“Hasil Pendapatan Susut, – Luahan Hati Generasi dan Peneroka Felda
“Hasil Pendapatan Susut, – Luahan Hati Generasi dan Peneroka Felda
MARAN – “Kami bukan minta lebih, cuma nak hidup selesa dengan hasil ladang sendiri.”
Itu luahan Nurijah Abu Bakar, 57, generasi kedua Felda Bukit Tajau yang kecewa dengan hasil pendapatan ladang yang semakin susut sejak diserahkan semula kepada pihak pengurusan Felda.
Menurutnya, hasil ladang sawit milik arwah ibu bapanya kini tidak sampai RM1, 500 sebulan selepas ditolak pelbagai potongan.
“Bukannya kata nak membelakangi Felda, kalau boleh hasil tu biar orang kata lebih lah pada selalu dapat Ini hasil macam itu jer, jadinya kalau boleh selaraskan kalau hasil tu dalam 2000 ribu bukannya banyak pun 2000 ribu je lah tapi nya tak mencapai ,” katanya ketika ditemui SAHIH ! di sini baru-baru ini.
Nurijah bukan satu-satunya yang meluahkan rasa kecewa. Sulaiman Abbas, 67, Peneroka tambahan turut menyuarakan kebimbangan yang sama.
“Kita ada ladang , tapi macam tak ada guna. Lepas tolak hutang dan kos, tinggal cukup makan. Kalau begini, siapa lagi nak teruskan perjuangan peneroka?” soal Sulaiman yang juga mengusahakan ladang sendiri .
Sementara itu, Pengurusi JPKK Felda Bukit Tajau, Nor Azhar Abdul Latif, berkata, lebih 100 peneroka sudah keluar daripada sistem Felda kerana hasil pendapatan yang makin mengecewakan.
“344 jumlah peneroka..yg terlibat tanam semula 304 manakala 198 bawah Felda dan selebihnya urus sendiri katanya.
Tambah beliau, ramai peneroka kini menanggung hutang ladang tanpa tahu butiran penuh dan tiada komunikasi jelas daripada pihak Felda.
“Kami sayang Felda, tapi kami rasa suara kami tidak di indahkan. Pendapatan makin kecil, harga baja naik, mesin pun kami beli sendiri. Apa gunanya sistem kalau semua kena selenggara sendiri?” soalnya.
Isu ini dikatakan turut dibangkitkan dalam perjumpaan khas JPKK bersama peneroka dan pengurusan Felda hari ini, namun sehingga kini, masih tiada penyelesaian tuntas jelas yang diberikan.-SAHIH