksaan tiada aktiviti menyorok barangan bekalan, sebanyak 463 pemeriksaan telah dijalankan dan tiada kes yang dikesan serta tiada mengambil kesempatan keuntungan secara tidak munasabah dan atau pencatutan harga.
Tambahnya, KPDNHEP memberi amaran keras kepada individu dan syarikat agar tidak terbabit dan bersubahat dengan melakukan aktiviti penyelewengan dengan menyorok barang kawalan serta subsidi bagi mengelakkan dikenakan tindakan yang lebih tegas oleh pihak berkuasa.
“Sekira sabit melakukan kesalahan tersebut, individu terbabit boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.
Azman berkata, manakala di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) turut dilakukan.
“Iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan barangan kawalan dan subsidi.
“Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM 5 juta,mana yang lebih tinggi,” katanya.
Katanya, masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan dan menyorok barang kawalan dan subsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran aplikasi WhatsApp- 019-279 4317 / 019-848 8000.
“Atau boleh membuat aduan kepada Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my dan Ez ADU KPDNHEP,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mokhtar tidak mahu kekurangan fizikal menyekat untuk berniaga
JERANTUT – Seorang pemborong durian di Kampung Damak, Jerantut, Abdul Mutalib Mamat, 63, tidak mahu menjadikan alasan besar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan hanya menunggu belas kasihan dan bantuan orang.
Kekurangan fizikal di bahagian kaki itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam perniagaan sebagai pemborong buah durian di sekitar kampung tersebut.
Abdul Mutalib Mamat, 63, tidak mahu menjadikan kekurangan fizikal Orang Kurang Upaya (OKU) menyekat dia untuk berniaga.
Katanya, dia mengalami kecacatan di kaki berpunca demam panas sejak berusia 4 tahun, namun, dari keluarga susah, dia ingin terus bersemangat dan berjaya.
“Kudrat yang ada, saya digunakan sejak berusia remaja dengan menjual durian yang saya beli daripada orang kampung dan menjualnya di tepi jalan di pekan Damak, bandar Jerantut malah pernah ke bandar Temerloh.
“Setelah lama menjual di jalanan, saya berkecimpung sebagai pemborong hampir 35 tahun dalam penjualan durian, saya mampu menjalankan perniagaan dan sekarang menerima penghantaran hasil durian daripada penduduk di Damak,” katanya ditemui di Pusat Pengumpulan Hasil Durian Pekan Damak, hari ini.
Katanya, dengan berkenderaan motosikal roda tiga, dia dapat bergerak dan mengambil buah daripada pekebun yang tidak dapat menghantar raja buah itu ke pusat pengumpulan.
“Pekebun durian di sekitar sini sudah tahu dan terus menghantar kepada pusat pengumpulan untuk dijual kepada saya.
“Sekarang saya menggunakan khidmat pembantu mengangkat bakul durian untuk ditimbang dan seorang lagi membantu mengira berat timbangan durian dan membayar kepada pekebun, selain itu sebagai memberi peluang khususnya anak muda memperolehi pendapatan sampingan,” katanya.
Katanya, dia pernah pergi ke Kelantan untuk urusan mencari durian jenis terbaik untuk dibeli, orang di sana terkejut dengan keadaan fizikalnya yang mampu menjalankan urusan jual beli seperti orang lain.
Menurut Mokhtar, selain buah jenis Musang King, dia turut menjual puluhan jenis buah durian termasuk Durian Premium Kampung (DPK) seperti Mas Hijau, Aji Aziz, Seri Damak, Kulit Buaya, Kepala Gajah, Damak King (Tok Merah), Tembaga Damak, Tangkai Panjang, Buloh Poh, Damayau, Damachi, Saka Damak, Panglima, Nona Lipis, Jantung, Askar, IOI, Munthong dan sebagainya.
Lebih istimewanya, Mokhtar sudah 35 tahun sebagai peraih dan peniaga buah durian di pekan Damak dapat mengenali jenis atau klon durian dengan hanya memandang, memegang, menggoncang dan mencium kulit sudah dapat meneka baka berkenaan malahan tahu sama ada durian itu masak atau sebaliknya.
“Kebiasaanya, pemilik dusun akan membawa buah durian yang bercampur jenisnya dan kemungkinan ada yang belum masak. Sebelum ditimbang, saya akan memilih yang masak dan elok termasuk mengasingkan jenis atau klon dan buah durian premium kampung (DPK).
“Kemahiran mengenali buah ini amat penting kerana saya akan menerangkan kepada pelanggan atau penggemar keistimewaannya dari segi rasa, bau dan warna isi setiap jenis buah durian ini termasuk harga supaya memuaskan hati mereka,” katanya.
Mokhtar yang masih bujang selanjutnya menjelaskan, kebiasannya dia akan memberikan pelanggan yang datang secara berkumpulan dan rombongan merasa dan makan dahulu sebagai ‘tester’ sebelum membeli durian yang dicadangkan.
“Sambil itu, saya memberikan penerangan yang lengkap dan kemudiannya baharulah mereka memilih jenis durian yang disukai serta ditimbang untuk mengetahui harga sebelum dibawa pulang.
“Malah, saya turut memberikan jaminan kualiti buah dan sekiranya berlaku kerosakan seperti buruk dan berulat bahagian dalam, mereka boleh datang semula untuk digantikan dengan buah yang baharu,” katanya.
Katanya, dia bersyukur dengan pendapatan bermusim dianggarkan antara RM20,000 hingga RM30,000 setahun dan turut menjual buah durian bermusim lain seperti dokong, langsat dan rambutan yang turut terdapat di sekitar kampung itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!