Nikmati selera Pantai Timur di Shahzan Hotel Kuantan
Nikmati selera Pantai Timur di Shahzan Hotel Kuantan
KUANTAN – Saban tahun, nikmat berbuka puasa di Kafe Puteri Teja, Shahzan Hotel Kuantan di sini, tak pernah mengecewakan.
Sempena Ramadan kali ini, hotel ini menyediakan juadah yang pasti membuatkan tetamu ‘kecur air liur’ dengan pelbagai menu makanan masyarakat Pantai Timur yang menyelerakan.
Nasi Arab, Serawa Durian, Kambing Bakar, Gulai Udang Kelantan, Sup Kambing , Nasi Kerabu, Bingkai Ubi dan Laksa Terengganu antara juadah yang tersedia.
“Tidak lupa juga makanan dan lauk-pauk enak dari negeri ini antaranya, Patin Masak Tempoyak dan Opor Daging,” kata Pengurus Besar Shahzan Hotel Kuantan, Charles Peter.
Tambahnya, bufet Ramadan ini bermula 12 Mac lalu hingga 8 April ini dan boleh dinikmati dengan harga RM85 untuk dewasa dan RM45 (kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun).
Selain itu, katanya, Shahzan Hotel Kuantan menawarkan Promosi Bilik Ramadan untuk musim perayaan tahun ini.
“Kita menawarkan bilik standard pada harga RM208 seorang dan RM298 (berdua) untuk semalam yang mana tetamu turut dijamu dengan sahur dan iftar.
“Tawaran ini hanya boleh ditebus secara tempahan langsung atau menerusi laman web kami mulai 12 Mac hingga 9 April nanti,” katanya.-SAHIH