LGM LAHIR USAHAWAN BERKUALITI DENGAN PELBAGAI PRODUK DARI GETAH
LGM LAHIR USAHAWAN BERKUALITI DENGAN PELBAGAI PRODUK DARI GETAH
JERANTUT -Usahawan Sejadah Sandar yang diperbuat sepenuhnya daripada getah asli antara 22 usahawan bumiputera yang mendapat bimbingan daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Usahawan Sejadah Sandar, Mahathir Abdul Hamid dari Kedah berkata, sejadah sandar tersebut dihasilkan bagi memberi keselesaan kepada pengguna Islam ketika solat.
Teksturnya yang lembut memberi keselesaan kepada pengguna ketika berdiri dan sujud.
Mahathir Abdul Hamid- Usahawan Sejadah Sandar
Katanya, beliau mendapat latihan daripada kepakaran LGM selama enam bulan di Akademi Hevea Malaysia Langkawi.
:” sejadah sandar yang mana di bergabung dengan industri yang sedia ada tidak berbentuk om sepenuhnya maksud nya mendapat ihlam daripada bekas ketua pengarah yang lepas yang mana dia mintak kami buat produk berbentuk islamik .”
Beliau berkata demikia selepas majlis berbuka puasa usahawan LGM di Jerantut, Pahang.
Sementara itu Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr Zairossani Mohd Nor berkata, setiap peserta mendapat bimbingan bermula dengan latihan sehingga pemasaran kepada pengguna.
malah LGM turut membantu usahawan di bawah bimbingannya mendapatkan bantuan modal daripada agensi berkaitan.
Datuk Dr Zairossani Mohd Nor- Ketua Pengarah LGM
“sehingga kini kita dapat melahirkan 20 usahawan ubit kita panggil ushawan ni kita latih bukan hanya menghasilkan satu produk mereka juga mampu untuk menghasilkan banyak produk ..jadi program kita jalankan dalam tempoh 2 ke hingga 3 bulan ..
Beliau berharap lebih ramai belia rebut peluang mendapatkan latihan di Akademi Hevea Malaysia Langkawi agar lebih banyak produk berasaskan getah dapat dihasilkan seterusnya memberi peluang pekebun kecil untuk menjana pendapatan.-SAHIH