KUALA LUMPUR: Seniman tersohor, Datuk M Nasir kehilangan ayahnya, Mohamed Sam yang menghembuskan nafas terakhir di Singapura sekitar pukul 7.30 pagi ini.
Allahyarham Mohamed meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya.
Menurut isteri M Nasir, Datin Marlia Musa, ekoran pandemik COVID-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang ke Singapura untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Sehubungan itu, kata Marlia, beliau bersama suami serta anak-anak hanya mampu reda dan berdoa dari jauh memohon kesejahteraan Allahyarham bapa mertuanya itu.
Sekalipun sedih dan berduka kerana tidak dapat bersama memberi penghormatan terakhir, namun, kata Marlia, apa kudrat yang mereka ada kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan.
“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat COVID-19.
“Abang (M Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan,” jelas Marlia kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Marlia berkata, kali terakhir beliau serta suaminya bertemu dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum COVID-19 menular.
“Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu,” ujar Marlia lagi.
Ketika ini, jelas Marlia, jenazah Allahyarham bapa mertuanya sedang diuruskan untuk pengebumian oleh adik-beradik M Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura.
Seniman M Nasir merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOREA SELATAN : Pelakon Song Yoo-jung, yang terkenal menerusi siri Make Your Wish, ditemui meninggal dunia pada Sabtu.
Berita itu disahkan oleh pengurusannya, Sublime.
Punca kematian bagaimanapun tidak dinyatakan.
Upacara pengebumian telah dijalankan pada tengah hari Isnin di Gangnam.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Song, 26, memulakan kariernya sebagai model jenama kosmetik sebelum beralih ke bidang lakonan pada tahun 2013, lapor Agensi.
Selain Make Your Wish, Song juga dikenali menerusi lakonan dalam School 2017 dan Dear My Name.
Song menandatangani kontrak bersama Sublime pada tahun 2019, yang juga mewakili ramai bintang lain seperti pelakon Parasite, Song Kang-ho dan penyanyi Jung Ji-hoon (atau Rain), sebagai persiapan dalam langkah seterusnya dalam bidang seni.
Beberapa laporan berita di Korea menyatakan bahawa Song membunuh diri, tetapi sehingga kini belum dapat dipastikan.
Jika laporan itu benar, Song menyertai senarai panjang bintang muda Korea Selatan yang membunuh diri dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk bintang K-pop Sulli dan Goo Hara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal tanah air, Roy memaklumkan ujian saringan COVID-19 ke atas dirinya mendapati dia positif pandemik berkenaan.
Menurut penyanyi yang sangat popular dengan lagu Ratnaku itu, ujian tersebut juga mendapati dia berada di tahap keempat penyakit berkenaan dan sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mengesahkan perkara itu kepada portal Harian Metro, Roy atau nama sebenarnya, Mohammad Rauzan Alwi berkata, dia secara peribadi tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti pandemik berkenaan.
Roy yang berusia 57 tahun berkata, dia reda menerima ujian itu selain berserah kepada Allah.
GAMBAR IHSAN HARIAN METRO
“Apa lagi yang boleh dibuat, selain saya kena reda dan tawakal pada Allah.
“Ahli keluarga saya juga kini menjalani kuarantin di rumah sekarang, manakala restoran keluarga kami di Banting ditutup sementara,” katanya.
Roy yang terkenal menerusi lagu-lagu patriotik sebelum itu dilaporkan dimasukkan ke Hospital Banting pada tengah malam Sabtu akibat sesak nafas.
Hasil pemeriksaan doktor ke atas bekas peserta program Gegar Vaganza musim keenam itu mendapati terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Kesihatan pelawak veteran, Datuk Jamalai Shadat atau lebih dikenali sebagai Jamali Shadat, 78, yang dilaporkan merosot beberapa hari lalu, kini semakin pulih.
Menurut anaknya, Fauzi Jamalai, 48, sejak tiga hari lalu, ayahnya tidak mahu menjamah sebarang makanan dan hanya terbaring terlantar di atas katil.
Malah, Fauzi berkata, dia juga terpaksa memanggil doktor ke rumahnya di Pulau Indah di sini bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas ayahnya itu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Doktor terpaksa menggunakan drip bagi memasukkan air ke dalam badan ayah selepas dia tidak mahu makan sejak tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, keadaan ayah semakin pulih kini dan dia juga sudah ada sedikit selera makan semalam (Ahad),” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di rumahnya pada Isnin.
Sementara itu, Fauzi berkata, sejak pemergian ibunya, Lela Yacob yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, keadaan kesihatan ayahnya itu mula merosot, malah dia juga tidak lagi seceria dahulu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Sama-sama kita doakan semoga Datuk Jamali Shadat dilindungi Allah swt.
Sangat kesal dengan sesetengah orang yang mengatakan Datuk Jamali Shadat sudah meninggal dunia, dan keadaan datuk Jamali Shadat sekarang semakin pulih… Hentikan berita palsu….
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA : Penyampai dan pereka fesyen, Caren Delano, 39 tahun, menceritakan kisahnya menghadapi tempoh kuarantin setelah disahkan positif Covid-19 serta menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selama lima hari yang tamat semalam.
Beliau yang juga penyampai salah satu program Pagi-pagi Ambrya memaklumkan kepada umum bahawa jangan cuba mempersenda pendemik itu dan perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati mengikuti peraturan yang telah ditetapkan daripada diserang gejala itu, lapor Kompas. com.
“Jangan anggap remeh virus ini, jangan mudah tidak ambil peduli ya.
“Di sini saya mau mengajak teman-teman, kita enggak tracking, enggak bisa tahu lagi di mana virus itu, jadi buat teman-teman semuanya tetap hati-hati, selalu jaga jarak, yang paling penting selalu cuci tangan dan pakai masker, ” katanya dari akaun Instagram @cerendelano.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kumpulan gendang silat anak beranak bernama Kumpulan Seni Silat Pendekar Ahmad harus dipuji kerana mengetengahkan anggotanya yang muda sebagai generasi pelapis untuk terus menghidupkan seni muzik tradisi Melayu itu.
Ketua kumpulan itu, Asri Mat Taib (52) yang bermain gendang berkata, kumpulannya mempunyai ahli muda yang masih bersekolah rendah, Mohd Rifqi Fathullah berusia 8 tahun bermain tetuang, manakala pemain gong, Siti Nor Adira Mohd Asri, berusia 8 tahun.
“Kumpulan ini telah ditubuhkan 5 tahun lalu dan mengadakan latihan dua kali seminggu dan kekerapan latihan bergantung kepada program yang bakal disertai sebagai persiapan.
“Saya mendapatkan tetuang yang dibeli di Temerloh, asalnya tetuang tidak ada sebagai salah satu elemen alat muzik dalam permainan gendang silat, permainan tetuang menambah seri kepada kumpulan ini,” katanya.
Katanya, kumpulannya sering mengadakan persembahan di majlis kenduri kahwin, majlis perasmian dan juga pertunjukan program biasa di sekitar Jerantut, Jengka dan Temerloh.
“Paling jauh setakat ini, mengadakan persembahan di Putrajaya, sejak penularan Covid-19 berlaku kumpulan saya tiada mengadakan persembahan kecuali majlis kahwin sahaja, kumpulan ini turut bergabung dengan Majlis Kebudayaan Daerah Jerantut.
“Kumpulan ini lebih menumpukan permainan lagu-lagu tradisi seperti Raja Berangkat, Gendang Perang, Gendang Tari Piring, Gendang Same Deras dan juga lagu usik mengusik Lengang Janda,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang sepatutnya bersiaran langsung daripada Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari depan ditunda bagi mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Khairul Anwar Salleh, menjelaskan tempoh 14 hari PKP akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35.
“Ketika dalam sidang media AJL35 semalam, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan.
“Namun, semalam, Perdana Menteri menguatkuasakan PKP bermula hari esok sehingga 26 Januari depan. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain.
“Oleh itu, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai, demi kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi,” katanya dalam kenyataan.
Khairul juga memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35.
Terdahulu, AJL35 yang mencalonkan sebanyak 12 lagu ke pusingan akhir turut berdepan dugaan lain sebelum ini apabila penyanyi Alif Satar dan kru produksi terlibat dalam persembahan positif Covid-19.
Separuh akhir Muzik Muzik sebelum itu juga terpaksa ditunda program berkenaan atas faktor keselamatan.
Lagu-lagu bakal bertanding di peringkat akhir adalah Hati yang dinyanyikan Hael Husaini, Belenggu Rindu (Jamal Abdillah dan Wani Hasrita), Peluang Kedua (Nabila Razali), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta ), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Semalam (Aina Abdul), Hutang (Floor 88), Gundah (Ernie Zakri), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Eh (Zizi Kirana), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Berpegang prinsip tiada golongan tersisih daripada bantuan kerajaan dalam berdepan pandemik COVID-19, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengagihkan bantuan kepada 100 artis veteran.
Program penyerahan bantuan hasil inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) di Dewan Perdana Nur, KPWKM di Putrajaya, semalam, mengagihkan barangan keperluan harian, makanan, ubat-ubatan, fabrik dan wang kepada penerima.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata elemen seni dan tenaga penggeraknya selama ini menjadi suatu bentuk terapi kepada setiap insan.
“Sejajar prinsip tiada yang ketinggalan menikmati kemudahan kerajaan selain memahami artis veteran terjejas akibat pandemik COVID-19, kementerian bersetuju menyampaikan bantuan berupa makanan dan wang tunai sumbangan Yayasan Kebajikan Negara kepada ahli PKAVM.
“Saya dimaklumkan penerima adalah pelakon, penyanyi, pelawak dan pemuzik. Ada dalam kalangan mereka hilang punca pendapatan kerana tidak berupaya memenuhi undangan seperti tawaran berlakon dan menyanyi akibat COVID-19 selain faktor kesihatan,” katanya pada majlis penyerahan bantuan itu, semalam.
Rina berkata, kementerian berminat menjalin kerjasama strategik dengan PKAVM untuk menganjurkan program demi manfaat ahli.
“Semua artis veteran yang hadir ini pernah mewarnai industri seni. Menghiburkan kami di kala suka dan duka serta menceriakan hari kami melalui kaca televisyen (TV) dan radio dengan karya serta bakat masing-masing.
“Jadi, tiba masanya, kementerian menceriakan hari mereka.
“Disebabkan artis adalah figura dan personaliti yang sangat dekat dengan rakyat, kementerian berhasrat menjalin kerjasama erat dengan persatuan terutama dalam membantu penyampaian perkhidmatan KPWKM kepada rakyat,” katanya.
Rina berkata, pelbagai aktiviti boleh dirancang antara PKAWM melalui pembabitan artis veteran dalam Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).
“Sehingga kini, ada 143 PAWE di seluruh negara. Saya percaya pembabitan artis veteran memantapkan lagi pelaksanaan PAWE dan mampu menarik lebih ramai lagi warga emas menyertainya,” katanya.
Rina juga mengalukan ahli PKAVM menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ KPWKM melalui aktiviti sukarelawan JKM.
“Ini selari dengan pelaksanaan Kembara Prihatin Negara (KPN) 2020 yang berkonsepkan turun padang membantu mereka yang memerlukan. Kita sasar seramai sejuta rakyat bakal menerima manfaat daripada pelbagai aktiviti.
“Ahli PKAVM boleh bertindak menyalurkan maklumat kepada JKM atau mana-mana agensi di bawah kementerian jika tahu ada pihak yang memerlukan bantuan,” katanya.
BH Online melaporkan , Presiden PKAVM, Datuk Tomiran Mohd Kasdi, berkata pandemik COVID-19 memberi kesan kepada artis veteran yang terjejas pendapatan.
“Ada dalam kalangan mereka bergantung dengan lakonan semata-mata. Tawaran lakonan tidak ‘sekencang’ dahulu.
“Alhamdulillah, melalui usaha ahli jawatankuasa penyelaras PKAVM yang bertemu dengan JKM, ada sinar datang termasuk kerjasama lain pada masa depan,” katanya.
Tomiran berharap artis veteran usah dipinggirkan.
“Selama ini, artis veteran ini mewarnai persada seni. Malah, ada antara mereka terus kental berjuang di liga seni.
“Mereka berlakon atau menyanyi bukan untuk mengejar populariti. Sebaliknya, demi kelangsungan hidup,” katanya.
Sementara itu, penyanyi era 1960-an, Datuk Jeffrydin, 75, bersyukur kerajaan, kementerian dan persatuan anak seni tidak melupakan artis lama.
“Kecil atau besar sumbangan tetap bermakna bagi artis veteran. Apatah lagi senario semasa pandemik COVID-19 ramai yang terjejas dan putus rezeki.
“Artis veteran meningkat usia dan tidak boleh aktif macam dahulu. Namun, minat mereka terhadap dunia seni tidak pernah berkubur,” katanya.
Mak Jah, 72, atau nama penuh, Maimunah Ahmad menganggap diri bertuah kerana masih mendapat perhatian dan dihargai.
“Kami tidak ramai… Nasi pun makan sedikit sahaja. Jadi, kecil atau besar sumbangan tetap bermakna.
“Alhamdulillah, saya masih meneruskan kelangsungan hidup dengan berlakon dan penyakit kanser rahim saya semakin pulih,” katanya.
Selain Mak Jah, antara artis veteran yang menerima bantuan adalah Hamid Gurkha, Hamidah Wahab, Wan Maimunah, Razak Ahmad dan Sofia Ibrahim.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUKAN MUSLIM LAGI, 4 SELEBRITI SAMBUT HARI NATAL SETELAH TUKAR AGAMA
Penganut agama Kristian sentiasa menunggu Hari Natal setiap tahun. Begitu juga dengan barisan selebriti yang telah pun memutuskan untuk memeluk agama Kristian.
Mereka yang meraikan perayaan Krismas, bermula beribadat sehingga berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Jom lihat, siapakah selebriti Indonesia yang sebelum ini seorang Muslim kini keluar agama Islam dan menganut agama Kristian serta menyambut Hari Natal.
4. Lukman Sardi
Foto: IG @lumkansrd
Lukman Sardi memutuskan untuk menganut agama Kristian, sebelum ini dia seorang Muslim. Pada Krismas lalu, dia tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Natal kepada netizen dengan menyiarkan gambar bersama keluarganya.
Telah diketahui bahawa Lukman Sardi memeluk agama Kristian kerana mengikuti kepercayaan isterinya, Pricillia Pullunggono. Lukman Sardi mengahwini isterinya dengan perbezaan agama pada 28 Mac 2009. Namun, pada masa itu, dia mengakui bahawa dia masih beragama Islam.
3. Salmafina Sunan
Foto: IG @Salmafinasunan
Selalunya dicerca kerana menukar agama, Salma masih menunjukkan kegembiraannya menyambut Krismas. Bersama rakan-rakannya, dia menyambut Krismas dengan makan bersama.
“Malam Christmas,” tulis Salma dalam muat naiknya. Dia kelihatan cantik mengenakan gaun hitam.
2. Dena Rachman
Foto: IG @denarachman
Dena Rachman baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah menganut agama Kristian. Dia dilihat meraikan malam Krismas bersama rakan-rakannya.
“It’s diamond Christmas!,” tulis Dena Rachman.
SharenaDelon
Foto: IG @mrsshareena
Sharena berkahwin dengan Ryan Delon, emutuskan untuk menganut agama Kristian. Baru-baru ini, Sharena memuat naik foto bersama keluarga kecilnya. Tidak ketinggalan, dia mengucapkan selamat Hari Krismas kepada para netizen yang meraikan.
“Selamat Hari Krismas semua orang! Walaupun tahun ini agak pelik, raikan saja…Kegembiraan Krismas ada di hati kita. Semoga hidup anda dipenuhi dengan kehangatan dan sorakan kegembiraan pada musim cuti ini dan sepanjang tahun,” tulis Sharena.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
STATUS HUBUNGAN NEELOFA, PU RIZ JADI TUMPUAN: SPEKULASI JADI BUALAN NETIZEN
KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai hubungan pasangan terkenal, Neelofa dan PU Rizz kini menjadi perbualan di media sosial.
Netizen mula berkongsi pelbagai pandangan berhubung dakwaan kononnya ikatan pertunangan antara kedua-dua mereka sedang melalui ujian.
Pelbagai versi mengenai status hubungan selebriti dan usahawan termasyhur itu dengan PU Rizz juga sampai ke pendengaran ASTRO AWANI.
Menurut beberapa sumber yang dihubungi, dakwaan yang mengatakan pertunangan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dengan PU Rizz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang.
Ini kerana, kata sumber itu, belum ada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut keluarga Neelofa berhubung isu tersebut.
Namun begitu, sumber memaklumkan, berdasarkan perbualan antara ahli keluarga Neelofa memberi bayangan bahawa hubungan Neelofa dan PU Rizz SUDAH BERAKHIR.
“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Rizz,” kata sumber itu kepada ASTRO AWANI.
Seorang lagi sumber yang dekat dengan Neelofa pula berkata, kemelut yang dilalui Neelofa dan PU Rizz ketika ini agak rumit untuk dijelaskan kepada peminat-peminat mereka.
“Ini adalah dugaan mereka dalam melalui alam pertunangan. Doakan yang baik-baik buat mereka,” kata sumber itu lagi.
Berdasarkan tinjauan ASTRO AWANI di akaun Instagram ahli keluarga Neelofa khususnya ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.
Bahkan, Noor Kartini juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Rizz.
Apa yang mencetus perdebatan dalam kalangan netizen ialah, perkongsian Instagram Stories (IG Story) adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan juga bagaikan memberi bayangan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Bahkan, foto-foto semasa majlis merisik juga sudah tidak lagi kelihatan di laman Instagram mereka.
ASTRO AWANI sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada pengurusan Neelofa mengenai dakwaan tersebut, namun, belum mendapat sebarang maklum balas.
PU Rizz juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan daripadanya.
Pada 1 November lalu, ASTRO AWANI melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu menerima kunjungan keluarga PU Rizz bagi menyempurnakan acara merisik.
Dalam majlis itu, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.
Neelofa dan PU Rizz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!