Isteri ‘up’ hantaran di FB, kesan suami hilang dari radar, rupanya…
Hati seorang isteri mana tidak hancur apabila mendapat tahu suami tersayang mempunyai perempuan lain di belakangnya, lebih-lebih lagi sudah kantoi curang empat kali.
Lebih meremukkan hati adalah si suami memilih untuk lari bersama wanita yang baru sahaja dikenali tiga bulan berbanding isteri yang sudah 13 tahun susah senang bersama.
Inilah yang sedang dirasai oleh seorang wanita dikenali Puan Fika yang memuat naik hantaran di platform Facebook bagi mengesan suaminya yang sudah hilang dari radar disebabkan wanita lain.
Menurut Puan Fika, dirinya sudah lama bersabar dan cuba sedaya upaya menjaga aib suami selama 13 tahun berkahwin namun segala pengorbanannya selama ini sia-sia sahaja.
“Ya Allah, hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok suami bergambar bersama dengan perempuan ni. Suamiku? 24 jam aku mencari kau, tidak tidur dan tidak makan kerana risaukan kau.. rupanya kau lari dengan perempuan lain, ya Allah,”luahnya.
Dedah Puan Fika, suaminya melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan tidak meninggalkan duit satu sen buat dirinya sehingga sanggup menjual kereta miliknya demi wanita lain.
“Kau pergi Kuala Lumpur, bawa semua duit, satu sen pun kau tak tinggalkan untuk isterimu. Sampai kau jual kereta isterimu, duit keringat isterimu selama ini yang semata-mata belikan kereta buat kau. Tapi kau buat begini, Ya Allah.
“Apa lagi kurangnya aku dengan aibmu aku sorok selama 13 tahun kita berkahwin. Aku bekerja kerasa cari duit selama ini dan tolong kau cari duit berniaga dari pagi sampai ke malam. Kau (suami) tak bekerja… ini kau buat dengan aku,”dedahnya.
Sumber : Sengat Daily