Pemilik kejar pencuri motosikal miliknya, pencuri berjaya melarikan diri.
JERANTUT – Seorang lelaki gagal melarikan sebuah motosikal yang dicurinya apabila dikejar oleh pemilik motosikal itu apabila suspek terjatuh kerana terbabas di tepi jalan berdekatan kawasan perkuburan Batu Balai, Jalan Jerantut-Benta, dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, walaupun terjatuh, suspek tersebut telah berjaya melari dan menghilangkan diri di dalam gelap.
Katanya, sebelum kejadian itu disedari, pemilik motosikal itu setelah mendengar bunyi enjin motosikal miliknya dihidupkan kira-kira jam 3.30 pagi, hari ini.
“Pemilik motosikal itu, seorang pemandu lori berusia 30 tahun terus keluar dan mendapati motosikal jenis Honda Ex-5 warna hitam tiada di tempat dia letakkan di garaj hadapan rumahnya Jalan Benta, Kampung Damak, dekat sini.
“Menyedari motosikalnya hilang, dia terus mencari motosikalnya sehingga ke Stesen Minyak Five, Batu Balai, dekat sini,” katanya.
Mazlan berkata, ketika dalam perjalanan balik ke rumah, pemilik terserempak dengan motosikal miliknya ditunggang oleh suspek dan mengejarnya sehingga sampai di hadapan kawasan perkuburan Batu Balai.
“Suspek telah terjatuh di bahu jalan disebabkan terbabas, suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan motosikal yang dicurinya.
“Pihak polis masih menjejaki suspek dan kes disiasat di bawah Sek 379A/511 Kanun Keseksaan,” kaatanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Laluan sebelah menghala ke Kuantan di KM 123.10 – KM124.70, LPT1 ditutup mulai hari ini
BENTONG :Pengaktifan laluan kontra selama tiga bulan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) bermula dari KM123.10 hingga ke KM124.70 arah Kuantan bermula hari ini bagi melancarkan projek tebatan banjir di kawasan pembinaan projek dan meminimumkan gangguan kepada aliran trafik
Pengaktifan sistem dan penutupan laluan itu disebabkan beberapa skop kerja kritikal seperti penambakan laluan utama dan kawasan sekitarnya serta menaikkan tahap ketinggian laluan utama dan pembinaan saluran air tambahan di kawasan tersebut.
Pengerusi Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Tan Sri Dr Nik Hussein berkata, projek tebatan banjir Itu bertujuan menangani peningkatan paras sungai dan kawasan tadahan hujan yang sebelum ini menjejaskan dan menenggelamkan laluan utama LPT1.
“Skop kerja ini akan melibatkan 14 kawasan yang telah dikenalpasti di laluan utama di dalam Right of Way (RoW) lebuhraya tersebut.
“Pihak ANIH komited untuk memastikan tahap keselamatan dan keselesaan para pengguna menjadi keutamaan sepanjang projek ini, pengaktifan laluan kontra ini bertujuan untuk mengurangkan gangguan trafik kepada para pengguna,” katanya melalui kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya, sungguhpun laluan ini akan melibatkan penutupan penuh lebuhraya dari KM123.10 hingga ke KM124.70 ke Kuantan, namun pengaktifan lorong ini akan diubah mengikut kesesuaian dan keperluan trafik semasa
“Terdahulu, ANIH Berhad telah memberikan taklimat berkenaan maklumat projek dan perkembangan fasa projek tebatan banjir kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sempena lawatan kerja beliau bagi meninjau keadaan kerja-kerja di tapak KM124, arah Barat semalam.
“Semenjak pembukaan laluan lebuhraya LPT1, empat kejadian banjir telah berlaku iaitu pada tahun 2007, 2014, Januari 2021, dan Disember 2021 yang telah menyebabkan lebuh raya ditutup kepada semua jenis kenderaan selama beberapa hari,” katanya.
Katanya, keseluruhan projek tebatan banjir yang dijangka mengambil masa selama empat tahun ini meliputi kerja-kerja menaikkan paras permukaan jalan sedia ada berdasarkan paras banjir tertinggi yang direkodkan di LPT1 dan membina selenggaraan tambahan di kawasan terjejas untuk engelakkan air daripada masuk ke laluan utama.
“Pengguna laluan ini dinasihati untuk merancang perjalanan mereka dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi.
“Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran ANIH TV serta saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik),” katanya
Katanya, pengguna boleh juga menghubungi Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia) . Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT – Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
2,000 penduduk Kampung Tanjung Kerayong mohon jambatan baharu
MENTAKAB – Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Tanjung Kerayong dekat sini memohon kerajaan segera membina semula jambatan lama yang runtuh dengan menggantikan jambatan baharu untuk kemudahan penduduk di situ dan kampung sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tanjung Kerayong, Abdul Mubin Ismail berkata, jambatan konkrit yang dibina kira-kira 15 tahun lalu, pada awalnya telah patah di bahagian tengah dan kemudian runtuh sepenuhnya pada tahun 2021.
“Jambatan lama itu sepanjang kira-kira 50 meter yang merentangi Sungai Semantan telah runtuh sepenuhnya ketika banjir pada tahun itu akibat banyak kayu besar yang hanyut merempuh tiang dan gelegar jambatan ini.
“Saya sebagai pengerusi JPKK kampung ini merayu kepada pihak kerajaan membina jambatan baharu demi memudahan dan keselesaan penduduk di situ,” katanya.
Katanya, jambatan itu turut digunakan penduduk di Kampung Gantuk Hulu, Kampung Paya Mentakab dan kampung Seberang Mentakab untuk berurusan di bandar Mentakab serta penempatan yang bakal dibuka di Kamping Bukit Kuin.
Seorang penduduk, Norehan Ismail (65) berkata, di seberang sungai itu ada tanah perkuburan Islam Kampung Tanjung Kerayung.
“Sejak jambatan runtuh, jenazah yang dibawa untuk dikebumikan di tanah perkuburan itu terpaksa mengguna jalan jauh kira-kira 7 kilometer melalui Kampung Gantuk.
“Walhal, jarak dari kawasan perumahan kampung ini hanya sekitar 500 meter sahaja,’’ Katanya.
Penduduk yang mempunyai kebun getah di seberang Sungai Semantan itu, Ghazali A Rahman (63) berkata, kebanyakan penduduk di kampung itu masing-masing memiliki kebun di seberang sungai tetapi tidak dapat melakukan kerja-kerja kebun sejak jambatan runtuh.
“Tanah seluas kira-kira 400 hektar kebun penduduk di sini tidak dapat mengusahakan kebun dan mengalami kerugian tidak dapat memasarkan hasil pertanian masing-masing..
“Saya sendiri sudah hampir setahun tidak ke kebun, kebun saya tinggal terbiar dan bersemak, oleh kerana tidak dapat pergi menoreh pokok getah di seberang sana, serba sedikit menjejaskan mata pencarian saya,” katanya.
Katanya, penduduk yang mempunyai kebun getah, kelapa, durian dan rambutan tidak dapat mengeluarkan hasil masing-masing sejak jambatan itu runtuh.
“Perkara jambatan runtuh ini telah dibawa ke peringkat berkaitan tetapi tiada sebarang tindakan susulan dilakukan sehingga hari ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Azman Rasman dan Mohiadin Bahado (tengah) merakamkan kenangan bersama-sama kanak-kanak Tadika Nur Qalam serta Genius Muslim yang menyertai Program Haji Cilik di PJMM baru-baru ini.
Kanak-kanak tadika ‘kursus’ Umrah
Kanak-kanak Tadika Nur Qalam (TNQ) Eco Majestic, Semenyih dan Surian Mantin, Negeri Sembilan serta 10 dari Tadika Genius Muslim, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor menyertai Program Simulasi Haji Cilik baru-baru ini.
Program itu berlangsung di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, kerana mempunyai kemudahan bagi penganjuran kursus umrah atau haji yang sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) dan syarikat penganjuran ibadat umrah.
Pengerusi TNQ Eco Majestic, Norulhidayah Nawi, berkara program itu bertepatan selain pembuka jalan dalam usaha mengajar atau mendidik anak-anak biarlah ketika masih kecil lagi kerana apabila sudah besar susah bagi mereka untuk menerima teguran atau untuk mendidik.
Menurutnya, program itu juga selaras Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK) membabitkan Kurikulum Pendidikan Islam yang menggariskan murid mesti didedahkan dengan teori ibadat haji seawal usia empat tahun, namun pembelajaran teori tanpa disokong latihan pratikal menjadikannya kurang berkesan dan tidak menyeronokkan.
Tambahnya, “hasil perbincangan, kami tiga tadika membuat keputusan dengan mengambil inisatif untuk melaksanakan program itu supaya murid lebih memahami mengenai ibadat haji, malah langkah berkenaan melahirkan keseronokan kepada mereka dalam mengikuti pembelajaran yang bukan setakat
Jelasnya, di samping itu langkah berkenaan dapat mengukuhkan kefahaman murid terhadap topik ibadat haji termasuk dalam mengetahui etika pemakaian ketika menunaikan haji, melakukan amali wajib dan rukun haji seperti memakai ihram, tawaf, saei, melontar di Jamrah, wukuf, bergunting rambut, melontar dan sebagainya.
“Program ini juga melatih murid untuk membaca dan menyebut lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji dengan berpandukan simulasi yang disediakan dan secara tidak langsung memupuk jalinan kerjasama antara mereka dalam menjayakan aktiviti haji cilik,” ujar beliau.
Pengerusi TNQ Surian Mantin, Siti Shahida Shaari pula berkata, paling penting program itu mendapat sokongan daripada ibu bapa yang berasa gembira apabila anak mereka didedahkan dengan simulasi ibadat haji yang selama ini hanya belajar secara teori sahaja di dalam kelas.
Menurutnya, sebelum itu latihan amali ada dibuat di kawasan tadika sahaja sebagai program tahunan namun pergerakan murid agak terbatas dan apabila datang di PJMM mereka berasa teruja apabila dapat melihat replika Kaabah, laluan untuk bersaei, melontar dan sebagai yang menimbulkan keseronokkan mempraktik ibadat berkenaan.
“Dalam usia enam tahun ini amat bersesuaian dalam memupuk serta menanam keazaman kepada murid mengenai ibadat haji dan apabila pulang nanti mereka akan bercerita kepada ibu bapa mengenai Simulasi Haji Cilik yang disertai,” katanya.
Sementara itu, Pengetua Tadika Genius Muslim Bandar Seri Putra, Bangi, Nordiana Mohd Kosnan, berkata selain melatih murid secara amali ibadat haji ia juga secara tidak langsung mempraktik konsep mengira dalam subjek Matematik apabila mereka terpaksa mengingatikan jumlah pusingan tawaf, saei dan batu untuk melontar.
Tambahnya, situasi itu menimbulkan kelucuan apabila melihat antara murid itu bertanya sesama mereka jumlah tawaf atau saei perlu dilakukan dan batu perlu dikumpul untuk dimasukan ke dalam karung bagi tujuan melontar yang sebelum itu diajar secara teori di dalam kelas.
“Kami berterima kasih kepada PJMM yang menyediakan dewan selesa bagi program ini termasuk replika Kaabah untuk memudahkan murid lebih memahami antara rukun dan wajib haji apabila mereka benar-benar melakukannya apabila dewasa nanti,” ujarnya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4,000 penduduk di 14 kampung di Pos Senderut dapat internet satelit
LIPIS: Kira-kira 4,000 penduduk daripada 14 perkampungan Orang Asli di Pos Senderut menjadi lokasi kawasan di negara ini menikmati kemudahan capaian internet satelit menerusi inisiatif Kampung Digital364.com.
Usaha itu bagi mempercepatkan penyediaan kemudahan internet di kawasan luar bandar, berikutan penggunaan talian kabel optik yang menelan kos tinggi serta tempoh pemasangan yang lama dicetuskan oleh Measat bersama Parcel365 Sdn Bhd.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, capaian internet satelit itu berkuasa jalur lebar satelit berkelajuan tinggi CONNECTme NOW dengan kelajuan sehingga 100Mbps.
“Inisiatif menggunakan satelit ini bagi mempercepatkan usaha menyediakan kemudahan capaian internet di kawasan luar bandar dan pedalaman memandangkan penggunaan talian kabel optik memerlukan kos yang tinggi serta tempoh pemasangan yang lama.
“Penduduk di sini boleh menggunakan teknologi digital untuk menghantar Whatsapp melayari internet dan sebagainya berbanding sebelum ini taiada hubungan internet diperolehi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan KampungDigital364.com di Kampung Orang Asli Tual B, Pos Senderut,, di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor, yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sapiah Mohd Nor dan Ahli Lembaga Pengarah Measat, Reza Hasan.
Katanya, menerusi inisiatif KampungDigital364.com, membolehkan akses kepada e-Dagang, aliran pendapatan dan peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan untuk penduduk kampung.
“Bagi menyokong platform perniagaan e-Dagang, Parcel365 menyediakan latihan keusahawanan dan bantuan pemasaran produk dalam talian menerusi platform Shopla365, bagi membantu penduduk kampung mempertingkatkan potensi ekonomi digital mereka.
“Oleh itu, program itu turut menyediakan sebuah pusat perkhidmatan yang dilengkapi dengan komputer, mesin pencetak dan peralatan ICT yang lain, serta bantuan secara peribadi daripada pengendali apabila diperlukan,” katanya.
Katanya, usaha mempertingkatkan capaian internet satelit menerusi inisiatif Kampung Digital364.com. akan diperluas dengan sasaran 50 buah kampung di negeri Pahang menjelang penghujung tahun ini
Sementara itu, Ketua Kampung Orang Asli Tual B, Ekid Jantan menyambut baik inisiatif itu memandangkan sebelum ini tiada sebarang liputan internet di Pos Senderut sebelum ini.
“Kami penduduk di sini gembira dengan kemudahan yang ada selari perkembangan zaman sekarang yang banyak bergantung kepada alat perhubungan internet.
“Generasi muda yang belajar mudah melayari internet seperti mana orang di bandar, malah mudah berhubung dengan anak-anak yang tinggal di luar mudah untuk bertanya khabar ibu-bapa dan sanak saudara di kampung,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Peserta larian Cameron Highlands dilepaskan pagi semalam di Dataran Padang Cemeron Highlands pagi semalam.
Acara Cameron Highlands Ultra tarik peserta dari 36 negara
CAMERON HIGHLANDS : Penyertaan seramai 435 orang peserta luar negara daripada 36 negara menyertai acara Cameron Highlands Ultra bakal memberi kesan besar kepada kehadiran lebih ramai pelancong luar negara dan pengunjung tempatan ke bukit peranginan itu.
Selain itu, seramai 1,956 perserta tempatan turut menyertai acara tahunan edisi ke- 6 itu yang diadakan di Dataran Padang Cameron Highlands awal pagi tadi.
Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man telah menyempurnakan pelepasan peserta acara Cameron Ultra itu yang diadakan di Dataran Padang Cameron Highlands bermula jam 4.00 pagi tadi.
Katanya, peserta luar negara pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus daripada edisi lalu.
“Acara Cameron Ultra ini merupakan acara utama yang tersenarai dalam kalendar pelancongan Negeri Pahang .
“Edisi yang ke-6 ini bakal memberi impak besar kepada industri pelancongan dan pemain dalam sektor ini, tertutamanya Cameron Highlands kerana berjaya menarik penyertaan yang besar,” katanya.
Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.
Lima kategori dipertandingkan iaitu acara junior berusia antara 12-17 tahun sejauh 4 kilometer, dan kategori terbuka bagi jarak 14km, 30km, 60km dan 100km.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebuah jentera jengkaut dirampas oleh pihak UPNP dalam serbuah di Raub.
UPNP serbu kawasan penerokaan tanah haram, rampas jengkaut di Raub
RAUB : Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat telah melakukan serbuan di kawasan yang dipercayai menjalankan aktiviti pembukaan tanah secara haram di atas tanah kerajaan di Raub.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, anggota UPNP Zon Pahang Barat telah melakukan rondaan penguatkuasaan sekitar daerah Raub kira-kira jam 3.30 petang semalam.
“Saya dimaklumkan UPNP tibanya di Sungai Rambai mendapati sebuah jentera jengkaut sedang melakukan kerja-kerja membersihkan sekitar kawasan tersebut.
“Anggota operasi telah bertindak menahan jengkaut tersebut, namun pemandu jengkaut itu sempat melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota UPNP,” katanya melalui laman Facebooknya.
Katanya, seorang lelaki telah tampil dan memperkenalkan diri sebagai pemilik jengkaut dan pegawai UPNP memohon pemilik jengkaut tersebut memberi dokumen kelulusan atau permit berkenaan aktiviti yang dilakukan namun gagal.
“Anggota UPNP bertindak merampas jentera tersebut untuk tujuan siasatan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pendudukan secara tidak sah di atas tanah kerajaan.
“Saya ingin maklumkan kerajaan negeri tidak sesekali berkompromi dengan sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram di mana-mana kawasan di negeri ini dan memohon UPNP untuk terus membenteras aktiviti ini dengan lebih tegas,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Pasukan SK Gelanggi (kiri) dan pasukan SK Jerantut Jaya (kanan) bergambar sebelum pertanigan akhir bermula.
Bola Baling Jerantut, TAHAP muncul juara 18 tahun lelaki dan perempuan
JERANTUT : Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023 yang berakhir hari ini telah mencungkil bakat baharu yang berpotensi besar untuk diketengahkan di kejohanan peringkat negeri tidak lama lagi.
Kejohanan 4 hari itu diadakan di gelanggang Sukan Daerah Jerantut dan disertai 30 pasukan katagori 12 tahun dan 16 pasukan kategori bawah 18 tahun.
Menurut Pengerusi Teknik dan Permainan Sukan Bola Baling MSSD Jerantut (Sekolah Rendah) , Muhammad Fekry Yahya berkata, kejohanan ini sebagai mencari pemain berpotensi dan berbakat untuk dipilih mewakili daerah Jerantut.
Katanya, kejohanan tahun ini telah menyerlahkan ramai pemain berbakat dan diramalkan akan terpilih mewakili negeri Pahang ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Manakala Pengerusi Teknik Bola Baling MSSD Jerantut (Sekolah Menengah) , Mohd Idham Suhaimi berkata, daerah jerantut banyak melahirkan pemain yang berbakat sejak 10 tahun lalu.
“Jerantut pernah mempunyai pemain perempuan dari SMK Inderapura mewakili pasukan Malaysia ke kejohanan ASEAN begitu juga pemain lelaki dari SMK TAHAP bermain untuk pasukan negara,” katanya.
Kategori lelaki 12 tahun, Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya muncul juara menewaskan SK Gelanggi Satu, manakala tempat ketiga dimenangi bersama oleh SK Bandar Jerantut dan SK Pedah.
Pemain SK Jerantut Jaya, Wan Muhammad Aliff Quyyum Mohd Fazan dipilih sebagai pemain terbaik kategori ini.
Pasukan SK Gelangi Dua pula muncul juara dengan menewaskan SK Pulau Tawar dan Nur Hariza Maposam (SK Gelanggi Dua ) sebagai pemain terbaik bagi ketegori perempuan 12 tahun.
Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (TAHAP) muncul juara dengan menewaskan pasukan Projek 2024 dengan jaringan 7-2 dan Muhammad Amirun Amin Mahadi (TAHAP) muncul pemain terbaik..
Pasukan SMK TAHAP menewaskan SMK Gelanggi 2 dengan jaringan 9-3 untuk muncul juara bagi kategori perempuan 18 tahun dan Nur Ilyani Izzati Azman (TAHAP) muncul pemain terbaik kejohanan.-SAHIH,
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jalan baharu Solok Ayer Limau – Kampung Jeram singkatkan masa perjalanan
MELAKA – Projek pembinaan jalan baharu dari Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram, Masjid Tanah, Alor Gajah bakal memendekkan masa pejalanan selama 15 minit dan dijangka siap tahun hadapan.
Timbalan Menteri Jerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebelum ini perjalanan laluan itu mengambil masa kira-kira 30 minit.
Katanya, projekini dijangka dapat disiapkan 50 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya, menariknya jajaran jalan ini hanya melibatkan kawasan pertanian dan tidak melibatkan kawasan ataupun tanah penempatan penduduk.
“Kawasan yang terlibat dengan projek ini merupakan kawasan pertanian dan kebanyakan penduduk terlibat adalah dalam sektor perladangan dan pertanian.
“Kita berhasrat akan mempertingkatkan kemudahan pengangkutan dan menyediakan rangkaian jalan raya terutamanya bagi menyuraikan kesesakan di kawasan pusat bandar dan menjimatkan masa dari Kampung Jeram ke Alor Gajah sebanyak 15 minit,” katanya.
Abdul Rahman berkata, ianya bertujuan memberikan kemudahan para petani membawa hasil pertanian dan juga pelancong menuju ke destinasi dengan mudah dan meningkatkan sosio-ekonomi penduduk setempat.
“Selain itu, projek jalan ini boleh dijadikan sebagai jalan alternatif kepada pengguna jalan raya ke pekan berhampiran dengan lebih mudah dan lancar,’ katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pesara mahu kenaikan 5 peratus dibayar ikut ketetapan 2012 dan 2013.
JERANTUT – Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PM) mahukan kenaikan pencen tahunan sebanyak lima peratus diberi mengikut ketetapan yang telah dibuat pada 2012 dan 2013.
Timbalannya Datuk Jamale Paiman berkata, perkara ini telah dibawa kepada pihak kerajaan dalam mesyuarat pengurusan tertinggi perkhidmatan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Sidek Hassan pada tahun 2012 melalui Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres)
“Perkara ini turut dibawa oleh Kongres kepada Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Ali Hamzah pada tahun 2013 untuk pesara kerajaan diberikan kenaikan pencen tahunan 5 peratus setiap tahun bersesuian dengan kos sara hidup negara.
“Bagaimanapun kerajaan hanya meluluskan 2 peratus kenaikan tahunan pada 2013 dengan alasan pesara tidak menyumbang kepada kepada negara,” katanya ketika dihubungi.
Beliau yang juga mantan Presiden Kongres berterima kasih kepada pesara yang mencabar kerajaan untuk melihat kembali perkara 147 Pesaraan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada pesara-pesara kerajaan.
“Saya bagi pihak 5PM menghargai keputusan mahkamah mengenai perkara 3 dan 7 Akta Pesara 1980, iaitu kenaikan tahunan gaji penjawat awam dan membatalkan Seksyen 3 dan 7, Akta pelarasan pencen, pindaan 2013 dan 2022.
“Dipercayai pesara-pesara kerajaan akan mendapat faedah tunggakan dari tahun 2013 kesan dari kenaikan 5 peratus kerana perkara 147 tidak dipatuhi.
“Oleh itu, tiada pengurangan dan penganiayaan gaji penjawat awam termasuk pesara kerajaan, diharap semua pesara kerajaan mendapat faedah 5 peratus dari tahun 2013 dan tidak ada berlaku pemulangan wang diterima kepada kerajaan,” katanya.
Jemale berkata, semua pesara sepatutnya menerima kenaikan pencen tahunan berdasarkan kenaikan gaji tahunan mengikut gred gaji terakhir masing-masing.
“Jika ianya dilaksanakan maka pesara akan menerima tunggakan dari tahun 2013 hingga pelarasan baru dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini.
“Kerajaan tiada alasan untuk menangguhkan bayaran tunggakan atau pesara diminta membayar balik wang kepada kerajaan kerana ia adalah kepentingan rakyat Malaysia,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!