PENGACARA DAN PENYAMPAI RADIO SINAR FM SITI ELIZAD ALAMI KEGUGURAN
KUALA LUMPUR: “Allah bagi rasa nikmat jadi ibu, minggu lalu, tetapi diambil semula. Saya reda dengan ketentuan-Nya, biarpun dipinjamkan seketika,” kata pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), Oktober lalu.
Siti Elizad yang juga penyampai radio Sinar FM berkongsi berita duka menerusi laman Instagram, hari ini. Malah, pelakon filem Berlari KeLangit itu turut memuat naik paparan skrin WhatsApp yang menunjukkan suaminya memaklumkan khabar duka kepada ahli keluarga lain.
“Terjentik sungguh rasa antara nikmat yang baru dirasai, kemudian diragut sekelip mata.
“Saat dimaklumkan hamil minggu lalu, hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya. Apatah lagi, saya dan suami sekian lama mengharapkan kehadiran cahaya mata. Namun, kandungan tidak kuat dan mula berlaku pendarahan.
“Saya terduduk dan tergamam, namun kena terima ketentuan ini. Tak mengapa, insya-Allah, ada rezeki lain. Saya hanya mampu bersangka baik dengan ujian Allah. Moga ada lebih nikmat selepas ini,” katanya dipetik dari BH Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IBU AARON AZIZ MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SAKIT JANTUNG
KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular, Datuk Aaron Aziz meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura, malam tadi.
Isteri Aaron, Datin Diyana Halik mengesahkan punca kematian ibu mentuanya, Allahyarham Juriana Jaafar disebabkan serangan jantung.
“Ya, Mummy meninggal dunia di hospital di Singapura akibat serangan jantung,” katanya ketika dihubungi BHOnline.
Terdahulu, pelakon drama rantaian JalanSesatKeSyurga ini turut berkongsi berita duka pemergian ibunya di Facebook (FB) dan Instagram (IG).
“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kubur dan api neraka. Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh.
“Tempatkanlah ibuku di antara hamba hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” katanya.
Sebelum ini, pemenang dua kali Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ini sering berkongsi keadaan kesihatan arwah serta memohon doa agar ibunya pulih seperti sedia kala.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERIMA PANGGILAN, UCAPAN TAHNIAH DARIPADA RAKAN & PEMINAT
KUALA LUMPUR: Pelakon tersohor tanah air, Erra Fazira menerima banyak panggilan daripada keluarga, rakan dan wartawan bagi mengucapkan tahniah atas pernikahannya hari ini.
Pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu mengakui tergamam menerima ucapan tahniah bertalu-talu, sebelum dimaklumkan sebenarnya yang bernikah adalah wanita lain yang mempunyai nama sama dengannya.
“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai. Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi Erra Fazira lain. Lucu juga bila kenangkan semula,” katanya seperti dilaporkan AstroAwani.
Terdahulu pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turun padang melihat proses pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengikut SOP berkata, beliau pada mulanya terkejut melihat nama Erra Fazira.
Pelakon dan penyanyi berusia 46 itu menambah, sebagai saudara muslim, dia secara peribadi mendoakan perkahwinan Erra Fazira dan suami dirahmati Allah SWT.
“Seperti orang lain saya juga sangat gembira bila mendengar berita pernikahan seperti ini. Nasihat saya, jalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kegembiraan serta saling menghasihi antara satu sama lain.
“Semoga Erra Fazira dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Teka-teki hubungan antara Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dengan seorang selebriti terkenal akhirnya terjawab apabila keluarga PU Riz datang merisik usahawan dan pelakon terkenal itu Ahad lalu.
Namun, disebalik kegembiraan itu, secara tiba-tiba nama bekas kekasih pendakwah bebas itu, Amal Syahmina menjadi trending di laman sosial Instagram dan Twitter.
Netizen juga mendoakan supaya wanita itu terus tabah melayari kehidupan dan menemui kebahagiaan hidup.
Rata-rata netizen berharap Amal akan terus kuat dan tabah melalui ujian hidup.
Dalam pada itu, ramai yang percaya wanita itu akan menemui kebahagiaan satu hari nanti serta dipertemukan jodoh atau pasangan yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya.
Baru-baru ini nama wanita itu menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.
Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAFIEY ILLIAS INGIN BAIKI PAYU DARA & MATA KUYU-KUYU ALA BARBIE
Mahukan yang lebih terjamin prosedur akan dibuat bulan ini, barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu kemunculannya nanti. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.
Jelasnya, dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin,” kata usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias.
Beliau yang dikenali Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 26, sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM32,000. Safiey berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.
Menurut Safiey yang popular menerusi lagu SyintaGila, dia juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.
“Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.
Menurutnya, doktor faham kehendaknya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.
“Cuma, jika saya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi.
Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan mencecah jutaan ringgit membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Akaun Tinggal RM40, Aaron Aziz Akui Artis Pun Manusia Biasa
Ramai yang beranggapan kehidupan sebagai seorang ARTIS yang sudah ada nama dipersada seni penuh dengan kemewahan namun tanggapan itu salah sama sekali. Mungkin ada yang hidup mewah namun tidak semuanya cukup.
Pelakon hero KLGengster Datuk Aaron Aziz berkongsikan satu entri menerusi Instagram menunjukkan baki di dalam satu akaun bank. Apa yang menjadi perhatian adalah akaun tersebut hanya berbaki RM40 sahaja.
Menerusi perkongsian itu, turut disertakan kapsyen dimana Aaron berkata artis juga sama seperti manusia lain, tidak semuanya hidup mewah.
Dalam masa sama, Aaron sempat berseloroh bertanyakan kepada pengikutnya makanan apa yang boleh dibeli dengan baki RM40 itu untuk empat orang.
Bagaimanapun, diruangan komen rata-rata netizen tidak percaya jika hanya itu satu-satunya akaun bank milik Aaron. Malah, ada yang mengatakan cuba lihat akaun simpanan isterinya, pasti ada berjuta-juta.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang deejay (DJ) Indonesia, Dinar Candy menjadi viral baru baru ini selepas dia menjual dua helai seluar dalam yang belum dibasuh dengan harga yang cukup lumayan.
Menurut laporan media Indonesia, Dinar pertama kali menjual seluar dalam yang tidak dibasuhnya berwarna hitam pada harga Rp50 Juta atau RM13,000 pada bulan lalu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Seluar dalam tersebut dibeli oleh seorang YouTuber, Bobby Stunt, yang mengaku membeli seluar dalam terpakai itu untuk tujuan pengisian di platform YouTube miliknya.
Setelah itu, Dinar menjual sehelai lagi seluar dalam berwarna merah yang sedang dipakainya sewaktu muncul di sebuah acara dan dibeli seorang komedian.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Seluar dalam tersebut dijual dengan harga Rp20 juta atau sekitar RM5,000.
Kisahnya menjadi viral membuatkan orang kampung Dinar memarahi keluarganya yang menetap di Bandung.
Penduduk kampung berasa tindakan Dinar sebagai kurang sopan, malah ada segelintir orang kampung yang datang bertemu dengan bapa perempuan berusia 27 tahun itu dan memarahinya.
Meski demikian, respons yang diberikan bapa Dinar iaitu Acep Ginayah Sobiri tidak sedikit terkesan .
Dia mengaku tindakan anak perempuannya yang menjual seluar dalam terpakai.
Malah Acep juga bergurau, mengatakan dia juga sudi menjual seluar dalam terpakainya dengan harga yang lebih murah.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Jelas Dinar lagi dia juga mahu menjual seluar dalam yang sedang dipakai dengan harga Rp10 juta (RM3,000),” katanya seperti dipetik dari GempakId.
Dirinya juga mempunyai pandangan sendiri.
Menurut Acep, menjual seluar dalam jauh lebih baik dibanding menjual diri.
“Asalkan tidak menjual diri. Jadi jual seluar dalam tak apa apa,” ujar Acep bapa kepada Dinar.
Sebelum ini, Dinar mengatakan dia terpaksa menjual beberapa barangan peribadi miliknya termasuk seluar dalam terpakai selepas tujuh bulan tidak mempunyai pekerjaan kesan daripada pandemik COVID-19.
“Saya tidak mempunyai pekerjaan selama tujuh bulan, jadi saya terfikir menjual seluar dalam terpakai dan ada yang mahu membelinya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Keluarga selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz petang tadi.
AstroAWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi merisik Neelofa.
Majlis diadakan sederhana itu dihadiri keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Sumber keluarga pasangan itu memaklumkan, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda disunting.
Neelofa Mohd Noor
Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri penghujung Mac 2021.
Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan menunaikan solat Asar diimamkan PU Riz.
Muhammad Haris Mohd Ismail
Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz menentukan perancangan perkahwinan mereka, termasuk jumlah hantaran.
Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Pelakon terkenal dalam siri francais filem terkemuka James Bond, Sir Sean Connery meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun.
Sir Sean Connery
Aktor berdarah Scottish itu ketika era kegemilangannya pernah merangkul pelbagai anugerah termasuk Anugerah paling berprestij Oscar, dua Anugerah Bafta dan tiga GoldenGlobes, menjadikannya antara pelakon paling berjaya pernah tercatat dalam industri perfileman dunia.
Dia turut digelar sebagai pemegang watak 007 terbaik filem James Bond dalam kebanyakan siri sekuel pernah diterbitkan berbanding hero lain yang membintanginya.
Connery baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada Ogos lalu.
Sumber: ASTROAwani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah, Datuk Hattan, 56, bersyukur mendapat isyarat awal dalam soal kesihatan dan nyawa apabila dimasukkan ke hospital selama tiga hari, berpunca masalah injap jantung, baru-baru ini.
Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Sahabuddin, berkata selepas dibenarkan pulang ke rumah, kesihatannya makin pulih.
“Alhamdulillah, saya semakin okay. Cuma saya bersyukur isyarat sakit ini datang awal. Jadi, dapat dikawal dan diberi lebih perhatian.
“Soal sakit ini, kita tidak boleh berkompromi. Benda boleh bawa maut, kita sendiri tak mampu mengawal takdir. Tapi dalam hidup ini, mencegah lebih baik daripada mengubati,” katanya kepada BH Online.
Melalui entri di Facebook (FB), Hattan memaklumkan kesihatannya terkawal selepas tiga hari dirawat.
Sebelum ini, Hattan dilaporkan dimasukkan ke hospital berikutan masalah injap jantung. Bermula dengan mengadu sakit dada dan tangan kebas, isteri Hattan, Datin Arianie Mohd Abidin bertindak pantas menghantar penyanyi itu ke hospital.
Hattan berkata, apa yang berlaku mengubah hidupnya sebanyak 180 darjah.
“Mulai sekarang, saya kena jaga banyak perkara termasuk soal pemakanan. Saya juga tidak boleh tertekan.
“Namun, dalam keadaan ekonomi dan pandemik sekarang, apa daya kita hendak melawan kehendak takdir. Tidak mengapa, lalui hidup ini dengan penuh keredaan biarpun hakikat pergelutan itu bukan biasa-biasa,” katanya.
Hattan bertekad menjaga pemakanan agar kesihatannya terjamin.
“Kalau sudah sakit ini, banyaklah pantang-larang. Saya kena elak makanan kolesterol tinggi. Saya kena lebihkan sayur-sayuran. Dahulu, saya makan sayur-sayuran. Sekarang, saya kena biasakan semula termasuk mengambil sayur-sayuran yang tidak pernah dimakan,” katanya.
Hattan mengaku beruntung dikurniakan isteri cantik, baik hati, penyayang dan memahami.
“Untung sakit macam ini, belaian dan perhatian lebih daripada isteri. Garang isteri pun kadang-kadang lebih daripada jururawat bertauliah. Garang bukanlah sampai memekak, sebaliknya bertegas dalam memantau kesihatan saya.
“Dengan keadaan sekarang, hidup kena diteruskan. Memang kena berjimat cermat. Hidup dengan wang simpanan tapi biarlah berpada-pada.
“Kita tidak mampu menjangka apa yang akan terjadi kelak. Semoga kita semua terus dilindungi,” katanya.
BH Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!