GUNA KABEL TAK SIAP KERJA
SAKSI: KONTRAKTOR GAGAL SIAP PROJEK SEKOLAH SUKAN PERLIS ADA HUBUNGAN KUAT ORANG ATAS
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) diberitahu, kontraktor yang diberi dua kali tempoh lanjutan untuk menyiapkan Sekolah Sukan Malaysia di Bukit Chabang, Padang Besar, Perlis mempunyai HUBUNGAN yang kuat dengan orang begitu berpengaruh dalam kerajaan.
Menurut laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2018, fasa satu projek itu diberikan kepada syarikat Pantas Technologies Sdn Bhd (Pantas Technologies) pada 11 Januari 2013 dan sepatutnya siap pada 1 Ogos 2014.

Bagaimanapun, kontraktor terbabit diberikan tempoh lanjutan sebanyak 109 hari namun sehingga 14 November 2014 hanya 49 peratus daripada projek tersebut selesai maka kontrak Pantas Technologies kemudiannya ditamatkan, lapor MALAYSIAKINI.
Bagaimanapun, Pantas Technologies mendapat semula projek berkenaan pada 11 Januari 2018, pada 31 Disember 2018, hanya 4.5 peratus saja dapat selesai dan kontrak mereka ditamatkan lagi.
PAC semasa pendengarannya pada 2019 membuktikan Pantas Technologies dipilih Kementerian Kewangan berdasarkan tujuh syarikat dicalonkan sebuah syarikat dikenali sebagai Bumi Jelapang Corporation Sdn Bhd.
Pada masa sama semua 10 syarikat yang disyorkan Kementerian Pendidikan untuk kerja-kerja terbabit pula diketepikan Kementerian Kewangan.
Ketika Dr Madinah Mohamad – selaku mantan ketua setiausaha Kementerian Pendidikan antara 2013 hingga 2016 – memberi keterangan di hadapan PAC pada 11 November 2019, dia menjelaskan kementerian itu sangat mendesak agar projek tersebut disiapkan segera.
Dia kemudian menuntut penjelasan daripada Kementerian Kewangan setelah kontraktor terbabit gagal menyelesaikan projek pada kali pertama, dan diberitahu penamatan kontrak tidak dibuat dengan cara yang betul.

“Bagi saya ini seperti helah untuk melengah-lengahkan. Kemudian saya dengar syarikat terbabit ada hubungan dengan seseorang yang ada kedudukan sangat tinggi.
“Sebab itu mereka (Kementerian Kewangan) tidak berani nak mendesak sangat. Mereka cuba tetapi masih tak boleh kerana ini kena diputuskan di peringkat tertinggi,” katanya.
Tambah Madinah lagi dia sentiasa mendesak Kementerian Kewangan untuk memberikan keputusan mengenai projek tersebut sama ada dipersetujui atau sebaliknya.
Katanya di pihak Kementerian Pendidikan mereka memang mahu isu berkenaan diselesaikan segera namun sebaliknya hal itu kelihatan tidak berlaku di pihak Kementerian Kewangan.
“Saya bercakap dengan pegawai-pegawai ini dan mereka kata, susah kerana di sebalik syarikat ini ada link (hubungan) dengan (orang tertentu) yang tertinggi. So, saya tak nak tanya banyak,” katanya.
Akmal Nasir: Link itu ke arah mana? Politik atau pun bukan politik, atau pun pihak mana?
Madinah: Ketika itu saya dimaklumkan – kalau lawyers di sini akan kata – “Tan Sri cakap hearsay.” Akan tetapi itulah yang diberitahu kepada saya… adalah link to the Menteri Kewanganlah.
Ketika Pantas Technologies dianugerahkan kontrak menyiapkan sekolah tersebut – sama ada pada 2014 atau 2018 – menteri kewangan Malaysia ialah Najib Razak.
Untuk rekod selain bertugas sebagai ketua setiausaha, Madinah juga pernah berkhidmat sebagai ketua audit negara mulai 2017.
Selain menjadi menteri kewangan Najib juga berkhidmat sebagai perdana menteri ketika itu.
Sementara itu seorang lagi saksi dalam pendengaran PAC itu ialah Dr Mohd Gazali Abas yang dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Pendidikan pada 2018.
Kata Mohd Gazali, Kementerian Pendidikan membantah keputusan Kementerian Kewangan melantik semula kontraktor yang sama bagi menyelesaikan projek sekolah terbabit.
Katanya tiada penjelasan diberikan kementerian berkenaan di sebalik keputusan mereka melantik Pantas Technologies sekali lagi.
“Dia tidak bagi justifikasi. Dia bagi lantik sama sahaja, arahan sahaja. Dia tidak bagi sebab walaupun kita tanya, dia tidak bagi sebab. Kita berkajang tulis itu kenapa,” katanya.
Ditanya beberapa anggota PAC, Mohd Gazali berkata keputusan Kementerian – yang dibuat mengikut Akta Tatacara Kewangan 1957 – tidak boleh diubah.
“Ia di bawah Akta Tatacara Kewangan. Ada di bawah kuasa Menteri Kewangan. Mengenai perolehanlah, so, dia ada final say (membuat keputusan muktamad,)” katanya.
Mohd Gazali juga berkata pihak Kementerian Pendidikan turut melakukan lawatan ke tapak projek, mengadakan mesyuarat bulanan di situ dan menegur kontraktor.
“Akan tetapi pihak kontraktor ini merasakan – tidak tahulah…” katanya sebelum disampuk orang lain: Kebal.
March 23, 2021 @ 2:10 pm
sy adalah pengurus projek terakhir sebelum projek ditamatkan pada tahun 2019. kpm tidak sepatutnya melantik semula PTSB dan juga syarikat konsultan yang sama kerana terlalu banyak kesilapan dalam pembinaan yang perlu dijawab oleh konsultan itu sendiri. akhirnya semua disalahkan kepada kontraktor.