Bandar Bursa turut dikenali “Green Bursa”, memberi gambaran yang menarik bukan sahaja dengan udara segar sebaliknya mempunyai dua masjid bersejarah.
Ruang solat utama Masjid Hijau
Kebanyakan tempat bersejarah di bandar ini bermula sejak zaman awal Uthmaniyyah dan antaranya Masjid Hijau (Green Mosque) atau Yesil Cami-Bursa yang terkenal mencerminkan gaya budaya Wilayah Seljuk.
Masjid Agung Bursa atau Grand Mosque (Bursa Ulu Camii) ialah sebuah lagi masjid bersejarah di Bursa, Turki telah dibina antara 1396 dan 1399 oleh Sultan Uthmaniyyah Bayezid I bagi memperingati kemenangan besar baginda di Pertempuran Nicopolis.
Ruang solat utama Masjid Agung
Bursa satu ketika dahulu berperanan sebagai ibu kota pertama Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1326 setelah ditawan dari kerajaan Byzantine.
Tahun 1365, ibu kota pentadbiran berpindah ke Edirne kerana pada masa itu kerajaan kesultanan di wilayah itu mula mengalihkan perhatian mereka ke Eropah.
Bursa, bandar ke-4 terbesar di Turki ini turut terkenal dengan industri tekstil, buah pic, buah berangan, sutera serta pelbagai jenis industri lain.
Bagi peminat tekstil khususnya wanita yang mementingkan gaya dan stail, di sini boleh membeli-belah ke bazar yang dipenuhi sutera.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hari ini 72 tahun yang lalu, Balai Polis Bukit Kepong musnah diserang komunis.
Foto atas: Inilah barisan kita yang mempertahankan kedaulatan negara, tragedi Bukit Kepong
Bukit Kepong adalah sebuah pekan terpencil di selekoh Sungai Muar kira-kira 59 kilometer (km) dari Bandar Muar, Johor. Lokasinya yang terasing menjadikannya sasaran gerila Parti Komunis Malaya (PKM) yang sedang memberontak melawan British.
Pada 4.15 pagi 23 Februari 1950, ketika Sarjan Jamil Mohd Shah dan 21 orang polis serta polis bantuan sedang bertugas di Balai Polis Bukit Kepong, mereka dikepung dan diserang kira-kira 185 anggota gerila komunis yang dipimpin Mat Indera.
Bekas Balai Polis Bukit Kepong yang musnah dalam pertempuran dengan komunis di Bukit Kepong
Bermula dengan Mata-Mata Jaafar Hassan menembak mati komunis yang cuba memotong kawat berduri pertahanan balai tersebut, meletus pertempuran tembak-menembak yang cekal ditahan pihak polis walaupun kekuatan musuh berganda lebih besar.
Berita sampai ke Kampung Jawa berdekatan yang bertindak menghantar sekumpulan penduduk bersenjata raifal dan senapang patah ke sana, namun terkandas apabila mereka diserang sepasukan komunis di tengah jalan.
Pada masa sama, sekumpulan penduduk Kampung Durian Chondong menaiki bot untuk memberi bantuan turut diserang hendap komunis. Mereka yang terselamat bergerak ke Lenga untuk memaklumkan kepada balai polis di sana.
Antara perwira negara yang gugur angkara serangan puak komunis
Sekitar 7 pagi, komunis menawan isteri Mata-Mata Mohamad Jaafar, Mariam Ibrahim; isteri Mata-Mata Abu Bakar Daud, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan untuk mengugut polis supaya menyerah. Sarjan Jamil tetap mahu berjuang hingga penghabisan.
Keengganan itu menyebabkan Fatimah dibunuh, Mariam dicederakan dan pertempuran diteruskan. Satu persatu perwira gugur termasuk 2 wanita yang turut mengangkat senjata setelah melihat suami masing-masing terkorban.
Akhirnya selepas 5 jam, balai ditawan dan dibakar bersama berek kelamin di belakangnya. Ada isteri dan anak anggota terperangkap, rentung bersama mayat anggota yang gugur. Hassan anak Fatimah dan mereka yang parah turut dihumban hidup-hidup ke dalam api.
Komunis yang hilang kira-kira 40 anggotanya kemudian berundur semula ke dalam hutan selepas membunuh 25 nyawa polis, polis bantuan, pengawal kampung dan orang awam. Hanya 4 orang polis dan 9 ahli keluarga yang terselamat.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, PDRM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
200 serta perhimpunan Moyang Long dan Haji Ahmad di Guai.
BERA -Kira-kira 200 orang dari keturunan moyang Awang Long, Haji Ahmad dan Salleh telah berkumpul di laman Teratak Abang Din di Kampung Tok Langit, Mengkarak, Bera, baru-baru ini.
Namun, keluarga moyang Salleh masih belum dapat dijejaki dan dipercayai berada di Muar dan seorang lagi moyang didakwa berada di Sumatera dan usaha mencari nama dan tempat tinggal mereka akan diusahakan.
Penyelaras perhimpunan itu, Saruji Abdul Aziz berkata, semasa dia dan beberapa orang ahli keluarga dari Guai, Bera mula berhubung di dalam aplikasi Whatsapp dan masing-masing berkeinginan dan teruja untuk mengadakan pertemuan itu.
Penyelaras perhimpunan, Saruji Abdul Aziz
“Semasa berbual, kami terfikir untuk mengadakan perhimpunan itu dan perancangan dilakukan kira-kira 4 bulan sebelum perhimpunan ini direalisasikan.
“Awalnya, kami merancang di samping menjejaki ahli keluarga di negeri Pahang terlebih dahulu, bersyukur kerana dapat menghimpunkan kira-kira 200 orang bermula pangkat datuk sehingga cicit dan peringkat muda.
“Kami mempunyai pertalian persaudaraan di Raub, Lipis, Bentong, Temerloh, Kuantan dan yang ramai berada di Pulau Tawar, Jerantut dan Guai, Bera dan Isya Allah akan menjejaki yang jaluran keluarga yang berada di Muar,” katanya.
Katanya, tujuan mengadakan perhimpunan itu untuk merapatkan tali persaudaraan yang agak terpisah, khususnya di Muar dan Sumatera.
Ahli keluarga sebelum balik turut dibekalkan gulai masam tempoyak ikan patin.
“Mujur dalam bualan dalam media sosial, saya bermula ‘terjumpa’ darah daging di Guai selepas menyusul salasilah persaudaraan,” katanya.
Ahli keluarga antara yang tertua, Abdullah Arshah Salehuddin (85) yang tinggal di Kerdau, Temerloh turut hadir mencerita secara ringkas pertalian persaudaraan.
“Kita ada moyang yang berada di Muar, tapi tidak tahu di mana, malah ada juga di Sumatera kerana merantau ketika itu, diharapkan ‘orang muda’ terus jejaki mereka.
“Malah perantauan mereka bukan sekadar ‘makan angin’ sebaliknya mencari dan mendalami ilmu keagamaan dan lama kelamaan terputus hubungan,” katanya.
Seorang ahli keluarga jalur Haji Ahmad yang tinggal di Jerantut, Nasruddin Ramli, berkata, Aallahyarham ayahnya pernah bercerita jaluran keluarga yang bermula daripada Awang Long yang mempunyai empat anak.
Keluarga Jaluran Haji Ahmad, Pulau Tawar, Jerantut. Abdullah Arshah Salehuddin (duduk) dan Nasruddin Ramli (3 dari kanan).
“Kemudian anaknya di jaluran Haji Ahmad (Pulau Tawar) mempunyai lima anak termasuk arwah ayah saya.
“Pertemuan ini bermakna kerana saya masih tidak kenal keluarga khususnya di sebelah Guai (Bera) dan dimaklumkan keluarga Salleh yang berada di Muar yang masih belum dijejaki,” katanya.
Seorang ahli keluarga jaluran dari Guai, Abdul Ghafar Abdul Rahman berkata, perhimpunan ini sangat dialu-alukan sebagai merapatkan siratulrahim antara keluarga yang terpisah.
Ahli keluarga jaluran dari Guai, Abdul Ghafar Abdul Rahman
“Selain itu, mungkin menubuhkan koperasi keluarga berasaskan ternakan ikan air tawar dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh ahli keluarga terutama yang berada dan tinggal di pesisir Sungai Pahang di Pulau Tawar dan Guai,” katanya.
Seorang ahli keluarga, lebih mesra dengan panggilan Mak Ngah Hawa (86), berharap perhimpunan seperti ini akan diadakan setiap tahun terutama semasa sambutan hari raya Aidil Fitri.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu, telah ditempatkan seorang mamat British yang bernama Sir Richard Olaf Winstedt atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt.
Beliau ni merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentadbir koloni dengan kemahiran Malaya British.
Dalam tahun 1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu dan ditempatkan di negeri Perak. Di situlah dia belajar dan memahami bahasa dan budaya orang Melayu.
Si mat saleh ni sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Perangai tak semenggah bak kata orang kampung aku. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri di Tanah Melayu ni, dia tak buat pun kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu untuk belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu warisan orang melayu.
Jadi atas ‘usaha’ dan ‘kerajinan’ beliau, pada 1909 dia akhirnya telah berjaya menulis dan menghasilkan satu jurnal ‘Ilmu Memanggil Puntianak’. Ayat seruan ini didapati hasil daripada penemuan beliau pada manuskrip lama milik Dato’ Amarabangsa Wiraja. Wijaya yang merupakan seorang pawang yang amat terer lagi hebat dari Temenggor, sekitar tahun 1850.
*Siapa yang berani boleh lah baca.
Sumber dari google dan blog.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kura-kura Seychelles yang diberi nama Jonathan direkodkan sebagai haiwan tertua di dunia dalam Guinness World of Records.
Reptilia tersebut mempunyai berat 440 pound (199kg) berada di Pulau St. Helena, Penguasaan British di Lautan Atlantik Selatan.
Haiwan tersebut bertahan selama 39 penukaran presiden Amerika Syarikat, dua peperangan dunia dan tujuh takhta British.
Menurut Joe Hollins, seorang doktor berkata semasa peperangan, orang ramai kelaparan, negara dilanda musibah kura-kura ini tetap hidup dan tidak menyedari peristiwa yang berlaku.
Jonathan menjadi ikon pulau tersebut kerana memberi simbol kepada ketekunan, daya tahan dan kemampuan bertahan lama.
Jonathan menjadi kura-kura tertua kerana mampu hidup lebih dari 190 tahun atau mungkin 200 tahun kerana tiada catatan rasmi yang direkodkan semasa kelahirannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kubur lama 170 tahun bakal hilang, waris minta dipindahkan segera
LIPIS : Tanah perkuburan lama berusia 170 tahun di Kampung Tanjung Betong berdekatan Kampung Kuala Telang kini diancam runtuhan tebing Sungai Jelai berikutan bencana banjir pada penghujung tahun lalu dan sebelum ini.
Kubur itu boleh dikaitkan dengan perwira Melayu dan penduduk Tanjung Betong yang meninggal dunia ketika terlibat dengan Perang Saudara di Pahang sekitar tahun 1857 hingga 1863, berasaskan buku ‘A History of Pahang’ tulisan W. Linehan, bekas Pengarah Pendidikan Negeri-Negeri Selat.
Ketua Pemuda UMNO Lipis yang juga penduduk Kuala Telang, Mohd Farid Mohd Nor berkata, berasaskan catatan W. Linehan, Kampung Tanjung Betong telah dihuni oleh penduduk pada 1800-an atau sebelumnya dengan membina penempatan di pesisir Sungai Jelai serta wujud kegiatan perniagaan apabila menjadi persinggahan pedagang luar.
Mohd Farid Mohd Nor menunjukkan tebing sungai Jelai telah runtuh bersama kira-kira sepuluh kubur di Kampung Betong dalamkejadian banjir baru-baru ini
“Tanah perkuburan itu merupakan sebuah penempatan lama dan bersejarah yang sudah tidak didiami penduduk di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Telang dan Masjid Kampung Kuala Telang kini diancam runtuhan tebing.
“Hampir lebih 10 buah kubur di tebing sungai tersebut kemungkinan bila-bila masa akan hanyut bersama runtuhan tebing sekiranya musim hujan dan paras air sungai yang deras berulang,” katanya ketika meninjau kawasan perkuburan itu hari ini.
Katanya, akibat hakisan banjir baru-baru ini ada beberapa batang batu nisan lama sudah tercabut dan patah serta hilang dibawa arus Sungai Jelai.
“Kini, kampung ini tidak lagi didiami penduduk kerana telah berpindah ke tempat baharu di Kampung Kuala Telang, bandar Kuala Lipis dan kawasan berdekatan pada awal 80-an berikutan lokasi ini sering sering diancam banjir.
“Selepas pemindahan tahun berkenaan, sekiranya berlaku kematian ahli keluarga masing-masing, penduduk Kampung Telang dan berdekatan mempunyai dua pilihan untuk mengebumikan jenazah samada di tanah perkuburan Kampung Berala dan Kampung Ijok,” katanya.
Katanya, sebahagian waris penduduk yang dimakamkan di situ masih dapat dihubungi, manakala kebanyakannya ahli keluarga atau waris sudah tidak dapat dikenalpasti kerana sudah berpindah ke tempat lain termasuk generasi hari ini tidak tahu berkenaan sejarah tanah perkuburan lama tersebut.
Mohd Farid menunjukkan beberapa batang batu nisan lama sudah tercabut dan patah serta hilang dibawa arus Sungai Jelai.
Sementara Pengerusi JKKK Kuala Telang, Satmi Othman, berkata jawatankuasa pengurusan kampung dan masjid akan merujuk JAIP menerusi Pejabat Kadi Lipis mengenai kaedah pemindahan kubur lama di situ kerana hakisan tebing sungai semakin teruk selepas banjir baru-baru ini.
“Kita mempunyai tapak (tanah) perkuburan Kampung Berala dan Kampung Ijok berdekatan Kampung Kuala Telang antara alternatif untuk memindahkan makam lama berkenaan sekiranya mendapat persetujuan pihak JAIP dan waris berkenaan,” katanya.
Jelasnya, memang sewajarnya dilakukan pemindahan segera kerana kerana kawasan Tanjung Betong yang sudah tidak didiami penduduk kerap dilimpahi air Sungai Jelai malahan hakisan tebing semakin teruk termasuk perkuburan lama itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kejadian banjir turut menemukan tinggalan kesan sejarah
Kejadian banjir yang berlaku bermula pertengahan Disember tahun 2021 lalu meninggalkan banyak kesan kemusnahan alam semula jadi termasuk di kawasan perkampungan, taman perumahan dan kediaman serta harta benda penduduk yang hanyut dipukul oleh arus deras.
Selepas kejadian banjir dan air mulai surut banyak meninggalkan balak yang bergelimpangan, lumpur yang tebal, batu besar dan kecil serta pelbagai sampah sarap yang berton-ton beratnya.
Selain sampah sarap yang ditinggalkan selepas banjir, turut berlaku kemunculan bangkai kapal lama zaman British di sungai Lipis berdekatan Kampung Pagar, Batu 6, Penjom pada Januari 2021 selepas air surut.
Sebahagian rangka kapal ditemui di Sungai Lipis selepas banjir melanda pada Januari 2021 – FB Azmi Nasir
Tidak terkecuali, Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan, turut menemukan pula jambatan bijih besi yang jelas pada pandangan masyarakat telah digunakan sebagai laluan mengangkut hasil bijih besi ke kapal sebelum dihantar ke Jepun ketika Tanah Melayu dijajah Jepun dan British.
Sebenarnya, jambatan berkenaan sebenarnya dibina oleh British, manakala kegiatan perlombongan dikendalikan oleh Oriental Mining Co iaitu sebuah syarikat Jepun terletak di kawasan Bukit Besi di Temangan, Kelantan yang jaraknya lebih 60 kilometer dari Tumpat
Penemuan itu menarik perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Team Speed Media Gallery yang berpusat di Kota Bharu, mengambil peluang itu dengan meninjau jambatan bersejarah berkenaan dengan lebih dekat pada 7 Januari 2022 lalu.
Tinjauan yang dilakukan NGO berkenaan menemui fakta baharu yang belum pernah diketahui dan tidak pernah disebut dalam mana-mana catatan.
Jambatan yang dahulunya digenangi air laut, kini telah menjadi daratan yang membolehkan orang ramai berjalan seperti di pesisiran pantai.
Sumber NGO berkenaan, berkata, terdapat 13 struktur sisa jambatan yang dibina secara segi empat menghala ke laut.
Daripada struktur pertama, iaitu yang paling hampir dengan perumahan Taman Seri Pantai sehingga yang ke-10, mempunyai saiz yang sama kira-kira 3 meter persegi dengan ketinggian kira-kira 3.6 meter.
Struktur jambatan di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan, turut menemukan pula jambatan bijih besi yang telah digunakan sebagai laluan mengangkut hasil bijih besi ke kapal sebelum dihantar ke Jepun ketika Tanah Melayu dijajah Jepun dan British.
Menurutnya, kelebaran setiap tiang ialah 35.56 sentimeter manakala jarak setiap struktur berkenaan kira kira 6 meter.
Manakala struktur yang ke 11 adalah yang paling besar, mempunyai 24 tiang dibina rapat antara struktur ke 12 dan 13. Struktur ke 12 pula mempunyai 4 tiang dan dibina lebih rendah berbanding semua, manakala struktur terakhir adalah yang kedua terbesar dengan jumlah 10 tiang.
Jelas sumber NGO itu lagi, walaupun ada catatan memaklumkan jambatan itu dibina sebelum Perang Dunia Kedua, namun tidak dicatat tarikh atau tahun yang tepat, namun penemuan beberapa tarikh pada dua tiang boleh mengandaikan bahawa jambatan itu mungkin pernah rosak.
“Lebih menarik ialah pasukan kami terjumpa catatan pada pangkal tiang dua strktur yang tertera tarikh 7.5.57 dan 17.5.57. Adalah tidak mustahil tarikh berkenaan merupakan tarikh jambatan ini dibaiki.
“Jambatan ini terbiar dan rosak sehingga hanya tinggal struktur tiang selepas tidak lagi digunakan sejak 1965, apabila pada tahun itu Oriental Mining Co telah menghentikan operasinya kerana kandungan bijih besi yang semakin kurang,” kata sumber NGO berkenaan.
Sumber NGO itu berkata, oleh kerana kawasan sejauh 500 meter ke laut itu sudah menjadi daratan, kini berhampiran jambatan berkenaan menjadi padang permainan kanak-kanak dari kampung serta perumahan berdekatan pada waktu petang. Jambatan itu hanya akan tenggelam semula seketika apabila air pasang.
Kini, lokasi pesisir pantai jambatan itu juga kini menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai bersama-sama keluarga serta sahabat handai dan mengambil peluang berswafoto kerana tertarik dengan bentuk binaan serta nilai sejarahnya.
Rangka jambatan di Kampunbg Jubakar Pantai, Tumpat
Perlu dibimbangi, terdapat tiang jambatan berkenaan sudah berlaku rekahan pada bahagian atas dan perlu diambil tindakan segera seperti membaikinya jika pihak berkenaan berhajat mahu kekalkan binaan jambatan berdiri teguh di situ.
“Tidak diketahui berapa lama lagi sisa sejarah ini mampu bertahan daripada asakan ombak dan hakisan, mahu pun perubahan yang diterjah alam semula jadi.
“Kami amat mengharapkan supaya ada pihak yang memulihara jambatan ini demi kelangsungan dan mengekalkannya antara bahan sejarah di Kelantan, selain mampu dibangunkan sebagai produk pelancongan berstatus dunia,” kata sumber NGO Team Speed Media Gallery itu. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keturunan Raja Yala dipinggirkan hingga menumpang tanah orang
Kisah menarik dan sedih dari Yala (THAILAND). Kami melawat ke rumah kerabat diraja Yala. Namanya Tengku Muhammad. Kisah lamanya tidak sempat ditanya. Bila kami melihat keadaan rumahnya, dapur tempat tidur.
Sedihnya. Tengku ini menumpang tinggal di tanah orang lain. Bersamanya isteri dan 2 orang cucu. Cucu mereka anak yatim piatu. Memgikut cerita jiran, tiada siapa yang pedulikan pakcik dan cucu nya ini. Mahu pun imam kampung pun tidak ambil tahu. Jiran sebelah lah tempat bergantung.
Diberi sedikit gulai tiap kali mereka memasak. Itulah sunnah Nabi bila jiran sebelah terbau masakan. Yang menariknya Tengku Muhammad masih menyimpan keris dan pedang peninggalan Sultan Yala.
Keris yang beratus tahun. Bila dibacakan doa keris ini boleh berdiri sendiri.
Rumah yang kedua seorang nenek dan cucunya. Nenek ini berketurunan raja.
Bila kami sampai kami letak beras di atas rumahnya dia menangis. Nenek kata beras di dapur makin habis,yang ada hanya beras hancur dimakan bubuk. Menangis dari kami sampai hingga kami balik.
Doanya panjang kepada yang telah memberi sadaqah. Nenek ini kata dia bersaudara dua pupu kepada Tengku nenek ini yang lupa namanya kerana kami sendiri menahan menangis.
Dia pelihara seorang cucu. Ibu dan bapa cucu nya ini dipenjara. Cucunya selepas 3 hari dilahirkan dipenjara dan dihantar ke rumahnya. Nenek ini menjaga seorang diri. Jikalau lihat keadaan nenek ini memang tidak larat hendak berkerja. Nak menanggung makan minum dirinya dan cucunya. Hanya jiran-jiran tempat bergantung.-SAHIH
Kredit : Koleksi Senjata Warisan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pulau Tuba adalah destinasi yang jarang dikunjungi oleh pengunjung ketika melancong ke Pulau Langkawi.
Sebenarnya Pulau Tuba sangat cantik dan masih mengekalkan keindahan alam semula jadi yang penuh dengan cerita tersendiri.
Kira-kira 5 kilometer atau 15 minit dari Jeti Pekan Rabu, Kuah ke Jeti Kampung Selat Bagan Nyior, Pulau Tuba.
Pengunjung juga boleh turun di Jeti Teluk Puyuh, Tanjung Pandan iaitu jeti terpanjang di pulau tersebut.
Untuk ke pulau ini, pengunjung boleh menaiki bot atau feri dengan bayaran RM5 hingga RM10 seorang.
Keluasan kawasan Pulau Tuba adalah 17 kilometer persegi yang mempunyai lebih kurang 5,000 penduduk tempatan di kampung nelayan.
Pengunjung menyewa motorsikal untuk mengelilingi Pulau Tuba
Apabila tiba di jeti, pengunjung boleh menyewa van atau motorsikal. Untuk sewa motorsikal perlu membayar RM20 dan pengunjung boleh meronda-ronda menikmati keindahan sekitar kawasan pulau.
Jika pengunjung ingin bermalam di Pulau Tuba, penduduk tempatan ada menawarkan pakej percutian keluarga angkat nelayan yang boleh menginap di perkampungan Pulau Tuba. Penginapan yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.
Pakej percutian keluarga angkat nelayan, pengunjung berpeluang untuk belajar cara menangkap hasil laut dan melakukan aktiviti bersama penduduk tempatan dengan bayaran sekitar RM150 hingga RM300 bergantung kepada jumlah pengunjung.
Gua Wang Buluh – GAMBAR GOOGLEGua Kelawar – GAMBAR GOOGLE
Selain daripada mendalami cara kehidupan penduduk tempatan, pengunjung boleh melakukan aktiviti mendaki Gua Wang Buluh dan Gua Kelawar yang lengkap dengan trek pendakian.
Bagaimanapun, untuk mendaki Bukit Batu Licin pengunung dinasihatkan untuk mendaki bersama jurupandu hutan berlesen kerana trek yang masih belum dibuat.
Apa yang menarik di Pulau Tuba adalah bukit-bukau jenis batu kapur yang sudah wujud sejak 350 juta tahun dahulu.
Rugi jika pengunjung tidak ke Bukit Kecik melihat keunikkan formasi katu kapur jenis batuan enapan daripada mineral kalsit dan arogenit yang masih dijaga rapi oleh penduduk tempatan.
Bercakap mengenai makanan popular, Pulau Tuba tidak kurang hebatnya menjamu pengunjung dengan mi udang di Pantai Bagan Asam dengan pemandangan semula jadi hutan paya bakau dan batu kapur.
Pokok bakau ditanam semula untuk menjaga ekosistem setempat
Mengikut sejarah, pulau ini diberi gelaran sebagai Pulau Tuba kerana Pokok Tuba yang tumbuh di kawasan batu kapur yang sukar untuk dilihat di tempat lain.
Selain itu, Pokok Pandan Laut, Orkid Harimau dan Pokok Bogok juga tumbuh di kawasan batu kapur.
Pulau Tuba berdekatan dengan Pulau Dayang Bunting.
Pengunjung tidak perlu risau kerana penduduk tempatan adalah Muslim dan menyediakan kemudahan yang sesuai untuk pengunjung beragama Islam datang ke sini.
Walaupun penduduk di sini mengamalkan gaya hidup yang sederhana tetapi kawasan pulau mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, klinik, jaringan Internet, tiga buah sekolah rendah dan satu sekolah menengah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU – Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan kerana Bahasa Melayu adalah bahasa ke-10 paling popular yang digunakan di dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan perkara itu di Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 (PABM) yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melibatkan seramai 78 peserta dari 36 negara, antaranya Bangladesh, Jepun, Uzbekistan, Mesir, Brunei, Mali dan Pakistan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih digunakan, 20 bahasa sahaja yang dikategori dan diberi taraf bahasa rasmi termasuk Bahasa Melayu.
Walaupun pada zaman ini Bahasa Inggeris dilihat sebagai bahasa yang lebih banyak digunakan tetapi Bahasa Melayu masih kuat mengekalkan kehebatan tersendiri dan sentiasa berada di persada dunia.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak semua bahasa utama dalam dunia mendapat pengiktirafan seperti ini kerana ada bahasa yang lenyap dan ada juga yang mengalami ancaman kepupusan.
Rakyat Malaysia harus bersyukur dan bangga dengan Bahasa Melayu yang masih diterima di mata dunia dengan hasil kesepaduan rumpun Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam sebagai pendukung utama.
Bilangan pertuturan Bahasa Melayu melebihi 300 juta orang dan akan meningkat dari semasa ke semasa.
Perkara ini akan dapat mengembalikan zaman kegemilangan Bahasa Melayu.
Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berharap setiap persidangan, mesyuarat dalam sektor swasta dan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu untuk memartabatkan menyokong bahasa ibunda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!