JOHOR BAHRU: Anggota polis yang ditahan bersekongkol menyeludup dadah ke dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, dikesan menerima upah di antara RM50 hingga RM1,500 bagi setiap penghantaran.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kegiatan itu dipercayai bermula sejak awal November lalu.
“Mereka bersekongkol dengan pihak luar seperti dalam kes ini anak perempuan ‘Datuk Ajim’ ini yang bawa (dadah) dan beri kepada anggota lokap.
“Kemudian anggota ini yang akan bawa serah kepada mereka (banduan). Anggota yang membawa dadah ke dalam lokap akan dibayar.
“Suspek pertama anggota polis dibayar 1,500; seorang lagi anggota dibayar RM500, manakala anggota polis wanita dibayar RM50.
“Bayaran mengikut pakej (dadah) yang masuk. Bayaran dibuat untuk sekali penghantaran,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, di sini, hari ini, seperti yang dilaporkan BH online.
Ayob Khan berkata, siasatan di dalam lokap IPD terbabit mendapati, sebuah sel lokap di situ yang dijadikan tempat menghisap dadah.
“Dalam lokap IPD ini, ada satu sel yang dijadikan ‘port’ (tempat) khas untuk menghisap dadah.
“Ini tangkapan pertama. Kejadian mungkin banyak kali tapi tidak dapat dikesan, tiada pemantauan, tiada penyeliaan, mungkin tindakan tidak diambil dan cuba melindungi,” katanya.
Beliau berkata, tiada sebarang perlindungan akan diberikan kepada mana-mana pihak yang terbabit dengan perbuatan jenayah itu, sebaliknya tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.
Menerusi kenyataan, KWSP memaklumkan terdapat dua kategori bagi pencarum untuk mengemukakan permohanan pengeluaran seperti berikut:
GAMBAR HIASAN
Kategori 1 Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:
Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020. Bagi kategori ini:
Tiada dokumen sokongan diperlukan; Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP; Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020 Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
Kategori 2 Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa. Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Menurut KWSP, untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklum kepada ahli dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas permohonan.
GAMBAR HIASAN
“Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi,” katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
VAKSIN INI BAGI KANAK-KANAK YANG LAHIR 1 JANUARI 2020 HINGGA SETERUSNYA
RAUB: Kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari tahun ini, dan seterusnya, bakal menerima suntikan vaksin Pneumokokal secara percuma di semua Klinik Kesihatan, mulai hari ini.
Pemberian vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun itu bertujuan untuk mengelak berlakunya jangkitan bakteria seperti radang paru-paru, radang sinus dan meningitis.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba, peruntukan yang diberikan kerajaan sebanyak RM90 juta itu memberi manfaat kepada 500,000 kanak-kanak, mengikut data kelahiran negara setiap tahun.
“Pemberian vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak itu bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumomokal membabitkan kanak-kanak di bawah usia lima tahun, serta mengurangkan kos rawatan akibat komplikasi.
“Vaksin imunisasi ini akan diberikan sebanyak tiga dos ketika kanak-kanak berusia empat bulan, enam bulan dan 15 bulan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pneumokokal Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di sini, hari ini.
Jelasnya, kementeriannya menggerakkan perkhidmatan imunisasi di kawasan pedalaman seperti Pasukan Bergerak Orang Asli, perkhidmatan bas bergerak, bot bergerak dan perkhidmatan doktor udara bagi memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir menerima suntikan vaksin terbabit.
“Dalam negra ini, bilangan kemasukan kes penyakit Pneumokokal invasif pada 2019 mencatat peningkatan kepada 19,773 kes melibatkan kanak-kanak dibawah umur lima tahun, berbanding 17,446 kes pada 2017.
“Vaksin Pneumokokal telah diberikan sejak 10 tahun lalu di fasiliti kesihatan swasta, manakala hospital kerajaan pula hanya diberikan kepada golongan berisiko tinggi yang mengalami komplikasi jangkitan kepada kanak-kanak dan bayi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Mampu berkereta mewah dan sering keluar negara untuk bermain golf, itu antara gaya hidup berlebihan yang dikesan dalam kalangan segelintir pegawai dan anggota polis, walaupun tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan yang diperoleh.
Cara hidup ala orang kaya itu dengan bangganya dikongsikan menerusi laman sosial peribadi masing-masing, sehingga mendatangkan tanda tanya terutama dalam kalangan orang awam, tentang sumber kekayaan yang diperoleh.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sedang memantau rapi trend itu untuk mengekang salah laku dalam kalangan anggota dan pegawainya, demi menjaga integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya diberitahu ada anggota sering bermain golf selain membuat taruhan dalam aktiviti itu. Kalau dilihat bermain di kelab golf bertaraf sederhana sahaja, sekali bermain memerlukan kos RM200… kalau sebulan dah berapa perbelanjaan digunakan?
“Ada juga yang didapati kerap ke luar negeri untuk bermain sukan berkenaan sedangkan ia melibatkan pembiayaan tinggi. Apabila diperiksa berdasarkan jawatan atau pendapatan, sebenarnya mereka tidak mampu untuk menampungnya,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Selain itu Zamri berkata, pihaknya turut mengesan ada pegawai yang hanya berpangkat Inspektor, namun mampu membeli kereta serta memiliki rumah mewah yang diragukan sumber perolehannya.
Sehubungan itu, katanya anggota dan pegawai yang dikenal pasti itu akan diminta memberi penjelasan tentang sumber kewangan diperoleh, bagi membiayai cara hidup mewah itu.
“Jika tidak dapat memberikan justifikasi, mereka akan berdepan tindakan lanjut,” tegasnya.
Menurutnya, sebagai penjawat awam dan anggota badan beruniform, mereka perlu mengelakkan sebarang perbuatan salah laku yang boleh menjejaskan imej pasukan polis.
Pihaknya turut memberi perhatian terhadap majlis keramaian yang diadakan PDRM.
Menurutnya, majlis keramaian di peringkat kontinjen Bukit Aman terikat dengan peruntukan kerajaan dan mempunyai hadnya sendiri untuk digunakan.
Hal itu kadang kala memerlukan peruntukan luar yang diperoleh secara rasmi atau sebaliknya.
“Biasanya peruntukan yang rasmi itu tidak banyak berbanding secara tidak rasmi, menyebabkan ada anggota yang terdedah dengan aktiviti rasuah dan sebagainya.
“Contohnya apabila mereka mendapat peruntukan itu dari pusat hiburan atau kelab malam di luar sana, ia menyebabkan mereka terikat, bahkan tidak dapat mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan kesalahan jenayah, melibatkan premis itu pada masa akan datang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mohamed Azmin Ali mendakwa idea penubuhan Perikatan Nasional (PN) tercetus dari bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, tujuan penubuhan tersebut pada asalnya untuk menjadikan Dr Mahathir seorang perdana menteri yang disokong oleh semua anggota parlimen dari kedua-dua belah pihak.
MOHAMED AZMIN ALI (KIRI) BERSAMA MUHYIDDIN YASSIN/TWITTER
Azmin yang merupakan ahli politik di sebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan penubuhan PN yang dipimpin Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, rancangan dibuat agar pilihan raya umum (PRU) diadakan pada Oktober namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana gelombang ketiga wabak COVID-19.
“PN bukan kerajaan pintu belakang kerana terdapat kekosongan jawatan (perdana menteri).
“Saya tidak mencadangkan pada masa itu. Jika kejadian (Mahathir letak jawatan) tidak berlaku- di mana kami ketuk pintu untuk masuk ke dalam dan keluarkan dia.
“Itu bukan dalam rancangannya,” kata seperti dilaporkan dalam wawancara TheStar.
Azmin mendedahkan, sebelum Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Februari lalu, satu akaun berkanun (SD) merangkumi 131 sokongan anggota parlimen daripada pelbagai parti disampaikan ke Istana Negara.
BEKAS PENGERUSI BERSATU, DR MAHATHIR MOHAMAD/GOOGLE IMAGES
“Ia menamakan dengan satu nama untuk Perdana Menteri, Dr Mahathir.
“Kami berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Mahathir dapat meneruskan sebagai perdana menteri,” katanya.
Langkah itu bertentangan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Mahathir sendiri untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH).
“Itu adalah hasil mesyuarat yang kita buat di rumahnya (Mahathir) pada 23 Februari jam 4 petang di mana dia berjumpa dengan enam ketua parti politik, termasuk Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg dan saya,” katanya.
Azmin turut merujuk situasi ketika Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019, di mana semua pemimpin Melayu hadir kecuali Anwar dan mempersoalkan tindakan Mahathir untuk hadir ke kongres tersebut dengan UMNO dan PAS.
PRESIDEN PKR, ANWAR IBRAHIM/GOOGLE IMAGES
“Kami dihurung krisis politik ketika Mahathir letak jawatan.
“Jika Muhyiddin tidak bertindak, seseorang mungkin akan ke Istana Negara dan memohon untuk jadi perdana menteri. Saya tidak akan biarkan hal itu berlaku.
“Pilihan yang ada untuk saya dan Muhyiddin adalah untuk tinggalkan PH,” katanya.
Azmin yang juga merupakan bekas timbalan presiden PKR menambah, pada 24 hingga 28 Februari lalu, ketika Mahathir menjadi perdana menteri interim, dia bertungkus lumus berusaha mendapatkan sokongan ahli parlimen.
“Jika tiada sokongan, tiada apa boleh dilakukan. Oleh kerana, tidak ada persidangan parlimen ketika itu, mengikut Perlembagaan Persekutuan, Agong harus memutuskan siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.
“Akhirnya, Muhyiddin dapat sokongan, Sudah tentu kami bentuk kerajaan baru, bukan melalui pilihan raya tetapi melalui krisis politik.
“Jika Mahathir tidak letak jawatan Isnin itu, dia akan kekal jadi perdana menteri dengan majoriti besar,” ujarnya.
Azmin turut menafikan dakwaan bahawa PN adalah kerajaan pintu belakang.
“Agong telah buka pintu untuk kami masuk, jadi bukan kerajaan pintu belakang,” tegasnya.
Katanya, dia turut menyatakan bahawa tidak memilih Muhyiddin berbanding Mahathir.
“Saya rasa kita patut benarkan Muhyiddin pimpin, terutama ketika wabak melanda.
“Apa-apa pun yang dikata, saya rasa Muhyiddin buat tugas yang bagus- sangat fokus menguruskan wabak COVID-19 dan hal ekonomi,” katanya.
Azmin turut mengaku, sekiranya tiada wabak COVID-19, pilihan raya sudah diadakan bulan lalu.
“Meskipun kami ada majoriti, dengan segannya, saya boleh kata majoriti kecil.
“Bila kerajaan lemah (atau) tidak stabil, kita tidak dapat fokus untuk membantu rakyat.
“Jika kamu tanya saya, sudah tentu kita akan kembalikan mandat kepada rakyat.
“Jika tanya saya sepatutnya pilihan raya bulan depan tetapi malangnya kita berdepan COVID-19,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Azmin turut mengakui susulan peningkatan mendadak COVID-19 ekoran pilihan raya negeri Sabah, pilihan raya bukan lagi satu pilihan.
“Rakyat tidak boleh terima kerana mereka mahu kerajaan kurangkan penularan COVID-19 dan bantu dari sudut pekerjaan dan memastikan mereka dapat bantuan makanan,” katanya.
Katanya lagi, hanya kementerian kesihatan Malaysia (KKM) boleh memberikan lampu hijau untuk mengadakan pilihan raya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas diserang perompak di sebuah kediaman dekat Bangsar, di sini pagi ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga bekas penyelidik dipercayai mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, selepas rumahnya diceroboh sebelum waktu Subuh tadi.
Difahamkan ahli keluarga yang lain turut cedera dalam kejadian itu.
Salah seorang ahli keluarga yang dihubungi BHOnline, sebentar tadi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.
BHOnline difahamkan, ketika ini jenazah mangsa berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala ahli keluarga lain juga dirawat di hospital sama.
Sementara itu usaha wartawan menghubungi polis bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian masih belum berhasil.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANGAR: Kejadian tembakan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di pos keselamatan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar semalam, dianggap sebagai perbuatan jenayah terhadap keselamatan negara.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata, kerajaan negeri berharap ada tindakan lanjut diambil ke atas penyeludup yang menembak dua anggota PGA menyebabkan salah seorang daripadanya maut, manakala seorang parah.
“Ya, tindakan ini satu perbuatan jenayah (terhadap anggota PGA) yang bertugas menjaga keselamatan.
“Saya dimaklumkan susulan kejadian ini, pihak polis sudah menahan dua suspek, jadi kita nantikan tindakan selanjutnya pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini seperti dilaporkan BHOnline.
Azlan berkata, pihaknya turut memuji tindakan pantas anggota polis hingga berjaya menangkap dua penjenayah terbabit dalam tempoh yang singkat.
Katanya, beliau menantikan perkembangan positif mengenai kejadian terbabit dari semasa ke semasa.
“Saya ucapkan juga terima kasih kepada pihak berkuasa Thailand yang sama membantu dalam siasatan ini sehingga tertangkapnya sebahagian daripada penjenayah terbabit,” katanya.
Dalam kejadian 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, parah terkena tembakan pada kanan perut.
Mayat mendiang Koperal Baharuddin dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi proses bedah siasat dan dibawa pulang bagi dikebumikan di kampung halamannya di Bahau, Negeri Sembilan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR : Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor Perak yang maut ditembak ketika menjalankan tugas rondaan di sempadan Perlis masih menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Ketua Polis Kedah,Datuk Hasanuddin Hassan berkata, jenazah Koperal Baharudin Ramli, 54, akan dibawa untuk disemadikan di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan sejurus selesai urusan di sini.
Menurut laporan HarianMetro, beliau berkata, proses bedah siasat bermula 2.10 petang hari ini dan sehingga 3.45 petang masih belum selesai.
“Proses penghantaran jenazah akan dilakukan dari sempadan ke sempadan dan pihak kami akan mengiringinya sehingga sempadan Pulau Pinang sebelum diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang untuk ke destinasi seterusnya.
“Kami seluruh warga Kontinjen Kedah mengucapkan takziah kepada keluarganya kerana arwah berkorban nyawa ketika menjalankan tugas di kawasan sempadan dalam Ops Benteng menjaga keamanan negara,” katanya ketika ditemui di sini.
Hasanuddin berkata, beliau turut menasihatkan semua pasukan keselamatan dan anggotanya yang bertugas di sempadan supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas.
Beliau berkata, kawasan sempadan negara nampak tenang tetapi gelodaknya tidak nampak dan perlu sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas.
“Saya pergi ke lokasi kejadian tadi dan mendapati kawasan itu ada tembok dan pagar keselamatan, malah insiden ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Hasanuddin berkata, kawalan sempadan Malaysia-Thailand termasuk laluan darat dan laut di negeri ini juga akan dipertingkatkan untuk mengelak daripada berlaku insiden seperti ini berulang.
Ia adalah kejadian kedua membabitkan tembakan di sempadan yang mana kejadian sebelum ini berlaku di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.
Dalam kejadian 6.30 pagi itu, anggota PGA terdengar bunyi tembakan dan api sebelum menemui dua kelongsong peluru di kawasan sempadan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Program Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok iaitu membudayakan amalan tidak merokok bermula dari rumah akan diperluaskan bagi menangani gejala asap rokok sekunder.
Ia akan membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan dapat dicapai dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Menurut laporan HarianMetro, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sehingga kini terdapat 24,290 rumah didaftarkan sebagai Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok.
Datuk Seri Rina Mohd Harun
Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pembangunan Garis Panduan Kaunseling Sosial Masalah Merokok Dalam Kalangan Remaja yang diguna pakai di fasiliti Kafe @TEEN LPPKN.
“Matlamat garis panduan ini adalah menjadikan remaja sihat tanpa amalan merokok dan seterusnya menjadi ejen perubahan tingkah laku kepada ibu bapa yang merokok.
Gambar Hiasan
“LPPKN mempunyai 18 pusat remaja KafeTEEN untuk remaja berumur 13 hingga 24 tahun yang menyediakan program dan perkhidmatan mempromosi dan memberikan latihan kemahiran hidup bagi tujuan gaya hidup sihat, termasuk program anti merokok dan Klinik Kaunseling Berhenti Merokok,” katanya pada sesi pertanyaan dan jawab lisan di Parlimen, hari ini.
Beliau menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR- Kuantan) mengenai status kerjasama dengan KKM untuk menangani gejala asap rokok sekunder atau SecondhandSmoke oleh ibu bapa yang merokok.
Katanya, promosi anti merokok dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan perbincangan kecil (TEEN Chat) serta topik ini dimasukkan sebagai aktiviti di dalam Modul Kesihatan Reproduktif LPPKN Untuk Remaja.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Vaksin bukan untuk merawat jangkitan sebaliknya adalah bagi mencegah atau melindungi individu daripada terkena penyakit berjangkit terbabit.
Pakar virologi Universiti Malaya, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, vaksin pandemik koronavirus (COVID-19) yang dijangka diterima tahun hadapan digunakan untuk meningkatkan imuniti sistem badan bagi melawan penyakit.
Gambar Hiasan
“Pengambilan vaksin adalah untuk mencegah jangkitan kerana ia meningkatkan imuniti sistem badan untuk melawan penyakit atau sekiranya terkena jangkitan, gejalanya hanya sederhana.
“Apa pun cara merawat paling berkesan hanyalah melalui ubat kerana ia boleh melawan serta membunuh virus terbabit.
“Timbul isu apabila masyarakat masih keliru dan salah anggap yang vaksin ini digunakan untuk merawat dan perkara ini kita kena betulkan,” katanya ketika dihubungi SinarHarian.
Dr Sazaly berkata, keberkesanan vaksin itu perlu menjadi keutamaan sebelum ia secara rasmi boleh diguna pakai.
“Pelbagai proses penilaian perlu diambil kerajaan sebelum memperoleh vaksin daripada syarikat pengeluar vaksin COVID-19.
GambarHiasan
“Kebiasaannya, proses pembangunan vaksin mengambil tempoh masa 10 hingga 15 tahun.
Jadi vaksin untuk COVID-19 ini unik kerana perlu dipercepatkan.
“Penghasilan vaksin itu mungkin mengambil masa sehingga kurang daripada setahun. Jadi, banyak benda baharu yang perlu kita lakukan,” katanya.
Vaksin untuk COVID-19 disifatkan sebagai unik kerana proses penghasilannya dipercepatkan berbanding vaksin lain yang memakan masa 10 hingga 15 tahun.
Katanya, perkembangan itu belum menjanjikan 100 peratus keberkesanan berikutan banyak perkara perlu disahkan terlebih dahulu.
“Paling penting aspek keselamatan kerana kerajaan perlu memastikan ia selamat dan berkesan selain kapasiti yang boleh diperoleh berikutan seluruh dunia mengharapkan vaksin untuk COVID-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!