GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru bot nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot berhampiran Jeti Swettenham Pier di sini semalam akan disambung pagi esok.
Jurucakap bomba berkata, operasi SAR diteruskan dengan menggunakan kaedah SurfaceSearching.
“Kawasan pencarian dibahagikan kepada beberapa kawasan yang tertumpu di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri jatuh dan di kawasan persekitaran pantai dengan radius sehingga dua Kilometer.
“Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian ditangguhkan pada pukul 6 petang tadi disebabkan faktor cuaca dan keadaan laut bergelora,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari KOSMO! Online hari ini.
Mangsa, Khairul Azhar Mohammad, 32, yang berasal dari Kuala Kedah,Kedah dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama lima lagi rakannya terlanggar sebuah boya kira-kira pukul 2 petang semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT DI MASJID, ELAKKAN GANGGUAN MISTERI KETUK PINTU- KADI DAERAH
JERANTUT: Pejabat Agama Islam Daerah ( PAID) mengarahkan semua pentadbir masjid di daerah ini supaya melaksanakan bacaan yassin dan solat hajat di masjid kariah masing-masing sebagsi ikhtiar dari gangguan perkara mistik.
Minggu lalu dan minggu ini, penduduk di daerah ini digemparkan dengan peristiwa ketukan pintu misteri dan bau busuk di beberapa buah kampung termasuk tanah rancangan FELDA sehingga menimbulkan keresahan penduduk Jerantut.
Kejadian ketuk pintu dan bau busuk misteri pada waktu malam telah berlaku di Kampung Perias dan Kampung Batu Embun dan minggu ini di Kampung Tanjung Puteri, Ulu Cheka dan FELDA Jengka 24.
Kadi Daerah, Syarifuddin Mohamad Sa’ad, berkata beliau dihubungi oleh ramai pihak bertanyakan tentang misteri tersebut dan cara untuk mengatasi gangguan itu.
Katanya, beberapa hari lalu penduduk di daerah ini dikejutkan dengan kejadian misteri berupa ketukan pintu di rumah-rumah mangsa.
Kadi Daerah Jerantut-Syarifuddin Mohamad Sa'ad.
Beliau berkata, kejadian yang dikaitkan dengan unsur mistik itu telah mengundang kebimbangan dikalangan orang ramai khususnya umat Islam di daerah ini
“Sebagai ikhtiar dan langkah berjaga jaga supaya kawasan qariah kita dilindungi dari sebarang kejadian seumpamanya, saya memohon semua pentadbir masjid melaksanakan bacaan yassin dan solat hajat di masjid kariah masing-masing sekerap yang boleh,” katanya.
Beliau juga meminta khariah masjid supaya mengamalkan bacaan Al-Quran, manzil dan ruqyah syar’iyyah di setiap rumah dalam kariah serta mengelakkan dari melakukan perkara-perkara maksiat dan dosa.
“Semoga dengan usaha ini akan mengundang zimmah dan ‘ismah dari Allah dari sebarang musibah dan kejadian tidak diingini di kariah dan daerah kita,” katanya ketika ditemui.
Semalam, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan perumahan mengambil inisiatif mengadakan rondaan kampung khususnya selepas pukul 12 tengah malam bersama anggota polis.
Katanya, skuad keselamatan kampung yang terdiri anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan masyarakat boleh digerakkan mengawal kampung demi keselamatan komuniti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Hujan lebat bersama ribut melanda daerah ini lewat petang tadi, ternyata tidak mematahkan semangat petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.
Menerusi perkongsian melalui laman sosial Facebook rasmi PromosiPKDKuantan, keadaan cuaca berkenaan mengakibatkan salah satu khemah digunakan bagi proses saringan COVID-19 rosak teruk.
KEADAAN KHEMAH UNTUK UJIAN SARINGAN COVID-19 DI PUSAT KESIHATAN DAERAH KUANTAN YANG ROSAK AKIBAT HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETANG TADI/FACEBOOK PROMOSI PKD KUANTAN
“Rintangan yang perlu pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan hadapi hari ini dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di Kuantan.
“Ayuh rakyat Kuantan kita terus patuhi SOP, agar penularan ini dapat dihentikan,” demikian ayat dipaparkan pada posting di laman sosial terbabit.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang lewat petang tadi turut memaklumkan daerah Kuantan kini dikategorikan sebagai ZonMerah berikutan peningkatan kes dan penambahkan kluster dikesan sejak semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Program turun padang sudah menjadi aturcara wajib pemimpin setempat, tanpa mengira musim pilihanraya atau bukan musim pilihanraya.
Sebagai contoh, program Ziarah Kasih terus menjadi platform paling berkesan dalam mendengar masalah dihadapi penduduk setempat dengan lebih jelas dan bersama mencari jalan penyelesaian segera.
NARA NIKMAN (2 DARI KIRI) BERSAMA DATUK SERI SHAFIK FAUZAN (PALING KANAN) KETIKA PROGRAM ZIARAH KASIH DI KEDIAMAN PENDUDUK DI KAMPUNG BELUKAR, KUANTAN/FACEBOOK
Naib Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Nara Nikman Nordin bersama ahli dewan undangan negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif menyertai program Ziarah Kasih di Kampung Belukar, dekat sini, awal minggu ini.
Program yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Belukar dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) daerah Kuantan, mengunjungi 10 rumah penduduk yang mengalami masalah kesihatan dan dikategorikan dalam kumpulan B40.
Selain bertanya khabar dan menghulurkan bantuan serta sumbangan, kunjungan itu juga bertujuan merapatkan lagi hubungan antara penduduk dan pemimpin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HAMPIR SEMUA ACARA DIMENANGI ANAK-ANAK DIDIK KEMAS PAHANG
KUANTAN: Kontinjen Tabika Kemas Negeri Pahang muncul juara keseluruhan Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan yang diadakan secara langsung melalui saluran Youtube atas talian baru-baru ini.
Pengarah Kemas Negeri Pahang, Zamri Muhammad berkata kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa yang memberi sokongan penuh membuahkan hasil yang terbaik.
Pengarah Kemas Negeri Pahang, Zamri Muhammad
“Hampir semua acara yang disertai turut dimenangi oleh anak-anak didik Kemas yang muncul juara di peringkat negeri sebelum itu dan dipilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan 2020.
“Saya berterima kasih kepada semua guru pembimbing dan ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada Tabika Kemas mendidik anak masing-masing dan mengilap potensi masing-masing sehingga Pahang dinobatkan sebagai juara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Acara pidato perempuan, Nur Hadilia Rania Hanif Akbar (6 tahun) muncul juara, manakala bahagian lelaki, Musrif Muhamad Azwan (6) tempat kedua.
Acara pidato Musrif Muhamad Azwan (kiri) dan Nur Hadilia Rania Hanif Akbar (kanan)
Bahagian acara storytelling lelaki tempat kedua jatuh kepada Nik Aish Nik Mohd Ersyad Afifi (5 tahun), manakala bahagian perempuan Ishaa Mohamed Ariff (5) tempat ke-3.
Story telling, Nik Aish Nik Mohd Ersyad Afifi (kiri), manakala bahagian perempuan Ishaa Mohamed Ariff (kanan)
Acara bercerita lelaki, Muhammad Naufal Mohd Riduan (6 tahun) jatuh tempat ke-4 dan kategori perempuan, Nur Sofia Mohd Rahmad (6) turut mendapat tempat ke-4.
Acara hafazan dan terjemahan lelaki dan perempuan masing-masing tempat ke-4 dimenangi oleh Muhammad Akil Idham Mohd Yusri (6) dan Nur Farhana Mohd Fauzi (6)
Acara Hafazan, Nur Farhana Mohd Fauzi
Acara boneka tangan negeri Pahang jatuh tempat ke-4 dalam pertandingan yang berlangsung selama lima hari.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA: Kesungguhan pihak pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang , dekat Triang, di sini, dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal selesa kepada penghuninya, mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.
Selain sering mendapat sokongan daripada masyarakat setempat, rumah kebajikan itu juga mempunyai hubungan kerjasama baik dengan petugas dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang daerah Bera.
RUTIN PEMERIKSAAN KESIHATAN MINGGUAN DILAKUKAN PETUGAS DARI KLINIK KESIHATAN BERHAMPIRAN RUMAH KEBAJIKAN WARGA EMAS SANG RIANG, DEKAT TRIANG
Pengerusi Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Yap Yoke Moey berkata, pegawai perubatan bersama jururawat dari klinik kesihatan berhampiran turut mengadakan rutin kunjungan pemeriksaan di rumah kebajikan berkenaan bagi memastikan penghuni mendapat rawatan bersesuaian.
“Selain itu, kita dengan kerjasama petugas kesihatan turut melakukan aktiviti senaman fizikal setiap seminggu sekali untuk menguatkan otot warga emas yang menetap di rumah kebajikan ini.
“Kita juga mempunyai banyak aktiviti yang direka khusus untuk warga emas untuk menghilangkan rasa bosan mereka,” katanya.
Sementara itu, seorang penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Cheong Kah Wah sangat berpuas hati dengan kerjasama daripada petugas kesihatan yang sentiasa memberi perhatian kepada keperluan penghuni di situ.
“Kedatangan mereka banyak membantu kami dalam memulihkan semangat untuk terus hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pihak polis menasihati orang ramai tidak perlu panik dengan kes ketukan misteri tengah malam sebaliknya menjaga tahap keselamatan di rumah dan sekitar kediaman.
GAMBAR HIASAN
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, penduduk perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan kampung khususnya selepas pukul 12 tengah malam.
Jelasnya, skuad keselamatan kampung yang terdiri anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan masyarakat boleh digerakkan mengawal sekitar kampung dan Taman Perumahan demi keselamatan penduduk .
Katanya, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) perlu bertindak proaktif memainkan peranan mengadakan rondaan bersama bersama pihak polis.
Baru-baru ini, sebuah keluarga di Kampung Perias, Batu Embun dan yang terbaru di Kampung Ulu Cheka di Jerantut bukan sahaja pintu rumah diketuk dengan kuat dengan ketukanmisteri malah terdapat bau busuk seperti bangkai mayat.
Abd. Jalil berkata, pada peringkat awal ini, pihak beranggapan bahawa kejadian sedemikian berpunca perbuatan manusia yang bertujuan menakutkan penduduk setempat.
Namun tegasnya, polis tidak mengambil remeh dengan ketukanmisteri ini , jadi rondaan bersama penduduk setempat perlu dilakukan khususnya dalam waktu-waktu tertentu yang dikenal pasti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kira-kira 1,500 pekerja di Genting Highlands ditempatkan di sebuah hotel di pusat peranginan itu selepas disahkan positif COVID-19.
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata hasil saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kesemua pekerja terlibat negatif COVID-19, namun ditempatkan di hotel itu bagi tujuan kuarantin selama 14 hari.
DATUK SERI ABD JALIL HASSAN
“Langkah itu (kuarantin) diambil oleh pihak Genting Highlands selepas merujuk jawatankuasa task–force COVID-19 Pahang bagi memudahkan usaha menjaga kebajikan kakitangan mereka dan kita berterima kasih atas inisiatif tersebut.
“Dakwaan bahawa Genting Highlands diletakkan dalam situasi lockdown juga tidak benar dan orang ramai masih boleh berkunjung ke situ, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di Bentong, hari ini.
Abd Jalil menjelaskan hanya tiga lokaliti di Bentong iaitu Ria Apartment, Amber Court Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 Disember ini.
Jelasnya, kira-kira 2,363 penduduk di tiga lokaliti itu juga memberikan kerjasama dan mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang pelaksanaan PKPD selain aspek kebajikan mereka dipantau kerajaan negeri.
Mengulas mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) di Kuantan kira-kira 180 kilometer dari sini, Abd Jalil berkata ia kini menempatkan 131 warga asing berisiko rendah daripada kluster Jalan Genting di Bentong.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kemelut banjir kilat yang sering berlaku di tengah bandar Jerantut setiap kali hujan lebat hingga meresahkan penduduk akhirnya terjawab, apabila didapati ada tayar lori yang tersumbat dan menyekat aliran di dalam longkang besar itu.
Sejak beberapa tahun lalu, pengguna jalan raya sering bimbang menggunakan laluan itu jika hujan lebat yang lama kerana air naik dengan cepat menyebabkan banyak kereta kecil tersangkut walaupun terdapat longkang besar di situ.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Lalu Lintas, Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Datuk Ridzuan Mansor berkata isu banjir kilat di kawasan di hadapan Stesen Minyak Caltex itu telah menghantui pengguna jalanraya di situ sejak beberapa tahun ini
BHOnline melaporkan , orang ramai kebingungan mengapa air cepat naiki di situ, walaupun terdapat longkang besar untuk aliran air malah tidak berlaku di kawasan lain.
Beliau berkata, MDJ mengadakan operasi bersepadu bersama agensi SWCorp, Jabatan Kerja Raya (JKR) , Alam Flora, Roadcare, PDRM, dan Balai Bomba Dan Penyelamat Jerantut untuk mencari punca sebenar.
Ridzuan berkata, kami yakin, kejadian itu berlaku berkemungkinan besar disebabkan longkang sedia ada itu tersumbat hingga cepat berlaku banjir kilat.
“Hari ini pasukan bomba terpaksa turun ke dalam longkang tertutup itu dengan bantuan alat pernafasan untuk membuat tinjauan ke dalam longkang tertutup tersebut.
“Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bomba mendapati terdapat tiga biji tayar lori tersekat di dalam longkang itu dan terpaksa menggunakan backhoe untuk mengeluarkannya,, katanya.
Beliau berkata, tayar lori yang memenuhi longkang itu telah menyebabkan aliran air tidak dapat mengalir dengan cepat setiap kali hujan lebat kerana tersekat dan kawasan itu mudah dilanda banjir kilat.
Katanya operasi yang bermula dari pukul 12 tengahari sehingga 6.45 petang semalam itu diharap dapat menyelesaikan masalah yang menghantui pengguna jalan raya di kawasan itu.
“MDJ sungguh kesal dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membuang tayar ke dalam longkang itu hingga turut menyebabkan kerosakan harta benda dan risiko keselamatan kepada pengguna laluan itu serta penduduk.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Selepas menghantui penduduk di Selangor dan Melaka, misteri ketukan yang dikesan di sekitar Jerantut Feri, dekat sini, merebak ke kawasan FELDA Jengka 24.
Menurut penduduk di kawasan FELDA Jengka 24, Nazli Musa, kejadian itu bermula kira-kira jam 11 malam kelmarin dan berterusan sehingga awal pagi.
“Bunyi ketukan itu berulang setiap lima hingga 10 minit.. saya ingatkan ada budak-budak nakal bermain, tapi bila fikir balik macam tak logik, jadi saya fikir mungkin ada kaitan dengan insiden sama di tempat lain.
NAZLI MUSA - PENDUDUK
“Perkara ini saya sudah maklumkan kepada rakan peneroka lain di kawasan FELDA Jengka 24, ada antaranya mengakui turut mengalami gangguan serupa,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi dari Kampung Ulu Cheka mengalami perkara sama, Khairul Fadli mengakui turut diganggu ketukan pada pintu rumahnya malam semalam.
Katanya, kejadian itu agak merisaukan kerana ia boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan penduduk.
“Kejadian pertama bermula jam 11 malam dan berulang kira-kira 30 minit kemudian.. insiden ini agak mengejutkan kerana saya ingatkan hanya cakap-cakap orang saja, sehinggalah saya sendiri alaminya,” katanya.
Seorang lagi mangsa ketukan misteri, Holilah Itam yang tinggal di Kampung Ulu Cheka, dekat sini, turut mendakwa diganggu bunyi ketukan pada bahagian pintu hadapan rumahnya, lewat malam semalam.
“Kali pertama sejak saya hidup terpaksa berdepan dengan insiden pelik seperti ini.. memang menakutkan kerana kita tidak pasti punca atau kenapa kejadian ketukan pintu yang sebelum ini berlaku di tempat lain, turut dialami kami di sini,” katanya.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud ketika dihubungi SAHIH, beliau meminta semua penduduk lebih berhati-hati dan tidak terlalu bimbang kerana laporan mengenai misteri berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
RAZAK DAUD - KETUA PENEROKA JENGKA 24
“Seeloknya mereka yang mengalami gangguan membuat laporan polis bagi memudahkan pemantauan dan siasatan.
“Selain itu, saya nasihatkan penduduk untuk tidak mengambil tindakan sendiri.. jangan buka pintu jika terdengar bunyi ketukan yang kita tidak ketahui puncanya kerana kita bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.
Beliau turut menasihatkan penduduk supaya dapat bekerjasama dan melakukan rondaan dalam kawasan kampung atau FELDA sebagai langkah berjaga-jaga.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!