Jawatankuasa setiap bencana Felda perlu bersiapsiaga
Jawatankuasa setiap bencana Felda perlu bersiapsiaga
JERANTUT – Peneroka FELDA dinasihatkan membuat persiapan awal untuk menghadapi keadaan cuaca tidak menentu sepanjang Monsun Timur Laut.
Selain mengemaskini stok barangan keperluan asas di pangkalan hadapan, mereka juga perlu peka dengan arahan pihak berkuasa.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, selain membuat persiapan awal, kawasan tanah rancangan yang sering dilanda banjir juga dinasihatkan menubuhkan jawatankuasa khas bencana di peringkat FELDA masing-masing.
“Macam kita di FELDA Jengka 24, memang dah ada jawatankuasa ini dan saya cadangkan FELDA lain juga mewujudkan jawatankuasa serupa.
“Ini bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan dan operasi memindahkan penduduk terjejas banjir jika bencana itu berlaku,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan hujan lebat dijangka bermula 11 November ini hingga Januari tahun hadapan.
Razak calon, jawatankuasa khas bencana FELDA Jengka 24 dianggotai pemimpin setempat dan dibantu badan bukan kerajaan (NGO) seperti Kami Anak FELDA, Majlis Belia FELDA Malaysia, Gabungan Peneroka Wanita dan RELA.
Katanya, penduduk terjejas banjir di FELDA Jengka 24 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Jengka 24 dan mengingatkan kepada anak-anak supaya tidak bermain air atau mandi diarus yang deras dan berhampiran punca elektrik— SAHIH