Pengarah Kesihatan Malaysia bercakap masa sidang media, “Maaf, saya undur diri. Saya surrender.” Sambil tolak mikrofon.
Lepas tu doktor-doktor pun follow, “Maaf kami undur diri. Kami surrender. Sambil buka PPE. Lepas tu semua frontliners (Nurse, MA, PPK, kakitangan makmal , semua medical staff) pula ikut. “Maaf kami semua undur diri”. Surrender. Sambil buka PPE.
Lepas tu polis pun follow, maaf kami undur diri. Surrender. Sambil kemas kon, kemas khemah.
Lepas tu anda sakit. Simptom macam Covid. Batuk, selsema, sakit tekak, berair hidung. Anda pun pergi ke hospital.
Dia orang cuma cakap, ” Haa OK. Awak berehatlah dulu. ICU sudah penuh, wad pun loaded, pusat kuarantin juga padat. Awak balik la rumah dulu…”
Mereka surrender. Habis habisan. Nak jadi apa, jadilah. Resource sudah habis. Staff sudah penat. Exhausted. Burn out. Mental koyak.
Sebab? Sebab KITA. Segelintir dari KITA yang over sangat tak dengar arahan. Tidak kira merak kayangan atau gagak di rimba. Kita semua sudah gagal. Jika masa itu berlaku, kita akan menyesal tidak sudah.
Kita akan jadi seperti India sekarang. Iaitu nyawa ditentukan oleh doktor muda yang menjaga.
“Awak banyak co-morbid, old age. Oxygen not pick up despite intubation. Announce DIL (Death In-Line). No active resuscitation for him. “
Saya tidak pernah mengharapkan perkara di atas berlaku dan saya minta jauh daripadanya.
80 peratus kakitangan kerajaan sudah boleh Work From Home (WFH) tapi staff Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terkecuali.
Tetapi selagi Datuk Noor Hisham masih ada, kami akan terus berjuang.
Oleh itu, gunakanlah sebaiknya peluang ini dan seterusnya kerana harapan masih ada. Kerana apa yang saya ceritakan hanyalah sebuah “KALAU” yang paling saya takuti.
“Perjuangan belum selesai”
Yang masih bertahan – FRONTLINER
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Akhirnya kita lockdown semula. Maka ramai yang mula menggunakan hashtag: kerajaan gagal. Namun bak kata orang-orang Melayu lama, satu jari menuding orang lain, 4 jari akan berbalik kepada diri sendiri.
Saya katakan saya gagal. Saya mengendalikan pesakit-pesakit, ibu-ibu, memberikan vaksin kepada bayi-bayi namun saya gagal mendidik mereka dan suami mereka serta ahli keluarga mereka tentang vaksin, misalnya.
Sehinggakan reaksi masyarakat terhadap vaksin adalah seolah-olah ini pertama kali mereka berhadapan dengan vaksin. Seolah-olah mereka tidak biasa dengan anak-anak mereka demam, sakit di tempat suntikan untuk tempoh sekejap.
Vaksin turut dipertikai oleh bukan di kalangan bukan pakar. -Foto hiasan
Saya gagal. Guru-guru gagal menerangkan tentang kepentingan vaksin walaupun ia subjek wajib tingkatan 5 dan masuk di dalam SPM. Kementerian pendidikan gagal kerana pendidikan yang berfokus kepada peperiksaan gagal memandaikan masyarakat walaupun mereka skor A semua subjek. Kerajaan gagal membina suatu bangsa malaysia yang beradab.
Kita gagal dalam membentuk masyarakat yang mempunyai sistem nilai yang benar. Gagal dalam membentuk masyarakat yang boleh berfikir rasional dan matang yang boleh membuat keputusan yang benar. Kita gagal membentuk masyarakat yang boleh berfikir dengan saksama.
Pendidikan diberi namun masih ada yang pertikai.-Foto hiasan
Masyarakat kita gagal untuk faham tentang situasi yang kita hadapi sehingga mereka rasa seperti hero kerana dapat rentas negeri dan balik beraya. Kerajaan tidak gagal bersendirian. kerajaan gagal bersama-sama kita sekalian pun gagal.
Bagaimana kita boleh jadi begini? Majikan-majikan gagal meyakinkan staf untuk tidak rentas negeri. Guru-guru gagal. Imuwan, professor gagal menterjemahkan teori di atas kertas supaya dapat difahami oleh masyarakat akar umbi.
Agamawan gagal untuk menerangkan konsep tawakkal sebenar di dalam Islam sehingga masyarakat kita seakan-akan menganut fahaman sesat jabbariah, tawakkal tanpa usaha. Bahkan ada agamawan sendiri yang menentang segala bentuk perubatan moden.
Kita gagal mendidik masyarakat bagaimana menilai sebuah kajian, mana kajian yang diyakini dan mana kajian yang sampah sehingga masyarakat percaya bulat-bulat semua berita, bahkan yang tiada asas sains langsung!
Maka bertebaranlah tips itu dan ini sebagai rawatan Covid. Semua ini kerana asas pemikiran kritikal, logik dan saintifik tidak terbentuk. Di mana sepatutnya ia terbentuk? Di sekolah, di universiti? dari rumah? dari media?
Media menyumbang kegagalan paling besar. Sekiranya media dari dulu bertujuan memandaikan manusia, tentu tidak sesusah sekarang. Filem2 picisan mengarut yang dihidangkan setiap hari sehingga merosakkan akal yang sihat.
Adakanlah filem2 yg bijak sikit yang mendidik. Tolonglah. Filem yang meningkatkan motivasi yang patriotik, filem sci-fi, dokumentari dan lain-lain. Anda lebih tahu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga gagal. Gagal meyakinkan rakyat mereka adalah antara yang terbaik dunia. Semalam saya berseminar secara online bersama pelajar-pelajar saya tentang tajuk Perinatal infection. Jangkitan mikro-organisma kepada wanita mengandung. Termasuk Covid dan HIV.
Malaysia telah berjaya menghampiri nilai 0 untuk jangkitan ibu HIV kepada bayi yang dikandungnya. Bermula dari saringan ibu mengandung untuk mengesan HIV, pemberian ubat kepada ibu, melahirkan ibu melalui pembedahan,diikuti dengan ubat kepada bayi dan prosedur-prosedur khusus.
Sehingga Alhamdulillah, bayi tidak terjangkiti. Tapi siapa yang tahu. KKM dan orang-orang yang terlibat saja yang tahu. Masyarakat tidak tahu kejayaan-kejayaan ini.
Begitu juga kejayaan vaksin menghapuskan polio, batuk kokol, cacar smallpox, kecacatan disebabkan rubela sudah hampir tidak didengari.
Bila kita tidak berusaha memandaikan masyarakat, berkongsi info-info perubatan, masyarakat jadi tidak yakin dan syak pada hospital dan KKM secara keseluruhannya.
Dalam keadaan kita tidak menguasai media sosial, maka juak-juak anti-vaksin, pro-supplement, pro-all natural menguasai gelanggang. It’s all a recipe for disaster.
Ahli politik baik pembangkang atau parti yang memerintah, ini bukan masa untuk mencari mileage. Ini masa untuk meletakkan di bawah semua perbezaan dan sama-sama menyinsing tangan membantu menyelamatkan negara. Jangan duduk bergembira melihat kapal dimasuki air sampai lupa kita berada di atas kapal yang sama.
Anda ada cyber-war team yang bagus, manfaatkanlah untuk didik masyarakat di waktu kritikal ini.
Saya boleh katakan dengan keyakinan 100 peratus jika kerajaan bertukar tangan sekali pun tetap akan gagal kerana masyarakat ini adalah masyarakat yang sama.
Selagi kita, apa pun posisi kita, sebagai ibu atau bapa, sebagai guru, sebagai majikan, sebagai artis, ustaz atau apa-apalah, tidak berusaha membina masyarakat kita ini supaya mempunyai sistem nilai dan pertimbangan yang benar, selagi itu kita akan gagal.
Ditulis oleh, Dr. Ariza Mohamed – Pakar Obstetric and Gynaecologist
Pandangan ini bukan pandangan SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kandungan media sosial yang satu ini mengundang menggeletek hati ramai selepas sekeping foto seorang lelaki yang dikatakan mirip Haris Ismail atau PU Riz tular.
Dalam foto tersebut, lelaki yang memakai jubah berwarna kuning itu didakwa memiliki senyuman sama seperti suami Neelofa itu.
“Perbezaan mereka cuma warna kulit sahaja. Jika dicerahkan kulitnya, memang sama dengan PU Riz,” tulis seorang netizen seperti yang dilaporkan KOSMO!Online.
Biarpun dijadikan bahan gurauan, masih ada netizen yang kurang senang dengan perkara tersebut.
“Mengapa warna kulit gelap selalu dijadikan bahan gurauan? Menjawablah di akhirat nanti,” kata seorang pengguna Twitter.
Sehingga kini, foto tersebut masih berlegar-legar dalam media sosial malah ada juga yang menjadikannya sebagat ‘sticker’ mengisi ruang perbincangan dalam aplikasi WhatsApp!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KARIPAP DAN POPIA PEDAS TAMBAH PENDAPATAN DI BULAN RAMADAN
JERANTUT : Di bulan Ramadan pelbagai juadah menjadi pembuka selera boleh didapati di pasar Ramadan dan juga gerai, malah juadah tradisional turut muncul yang menjadi punca rezeki tambahan peniaga sepanjang bulan puasa kepada peniaga kecil-kecilan.
Tidak terlepas, karipap pedas dan popia pedas antara kuih yang menjadi pilihan pelanggan kerana menambat selera dijual oleh Maziah Abdul Malek, 44, di Kampung Bukit Rang, Jerantut, jualannya habis dalam tempoh tiga jam dibeli pelanggan untuk persiapan berbuka puasa.
Maziah Abdul Malek, jualannya habis dalam tempoh tiga jam dibeli pelanggan untuk persiapan berbuka puasa.
“Sejak beberapa tahun berniaga di bulan Ramadan kecuali tahun lalu akibat pandemik COVID-19, karipap pedas dan popia pedas menjadi pilihan utama penduduk di sini sebagai juadah berbuka puasa dan juga jamuan more di masjid.
“Biasanya, saya membuat kedua jenis kuih ini hampir 100 biji untuk jualan bulan Ramadan kerana makanan ini banyak permintaan di kalangan pelanggan sepanjang bulan Ramadan,” katanya di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar dekat sini semalam.
Ibu kepada empat orang anak berusia antara 3 hingga 20 tahun berkata, dia dia yang mempelajari kemahiran membuat karipap dan beberapa jenis kuih tradisional Melayu daripada ibunya cuma mampu menyediakan makanan yang mudah disediakan serta modal yang kecil.
“Manakala, kuih lain seperti popia pedas, kuih gulung, kuih cara manis dan puding jagung, saya sediakan lebih awal dengan dibantu oleh suami, Jamaludin Mat Isa dan anak kerana makanan ini juga ada permintaan dan lebih mudah disediakan tanpa modal yang banyak.
“Bagi karipap, rasa inti ubi keledek dan kulit (karipap) yang pedas bercampur sedikit rasa manis (sira) memecahkan selera seisi keluarga untuk berbuka puasa,” katanya.
Tambahnya, setiap bekas yang berisi antara empat hingga lima biji kuih berkenaan dengan harga RM2 untuk memberikan keselesaan pelanggan berjimat ketika berbelanja.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA TINGGI: Bangkai seekor tapir dipercayai dilanggar kenderaan berat ditemui di Jalan Sedili – Tenggaroh, di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, pihaknya menerima aduan awam mengenai penemuan itu jam10.40 pagi.
Katanya, siasatan lanjut di lapangan mendapati tapir jantan dewasa dianggarkan seberat 250 kilogram (kg) dipercayai mati akibat dilanggar.
“Ini kerana tidak menjumpai sebarang serpihan kenderaan yang melanggar tapir itu di lokasi kejadian.
Gambar Hiasan
“Kejadian disyaki berlaku pada sebelah malam atau awal pagi hari sama.
“Ukuran morfologi bangkai tapir terbabit sudah diambil sebelum ianya dilupuskan secara ditanam di lokasi berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH ONLINE.
Salman berkata, kejadian itu adalah kes kedua tapir mati dilanggar dalam tempoh kurang dua minggu, bagi tahun ini.
Katanya, kejadian pertama berlaku pada 27 Mac lalu membabitkan tapir jantan dianggarkan seberat 300 kg di Jalan Mersing-Jemaluang, Mersing.
“Sepanjang tahun lalu, sebanyak tujuh kes tapir mati dilanggar yang direkodkan di negeri ini iaitu enam daripadanya berlaku pada Januari dan Februari.
“Pengguna jalan raya diminta supaya berhati-hati ketika melalui kawasan lintasan hidupan liar kerana papan tanda amaran kebanyakannya sudah dipasang supaya kejadian seumpama tidak berulang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut perlu diaktifkan selepas berakhirnya pandemik Covid-19 agar tidak dibiarkan kemudahan yang tersergam indah terbiar begitu sahaja.
Kompleks yang lengkap dengan balapan bertaraf olimpik dengan kemudahan acara sukan padang yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti sukan khususnya olahraga boleh meningkatkan tahap sukan olahraga daerah Jerantut.
Selain itu, kompleks itu sebagai gelanggang mencari bakat baharu dalam sukan olahraga untuk dibekalkan kepada peringkat negeri dan seterusnya menjadi mesin pencarian bakat Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang.
Persatuan Olahraga Amatur Daerah Jerantut sudah tidak perlu memikirkan tempat untuk mengadakan kejohanan sukan olahraga peringkat daerah kerana semuanya lengkap dan sedia untuk digunakan, malah mengikut piawaian yang tidak diragui.
Pihak pengurusan daerah boleh memberi galakan kepada persatuan olahraga amatur daerah Jerantut untuk bergerak lebih aktif kerana aset mahal sudah siap sedia dan jangan dibazirkan.
Balapan bersaiz olimpik
Kompleks itu boleh dibuka kepada sekolah-sekolah menengah dan rendah sekitar bandar atau daerah Jerantut menggunakannya untuk temasya sukan sekolah masing-masing termasuk Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut dengan peraturan yang ditetapkan.
Aktiviti sukan seperti olahraga, gelanggang futsal dan sepak takraw yang ada di kompleks itu diharap dapat mengurangkan gejala negatif di kalangan belia yang selama ini mungkin tiada tempat untuk mereka beriadah dan bersukan.
Bagi menarik golongan muda untuk bersukan, pihak persatuan sukan, pejabat belia dan sukan daerah boleh merancang pelbagai aktiviti yang berjadual dan dimanfaatkan dengan sokongan padu pihak pengurusan daerah , ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri termasuk ahli korporat dalam daerah ini.
Selain itu, sambutan hari kebangsaan atau perarakan Maulidur Rasul boleh diadakan di ‘stadium mini’ itu dengan lebih selesa.
Jangan jadikan projek besar di daerah ini terbiar tanpa digunakan dan diharap selepas gejala penularan wabak Covid-19 berakhir kompleks itu boleh diaktifkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CERITA OLEH STEVEN SIM CHEE KEONG, AHLI PARLIMEN BUKIT MERTAJAM
Pagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting dengan saudara Lim Guan Eng, tapi last minute, saya terima makluman ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tidak mampu bayar sewa.
Saya terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudahpun berkemas dan duduk di luar rumah buntu sebab tak ada tempat nak pergi.
Ibunya Puan Ros ada sepuluh orang anak, paling kecil hanya berumur tiga tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya.
Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.
Saya bagi tahu Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari turun hari ini, keluarga mereka akan ada bumbung atas kepala.
Kemudian saya bawa ibu, anak-anak kecil dan kakak-kakak ke Tesco BM untuk membeli barang-barang keperluan. Dua troli penuh kami belikan.
Ahli Perlimen Bukit Mertajam membelikan sebuah tablet. Foto FB Steven SIm Chee Keong.
Cashier pun terkejut ingat kami borong untuk niaga. Moga-moga cukup bekalan Ramadhan sehingga hujung Syawal.
Lepas tu, budak-budak nampak kedai barang mainan, mereka terdiam, tapi saya tahu hati mesti tergerak juga.
Saya ada anak kecil, tiap kali nampak kedai barang mainan mesti minta nak masuk. Saya bawa mereka masuk, beli mainan kegemaran mereka.
Kebetulan di luar Tesco ada bazar jual baju raya. Dah sampai kat situ, takkan tak beli. Jadi, seorang sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu beli untuk dia, beli untuk anak-anak cukup. Ibu tak pernah beli baju raya.
Saya bagi tahu anak-anak, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua pakat pilih baju untuk ibu.
Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. Asal Cek Mau Pi Sekolah, pak cik akan pastikan adik-adik terus belajar walaupun susah macam manapun. Hanya ilmu di dada mampu mengubah nasib kita.
Last sekali kami makan McD tepi Tesco. Bila nak order, semua diam. Saya ingat mereka tak suka. Tapi rupa-rupanya, semua tak pernah makan, jadi tak tahu nak pesan apa.
Ok, takpa, pakcik tolong pesankan. Setiap seorang satu set Happy Meal, pakcik dan ibu makan burger.
Lepas tu, kami ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa? Saya jawab jangan bimbang, saya akan tanggung sampai dia dapat rumah kerajaan nanti.
Lepas hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh (sampai satu rak pecah sebab terlalu berat).
Ibu minta satu saja, mesin pengisar nak masak untuk anak-anak.
Terlupa beli kat Tesco, jadi saya pergi pasaraya Wonderful beli blender jenama Khind.
Bila dia dapat blender, ibu tersenyum begitu manis sekali.
Saya dah janji ini hari gembira buat Puan Ros sekeluarga, syukur teramat sangat saya dapat berkongsi kegembiraan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Projek Kuantan Street Art di lorong belakang antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota di Bandaraya Kuantan bukan sahaja menjadi ikon pelancongan terbaharu di Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda sempat meluangkan masa meninjau lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu menganggap usaha Majlis Bandaraya Kuantan dibantu barisan 14 pelukis anak tempatan sangat berbaloi dan memberi kepuasan tersendiri kepada warga Bandaraya Kuantan.
PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PAHANG, DATUK ABD RAHIM MUDA MENINJAU KUANTAN STREET ART YANG MENEMPATKAN 36 LUKISAN GRAFITI 3 DIMENSI HASIL KARYA ARTIS ANAK PAHANG
Dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak kejadian vandalism oleh pihak tidak bertanggungjawab, sememangnya hasil seni itu perlu dijaga dan dihargai sebaik mungkin.
Dianggarkan kira-kira 50,000 pengunjung sudah melawat Kuantan Street Art sejak dibuka secara rasmi pada 21 Februari lalu, serentak dengan pemasyhuran Kuantan sebagai bandaraya oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Razak Daud dari Jengka 24 mengirim gambar beliau dan rakan-rakan bergambar di kawasan air terjun di sini.
Razak Daud bergambar di salah satu air terjun di Jerantut
Beliau berkata, kawasan tersebut berpotensi untuk dijadikan sebagai tempat rekreasi sekaligus menjadi kawasan pelancongan baharu di daerah itu.
Antara tempat menarik adalah, Lata Batu Hampar, Lata Paku, Lata Asmara, Lata Permaisuri, Air Terjun Lebah dan Air Terjun Manik.
Berdasarkan gambar tersebut, admin juga dapat melihat betapa indah dan cantiknya ciptaan Allah. Beruntung orang Jerantut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir manusia yang cuba berkebun secara haram menyaksikan kejadian kebakaran hutan berlaku berhampiran taman perumahan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan tengahari tadi.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK KAMPUNG
Perbuatan ini bukan sahaja menyusahkan penduduk yang tinggal berhampiran lokasi kebakaran, bahkan turut mengakibatkan banyak masalah lain kepada orang ramai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahya yang sempat meninjau lokasi kejadian petang tadi bagi mendapatkan maklumat mengenai punca kebakaran, merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan anggota bomba serta penduduk yang bersama-sama berusaha memadamkan kebakaran itu.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK KAMPUNG
Difahamkan punca kebakaran bermula apabila pihak tidak bertanggungjawab membakar tayar lama untuk membersihkan kawasan hutan bagi tujuan bercucuk tanam secara haram!
GAMBAR IHSAN PENDUDUK KAMPUNG
Semoga semua pihak lebih peka dan berhati-hati serta tidak melakukan pembakaran terbuka ketika musim panas ketika ini susulan perubahan Monsun Timur Laut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!