KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sah tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah.
Kenyataan rasmi itu dikeluarkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebentar tadi.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19 yang membimbangkan.
BN menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan kaedah bersesuaian bagi tempoh berkempen dan pengundian, jika PRK Batu Sapi diteruskan.
Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian Datuk Liew Vui Keong, Jumaat lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa dia akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.
“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 23 September lalu, presiden PKR itu pada satu sidang media mendakwa dia mempunyai sokonganyangkukuhdanmenyakinkan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai dokumentetapyangtidakbolehdiragui bagi membuktikannya.
Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.
Perkara itu turut disahkan Istana Negara dalam satu kenyataan pada hari sama Anwar membuat sidang medianya.
Seri Paduka dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September dan berangkat pulang ke Istana Negara pada 3 Oktober lalu.
Ada yang mendakwa ini sekadar gimik Anwar, tidak kurang yang mendakwanya berbohong, dan ada pula tidak yakin memandangkan itu bukan kali pertama dia membuat dakwaan sedemikian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan UMNO disaran tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah.
Ketua Pemuda BN yang juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang mengutarakan cadangan itu, berkata ia mengambil kira kegawatan penularan pandemik COVID-19 ketika ini.
Katanya, penularan virus berbahaya itu semakin meruncing di Sabah dan berupaya mencetuskan risiko keselamatan terhadap rakyat.
“Cadangan sama juga disyorkan kepada semua parti politik lain, termasuk parti Perikatan Nasional (PN) bagi mengekalkan pegangan kerusi berkenaan yang ketika ini di bawah Parti Warisan Sabah (WARISAN).
“Fokus ketika ini harus diberikan untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus menular, selain membantu rakyat menangani keperitan hidup yang terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat pandemik.
“Pemuda UMNO percaya sudah tiba masanya untuk ahli-ahli politik melangkaui sempadan parti, dapat bersolidariti dan menzahirkan jiwa besar mengetepikan perbezaan serta persengketaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) pada 2 Oktober lalu.
Mendiang adalah penyandang jawatan Pengerusi Tetap WARISAN, berasal dari Kota Belud dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Batu Sapi tetap perlu diadakan selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan. SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa depan bagi membincangkan tarikh penting PRK berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, mahu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali didakwa kerana melanggar perintah kuarantin kendiri selepas kembali dari kunjungannya ke Turki pada Julai lalu.
Najib berkata, isu tersebut menyebabkan kebanyakan rakyat tidak berpuas hati kepada kerajaan dan memberi ruang untuk pembangkang mengambil kesempatan.
“Biar mahkamah putuskan dia salah atau tidak, atau apa hukumannya.
“Saya difahamkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau (jabatan) imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Najib, isu pelanggaran kuarantin kendiri wajib yang dikaitkan dengan Khairuddin itu harus ditangani dengan tuntas agar ia tidak terus dijadikan modal pembangkang.
Katanya, Khairuddin – yangdianggapantaraulamakananPAS – masih boleh merayu jika disabitkan bersalah dalam perbicaraan nanti.
“Jika kalah, masih boleh rayu. Hentikan modal propaganda PH sebab saya dah bosan tengok Kit Siang buat puluhan posting bagi isu yang sama,” jelasnya merujuk kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Najib turut menuntut Lim supaya turut mengkritik Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memohon maaf kerana melanggar perintah kuarantin di rumah.
Amirudin sebelum ini berkata dia bertindak demikian kerana terpaksa melihat secara dekat krisis bekalan air di Selangor ekoran pencemaran di Sungai Semenyih.
Dia juga sudah disahkan negatif dalam dua ujian saringan COVID-19.
Pagi tadi Malaysiakini melaporkan pihak polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan (IP) membabitkan isu Khairuddin ke Jabatan Peguam Negara (AGC).
Pada Ogos lalu, KKM mengenakan denda maksimum RM1,000 terhadap Khairuddin atas keingkaran berkenaan.
Sementara itu, Najib turut mencadangkan beberapa perkara susulan peningkatan mendadak kes baru COVID-19 akhir-akhir ini.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata kerajaan harus melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bagi kawasan terlibat dengan KlusterMeru dan melarang sekatan perjalanan di Semenanjung Malaysia bagi semua kenderaan bukan komersial selama dua minggu.
Dia juga menggesa moratorium pinjaman bank dilanjutkan secara pukal bagi seluruh Sabah selagi masih dalam PKPD.
“Galakkan semua majikan swasta untuk benarkan pekerja kerja dari rumah. Arahkan semua pekerja kerajaan dan syarikat berkait kerajaan untuk kerja dari rumah jika tidak diperlukan berada di pejabat.
“Benarkan premis-premis makanan untuk buka meja di kaki lima atau luar premis tanpa didenda sebab risiko penularan lebih rendah jika makan di luar (openair),” tambahnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing hari ini berikrar menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sekali gus mengakhiri spekulasi mengaitkan namanya dengan senarai ahli parlimen yang didakwa menyokong Anwar Ibrahim.
Menerusi kenyataan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Tiong yang juga ahli Parlimen Bintulu berkata tindakan Anwar baru-baru ini mendakwa memiliki sokongan majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara adalah satu lagi contoh drama terdesak pemimpin pembangkang itu bagi merampas kuasa dan mengelirukan rakyat.
“Saya sama sekali menolak dakwaan itu (spekulasi bahawa beliau menyokong Anwar) dan menyifatkannya sebagai berita palsu dan khabar angin semata-mata.
“Malah kebanyakan maklumat berkaitan disiarkan dalam kesemua portal terbabit adalah kabur dan bersifat spekulasi. Tanpa sebarang kepastian, saya menggesa rakyat agar tidak mempercayai khabar angin mengarut serta tidak berasas ini,” katanya.
Beliau membuat kenyataan itu selepas beberapa portal berita mengaitkannya dengan 120 ahli parlimen lain yang didakwa menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri berikutnya dan mengambil alih kuasa daripada Muhyiddin.
“Saya pelik bagaimana nama saya dan Anyi Ngau (seorang lagi Ahli Parlimen PDP) boleh berada dalam senarai itu… kami (PDP) mungkin rakan komponen yang kecil, namun kami mempunyai integriti dan prinsip, bukan seperti sesetengah parti yang hanya bertindak menyokong sesiapa sahaja yang dilantik sebagai PM,” katanya.
Tiong berkata semua ahli politik perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara di tempat paling utama dengan mengambil langkah segera menghentikan semua tindakan yang boleh menjejaskan keutuhan negara serta melakukan segala yang terdaya untuk memerangi penularan COVID-19 bagi memulihkan ekonomi.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Semua mesyuarat serta persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian UMNO, ditangguhkan susulan peningkatan kes COVID-19.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika memaklumkan perkara itu berkata Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengarahkan penangguhan terbabit berkuat kuasa serta-merta.
“Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (yang juga Naib Presiden UMNO) turut berpandangan yang sama.
“Ia disebabkan jangkitan COVID-19 mencecah 260 kes, hari ini, iaitu kedua tertinggi sejak penularan wabak itu,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Ahmad menjelaskan, UMNO tidak boleh mengambil risiko, selain tidak mahu parti dipersalahkan jika berlaku penularan akibat penganjuran mesyuarat atau persidangan.
“Penangguhan ini adalah hingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Arahan ini mestilah dipatuhi.
“Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) berikutan peningkatan kes baru COVID-19.
Katanya, langkah untuk mengadakan pilihan raya mengejut mungkin menyebabkan negara ini kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti dilakukan beberapa bulan lalu.
“Kita lihat ini dengan objektif. Ini bukan masa yang sesuai. Tun M (Dr Mahathir Mohamad) pun buat kenyataan (buat pilihan raya mengejut). Tapi kita sudah nampak apa yang berlaku di Sabah (semasa pilihan raya negeri).
“Keadaan akan jadi sesak jika buat membuat pilihan raya mengejut. Walaupun ada SOP, bukan senang untuk dipatuhi lebih-lebih ketika berkempen,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dr Dzulkefly yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor daripada AMANAH berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus bahawa Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU.
Ini selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada 23 September lalu mendakwa mempunyai sokongan majoriti daripada ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata pelaksanaan semua PKP sekiranya berlaku peningkatan kes COVID-19 pastinya akan menjejaskan semula ekonomi.
“Kita baru nampak perniagaan dibuka semula dan ada yang kembali kepada keadaan asal.
“Jika dikenakan semula PKP, semuanya akan terjejas… saya percaya semua pihak perlu bipartisan dalam perkara ini. Semua pihak perlu lebih memberi tumpuan kepada rakyat dan negara berbanding pegangan politik untuk mengadakan pilihan raya mengejut hanya kerana hilang kuasa,” katanya.
Semalam, sebanyak 101 kes harian COVID-19 direkodkan, menjadikan kes akif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 1,062 kes.
Sabah menyumbang kes tertinggi iaitu sebanyak 73 kes manakala empat lagi kluster baru dikenalpasti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini memulakan tugas rasmi di kementerian pagi ini.
Beliau tiba di pejabat Kementerian Kerja Raya di sini sebelum mengetip kad perakam waktu pada pukul 9.57 pagi bagi memulakan tugas di kementerian itu.
Ketibaan beliau disambut Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bersama warga kementerian itu.
Bung Moktar kemudian diberi taklimat oleh pegawai kementerian berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN: Perlu ada perbincangan lebih awal antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi mengelak kemelut seperti dalam isu pelantikan Ketua Menteri Sabah.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata kedua-dua pihak perlu mencari titik pertemuan seperti isu pengagihan kerusi termasuk jawatan Menteri Besar yang tidak sewajarnya diputuskan pada saat-saat akhir bagi mengelak salah faham.
“Kalau kita buat awal dan ada semangat hormat menghormati antara satu sama lain, saya rasa perkara ini dapat dielakkan tetapi kalau kita buat kerja saat-saat akhir dan kita pun buat tanpa pengetahuan kawan, itu boleh menimbulkan masalah.
“Tapi saya harap tidak ada pihak luar yang melagakan kita dan kita dapat selesaikan masalah antara UMNO dan PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan, dekat sini, hari ini.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan secara mengejut, parti gabungan tidak mempunyai masa yang cukup untuk berunding.
Beliau yakin BN dan PN masih mempunyai masa untuk berunding dalam menghadapi PRU-15.
“Kita bincang elok-elok, (sebagai contoh) negeri ini, parti ini akan jadi Menteri Besar, sekiranya prestasi mereka begitu, ya ia bergantung kepada prestasi juga.
“Jadi saya rasa, Sabah ini ada hikmahnya juga sebab ia menunjukkan bahawa kalau kita tidak buat perbincangan dengan elok, lebih awal, ia menimbulkan macam-macam salah faham,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesilapan besar dalam karier politiknya apabila mengumumkan sudah memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Anwar membuat percaturan terbesar ketika nama beliau sudah terpinggir daripada senarai calon Perdana Menteri.
Menurutnya, risiko tindakan Anwar itu amat besar terutama apabila dinafikan banyak pihak yang dikaitkan dengan komplot berkenaan, sedangkan sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.
“Sehingga kini tiada pertukaran kerajaan, sudah tentu kewibawaan Anwar dan PKR merudum dan sukar dipulihkan kembali.
“Pada masa sama, jika pengumuman itu tidak menjadi kenyataan sekalipun, ia tetap beri impak kepada perkembangan politik negara. Antaranya mencetuskan kecurigaan dalam kalangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap kesetiaan ahli Parlimen UMNO dan BN,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Kamarul Zaman berkata, Anwar sebenarnya telah melakukan 10 kesilapan menerusi Langkah Le Meridien pada Rabu lalu.
“Kesilapan pertama beliau adalah terlalu yakin ketika mengumumkan kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang, sedangkan pengumuman sepatutnya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah melalui proses diperuntukkan Perlembagaan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar yakin peroleh sokongan untuk jadi Perdana Menteri
Menurutnya, keyakinan Anwar mengumumkan beliau mempunyai majoriti kukuh dan hampir dua pertiga sokongan di Parlimen tanpa memberikan bukti juga sukar diterima banyak pihak.
“Malah Anwar begitu yakin mengumumkan beliau akan membentuk kerajaan baharu tanpa mengambil kira kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen.
“Kesilapan lain termasuk mengumumkan ahli-ahli Parlimen bersama beliau sedangkan keputusan itu tidak dirunding atau diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Kamarul Zaman berkata, dengan yakinnya Anwar mengumumkan beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen BN tanpa memberikan senarai nama individu terlibat, mencetuskan keraguan apabila dinafikan individu terlibat.
“Beliau juga silap percaturan apabila mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tiada bersama beliau dalam kerajaan baharu, sedangkan Dr Mahathir dan pemimpin Pejuang mungkin mampu mempengaruhi ahli-ahli Parlimen lain untuk menolak pembentukan kerajaan baharu itu,” katanya.
Menurutnya, kesilapan lain ialah Anwar membuat andaian Yang di-Pertuan Agong akan menerima perancangan beliau.
Ini kerana, katanya, berdasarkan titah pada pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 lalu, Seri Paduka Baginda mengingatkan pemimpin politik tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik tidak menentu ketika rakyat berhadapan pelbagai masalah akibat COVID-19.
“Anwar kelihatan yakin rakan-rakan lama PH dan rakan baharu yang menyertai beliau boleh menerima antara satu sama lain, sedangkan banyak petanda menunjukkan sebaliknya.
“Beliai juga yakin tiada perubahan boleh berlaku antara tarikh beliau umumkan pembentukan kerajaan baharu dengan tarikh menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan tarikh Seri Paduka Baginda menemu duga semua ahli Parlimen… sedangkan banyak perubahan boleh berlaku,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!