Sambutan Ambang Merdeka akan diadakan pada 30 Ogos 2023 (Rabu), mulai jam 9.00 malam di Padang Persatuan Bola Sepak Daerah Jerantut (FA Jerantut)
Pelbagai persembahan dan aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai, antaranya ialah, Persembahan Qasidah daripada Kumpulan Al Muhibbin, Madrasah Darul Uloom Al-Islamiyyah Sungai Salan dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan El Imaarah.
Selain itu, dendangan lagu-lagu rakyat oleh ikon Lagu Rakyat Pahang, Saudara Roslan Madun, persembahan paluan gendang, persembahan seni mempertahankan diri dan deklamasi sajak.
Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat handai bagi memeriahkan sambutan Ambang Merdeka yang ke-66.
Program CABUTAN BERTUAH untuk semua pengunjung yang hadir pada malam tersebut turut diadakan.
Orang ramai digalakkan membawa bersama bendera kecil, alas duduk seperti tikar atau kerusi untuk bersantai bersama keluarga.
Jom meriahkan Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ahmad Jantan menyerahkan sumbangan kepada wakil Maahad Tahfiz Mandarin, Pulau Ketam sambil diperhatikan ahli-ahli KRT.
KRT Taman Seri Putra lawat Pulau Ketam
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-66 tahun ini (2023), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Tilapia, Taman Seri Putra, Banting menganjurkan Lawatan Integrasi ke Pulau Ketam, Selangor, baru-baru ini.
Lawatan yang disertai 25 ahli KRT Jalan Tilapia, Jalan Jelawat dan Jalan Tanjung Layang itu untuk melihat secara dekat keharmonian serta kesepakatan penduduk pelbagai kaum yang menetap sekian lama di pulau berkenaan.
Ketua rombangan lawatan berkenaan yang juga pengerusi KRT Jalan Tilapia, Ahmad Jantan, berkata selain mengeratkan ukhuwah dengan penduduk juga bagi menyantuni pelajar Maahad Tahfiz Mandarin di pulau itu.
Ahmad Jantan (depan tiga dari kiri) bersama ahli KRT Taman Seri Putera, Banting, Selangor merakam kenangan di Pulau Ketam dalam Lawatan Integrasi baru-baru ini.
Menurut Ahmad, hasil daripada perancangan yang dibuat beberapa bulan, ahli jawatankuasa lawatan itu berjaya mengumpul dana untuk disalurkan ke maahad tahfiz berkenaan yang sering menguar-uarkan sumbangan diperlukan untuk membantu operasi mereka.
Tambahnya, dengan lawatan ke maahad itu, ahli-ahli KRT dapat melihat serta mengenal pasti keperluan yang sangat diperlukan mereka yang mungkin dapat disalurkan kemudian nanti apabila memperoleh dana sumbangan pelbagai pihak.
“Kami juga mengambil peluang ini untuk mendekati penduduk bagi beramah mesra serta bertanya khabar mengenai pelbagai perkara terutama sejarah keharmonian mereka hidup di satu pulau,” katanya.
Ahmad berkata, lawatan itu juga digunakan sebagai persediaan untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang lebih agresif pada masa akan datang khususnya mengunjungi ke daerah-daerah lain di Selangor.
Tambahnya, beberapa ahli turut mencadangkan supaya kunjungan ke Pulau Ketam itu menjadi penanda aras untuk mengadakan lawatan ke luar negara bagi melihat aktiviti komuniti di sana yang mungkin boleh dicontohi.
Jelasnya, dia ambil peduli dengan cadangan berkenaan walaupun sesebuah negara yang akan dilawati nanti mungkin berbeza dari segi budaya serta agama namun kita akan melihat contoh bagaimana mereka mewujudkan keharmonian hidup bermasyarakat.
“Untuk dalam negara kita melihat situasi ini berlaku di Pulau Ketam apabila didiami tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang boleh bekerjasama setiap masa.
“Ini amat menepati sebagaimana disuarakan oleh Kerajaan Madani yang mahukan masyarakat saling hormat menghormati dengan mengetepikan syak wasangka serta unsur-unsur kebencian kerana boleh menghancurkan keharmonian,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Laluan utama yang sering ditenggelami air apabila berlaku hujan lebat berterusan di Felda Jengka 24.
Penduduk Jengka 24 merayu kerajaan membina jambatan di laluan yang ditenggelami air
JERANTUT – Penduduk Felda Jengka 24 memohon pihak kerajaan meninggikan paras jalan untuk menggelak berlaku laluan utama di situ ditenggelami air setiap kali hujan lepas yang berterusan.
Setiap kali hujan lebat berlaku, banjir kilat kerap berlaku menyebabkan semu jenis kenderaan tidak boleh melalui tempat berkenaan kerana arus sangat deras sedalam kira-kira 2 meter.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, apabila laluan utama itu ditenggelami semua urusan harian ke bandar tergendala.
Laluan utama rosak selepas berlaku banjir semalam.
“Walaupun tiada rumah peneroka terlibat kerana beberapa rumah yang dimasuki air sebelum ini telah dipindahkan kira-kira 20 tahun lalu ke tempat baharu
“Semasa berlaku banjir besar beberapa tahun yang lepas di tempat sama, laluan ini ditenggelami air sedalam kira-kira 2 meter, bulan ini sahaja sudah dua kali laluan ini ditenggelami,” katanya.
Katanya, beliau sebagai Ketua Peneroka di situ sering dihujani pertanyaan dan desakan daripada penduduk setempat.
“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pernah membersih dan mendalamkan sepanjang sungai di situ.
“Walaupun sungai pernah dibersih dan didalamkan, masih tidak menyelesaikan masalah laluan tersebut yang masih ditenggelami,” katanya.
Seorang penduduk, Zulmi Abdul Rahman berkata, dengan membina jambatan sudah tentu kedudukannya lebih tinggi dari aras air yang sering digenangi air di kawasan tersebut setiap berlaku hujan lebat.
“Diharap tindakan membina jambatan perlu dilakukan dengan segera bagi memudahkan penduduk di sini kerana dibimbangi jika berlaku kecemasan seperti kematian dan kemalangan ketika laluan itu terputus akan merumitkan.
“Penduduk di sini merayu agar pihak kerajaan membina sebuah jambatan agar laluan di situ boleh dilalui sekiranya berlaku hujan lebat berterusan.
Katanya, penduduk Felda berharap kerajaan MADANI boleh membantu dalam hal ini, mereka tidak pasti Ahli Parlimen dan ADUN Pulau Tawar dapat menyelesaikan masalah tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kecoh Wanita bergelek di Bukit Bintang dengan pakaian ‘tak cukup kain’
Tidak kira di mana pun, penonton akan suka dan tertarik dengan persembahan tarian yang dilakukan.
Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video yang memaparkan sekumpulan wanita menari dengan tak senonoh telah mencuri tumpuan.
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi memaparkan rakaman sekumpulan wanita sedang mempersembahkan tarian Bollywood di Bukit Bintang.
Mengejutkan adalah apabila sekumpulan wanita itu bergelek sambil memakai baju yang seksi. Persembahan itu dilihat tak senonoh dan tak sedap mata memandang.
“Macam tak percaya tarian joget ini dekat KL” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 50K tontonan, 1K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tidak dinafikan, kadangkala bila kita melihat sesuatu binaan pasti akan ada sedikit kecacatan tetapi tidaklah sampai mendatangkan bahaya.
Baru-baru ini telah tular sebuah hantaran berkenaan dengan sebatang jalan yang baru diturap dan tiba-tiba ada sebuah tiang lampu di tengah-tengahnya.
Kejadian tular itu berlaku di Belaga, Sarawak dan pihak polis dari Ibupejabat Polis Daerah Belaga bertindak pantas menutup separuh jalan bagi tujuan keselamatan penduduk kampung.
Ini ekoran terdapat beberapa aduan daripada penduduk kampung yang hampir melanggar tiang tersebut semasa melalui jalan itu terutama di pada waktu malam.
Seorang netizen turut menyatakan, “Tugas dia (kontraktor jalan) buat tar je. Alihkan tiang orang lain,” katanya.
Susulan tularnya posting berkenaan, ianya telah meraih 2.1K likes, 217 comments dan 202 shares di Facebook. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Remaja lelaki 14 tahun dikhuatiri lemas di Muadzam Shah
MUADZAM SHAH : Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Lubuk Batu, Kota Bahagia, dekat sini pada jam 5.48 petang, hari ini.
Pegawai Operasi, Mohamad Nurudin Yunus melaporkan seramai 12 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sementara menunggu ketibaan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan dan Kuantan.
Katanya, BBP Muadzam Shah turut menggunkan 2 jentera dan sebuah bot jenis gentian kaca dalam operasi SAR hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jalan bandar Jerantut ditutup dua hari sempena Hari Kebangsaan
JERANTUT – Beberapa jalan dalam bandar Jerantut akan ditutup dua hari pada hari raptai dan sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah yang bakal diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2023 ini.
Jalan-jalan yang bakal ditutup ialah Jalan Dulang, Jalan Dulang 1, Jalan Diwangsa, Jalan Majlis dan Jalan Bidai mulai jam 7.00 pagi dan dijangka dibuka semula setelah selesai majlis sambutan.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan diadakan di hadapan bangunan Majlis Daerah Jerantut yang bakal disertai hampir 1,000 peserta perarakan perbarisan dan peserta tarian tradisional pelbagai kaum dan etnik.
Orang ramai yang berhasrat untuk menyaksikan perarakan perbarisan dan perarakan kenderaan kerajaan pada hari sambutan Hari Kebangsaan boleh meletakkan kenderaan masing-masing berdekatan Pasar Besar, sepanjang Jalan Tahan dan tempat letak kenderaan berdekatan dengan Taman I-City.
Selain itu, orang ramai boleh juga meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan kosong berdekatan Balai Bomba, di sekitar Stesen Bas Jerantut dan di sekitar Bangunan Akib Mara.
Orang ramai dijemput menyaksikan perarakan perbarisan kontijen dan kenderaan kerajaan seperti jentera bomba, kenderaan ketenteraan, kenderaan polis dan pelbagai kenderaan lain.
Selain itu persembahan tarian tradisional pelbagai kaum dan etnik serta tarian lagu tema hari kebangsaan 2023 berjudul Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan oleh 50 orang murid sekolah dan 10 penggiat kecergasan fizikal.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pahang berduka kehilangan pemimpin dalam nahas pesawat – MB
KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan perasaan sedih dan dukacita atas tragedi menimpa Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di kawasan kediaman Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, pada Khamis.
Sinar Harian melaporkan, Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai dan Ketua UMNO Bentong antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat kira-kira jam 2.45 petang itu.
“Dengan penuh kesedihan dan dukacita, saya telah dimaklumkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas itu.
“Bagi pihak kerajaan negeri Pahang, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut,” ujarnya melalui satu kenyataan pada Khamis.
Wan Rosdy berkata, Pahang telah kehilangan seorang pemimpin yang banyak menaburkan khidmat bakti untuk rakyat negeri ini.
“Saya juga menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan gambar atau video mangsa ketika kemalangan bagi menghormati keluarga yang sedang dalam kesedihan.
“Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin. Amin,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
KUALA TERENGGANU: Antara faktor yang mungkin menyebabkan sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor adalah berkaitan dengan masalah pada sayap pesawat itu, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga seorang pakar dalam bidang aeroangkasa.
Dalam hantaran di halaman Facebooknya, bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam, masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi atau elevator.
“Melihat kepada bahan-bahan visual sahaja (dalam bentuk rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang juga mempunyai lain-lain kekangan), saya lebih cenderung untuk percaya isu yang jadi persoalannya ialah kawalan penerbangan – lebih kepada masalah pada sayap, kemungkinan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi dan elevator,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kegagalan pesawat juga boleh berpunca daripada pelbagai masalah seperti isu penyenggaraan, kegagalan integriti struktur pesawat, kegagalan enjin, isu kawalan penerbangan, masalah avionik dan faktor manusia.
Beliau berkata, lebih maklumat diperlukan dalam mencari faktor penyebab nahas itu termasuk siasatan di lokasi kejadian, pemeriksaan mikro dan makro ke atas bahagian atau serpihan pesawat dan analisis kotak hitam.
Sementara itu, Ahmad Samsuri yang mewakili semua warga Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) petang semalam.
Semalam, 10 lelaki disahkan maut dalam nahas itu terdiri daripada enam penumpang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Pahang Hijau Datuk Seri Johari Harun dan dua kru penerbangan.
Dua lagi mangsa terdiri daripada seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta yang kebetulan melalui kawasan itu. – BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Tong gas memasak meletup mengakibatkan kerosakan pada bahagian ruang dapur sebuah rumah di Lot 1650, Belakang Masjid Taqwa, dekat sini pada jam 5.13 petang, hari ini.
Dalam kejadian tersebut, bahagian dapur berkeluasan 10 kaki x 6 kaki turut merosakkan siling bahagian dapur yang jatuh termasuk pintu dan cermin tingkap telah pecah.
Kejadian tersebut turut meranapkan siling bahagian dapur yang jatuh termasuk pintu dan cermin tingkap telah pecah.
Komander Operasi, Sadun Razali melaporkan, seorang wanita cedera terkena kaca yang pecah dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Katanya 7 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu dan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan penugasan.
“Seorang wanita cedera terkena kaca dan tiga lagi terselamat termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan.
“Anggota BBP Peramu turut memeriksa kawasan sekitar rumah tersebut dan tiada lagi bahaya-bahaya lain,” katanya.
Katanya, orang ramai perlu sentiasa memeriksa getah paip dan penyambung gas sentiasa baik untuk menggelakkan berlaku kebocoran gas. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!