POLIS SIASAT TULAR PENGHANTAR MAKANAN, PEMANDU KERETA BERTENGKAR
KUALA LUMPUR – Polis memulakan siasatan terhadap video klip berdurasi 50 saat yang tular di media sosial memaparkan pertengkaran di antara penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Persiaran KLCC baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video tersebut dikesan tersebar di media sosial pada Sabtu.
“Polis menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, menurut Zainal, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus siasatan selesai untuk tindakan lanjut.
Pada masa sama, orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan klip video berkenaan kerana dikhuatiri akan mendatangkan kegusaran awam., lapor HM online
Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ASTEROID SEBESAR STADIUM BAKAL MELINTASI HAMPIR DENGAN BUMI PADA 24 JULAI INI
AMERIKA SYARIKAT – Sebuah asteroid yang dianggarkan besarnya menyamai saiz sebuah stadium bolasepak dilaporkan akan melintasi begitu hampir dengan bumi pada 24 Julai ini nanti.
Asteroid yang dinamakan oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) sebagai 2008 GO20 itu yang juga dianggarkan 3 kali ganda lebih besar daripada monumen Taj Mahal akan melintasi Bumi pada kelajuan 18,000 batu /jam atau bersamaan dengan kelajuan 28968.192 km/jam.
Berdasarkan kepada kiraan NASA, Asteroid 2008 GO20 itu akan melintasi Bumi pada jarak 0.04 au (astronomical unit) atau bersamaan dengan 3,718,232 batu (5983914.35980800074 km) dari bumi.
Tetapi NASA menjangkakan, 2008 GO20 tidak akan menghampiri bumi kurang dari 2,605,509 batu (4193160.2761 km).
Kapsyen: Kredit: NASA
Sungguhpun jarak asteroid itu memberikan gambaran yang ia masih jauh dari Bumi, tetapi NASA tetap mengklasifikasikan 2008 GO20 sebagai objek yang amat hampir dengan bumi, lapor NASA.
Sebagai perbandingan, jarak antara bumi dengan bulan adalah sejauh 238,606 batu (383999.1345 km).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Padang Terap: Rangka manusia yang ditemukan di Sungai Kuala Pai di sini, hari ini dipercayai adalah mangsa dilaporkan hilang selepas terjatuh di sungai itu pada 27 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, penduduk kampung itu menemukan rangka berkenaan pada 3.40 petang sebelum memaklumkannya kepada polis.
Menurutnya, rangka berkenaan dipercayai adalah mangsa hilang iaitu Mohd Syaril Hamid, 30, dan ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasinya dilaporkan terjatuh.
“Sebaik menerima panggilan dari orang awam, kita menghubungi pasukan bomba untuk mengangkat rangka terbabit ke darat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.
“Operasi menyelamat hari ini mengalami kesukaran untuk mengangkatnya disebabkan kelajuan air sungai namun rangka terbabit berjaya dibawa naik pada 5 petang,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk kampung, Sabaruddin Chat ketika dihubungi berkata, ada penduduk di situ ternampak rangka manusia itu di sungai berkenaan ketika melalui kawasan berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini penduduk kampung berkenaan sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mencari mangsa selepas operasi mencari mangsa ditangguhkan pada 1 Julai lalu.
“Alhamdulillah…dah jumpa dan rangka berkenaan sudah dibawa ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang terbabit dalam operasi membantu polis mengangkat rangka berkenaan hari ini.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.22 petang dan tiba di lokasi 4.48 petang.
“Setibanya di lokasi didapati terdapat rangka manusia dan anggota kami yang berpakaian lengkap PPE membantu membawa naik rangka berkenaan.
“Operasi tamat pada 6.27 petang selepas rangka berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pada 27 Jun lalu dilaporkan seorang lelaki dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Kuala Pai pada 10 pagi.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan selama lima hari membabitkan pelbagai agensi termasuk anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, lapor HM online
Operasi turut membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan Jitra serta Pasukan Polis Marin (PPM) dari Batu Uban, Pulau Pinang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIADA KENYATAAN DI BUAT KKM BOLEH RENTAS NEGERI JIKA LENGKAP DOS VAKSIN
Kuala Lumpur: Berikut adalah berita penafian yang di tular dalam media sosial oleh agensi yang berkaitan, melalui media sebenar Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada 12.30 tengah hari ini:
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk menyewa negeri dan daerah bagi mereka yang lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media sosial, lapor Bernama.
KKM menjelaskan petikan video tular yang dimaksudkan sebagai video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lalu yang berdurasi selama satu minit serta disunting dan disebarkan aplikasi WhatsApp untuk mengelirukan orang ramai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal Ebit Lew tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi untuk membuat laporan polis dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.
Ebit yang tiba jam 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi tiga pikap dijangka mengadakan sidang media selepas itu.
Hari ini, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit, lapor BH ONLINE
Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERHARU INSAN YANG MEMBANTU TANPA MENGIRA BANGSA, KAUM
Saya mahu berterima kasih kepada empat orang insan yg amat baik hati yang telah menolong saya semasa tayar saya pancit.
Sepanjang hidup saya, apabila kereta saya mengalami kecemasan seperti tayar pancit, bateri lemah, saya perlu meminjam ‘starter jumper’atau apa jua peralatan.
Hanya budak Melayu muda yang selalu menolong saya. Walupun saya kaum Cina, saya amat terharu kerana mereka membantu tidak mengira bangsa dan mempraktikan ‘One Malaysia’.
Hanya segelintir orang di negara ini suka memainkan isu perkauman dan membahagikan kita semua.
Kalau negeri kita mendapat kerajaan yang berbilang kaum, mesti kita semua akan bahagia dan rakyat tidak perlu sengsara macam ini.
Salah seorang yang turut membantu memberi isyarat kepada kenderaan lain.
Abang Mat Shah dan kawannya adalah penunggang motosikal Grab, tetapi sanggup meluangkan masa daripada kerjanya dan berhenti di jalan raya untuk menolong saya menukar tayar.
Abang Muhdafiq Bin Shamsulinizam adalah seorang mekanik yang nampak kereta saya dan dia ialah orang yang pertama yang datang menawarkan pertolongan untuk saya.
Dia baik hati untuk meminjamkan saya alatan tayarnya kerana alatan kepunyaan saya sudah rosak.
Manakala, kawannya turut membantu di tepi jalan seperti polis dengan melambai tangannya kepada kenderaan lain yang melalui jalan itu nampak.
Saya berharap semua kaum akan sentiasa tolong menolong seperti ini tanpa mengira bangsa, agama atau status supaya Malaysia harmoni dan damai.-SAHIH.
Sumber dan Foto daripada FB – Jasmine Jayden
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU – Enam individu termasuk tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki dalam pergaduhan di tepi Jalan Pasir Tumboh pada Selasa lalu.
Lima tertuduh iaitu Mohd. Fakhrudin Mat Zain, 47, Samsuddin Mohamad Sidik (45), Muhammad Syahrul Fahmi Abdullah (24), Siti Nor Farah Shazlina Supian (33) dan Siti Munirah Rizan (22) mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh dalam kes itu, Nur Ashikin Rozaini 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama dengan sengaja telah melakukan kesalahan merusuh di tempat awam hingga menyebabkan seorang lelaki, Mohamad Hamdi Hanafi, 30, mengalami kecederaan luka pada bahagian muka, leher, bibir, belakang badan, siku kanan dan lutut kanan.
Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di Jalan Pasir Tumboh di sini kira-kira pukul 5 petang pada 13 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sharil Ramli manakala keenam-enam tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Samhana Aidenan.
Terdahulu, lima daripada tertuduh mengakui fakta kes kejadian yang dibacakan oleh jurubahasa semasa prosiding dijalankan, namun salah seorang tertuduh, Nur Ashikin tidak mengakui fakta tersebut.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda masing-masing sebanyak RM4,000 kepada lima tertuduh yang mengakui fakta kes manakala Nur Ashikin dibenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 25 Ogos depan sebagai tarikh untuk serahan dokumen bagi kes dihadapi Nur Ashikin yang bekerja sebagai pembantu kedai, lapor KOSMO online
Kesemua tertuduh membayar denda dan jaminan yang ditetapkan mahkamah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS SIASAT KES LELAKI MAKI HAMUN KERANA DITEGUR TAK PAKAI PELITUP MUKA
KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat seorang lelaki yang membuat kecoh dengan memaki hamun setelah dia ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.
Polis mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai kejadian yang berlaku di sebuah gerai nasi lemak di sepanjang Jalan Desa Bakti di Kuala Lumpur.
Video kejadian 29 saat itu tular di media sosial sebelum ini.
Dalam video tersebut, lelaki yang tidak memakai pelitup muka itu dilihat memaki pelanggan lain di gerai nasi lemak berkenaan.
“What you want to do? Call polis ah? Call lah f ** ker (Nak buat apa? Panggil polis? Panggil lah),” katanya.
Seorang pelanggan dilihat cuba menenangkan lelaki itu dengan berkata: “it’s okay, it’s okay (tak apa, tak apa)”.
Namun lelaki itu meninggikan suara dan memaki pelanggan itu.
“F ** ker you want to kena this morning? Sunday morning you want to kena whack ah? (Kau nak kena pukul pagi Ahad ni?)”.
Pelanggan itu, penjual nasi lemak dan anak perempuannya dilihat memakai pelitup muka.
Tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai adalah kesalahan di bawah peraturan sekatan Covid-19 ketika ini.
Polis mengatakan kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 kerana melanggar prosedur operasi standard ( SOP) Covid-19.
Di bawah undang-undang itu, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Laporan polis dibuat oleh anak perempuan penjual nasi lemak itu.
Video itu dirakam oleh seorang individu lain yang memberikan salinan kepada pemilik gerai nasi lemak.
“Suspek dalam video ini dilihat memarahi dan memaki hamun ibu pengadu dan seorang pelanggan lain apabila ditegur tidak mematuhi SIP kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Basri Sagoni,lapor Awani.
Basri meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai video tersebut.
Dia juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil. Talian polis Brickfields adalah 03-22979222
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI PETANI: Tiga sekeluarga melalui detik cemas selepas seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter masuk ke dalam rumah mereka di Kampung Serukam di sini, semalam.
Nurhidayah Mohd. Shawal, 20, berkata, kehadiran ular tedung tersebut disedari neneknya, Che Basah Baharom, 74, yang sedang berbaring di ruang tamu rumah kira-kira pukul 5 petang.
Katanya, ketika kejadian dia baru selesai menunaikan solat Asar di dalam bilik sebelum neneknya datang dan memaklumkan tentang reptilia itu.
Katanya, dia segera mengajak neneknya untuk bersembunyi di dalam bilik selepas mendapati ular tersebut berada dalam rumah itu, selain mengejutkan sepupunya, Nur Murni Amani Amirhizam, 16, yang sedang tidur di dalam bilik tersebut.
“Badan saya menggigil melihat ular tedung selar sedang itu ‘berdiri’ setinggi kira-kira 0.6 meter di ruang tamu rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, tambahnya, ketika kejadian datuknya, Abu Seman Ali, 75, berada di luar rumah.
“Saya cuba menghubungi beberapa ahli keluarga terdekat untuk meminta bantuan dan seorang bapa saudara saya kemudian menghubungi rakannya dari Skuad Sungai Petani Respone Team,” ujarnya.
Sementara itu, sukarelawan dari Skuad Sungai Petani Respone Team, Mohd Amir Faizal Mohd Zaki berkata, sebaik sahaja tiba, dia mendapati ular itu berlingkar di bawah tayar basikal di ruang tamu rumah mangsa, lapor KOSMO online
Katanya, dia mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap ular berkenaan yang bertindak agresif sebelum diserahkan kepada Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GUNA LOGHAT LEPIH OLEH JABATAN PENERANGAN HEBAN COVID-19
LIPIS –Jabatan Penerangan Pahang (JPP) Lipis yang menggunakan loghat atau dialek Lipis yang cukup sinonim dengan sebutan ‘Lepih’ semasa membuat pengumuman hebahan di kalangan penduduk di daerah itu berkaitan ancaman wabak Covid-19.
Hebahan yang dilakukan oleh dua orang petugas jabatan berkenaan menggunakan loghat daerah lebih mudah dan selesa untuk mengingatkan penduduk di taman perumahan bandar Kuala Lipis mengenai agar berwaspada ancaman penularan wabak Covid-19 dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan mengambil suntikan vaksinasi.
Dimulakan dengan sebutan salam oleh petugas wanita dengan sebutan ‘Lepih’ yang intonasinya agak lanjut kemudian disambung pula oleh petugas lelaki bercakap menerusi pembesar suara di kenderaan pacuan empat roda jabatan tersebut.
Antara sebutan petugas lelaki, iaitu mengajak semua penduduk dengan berkata ‘Moh la kita beringat belake, Covid-19 hari ni masih ada lagi wee!. Ada beberapa perkataan yang disebut ‘mengkala’ (manakala), ‘wooo’ (seruan tanda ramai), ‘tek-de’ (tidak ada).
Antara sebutan yang menarik menerusi hebahan tersebut,’Kalau tekde urusan penteng, tak payahlah kelua ke hulu ke hilir, perentan-perentan (waktu-waktu) ni hah duduklah di rumah….”
Bagi mereka yang pertama kali mendengar hebahan ini mungkin agak sukar untuk memahami dialek Lepih berbanding penduduk di sini sudah pun hadam dengan bahasa berkenaan.
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis, Shahnam Abd Rashid berkata, beliau bersetuju dan memuji usaha Jabatan Penerangan Pahang menghebahkan maklumat mengenai Covid-10 dengan menggunakan dialek tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis, Shahnam Abd Rashid
“Bahasa Melayu kaya kosa katanya, lagi puitis dan indah apatah lagi pengucapan menerusi dialek tempatan (daerah) sekali gus memaparkan pelbagai ragam bahasa, iaitu cara serta budaya penduduk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat setempat.
“Menerusi pendekatan ini membolehkan pendengar (penduduk) pantas memahami maksud penyampai lebih lagi kerajaan sedang berusaha bersungguh menerusi peranan semua agensi untuk mengawal dan menghapuskan jangkitan wabak Covid-19,”katanya.
Penduduk di Taman Pertama, dekat sini, Rahimah Ramli (68) berkata, pada mula mendengarnya, ada kelainan, tapi selepas itu menjadi biasa dan sebagai penduduk tempatan ia adalah bahasa komunikasi harian tempatan.
“Bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa digunakan untuk berkomunikasi dalam urusan kehidupan harian, apa juga dialek tempatan atau kedaerahan yang digunakan, bahasa tetap unggul serta sangat penting untuk menyampaikan maklumat supaya mereka yang mendengar faham dan jelas,” katanya.
Orang ramai mengucapkan syabas kepada JPP Lipis kerana menggunakan pendekatan dialek daerah itu sentiasa kerap kali mengingatkan penduduk daripada kecuaian mematuhi SOP di bawah penguatkuasaan PKP serta mengambil suntikan vaksinasi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!