Saya terlihat kabel elektrik terjuntai rendah dan tidak digantung dengan sempurna di kawasan parkir kereta berdekatan menara telekomunikasi di tapak stesen bas Bandar Inderapura, Jerantut.
Lebih membimbangkan cara pemasangan itu boleh membahayakan orang ramai khususnya kanak-kanak yang tidak tahu akan makna bahaya renjatan elektrik terutama semasa hujan.
Lebih membimbangkan ada sebahagian kabel elektrik itu menyentuh kawad dan tiang besi, seandainya berlaku kebocoran elektrik boleh mengancam nyawa orang ramai.
Mohon pihak yang berkaitan buat pendawaian elektrik itu dengan sempurna demi keselamatan semua.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: “Keh (saya) biase buat keje kecik, sebab korga keh orang susah, orang kampung, jadi keje-keje gini dah biase sangat dengan kehidupan keh,” kata Ahli parlimen Jerantut, dengan loghat kampungnya, Kampung Sokti, ketika melawat kediamannya di Sungai Jan, semalam.
Ahli parlimen itu, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, rumahnya seolah-olah dikelilingi kebun walau pun terletak dekat kawasan bandar dengan kawasan tanah rumahnya yang tidak luas.
Datuk Ahmad Nazlan bersama isterinya, Datin Saadiah Khonopiah menjadikan tumbuhan sekitar kediamannya sebagai riadah.
Katanya, ini hobinya ketika ada masa terluang, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga parlimen tidak bersidang ketika perintah darurat, sambil beriadah untuk mengeluarkan peluh, bila berbuah , selain bukan kerana mahu makan hasilnya tetapi seronok melihatnya mengeluarkan hasil.
“Saya tidak pandai memancing cara moden… nak berbasikal macam tidak sesuai dengan usia saya, maka berkebun lah di sekitar rumah kalau tiada program bersama masyarakat.
“Isteri pula minat menanam pokok bunga, saya pula menanam pokok vanila dan muncul minat setelah menonton dalam Youtube cara menanam vanila dan melawat beberapa kawasan kebun pokok vanilla di Temerloh dan di Ulu Cheka, Jerantut,”katanya.
Ahmad Nazlan di kebun vanila di rumahnya
Katanya, menanam pokok vanila seronok , sesuai dengan kudratnya dan dikatakan vanila bakal memberi pulangan yang baik kerana Indonesia adalah pengeluar produk vanila terbesar di dunia dan penawaran vanila ketika ini tidak mencukupi.
“Kalau Indonesia boleh, mengapa kita (di Malaysia) tidak boleh kerana hawa dan iklim sama, saya sokong pengusaha pokok vanila di Temerloh dan di Ulu Cheka, mereka sudah nampak hasilnya.
“Saya juga dimaklumkan beberapa rumah di sekitar bandar Jerantut turut menanam pokok vanila di kawasan sempit di rumah masing-masing,”katanya.
Katanya, kalau zaman kecilnya, setakat pokok kelapa, mangga dan rambutan beliau dan adik beradiknya memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya dan makan bersama.
“Tapi zaman sekarang, anak cucu kalau balik, kalau kita tak ambilkan (kaitkan) tak makanlah mereka, jadi melayan anak cucu masa mereka balik satu riadah dan terapi minda dalam kekeluargaan,” katanya.
Tebu turut ditanam dan menggunakan mini mesin tebu untuk mendapatkan air
Beliau menyarankan kepada sesiapa yang ada tanah yang sesuai berdekatan dengan rumah, bercucuk tanam dengan tanaman yang cepat mengeluarkan hasil dan boleh diambil bila-bila masa sambil berjimat seperti cili, serai, pandan, sawi dan pelbagai tanaman dapur.
“Saya memelihara beberapa ekor ayam kampung, itik dan angsa yang berada di dalam reban kecil berdekatan rumah saya, sebenarnya najis ayam, daun kering pokok buluh saling berguna untuk tanaman vanila.
“Najis haiwan ternakan jadi baja dan dicampur dengan daun buluh kering dan tanah sekam untuk membaja pokok vanila,”katanya.
Katanya, jom kita sama-sama manfaatkan tanah yang ada di sekitar rumah selain beriadah boleh berjimat cermat dengan pokok yang kerap digunakan untuk memasak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kucing berwarna oren memang popular. Sekarang dikenali sebagai kucing oyen. Ramai warganet bersetuju mengatakan kucing oyen ini mempunyai perangai yang luar biasa berbanding kucing lain.
Kucing oyen mempunyai pesonanya tersendiri. Perangainya, tingkah laku dan raut wajah yang bersahaja membuatkan orang ramai geram.
Perkongsian jenis-jenis kucing oyen seluruh negara di Twitter@matpida_ mendapat sambutan sebanyak 12.6k retweets dan 29k likes.
Jom tengok jenis-jenis kucing oyen seluruh negara!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pembaca SAHIH, Noraini Sulaiman, dari FELDA Lurah Bilut, Bentong, kesal dengan kes baharu harian wabak Covid-19 terus meningkat, hari ini (29 Januari) sebanyak 5,725 terdapat kes baharu.
Beliau hairan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah seminggu, sewajarnya kes baharu merosot, sebaliknya semakin meningkat.
Simpatilah kepada petugas kesihatan di seluruh negara yang bertungkus lumus cuba menurunkan kadar kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sudah berusaha keras dengan pasukannya mencari jalan untuk memutuskan rantaian wabak ini daripada terus meningkat.
Sekolah masih ditutup kecuali pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja dibenarkan, semua restoren, kedai makan dan restoran hanya boleh menjual secara bawa pulang.
Beliau merayu kepada semua rakyat Malaysia terus melawan Covid-19 dengan menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Orang ramai jangan berdegil dan keras kepala melawan SOP, elakkan keluar rumah jika tidak perlu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA SAT YANG UNIK : PELBAGAI AKTIVITI DISEDIAKAN
Seorang Pembaca SAHIH, Yusni Mohamad Umur, 42, atau dikenali sebagai Bulat menyimpan kenangan dengan bergambar di Jeti Kuala Sat, Jerantut, Pahang.
Jeti yang berhampiran Santuari Kelah tersebut turut terdapat warung makan yang menyediakan menu masakan kampung seperti gulai asam rong siput sedut.
Uniknya, asam rong itu dibuat daripada biji getah yang gugur dan dikutip untuk diproses menjadi bahan masakan asam rong.
GULAI ASAM RONG SIPUT SEDUT ANTARA MENU MENARIK DITAWARKAN PEKAN KUALA SAT
Masakan itu bertambah menyelerakan apabila ditambah dengan siput sedut sungai.
Jeti tersebut turut menyediakan aktiviti seperti memancing, menjala, night safari , menyelusuri sungai di waktu malam dan berkhemah.
Kampung Kuala Sat, mukim Hulu Tembeling menjadi destinasi baharu menggamit pengunjung antarabangsa dan pelawat domestik mengalami eko-pelancongan berasaskan alam sekitar dan budaya tempatan.
Ini kerana ia berdekatan penempatan perkampungan Melayu Pahang di pesisir Sungai Tembeling dan hutan kekal Taman Negara berusia 130 juta tahun yang masih kaya dengan khazanah flora dan fauna yang unik berbanding di tempat lain.
Pengunjung juga akan teruja kerana dapat bermain dengan ikan seperti ikan kelah dan spesies lain yang mesra pengunjung di santuari Sungai Sat (anak Sungai Tembeling).
Ikan liar berenang di aliran sungai itu menjadi tarikan pengunjung menerusi aktiviti sungai iaitu berakit, berperahu getah, tubing dan berenang di Sungai Sat sambil menangkap ikan.
BULAT MERAKAMKAN DETIK MENARIK BERSAMA BOT DI SUNGAI TEMBELING, DEKAT PEKAN KUALA SAT
Kemudahan chalet untuk menginap juga disediakan oleh pengusaha pelancongan Sat Expeditions yang diuruskan oleh belia Kuala Sat termasuk Bulat.
Pengunjung juga dibawa melawat penempatan penduduk Orang Asli etnik Batek berdekatan kampung tersebut yang merupakan antara pakej yang diaturkan oleh pengusaha pelancongan di situ untuk mengenali adat resam dan kesenian masyarakat minoriti berkenaan.
Mana-mana pengunjung yang berminat untuk berkhemah dan berkelah terdapat sebuah kawasan juga disediakan di pinggir Sungai Sat.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Bulat di talian 011-25771562.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAHNIAH POLIS PETALING JAYA PEKA DENGAN KESUKARAN MASYARAKAT: PERLU KERJASAMA SEMUA PIHAK PANTAU SITUASI SEMASA JIRAN TETANGGA
Terbaca isu ibu muda mencuri penampal penyejuk suhu badan (koolfever) untuk anaknya yang sedang demam dan kek pandan serta sosej kerana anaknya lapar telah mendapat perhatian Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya dan perlu dilihat dari sudut kemanusiaan.
Syabas dan terima kasih kepada Timbalan Polis tersebut yang peka dengan keadaan semasa serta mengugurkan kes tersebut dan turut menghulurkan sumbangan menjadi iktibar kepada pihak lain yang berkaitan.
Pihak tertentu yang berkaitan yang dianggap seperti disindir dengan isu ini, perlu memikirkan cara untuk menghulurkan bantuan di kala pendemik Covid-19, ramai yang gaji dipotong sehingga 50 peratus, malah ada yang diberhentikan kerja.
Dalam keadaan gawat dan kalut, ada pihak yang terkesan pastinya memberi sedikit kesukaran kepada mereka yang bergaji rendah dan tinggal di kawasan bertaraf hidup yang tinggi dan mahal seperti Petaling Jaya.
Saya merasakan pihak pungutan zakat daerah dan negeri perlu memainkan peranan dengan pegawainya membuka mata dan telinga mendapatkan maklumat golongan terkesan.
Pegawai di pejabat pusat zakat harus memainkan peranan dengan memohon bantuan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), pengerusi dan jawatankuasa badan kawasan perumahan, jawatankuasa masjid dan surau dan anggota masyarakat setempat.
Birokrasi yang ketat perlu dihindarkan yang boleh membantutkan pihak yang sangat memerlukan untuk mendapatkan bantuan segera seperti yang berlaku kepada ibu muda yang ditahan pihak pasaraya kerana mencuri.
Pihak masjid, surau, balai raya atau tempat yang sesuai boleh membuka almari bantuan makanan yang disedekahkan atau disumbang oleh orang ramai untuk diambil oleh anggota masyarakat yang sangat terkesan seperti makanan dan keperluan.
Selain itu, setiap bantuan perlu mengelakkan rasa pilih bulu dan fahaman politik kerana banyak yang sudah berlaku sebelum ini.
Pusat zakat negeri perlu memperuntukan beberapa peratus kutipan di daerah-daerah untuk disimpan dan diguna secara serta merta, istilah golongan asnaf harus diketepikan seketika kerana mereka yang sangat memerlukan dan terdesak harus dibela.
Jangan sedih dan malu kemudian hari kalau ada pihak lain terutama daripada golongan bukan Islam yang akan membantu.
Pihak pungutan zakat negeri-negeri jangan berbangga dengan kutipan tertinggi tahunan sedangkan ramai yang memerlukan masih tidak dibela.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANDAR PUSAT JENGKA: Pondok menunggu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Jengka kelihatan reput di bahagian palang dan kekuda kayu bumbung pondok itu.
Bakal runtuh bila-bila masa
Diharap pihak berkenaan segera membaiki palang reput itu bagi menggelak kecelakaan kepada pelanggan.
Pondok itu dijadikan tempat menunggu pelanggan yang berurusan sementara menunggu nombor giliran dipanggil.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perkongsian menarik daripada seorang pembaca, Adnan Bahari dari Kampung Guntong Kelibang Kerdau, Temerloh, Pahang bersama basikal tua yang masih lagi melestarikan warisan turun-temurun.
Beliau merupakan Ketua Kelab Rodhong Basikal Klasik Temerloh dan juga menyertai Gabungan Basikal Tua Malaysia (GBTM).
Minatnya terhadap basikal tua timbul selepas membaiki basikal tua yang diberikan kenalannya pada 2017.
Antara jenis basikal yang dimilikinya ialah jenis BMX, Humber, Raleigh, Hercules, Robin Hood dan BCA.
Kelab tersebut disertai seramai 480 orang ahli di Temerloh termasuk Anuar Abu Said yang berusia 80 tahun.
Objektif penubuhan kelab tersebut bagi melestarikan warisan nostalgia basikal tua.
Mereka pernah menyertai kayuhan di Melaka baru-baru ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perkongsian daripada pembaca SAHIH, Siti Mariam Md Kasa dari Kampung Sungai Kerang, Mukim Sungai Durian, Teluk Intan, Perak.
Anaknya Ayra Salsabila Mohd Robi bergambar bersama bunga jenis Ros Jepun yang mula berbunga.
Siti Mariam yang merupakan seorang surirumah berkata, beliau dia tidak menyangka tanaman sejak tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu sudah mula menampakkan hasil.
Ia ditanam sebagai mengisi masa lapang selain menjadi landskap di kediamannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Petugas Klinik Kesihatan Kampung Bantal, Jerantut, Pahang, Zainal Ariffin Mohamad Salleh berkongsi tugas mereka dalam merawat penduduk kampung.
Terdapat 13 petugas di klinik tersebut dan menggunakan bot sebagai pengangkutan utama kerana kampung tersebut berada di seberang sungai Pahang.
Petugas klinik berkenaan perlu berulang alik bertugas menaiki bot kerana perlu merentasi sungai dan tiada jaringan jalanraya.
Namun katanya, pengalaman tersebut diambil sebagai satu kenangan manis buat mereka.
Bilangan penduduk Kampung Bantal ialah 650 orang.
Berikut ialah beberapa gambar yang dirakamkan Zainal ketika bertugas:
Petugas kesihatan sanggup meredah hujan demi kesihatan penduduk
P
Petugas Kesihatan bertugas dari rumah ke rumah penduduk
Petugas merawat kesihatan penduduk
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!