PETALING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling sedang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di dalam kotak perlindungan bayi (baby hatch) di Petaling Jaya pada November 2018.
Kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Nur Iman yang kini berusia dua tahun.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, P Nithiah berkata, pihaknya telah memohon kepada mahkamah untuk meletakkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan penjaga sementara pada 2019 selama dua tahun.
Menurutnya, siaran akhbar dilakukan bagi mengesan ibu bapa atau waris kenak-kanak tersebut memandangkan tempoh jagaan itu telah tamat.
“Keluarga kandung kanak-kanak itu tidak pernah tampil. Usaha mengesan dilakukan untuk memberi maklum balas sebelum Perintah Kebenaran Pengangkatan dikeluarkan oleh mahkamah, ” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai di bahagian Pelindung Kanak-Kanak, JKM Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/87.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Ketika kisah perkahwinan mereka masih hangat diperkatakan, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan Haris Ismail sekali lagi mengundang perhatian ramai selepas beberapa keping foto yang mendakwa mereka berbulan madu di Langkawi, Kedah tular dalam media sosial.
Dalam foto-foto berkenaan, kelihatan Neelofa dan Haris berada di sebuah lapangan terbang dan sedang menaiki sebuah penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan terkenal tersebut.
Tangkap layar beberapa foto tular yang mendakwa pasangan tersebut berada di sebuah lapangan terbang sebelum berlepas dengan menaiki kapal terbang untuk berbulan madu ke Langkawi.
Rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing dan mempersoalkan bagaimana pasangan yang baru berkahwin pada Sabtu lalu itu dibenarkan merentas negeri dan berbulan madu.
Bagaimanapun, di sebalik segala kecaman tersebut, ada juga yang berpendapat bekas pengacara MeleTOP dan suaminya itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Hasil tinjauan KOSMO! Online tiada sebarang perkongsian dalam Instagram Neelofa dan Haris tentang dakwaan mereka sedang berbulan madu.
Untuk rekod, pasangan tersebut selamat diijabkabul pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pernah mengumumkan penduduk dari negeri bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan melancong namun menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa 10 Mac lalu.
Bagaimanapun, kebenaran rentas negeri tersebut hanya dibenarkan di antara negeri kategori PKPP juga.
Berdasarkan laporan MKN hari ini, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak tertakluk sebagai enam negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Manakala, lapan lagi negeri iaitu Kedah, Sabah, Terengganu, Sabah, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka pula di bawah PKPP.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan Neelofa akan dipanggil memberi keterangan esok berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, Sabtu lalu.
Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan selebriti itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sehingga mendapat kecaman ramai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Impian selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu, lapor BH Online.
Biarpun mengikut rutin norma baharu, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ala kayangan bertema putih itu dihadiri 200 tetamu ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.
Mengenai hantaran, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor bagaimanapun tidak menyatakan sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang. - Foto Wedlocx.coPU Riz menyarungkan cincin ke jari Neelofa. - Foto Wedlocx.co
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa yang juga seorang usahawan berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.
“Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan hatinya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz.
GAMBAR HIASAN
Bekas pengacara MeleTOP tersebut dijangka akan diijab kabul pada jam 10.30 pagi ini, lapor Astro AWANI.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup disebuah hotel terkemuka di ibu kota.ajlis ini hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH: Kerajaan Perak sedang menyiasat dakwaan fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat di sini dirosakkan ketika sebuah syarikat produksi drama menjalankan penggambaran.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata pihaknya menerima aduan berhubung kerosakan di tapak bersejarah itu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Majlis Bandaraya Ipoh telah memberikan kelulusan menjalankan penggambaran kepada Syarikat Juita Viden Sdn Bhd di sekitar Bandaraya Ipoh, mulai 20 Februari lalu hingga 30 April ini.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Hasil semakan, pihak syarikat produksi itu dimaklumkan bahawa mereka hanya boleh menjalankan penggambaran di tapak luar kawasan gua berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, katanya, terdapat kesan pencerobohan kerosakan pada fosil di dalam gua, namun pihak syarikat menafikan ia dilakukan oleh pihaknya seperti yang didakwa oleh pihak operator.
Susulan itu, Nolee Ashilin berkata satu sesi perbincangan bersama pihak syarikat dan operator gua berkenaan diatur bagi mencari jalan penyelesaian.
Terdahulu, tular di laman sosial apabila pengguna Facebook mendedahkan terdapat kerosakan berkenaan selepas penggambaran sebuah drama popular selain mendakwa kru produksi membuang sampah merata-rata dengan perkongsian beberapa gambar menunjukkan kerosakan dan ukiran nama tajuk drama itu pada dinding gua.
Pengarah Michael Ang menerusi laman Instagram menyatakan kekesalan akan insiden itu dan memberitahu sedang mengesan individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua individu di percayai berlaku di sebuah restoran mamak tular di media sosial sejak semalam.
Rakaman video berdurasi kira-kira dua minit itu menunjukkan pergaduhan membabitkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita muda.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Menerusi video itu, lelaki warga emas itu dilihat terlebih dahulu menjerit ke arah wanita tersebut sebelum wanita berkenaan seolah-olah menampar lelaki itu.
Lelaki warga emas itu kemudian cuba membalas perbuatan wanita itu lalu keadaan menjadi lebih tegang antara kedua-dua mereka.
Dalam rakaman video seterusnya, seorang lelaki lain pula dilihat cuba menyerang lelaki warga emas berkenaan, namun dihalang oleh orang ramai, lapor KOSMO! Online.
Insiden itu menerima kecaman netizen dengan sebahagian mereka menyelar perbuatan wanita berkenaan bertindak demikian terhadap seorang warga emas.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Tidak kurang juga netizen mempersoalkan tindakan lelaki warga emas itu menjerit terhadap wanita muda tersebut.
Bagaimanapun, belum diketahui punca sebenar pergaduhan dan ia berjaya dileraikan oleh orang ramai sebelum keadaan bertambah teruk.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS PANGGIL SUAMI ISTERI ISU RENTAS NEGERI UNTUK ‘HONEYMOON’
KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil sepasang suami isteri untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu pergerakan rentas negeri yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang ahli perniagaan telah datang bersama isterinya ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru, Johor atas urusan perniagaannya pada Isnin lalu.
“Lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada Rabu hingga Sabtu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ashari berkata, gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen pada Jumaat.
“Netizen mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan pihak Polis kepada pasangan ini untuk tujuan berbulan madu,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan pasangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan mereka di sana.
“Mereka telah mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan mereka.
“Pasangan ini juga mengesahkan ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya,” katanya
Beliau berkata, pasangan itu menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.
“Lelaki itu telah menjelaskan ‘posting’ yang dimuatnaik di Instagram oleh isterinya bersifat peribadi tetapi telah ditularkan di Twitter,” katanya, lapor SINAR HARIAN.
Ashari menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.
“Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan kebenaran ini, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEJABAT MENTERI DALAM NEGERI NAFI JEMPUTAN MAJLIS HARI JADI MENTERI
KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri Dalam Negeri menafikan mesej tular mengenai jemputan kepada wartawan dan pengamal media bagi menghadiri majlis sambutan hari jadi menteri berkenaan.
Setiausaha akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Zulkifli Bujang menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan, majlis yang kononnya akan berlangsung malam ini di Kuala Lumpur adalah palsu.
“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri menyeru kepada semua pihak yang menerima jemputan palsu tersebut untuk tidak menghiraukan dan memanjangkan jemputan itu kepada rakan-rakan media yang lain,” katanya, lapor Sinar Harian.
Selain pengamal media, mesej yang tular di aplikasi WhatsApp itu turut menjemput menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen ke majlis yang kononnya berlangsung 8 malam ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SARAWAK : Seorang guru dari Sarawak menjadi jutawan segera setelah menang jackpot bernilai RM5 juta
Menurut info, guru berusia 41 tahun tersebut hanya membeli RM2 nombor iaitu 577 dan 8135 iaitu nombor kereta lamanya dan nombor pangkal kad pengenalannya.
Jumlah keseluruhan yang dimenangi oleh guru tersebut adalah RM5, 054, 618.40.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seekor Harimau Malaya mati hari ini di Hospital Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakangnya.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia memaklumkan, harimau jantan yang dinamakan Awang Rasau itu sebelum ini, menderita kesakitan akibat kecederaan terkena lapan butir peluru yang ditembak pemburu haram.
Kematian haiwan itu dilaporkan pada jam 12 tengah hari tadi.
“Selepas kesihatan Awang Rasau semakin merosot pada 3 Mac lalu, PERHILITAN sedaya upaya menyelamatkan Awang Rasau ini dengan mendapatkan rawatan susulan serta nasihat doktor pakar, di Hospital Veterinar UPM pada 4 Mac.
GAMBAR IHSAN PERHILITAN
“Bagaimanapun, Awang Rasau masih tidak dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
PERHILITAN berkata, peluru yang ditembak ke arah harimau itu sebelum ini mengenai paru-paru dan sistem saraf haiwan itu, lapor BH Online.
“Ia menyebabkan harimau itu lumpuh separuh badan dan hanya boleh bergerak menggunakan kaki hadapannya saja.
“Luka kaki belakangnya akibat seretan juga amat serius,” katanya.
Harimau Malaya itu ditangkap PERHILITAN melalui tembakan ubat pelali pada 22 Februari lalu di Ladang FELDA Kerteh 2, Kemaman, Terengganu, selepas menerima aduan penduduk berhubung gangguan harimau yang menyerang ternakan sekitar ladang, sejak November tahun lalu.
GAMBAR IHSAN PERHILITAN
Haiwan itu ditemukan cedera dengan tiga kesan tembakan pada bahagian kaki belakangnya dan kemudian dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, untuk rawatan susulan dan pemantauan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!