PASIR MAS: Sehelai baju-T jenama Nike terpakai atau vintage yang bercetak gambar Geisha Official berjaya dijual pada harga RM37,500 oleh seorang peniaga bundle dari Kampung Tok Uban di sini baru-baru ini.
Baju-T edisi terhad yang dianggarkan berusia 40 tahun itu dijual secara bidaan menerusi jualan secara langsung di Facebook milik Mohd. Suhairi Mat Daud, 40 atau Mat Yie Tok Ube.
Menurut Mohd. Suhairi, harga yang dibida oleh individu bernama Otai Lee disifatkan sebagai rekod tertinggi jualan setakat ini.
Menurutnya, dia terkejut apabila individu dari Kuala Lumpur itu sanggup membuat bidaan pada harga tersebut.
āAlhamdulillah, ia rezeki buat saya dan keluarga. Saya berterima kasih kepada Otai Lee yang sanggup membayar terus sebaik sahaja berjaya dalam acara bidaan itu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
āOrang ramai melihat baju ini sebagai sebagai kain buruk tapi bagi peminat pakaian vintage, ia sesuatu yang bernilai kerana mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri,ā katanya ketika ditemui KOSMO! Online.
Mohd. Suhairi memberitahu, dia akan terus menghantar pakaian itu kepada pelanggan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sekiranya melambat-lambatkan penghantaran.
Katanya, ini kerana, baju-T miliknya pernah hilang ketika proses penghantaran dilakukan sebelum ini.
āBaju Nike Geisha Official merupakan edisi terhad dan difahamkan hanya 10 helai sahaja yang berada di negara ini.
āMelihat kepada situasi itu, tidak hairan jika nilai baju-T itu boleh mencecah puluhan ribu ringgit,ā ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BINTANG FILEM SHAOLIN SOCCER MENINGGAL AKIBAT KANSER HATI
KUALA LUMPUR: Bintang filem Shaolin Soccer, Ng Man Tat, 70, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Union, Hong Kong, jam 5.16 petang, hari ini.
Mengikut laporan Today Online, berita kematian pelakon legenda era 1990-an itu disahkan oleh rakan baiknya, Tin Kai Man. Kai Man mendedahkan, Man Tat meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika tidur.
“Doktor memberi ubat bagi melegakan kesakitan selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak beberapa hari lalu. Man Tat meninggal dunia ketika isteri, anak dan adik beradik berada di sisinya.
“Beliau menjalani pembedahan selepas didiagnosis penyakit kanser hati dan menjalani kemoterapi.
“Keadaan Man Tat lemah dan hanya mampu berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Kesihatan Man Tat semakin merosot, sejak kebelakangan ini,” kata Kai Man.
Man Tat disahkan menghidap kanser hati pada penghujung tahun lalu dan menjalani rawatan di Macau, lapor Agensi.
Bagaimanapun, itu bukanlah kali pertama kesihatan terganggu, sebaliknya, beliau disahkan menghidap penyakit kencing manis pada 2000.
Beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat masalah pernafasan sebelum disahkan menghidap penyakit jantung pada 2014.
Bulan lalu, beliau mendapat serangan jantung selepas videonya memegang dada dalam keadaan kesakitan ketika berada di lokasi penggambaran menjadi tular.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Man Tat memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 22 tahun pada 1973. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak bergandingan dengan Raja Komedi Hong Kong, Stephen Chow.
Pemergiannya cukup dirasakan Chow.
Menurut Chow, meskipun sudah bersedia dari sudut mental, namun kehilangan rakan seperjuangan adalah sesuatu yang amat memedihkan.
“Walaupun sentiasa memberi perhatian kepada tahap kesihatannya, malah saya sudah membuat persediaan dari sudut mental, tetapi berita ini amat menyedihkan.
“Man Tat adalah rakan lama. Kami sudah bergandingan, sejak sekian lama. Saya tidak dapat menerima kenyataan pemergiannya,” kata Chow.
Antara filem yang pernah menggandingkan mereka termasuklah Shaolin Soccer, The Justice Of Life, The Final Combat dan banyak lagi.
Sepanjang kerjayanya, Man Tat pernah memenangi pelbagai anugerah. Antaranya, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem A Moment Of Romance pada Anugerah Filem Hong Kong pada 1991.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA ā Tindakan pihak pengurusan sebuah kondominium menyaman seorang kanak-kanak berusia setahun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam lif mengundang kecaman netizen semalam.
Menerusi perkongsian di laman FacebookInfo Roadblok JPJ/Polis kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Ampang, Selangor.
āViral pada malam ini, kes seorang kanak-kanak berumur satu tahun disaman RM100 oleh pihak pengurusan sebuah kondominium di Ampang kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam lif.
āUntuk makluman kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah tidak perlu memakai pelitup muka,ā katanya di Facebook semalam, lapor KOSMO! Online.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Turut dipaparkan dalam hantaran tersebut adalah surat saman yang dikeluarkan pihak pengurusan kondominium terbabit yang tertera nilai denda RM100 dan beberapa keping gambar tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai dirakam di dalam lif.
Selain itu, turut dipaparkan pada hantaran itu adalah tangkap layar perbualan ahli keluarga kanak-kanak tersebut dengan pihak pengurusan kondominium.
Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pihak pengurusan kondominium terbabit kerana telah mengambil tindakan tanpa merujuk arahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.
Pada masa sama, mereka mengarahkan pihak pengurusan kondominium terbabit supaya melihat dan membaca semula arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan pemakaian pelitup muka untuk kanak-kanak.
Sehingga pukul 11 pagi tadi, hantaran itu telah dikongsi 668 kali dan lebih 1,300 orang pengguna Facebook telah meninggalkan komen.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SOLAT BAWAH JEJAMBAT TARIK PERHATIAN PENGGUNA JALAN RAYA
PETALING JAYA ā Aksi seorang lelaki mengerjakan solat di atas jalan raya telah menjadi bualan netizen selepas klip video itu tular di laman sosial sejak tengah hari tadi.
Klip video berdurasi 32 saat itu telah dimuat naik di laman Facebook, Info Roadblok JPJ /Polis itu ditonton lebih 17,000 kali dan dikongsi lebih 60 orang pengguna sehingga pukul 4 petang tadi.
Difahamkan kejadian itu berlaku di bawah jejambat jalan raya berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam.
Menerusi klip video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunaikan solat di bawah jejambat berkenaan sambil dikawal beberapa pengguna jalan raya, lapor KOSMO! Online.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Pada masa sama, pengguna jalan raya juga turut memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan dan ada juga terpaksa memperlahankan kenderaan supaya tidak melanggar lelaki berkenaan.
āKejadian dirakam semalam, info awal yang diterima seorang lelaki tidak siuman solat bawah flyover berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam.
āTindakan tersebut membahayakan nyawa, nasib baik orang awam tolong jagakan jalan sehingga dia selesai,” kata hantaran itu.
Aksi lelaki itu bukan sahaja menarik perhatian pengguna jalan raya, malah pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen pada hantaran di laman Facebook itu.
Rata-rata mereka mendoakan keselamatan lelaki terbabit dan memuji sikap segelintir pengguna yang sanggup bergadai nyawa menjaga lalu lintas ketika lelaki itu solat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA SELANGOR: Tular dua rakaman video memaparkan lambakan bungkusan barang sebuah syarikat kurier ditemui di tempat pembuangan sampah berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kuching Tengah di sini sejak Selasa.
Dua video berdurasi 16 saat dan .l26 saat itu menunjukkan lambakan bungkusan barang itu yang sebahagiannya masih berbungkus dan berada di dalam guni tertera nama sebuah syarikat kurier.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tengah, Saharudin Zam Zam berkata, kejadian pembuangan bungkusan itu mula dikesan di kampung itu pada Isnin lalu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Saya mengesahkan kejadian ini selepas melihat sendiri lambakan bungkusan yang saya anggarkan 80 peratus tertera logo sebuah syarikat kurier,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.
Saharudin berkata, beliau mengetahui terdapat longgokan di tempat pembuangan sampah selepas seorang rakannya memuat naik status di Facebook kira-kira jam 5.30 petang.
“Saya sendiri terus ke tempat pembuangan itu dan melihat longgokan guni serta bungkusan terbabit.
“Bagaimanapun, lambakan bungkusan terbabit kemudiannya dibakar pihak tidak bertanggungjawab pada pagi Selasa,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak mengetahui sama ada bungkusan terbabit mengandungi barangan pelanggan atau bungkusan kosong yang sengaja dibuang.
“Semuanya dalam keadaan berbungkus dan saya tidak tahu motif pihak terbabit sama ada bungkusan yang dibuang itu ada unsur sabotaj atau khianat pihak lain,” katanya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Katanya, beliau kemudian menghubungi syarikat kurier dan bertemu sendiri dengan kakitangan syarikat kurier di pejabat cawangan berhampiran.
“Mereka (kakitangan) memaklumkan bungkusan dan guni yang ditemui itu bukan milik mereka.
“Saya juga tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tersebut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: “Saya sedih melihatnya mati dalam keadaan sebegitu dan tidak sangka masih ada individu yang tergamak membunuh haiwan dengan kejam,” kata Mur Salina Junaidi pemilik kucing bunting yang ditemui mati tanpa empat kaki dipercayai akibat didera.
Mur Salina, 20, berkata, bangkai kucing diberi nama Cantik itu ditemui dalam kotak ditutup dengan surat khabar dekat belakang kereta milik bapa saudaranya, Lukman Nur Hakim Bakhtiar, 29, semalam.
Katanya, bapa saudaranya menemui bangkai berkenaan sebelum menghubunginya bagi memaklumkan berita sedih itu.
“Saya dihubungi pak cik kira-kira jam 1 tengah hari semalam iaitu ketika waktu rehat dan baru hendak keluar untuk makan.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Pak cik memberitahu keadaan Cantik dan tanpa berlengah, saya terus bergegas pulang ke rumah .
“Menggigil badan saya sewaktu melihat bangkai Cantik dan hanya mampu menangis kerana Cantik mati dalam keadaan bunting dan menunggu masa untuk melahirkan anak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mur Salina berkata, dia tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan dan kesakitan dirasai Cantik ketika diperlakukan sebegitu.
“Berdasarkan pemerhatian saya, ada kemungkinan kaki Cantik dicabut dan dipatahkan oleh pelaku, bukan dikerat dengan peralatan tajam.
“Lebih menyedihkan apabila terdapat najis terkeluar kesan menahan sakit teramat dan keadaan itu menunjukkannya seperti didera sewaktu masih bernyawa lagi,” katanya.
Mur Salina berkata, kucing berusia setahun enam bulan itu dipeliharanya sejak 2019.
“Selain Cantik, saya sekeluarga ada memelihara lima kucing lain dan memang ada melepaskannya berkeliaran di dalam dan sekitar rumah.
“Cuma, Cantik selalunya duduk di atas kereta pak cik dan tidak berkeliaran.
“Itu sebabnya saya terkejut apabila Cantik mati dalam keadaan sebegitu dan apa pun alasannya bukan tiket untuk pelaku bertindak kejam kerana haiwan tidak berakal dan sepatutnya dilindungi,” katanya.
Susulan itu, Mur Salina mengikut bapa saudaranya membuat laporan di Balai Polis Gombak jam 1.30 tengah hari semalam.
Namun, Mur Salina berkata, setakat ini, belum ada individu tampil menyalurkan maklumat berkaitan insiden berkenaan.
“Sebenarnya, ayah enggan saya memperbesarkan hal ini tetapi saya tekad membuat laporan demi keselamatan keluarga kami.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Ini kerana saya bimbang jika pelaku berkenaan cuba memberi isyarat tidak baik dengan cara membunuh Cantik, ” katanya.
Mur Salina berterima kasih kepada semua warganet yang prihatin dan memberinya kata semangat.
“Saya tidak sangka ciapan di Twitter mendapat maklum balas luar biasa kerana sekadar berkongsi pengalaman sendiri memandangkan sebelum ini hanya membaca kisah sedih berkaitan kekejaman haiwan lain.
“Kini, haiwan peliharaan saya pula menjadi mangsa dan diharap perkongsian itu membuka mata masyarakat bahawa isu berkenaan (kekejaman haiwan) yang perlu dipandang serius,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) Arie Dwi Andika ketika dihubungi meminta saksi tampil membuat laporan kepada pihak polis.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Diharap kes itu mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan saksi boleh menyalurkan maklumat terus kepada pihak polis, menghubungi pemilik kucing itu atau menghantar kiriman Whatsapp Hotline Animal Malaysia di talian 01120901097 dengan segera,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat isu video seorang lelaki India yang didakwa memurtadkan seorang wanita Islam.
Ketua Pengarahnya, Abdul Aziz Jusoh, berkata pihaknya difahamkan isu berkenaan sudah pun dalam perhatian dan tindakan polis selepas menerima aduan pelbagai pihak.
Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang berkuatkuasa di beberapa negeri terhadap individu, termasuk orang bukan Islam yang menghasut, memujuk, mempengaruhi atau memaksa orang Islam supaya meninggalkan agama Islam atau tidak suka kepada agama Islam.
“Selain itu, mana-mana orang Islam yang cuba untuk keluar dari agama Islam juga boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang juga berkuatkuasa di beberapa negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki berbangsa India mengaku memurtadkan wanita Islam menggunakan laman sosial Facebook.
Abdul Aziz berkata, pihaknya meminta seluruh umat Islam dapat mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah yang dibawa Nabi Muhammad SAW.
Semua pihak juga, katanya, diingatkan tidak saling menyalahi antara satu sama lain dalam isu membabitkan umat Islam, sebaliknya perlu bersama-sama memperkukuhkan institusi keluarga Islam, memupuk sikap saling ambil peduli dalam masyarakat serta ingat-mengingati dalam menghadapi sesuatu permasalahan, lapor BH Online.
“JAKIM bersama pihak berkuasa agama negeri seperti Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain sentiasa berusaha bagi memastikan akidah, syariah dan akhlak umat Islam sentiasa terpelihara selaras dengan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama yang diberi penekanan oleh kerajaan pada masa ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: āSekeping foto yang sedang tular telah disalahfahamkan oleh netizen menyatakan saya sedang dining atau menghadiri majlis makan-makan di kebun itu ketika melawat sebuah kebun komuniti di ibu negara,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa melalui hantarannya di Facebook.
Annuar telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis selama tiga jam ekoran foto tersebut yang telah tular.
AHLI PARLIMEN KETEREH, ANNUAR MUSA
Katanya, biar polis mengumpul maklumat daripada semua pihak secara telus, pihaknya hanya memberikan segala kerjasama yang diperlukan kerana itu tanggungjawab beliau, lagi pun ini antara walkabout harian beliau yang kebetulan mendapat perhatian umum.
āInsya Allah, kita wajib terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP), di samping terus turun padang bersama rakyat.
āSemasa lawatan itu, di situlah (pondok), pengerusi Jawatankuasa (JK) Kebun Komuniti membawa saya berteduh beberapa minit selepas berpanas terik sambil menunjuk ulam raja, kacang bendi dan bayam peraksi,ā katanya melalui hantaran tersebut.
.
Katanya, di pondok itu beliau Ā menegur dan mengingatkan penganjur kemungkinan akan berlaku disalahfahamkan, lalu mereka sambung berjalan kaki keliling pinggir tasik yang kini menjadi kebun pelbagai sayuran.
Berdasarkan foto tersebut, di penjuru kanan sebelah atas tanaman jagung, kelihatan sebuah bangsal, di situlah pengerusi Jawatankuasa Kebun Komuniti membawa beliau untuk berteduh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LANGAT: Kehadiran seekor buaya tembaga sedang mengeram telur di dalam parit di Kampung Labohan Dagang, Banting, di sini, menggemparkan penduduk hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, reptilia ganas sepanjang tiga meter berkenaan dipercayai sedang mengeram 45 biji telur.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Langat, Kapten (PA) Riduan Nordin berkata, sepasukan enam pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 12.15 tengah hari.
GAMBAR IHSAN APM KUALA LANGAT
“Tiba di lokasi, kami mendapati buaya itu masih mengeram telur.
“Apabila cuba ditangkap, reptilia itu bertindak agresif dipercayai untuk melindungi telurnya.
“Melihat keadaan itu, kami menggunakan dua tali khas untuk mengikat mulut dan ekor buaya berkenaan.
“Proses menangkap buaya ini mengambil masa 30 minit dan operasi tamat pada 1.30 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini, lapor Harian Metro.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap buaya berkenaan.
“Kita percaya buaya ini datang dari Sungai Labohan dan menyusuri parit sejauh tiga kilometer untuk mengeram telurnya.
“Reptilia itu dan telurnya kemudian dibawa menggunakan lori ke Pejabat APM Daerah Kuala Langat,” katanya.
GAMBAR IHSAN APM KUALA LANGAT
Beliau berkata, reptilia itu dijangka diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Rakaman video memaparkan dua anggota polis memberi nasihat sebelum menghulurkan wang kepada seorang kanak-kanak mendapat pujian ramai.
Video berdurasi 42 saat yang tular menerusi aplikasi TikTok itu berjaya menarik lebih 4,000 komen, sejak semalam.
Difahamkan, kejadian membabitkan dua anggota Balai Polis Kota Kinabalu itu berlaku pada jam 3.40 petang, di sekitar Jalan Api-Api Centre di pusat bandar ini.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Kedua-dua anggota polis terbabit dikatakan bimbang melihat kehadiran seorang kanak-kanak yang berjalan seorang diri di kawasan berkenaan dan terus memanggilnya untuk bertanyakan keadaan sebenar.
Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit memberitahu dia ingin berdikari mencari duit untuk membantu keluarganya menjual keropok, lapor Harian Metro.
Simpati dengan keadaannya, anggota polis terbabit terus memberikan sedikit sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai kepada kanak-kanak terbabit.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Selain itu, kedua-dua anggota polis terbabit turut menasihatkan kanak-kanak itu supaya berhati-hati dan diminta untuk terus balik ke rumah demi keselamatannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua anggota polis dalam rakaman tular berkenaan adalah anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Katanya, disamping menjalankan tugas menjaga keselamatan, polis juga mempunyai sifat mulia untuk membantu sesiapa saja selagi termampu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!