Farah Ann Abdul Hadi, Ratu Gimnastik Artistik Negara mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang seakan dirinya.
Patung Barbie edisi khas dicipta dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang ingin mengejar impian dengan bertemakan ‘Anda Boleh Jadi Apa Saja, Anda Boleh Jadi Atlet’.
Projek ‘Dream Gap’ ini mengeluarkan patung Barbie bernama ‘Shero’ yang menyerupai Farah Ann dengan mengikat rambut hitam dan berpakaian merah jambu, putih dan emas sama seperti pakaian yang dipakai ketika Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.
Walau bagaimanapun, patung Barbie ini adalah patung pertama yang dicipta di Malaysia tetapi bukan tujuan pasaran.
Dengan keluaran patung ini, Farah Ann menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun hadapan.
Selain patung Barbie, kempen berkenaan juga menyediakan video satu minit 49 saat yang menceritakan impian seorang kanak-kanak tercapai dan sekali gus mengimbau kembali zaman Farah Ann sewaktu kecil.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Youtuber Indonesia yang terpalit dengan kes hina kemaluan berbau ikan masin, Rey Utami kini dibebaskan.
Menurut laporan Kompas.com, Rey yang menjalani humuman penjara selama satu tahun empat bulan itu dibebaskan pada 8 November lalu.
Berikut merupakan fakta-fakta kes yang digelar TrioIkanMasin:
1. Pada awal tahun 2020, dunia hiburan nusantara menjadi bualan hangat dengan kes fitnah sebagai Trio Ikan Masin yang melibatkan Rey Utami, Benua Pablo, dan Galih Ginanjar. Mereka bertiga dihukum kerana mencemarkan nama baik pelakon Fairuz A Rafiq menerusi saluran YouTube.
2. Fairuz merupakan bekas isteri kepada aktor Galih Ginanjar. Kes bermula selepas Galih dikatakan telah memburukkan nama baik Fairuz dan didakwa menceritakan hal peribadi secara terbuka dengan menceritakan aibnya ketika mereka masih bergelar suami isteri menerusi sebuah program talkshow yang disiarkan di laman YouTube.
3. Lebih memburukkan keadaan, Galih mengaibkan Fairuz dan mendakwa kemaluan bekas isterinya berbau seperti ikan masin!
4. Bukan hanya Galih, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara setahun empat bulan dan setahun lapan bulan kepada dua YouTuber, Rey Utami dan Pablo Benua kerana menghina, mencalar maruah Fairuz hingga mengalami tekanan emosi.
5. Sewaktu perbicaraan kes kemaluan berbau ikan masin awal Februari lalu, Fairuz mengalami tekanan emosi dan ketika prosiding perbicaraan berlangsung sekitar sejam, pelakon wanita itu diberikan rehat selama 15 minit kerana keadaannya yang terlalu lemah dan tidak berdaya.
6. Lebih huru-hara ketika Fairuz dibawa keluar dari bilik perbicaraan, pelakon itu tiba-tiba pengsan sambil dipapah oleh ahli keluarganya ke ruang rehat.
7. Walaupun Rey dibebaskan namun Benua dan Galih masih dipenjarakan kerana hukuman mereka lebih lama berbanding Rey.
Sekadar info, Rey merupakan vokalis kedua dalam single band Dadali yang berjudul Di Saat Aku Mencintaimu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : “Notmylevel, shutup! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang selfiestick tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” demikianlah kata Nabil Ahmad sewaktu mengacara program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada minggu ke-6.
Bagaimanapun, kata-kata Nabil itu telah menjadi bualan ramai di laman Twitter apabila rata-rata netizen mengecamnya.
Meskipun tidak menujukan kenyataan itu ditujukan kepada mana-mana individu, namun netizen pantas membuat spekulasi Nabil seperti memerli dan meniru gaya Azwan Ali yang kini kembali dalam dunia pengacaraan.
Tindakan Nabil mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA ketika di konsert GV7 semalam disifatkan biadap dan kurang ajar oleh netizen.
Perkara itu sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen. Netizen turut mengkritik pengacara itu dengan mengatakan bahawa dia yang baru pegang mikrofon jika dibanding dengan Azwan Ali yang sudah lama dalam industri.
Kata netizen lagi, meskipun Azwan Ali sudah lama tidak menjadi pengacara ataupun memegang mikrofon namun pengacaraannya jauh lebih baik daripada Nabil. Netizen turut meminta Nabil supaya tidak bongkak meskipun sudah lama bergelar pengacara.
Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap Nabil akan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kata-kata sindiran berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pernah tak anda rasa pedas atau pijar tangan selepas memotong atau menumbuk cili? Kulit sensitif akan terasa pijar lebih lama. Kalau tersentuh mata atau hidung lagi terasa.
Sebenarnya ada petua orang dulu-dulu untuk hilangkan rasa pijar dengan cepat dan menggunakan bahan di dapur sahaja. Mudah dan murah!
Susu
Boleh guna susu pekat atau susu cair. Tapi lebih elok kalau susu yang disimpan dalam peti.
Asam Jawa
Hanya perlukan asam jawa dan air, rendam asam jawa sekejap dan masukkan tangan anda. Biarkan beberapa minit. Pedas di tangan anda akan hilang.
Minyak Masak
Gunakan sedikit minyak masak, lumur pada tangan dan bilas seperti biasa menggunaka air. Mesti jari anda tak rasa pijar lagi.
Beras
Genggam beras atau masukkan tangan ke dalam bekas menyimpan beras. Pastikan basuh tangan dan keringkan dahulu!
Keluli
Mungkin tak ramai tahu cara ini. Gunakan bahan keluli seperti sudu atau garfu untuk hilangkan rasa pijar pada tangan. Gosok sudu tangan dan jari beberapa minit dan basuh.
Sabun Basuh Pinggan
Guna sabun basuh pinggan untuk hilangkan pedas di tangan. Caraya, basuh tangan seperti biasa dan letakkan sedikit sabuh basug pinggan. Gosok di celah jari, tapak tangan dan pergelangan tangan. Selepas itu, basuh tangan menggunakan air bersih dan lap.
Selamat Mencuba!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33 termasuk di dalam senarai aktiviti dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tidak timbul isu acara itu perlu dibatalkan.
Memetik laporan BHOnline, Beliau berkata, semua yang terbabit perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, iaitu acara berkenaan tiada penonton dan tidak membabitkan tenaga kerja asing, selain mereka yang terbabit perlu memakai pelitup muka dan jumlah kru digunakan pula adalah minimum.
Tegasnya, majlis anugerah itu juga dipantau oleh wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Jika berlaku perlanggaran (SOP), penganjur akan dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang media, semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4 TAHUN MENANTI – ISTERI AWIE DISAHKAN HAMIL 7 BULAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie memaklumkan dia bakal menimang cahaya mata keenam pada tahun hadapan, selepas isterinya, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin disahkan hamil setelah hampir empat tahun menanti.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 52, berkata kandungan anak sulung bersama isterinya kini sudah memasuki usia tujuh bulan dan dijangka bakal bersalin Januari depan.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Ibu dan baby juga sihat-sihat sahaja. Tak ada apa yang ingin saya katakan, hanya memohon doa agar semuanya dipermudahkan,” tuturnya.
Memetik laporan artis Malaysia Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan oleh Awie & isteri menerusi Instagram milik masing-masing. Pasangan ini memuat naik video yang memaparkan mereka membuat pemeriksaan rutin ibu hamil di sebuah hospital.
“Saya di sini bersama isteri untuk check kandungan tujuh bulan. Sudah lima anak saya dilahirkan di sini dengan satu doktor yang sama,” katanya.
Untuk makluman, Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand.
Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.
Awie kemudian bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006. Kasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyerahkan surat rasmi kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia susulan gesaan terhadap penganjur membatalkan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33).
Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan berkongsi perkara berkenaan melalui hantaran dimuat naik di akaun Facebook miliknya.
“YADIM menyerahkan surat rasmi kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menggesa hiburan yang tidak mematuhi syariah dapat dibatalkan terutama di saat umat Islam berdepan pandemik COVID-19,” katanya.
Surat bantahan itu diterima Pegawai Tugas Khas (Dasar) Kementerian, Muhammad Iqbal Mahashim mewakili Menteri, Saifuddin Abdullah.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan YADIM menggesa ABPBH 33 dibatalkan selepas pihaknya mendakwa menerima banyak aduan berkenaan program yang dijadual berlangsung esok itu.
ABPBH 33 yang dikendalikan Berita Harian dan TV3 melalui syarikat produksi, PrimeworksStudios(PWS) dijadual disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, mulai jam 9 malam esok.
Nasrudin juga berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkfili Mohamad menemui Saifuddin bagi menyatakan sikap dan pandangan Islam berhubung isu hiburan dan ABPBH 33.
Sementara itu, Zulkifli berkata, dia berkongsi beberapa buah fikiran dan pandangan berhubung penganjuran program hiburan hasil pertemuan dengan Saifuddin di KKMM hari ini.
Zulkifli yang juga bekas mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, Islam tidak menolak sebarang bentuk hiburan selagi tidak bertentangan dengan agama.
“Saya menjelaskan pendirian Islam yang tidak menolak sebarang bentuk hiburan yang tidak bertentangan dengan agama.
“Hiburan yang tidak berlebihan, apatah lagi dalam kaedah psikoterapi yang menerapkan elemen agama, adalah satu bentuk pendekatan yang amat baik dalam situasi yang menekan pada masa ini,” katanya juga melalui media sosial.
Bagaimanapun, katanya, beberapa isu sensitiviti umat Islam seperti bulan Maulidur Rasul yang masih berbaki beberapa hari, perlu diberi pertimbangan sebaiknya.
“Alhamdulillah, Saifuddin memaklumkan kepada saya yang dia akan menghubungi pihak penganjur dan berusaha meneliti ruang penambahbaikan yang sesuai. Terima kasih atas keprihatinannya dalam perkara ini,” katanya.
Zulkfli berkata, dia turut mengambil maklum pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kru belakang tabir terutama yang bekerja sepenuh masa dalam industri.
Justeru menurutnya, pihaknya berbesar hati sekiranya dapat meringankan beban penggiat seni yang terjejas pendapatan.
“Jika ada apa-apa yang boleh kami – agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan – hulurkan bantuan, saya amat berbesar hati, bermula Mac hingga hari ini, kami telah menyalurkan hampir RM360 juta kepada 10 kelompok sasar di seluruh Malaysia.
“Sebagai salah sebuah agensi di bawah saya, TV Alhijrah turut menyediakan pelbagai bentuk hiburan alternatif sepanjang penghujung bulan Maulidur Rasul ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah meraikan satu lagi saat gembira apabila dikurniakan cahaya mata pada tarikh istimewa hari ini.
Bayi selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati sekitar setengah jam lalu merupakan anak keempat bagi seniman yang berusia 61 tahun itu.
Berkongsi berita gembira itu, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali berkata, tiada apa yang mampu dizahirkan beliau selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.
“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” kata Jamal kepada ASTROAwani.
Kata Jamal, kehadiran permata hati yang diberi nama El Issac Yamani itu tentu sekali pelengkap kebahagiaan beliau dan isteri serta tiga anaknya yang lain.
El Issac Yamani yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack iaitu nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah memasyhurkan namanya sekitar tahun 1980-an.
Berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat oleh doktor sebelum ini, Jamal berkata, isterinya pada awalnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November ini.
Bagaimanapun, beliau dan isteri sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (hari ini) kerana tarikhnya sangat unik dan amat istimewa.
“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.
Selain Zack yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak pada tarikh istimewa hari ini, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.
Jamal dan Zai Izzati, 25, melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.
Penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu KekasihAwalDanAkhir itu sebelum ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggal buat beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PILIH WARNA KUKU YANG BERSESUAIAN DENGAN TONA KULIT
Kuku adalah salah satu bahagian badan yang penting terutama kepada wanita. Jika kuku kotor dan tidak sihat boleh memberikan pandangan yang kurang baik. Jadi, jaga kebersihan dan kesihatan kuku.
Untuk menambahkan keceriaan hari-hari anda, warnakan kuku mengikut kesesuaian tona kulit. Jangan tersalah pilih warna nanti kuku over shadow dari baju yang anda pakai. Ini tips memilih pewarna kuku mengikut tona kulit.
Tona Kulit Kuning Langsat
Bersyukur jika anda memiliki kulit kuning langsat. Anda tidak mempunyai masalah dengan warna. Kulit bertona cerah sesuai dengan apa-apa warna. Untuk nampak jari lebih runcing, warnakan kuku anda dengan warna pastel dan warna lembut. Jadi, jika anda berkulit cerah sesuaikan warna kuku anda dengan penampilan seharian.
Tona Kulit Sawo Matang
Biasanya gadis di Malaysia berkulit sawo matang. Tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jadi, apa warna yang sesuai? Apa kata anda cuba bermain dengan warna nature. Warna semulajadi membuatkan anda lebih ayu dan lembut. Warna seperti nude, coklat, pink beige atau brown earthy. Tapi jika anda tampil lebih ceria, pilihlah warna oren, biru laut atau hijau yang tidak terlalu terang.
Tona Kulit Gelap
Kepada gadis berkulit gelap pilih warna yang nampak ‘mahal’, elegen dan kuat. Contoh warna yang anda boleh pilih seperti merah jambu, merah gelap atau ungu. Elak memilih warna pastel dan terang kerana membuatkan anda nampak lebih gelap dan highlight.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGACARA DAN PENYAMPAI RADIO SINAR FM SITI ELIZAD ALAMI KEGUGURAN
KUALA LUMPUR: “Allah bagi rasa nikmat jadi ibu, minggu lalu, tetapi diambil semula. Saya reda dengan ketentuan-Nya, biarpun dipinjamkan seketika,” kata pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), Oktober lalu.
Siti Elizad yang juga penyampai radio Sinar FM berkongsi berita duka menerusi laman Instagram, hari ini. Malah, pelakon filem Berlari KeLangit itu turut memuat naik paparan skrin WhatsApp yang menunjukkan suaminya memaklumkan khabar duka kepada ahli keluarga lain.
“Terjentik sungguh rasa antara nikmat yang baru dirasai, kemudian diragut sekelip mata.
“Saat dimaklumkan hamil minggu lalu, hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya. Apatah lagi, saya dan suami sekian lama mengharapkan kehadiran cahaya mata. Namun, kandungan tidak kuat dan mula berlaku pendarahan.
“Saya terduduk dan tergamam, namun kena terima ketentuan ini. Tak mengapa, insya-Allah, ada rezeki lain. Saya hanya mampu bersangka baik dengan ujian Allah. Moga ada lebih nikmat selepas ini,” katanya dipetik dari BH Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!