Johor Bahru: Lima remaja lelaki ditahan berhubung kejadian pelajar tingkatan dua dipukul di hadapan sekolah di Taman Daya di sini, 8 April lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kejadian berlaku kerana rasa tidak puas hati suspek yang beranggapan mangsa menyindir adik saudaranya.
Menurutnya, seorang daripada suspek bersama empat rakannya menyerang mangsa dengan memukulnya beberapa kali.
“Kelima-lima suspek berusia 15 hingga 17 tahun ditahan hari ini.
“Mengikut laporan polis dilakukan di Balai Polis Setia Indah, mangsa mengadu dipukul lima lelaki yang tidak dikenali ketika berbual dengan rakannya di hadapan sekolah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya,” katanya, lapor BH ONLINE.
Video berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan kejadian terbabit tular di media sosial hari ini.
Video: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun kerugian RM18,000 selepas menjadi mangsa sindiket Love Scam menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan, berkata kejadian berlaku ketika mangsa berkenalan dengan suspek melalui Facebook pada 27 Mac lalu dan kemudian meneruskan hubungan itu menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata, dalam perkenalan mereka, suspek memberitahu kepada mangsa dia akan belayar menaiki kapal kargo untuk pergi ke Jepun kerana terbabit dengan projek membuat landasan kereta api.
Katanya, suspek kemudian memberitahu mangsa yang dia ditahan dan dibawa ke Pelabuhan Melaka serta meminta bantuan mangsa membuat bayaran bagi membebaskannya.
“Mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek meminta bantuan anak saudaranya untuk membuat bayaran.
Patuh dengan arahan itu, anak saudara mangsa membuat tujuh kali transaksi pembayaran berjumlah RM18,000 ke tiga akaun bank berbeza yang diberikan suspek.
“Selepas pembayaran dilakukan suspek masih meminta wang daripada mangsa atas alasan suspek ditahan pihak kastam kerana membawa sejumlah wang yang banyak. Mangsa sekali lagi meminta bantuan anak saudaranya untuk membuat bayaran kepada suspek,” katanya.
Bagaimanapun, anak saudara mangsa tidak mengikut arahan itu dan memberitahu bahawa mangsa diperdaya, lapor BH ONLINE.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai PolisTanjung Minyak pada 15 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
“Justeru, kita meminta orang ramai berhati-hati dan jangan mudah terjerat dengan cinta laman sosial supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
“Orang ramai disarankan memuat naik aplikasi ‘semak mule CCID’ melalui playstore untuk membuat semakan terhadap nombor telefon dan nombor akaun bank sebelum membuat sebarang urusan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Alor Setar: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan ambulans di Kilometer 52.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, ambulans itu dinaiki empat kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membawa pesakit wanita berusia 60-an dari Bukit Selambau ke Hospital Lama Alor Setar.
Beliau berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihaknya jam 4.29 petang tadi.
“Siasatan awal mendapati, ambulans itu dipercayai membawa pesakit Covid itu terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori menyebabkan kedua-dua kenderaan itu melanggar guard rail (rel adang) dan masuk ke laluan tertentangan.
“Pihak KKM kemudian bertindak menguruskan pesakit Covid19 dan staf KKM yang terbabit dalam kemalangan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Difahamkan, ini adalah kemalangan kedua membabitkan ambulans yang membawa pesakit Covid di daerah ini dalam tempoh seminggu, lapor HM online
Dalam kejadian 9 April lalu, sebuah lagi ambulans membawa pesakit Covid-19 iaitu wanita berusia 70-an terbabit dalam kemalangan dengan kereta di persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Jalan Langgar.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki dan wanita dalam kereta itu cedera.
Video / gambar Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANAK-KANAK TERGELINCIR DALAM TAKUNGAN AIR BENDANG
Arau: Kanak-kanak lelaki lemas selepas tergelincir ke dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, di sini, 6.30 petang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Mohamad Amir Faris Rohaizad, 10, bersama adiknya, 8, dan rakan perempuan, 11, sedang berbasikal melalui laluan batas bendang di kawasan berkenaan, lapor HM online.
“Mangsa sedang berbasikal secara berasingan dengan adik dan rakannya itu dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah namun secara tiba-tiba, basikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan menyebabkan mangsa tergelincir jatuh di takungan air berkenaan.
“Melihatkan kejadian berkenaan, rakan mangsa segera pulang ke rumah mangsa untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kemalangan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, keluarga mangsa bersama penduduk kampung segera ke tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa terapung di takungan air berkenaan.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kira-kira 1,700 murid dan 160 orang guru daripada dua buah sekolah di Jerantut disyaki terbabit dengan wabak itu dan diwajibkan melakukan kuarantin kendiri kerana kedua-dua sekolah itu diarahkan ditutup mulai 15 April hingga 21 April 2021.
Notis yang dikeluarkan oleh pihak KKM
Dua sekolah itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut (SMKJ) mempunyai murid seramai kira-kira 1,000 orang dan 100 orang guru, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMK TAHAP) seramai kira-kira 700 murid dan 60 orang guru.
Kepada waris murid , guru dan kakitangan sekolah terbabit diharap berhati-hati dan melakukan kuarantin kendiri di rumah masing-masing bagi menggelakkan penularan berterusan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENJADUALAN SEMULA OPERASI KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
KUANTAN : Berikutan penularan satu kenyataan di media sosial berkaitan Pandai-pandailah buang sampah sendiri, lori sampah tidak bergerak selama 2 minggu.
Pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang mengesahkan berita yang ditularkan adalah tidak benar.
SWCorp Pahang ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi seluruh Daerah Kuantan yang dijalankan oleh Syarikat Konsesi, Alam Flora dijangkakan berlaku sedikit perubahan dari segi masa dan tarikh dalam tempoh lima sehingga 10 hari bermula dari tarikh kenyataan ini dikeluarkan.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang, Sharudin Hamid berkata, ini adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan Penularan Covid-19 dijalankan ke atas warga kerja dan petugas pembersihan di seluruh Daerah Kuantan.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang, Sharudin Hamid
“Langkah proaktif telah diambil oleh pihak Alam Flora Sdn Bhd dengan mengatur petugas pembersihan tambahan untuk mengambil alih kerja-kerja kutipan dan pembersihan awam sepanjang tempoh terlibat.
“Sehubungan dengan itu, SWCorp Pahang menasihatkan orang ramai untuk merujuk laman media sosial rasmi SWCorp Pahang di pautan untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat. Sebarang aduan boleh disalurkan dengan menghubungi Talian Aduan Sisa (1-800-88-7472),” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini .
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Katanya, beliau memohon kerjasama masyarakat untuk meneruskan amalan kebersihan dan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS).
“Sebarang kesulitan dan kekeliruan amatlah dikesali,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA: Proses suntikan vaksin COVID-19 untuk penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang yang dijadualkan esok, ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Keputusan itu dibuat selepas pihak Pejabat Kesihatan Daerah Bera memaklumkan pemeriksaan tahap kesihatan penghuni perlu dilakukan dengan lebih teliti sebelum suntikan vaksin boleh diberikan.
SEBAHAGIAN PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN WARGA EMAS SANG RIANG
Pengerusi rumah kebajikan itu, Yap Yoke Moey berkata, tempoh pemeriksaan terhadap penghuni juga belum dapat dipastikan kerana ia membabitkan pemeriksaan lebih lengkap dan komprehensif.
“Mungkin ada masalah alahan dalam kalangan penghuni dan ini perlu diperiksa dengan teliti sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Buat masa ini belum ada tempoh masa diberikan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Bera.. mungkin ambil masa sedikit sebelum boleh ditetapkan tarikh baharu untuk pemberian vaksin,” katanya.
Beliau memaklumkan pihak pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang sudah menghantar rekod kesihatan semua 281 penghuni yang dijadualkan menerima vaksin sebelum ini.
Katanya, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Bera juga akan memaklumkan dalam tempoh segera jika pemeriksaan boleh dilakukan di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang dalam masa terdekat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERKHIDMATAN LORI SAMPAH TIDAK BEROPERASI 14 HARI DI KUANTAN
KUANTAN: Perkhidmatan sebuah perkhidmatan di Kuantan ditangguhkan selama 14 hari ekoran semua kaki tangan dan pekerja am syarikat itu perlu dikuarantin.
Kluster baharu Kluster IM 3 (Alam Flora) wujud dan kira-kira 600 sampel (massive sampling PCR) akan diambil pada hari ini di Wisma Belia Indera Mahkota mula jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari, hari ini.
Kakitangan syarikat perkhidmatan disaring hari ini
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355,719) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan IM 3/10, Indera Mahkota, Kuantan.
Sehingga 12 April 2021, sejumlah 145 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Kepada penduduk sekitar yang terlibat dengan perkhidmatan lori sampah itu diharap mengambil langkah terbaik untuk menghapuskan sampah domestik masing-masing.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang memperuntukan bantuan 1,000 unit komputer riba berjumlah RM1.517 juta untuk disumbangkan kepada murid Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negeri Pahang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan itu bakal meringankan sedikit kegusaran calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang memerlukan peranti tersebut untuk membuat rujukan dan latihan secara atas talian.
Datuk Seri Wan Rosdy (2 dari kanan) menyerahkan sumbangan komputer riba kepada Datuk Nazri Ngah (2 dari kiri)
“Kerajaan negeri juga menyerahkan dua unit peranti tersebut kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk disumbangkan kepada murid yang layak di kawasan masing-masing.
“Kerajaan negeri amat mengambil berat berkaitan pendidikan kanak-kanak di bawah JKM sebagai bekalan pendidikan di masa hadapan demi meneruskan kelangsungan hidup masing-masing,” katanya.
Datuk Seri Mohd.Sharkar Shamsudin (2 dari kiri) turut menerima dari Menteri Besar Pahang (2 dari kanan)
Beliau berkata demikian sebelum mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bermula, dengan mengadakan Majlis Gimik Penyerahan Bantuan Komputer Riba kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat di Pejabat Menteri Besar Pahang, hari ini.
Katanya, semoga dengan bantuan komputer riba itu sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada penerima untuk belajar dan digunakan dengan sebaiknya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDUDUK SUNGAI PUTAT BAIKI JAMBATAN HAMPIR RUNTUH
MEREKA BERGOTONG ROYONG BAIKI JAMBATAN UNTUK KEMUDAHAN
JERANTUT : Kira-kira 1,000 orang penduduk di tiga buah kampung daerah ini bergotong royong membaiki jambatan kecil di Sungai Beletir, Kampung Sungai Putat dekat Felda Padang Piol yang rosak dan membahayakan keselamatan orang ramai termasuk murid yang berulang alik ke sekolah.
Seorang penduduk Kampung Sungai Putat, Mohd Zain Awang, 50, berkata, jambatan itu merupakan laluan utama penduduk Kampung Sungai Putat, Kampung Doja dan Kampung Sungai Yap ke bandar Jerantut yang telah mengalami kerosakan sejak beberapa tahun lalu.
Penduduk kampung membina jambatan menggunakan batang kelapa dan pokok hutan
“Jambatan separa konkrit ini mula rosak teruk ketika musim hujan yang berlaku awal bulan ini yang turut mengakibatkan banjir, bahagian bawah lantai jambatan telah pecah dan berlaku mendapan, sekali gus berbahaya kepada kenderaan yang kerap berulang alik ke bandar Jerantut dan murid yang bersekolah di Felda Padang Piol.
“Oleh itu kami mengambil langkah proaktif membaiki jambatan ini, seramai 50 orang penduduk tiga buah kampung ini menyambut awal bulan puasa kali dengan bergotong-royong membaikpulih yang mengambil masa selama dua hari dengan menggunakan batang kelapa dan kayu hutan,” katanya di Kampung Sungai Putat, dekat sini hari ini.
Mohd Zain berkata, walaupun pembinaan ini sebagai sementara, mereka tidak yakin dengan ketahanan jambatan itu yang boleh mengundang bahaya kepada kenderaan muatan penumpang dan hasil kampung seperti kelapa sawit dan getah serta kenderaan berat.
“Beberapa tahun lalu, jambatan itu yang dibina di bawah projek Pembangunan Luar Bandar sehingga rosak teruk selepas dilanda banjir baru-baru ini.
Mengheret batang kelapa dan pokok hutan untuk dijadikan alas lantai jambatan yang hampir runtuh
“Oleh kerana kesukaran untuk penduduk berurusan termasuk menghantar hasil sawit dan getah termasuk untuk urusan harian di bandar Jerantut, kami terpaksa menggunakan jalan alternatif di Kampung Gajah Mati yang sangat jauh serta mengambil masa lama perjalanan,” katanya.
Mohd Zain dan penduduk di situ berharap kerajaan segera membina jambatan konkrit baharu dan kukuh kerana mahukan kemudahan yang selesa seperti di tempat lain untuk memunggah hasil kampung serta anak ke sekolah.
“Kalau berlaku jambatan itu runtuh mungkin penduduk di kampung ini terperangkap dan sukar mendapat bekalan bahan keperluan harian dan sambutan Ramadan dan Aidil Fitri akan menjadi suram,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!