Real Sociedad 4 (Oyarzabal 35-pen, 54, Portu 68, Isak 75) SD Huesca 1 (Mir 46)
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sifat baginda memilih melakukan rundingan sebelum memberi sebarang perkenan dan menzahirkan apa-apa keputusan mengenai perkara yang sangat penting.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini dengan titah perkenan Raja-Raja, memaklumkan semangat itu selaras budaya syura yang sangat dianjurkan Islam ketika ummah menghadapi persoalan yang memerlukan penyelesaian.
Syed Danial berkata, pada mesyuarat khas petang tadi, Seri Paduka memaklumkan kepada Raja-Raja mengenai keputusan Mesyuarat Khas Kabinet pada 23 Oktober lalu, yang memohon perkenan baginda untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Baginda dengan kearifan dan bijaksana berpendirian amat penting untuk perkara itu dibincangkan secara bersama dengan Raja-Raja pemerintah,” katanya.
Katanya, ia berpandukan prinsip Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen, selain memahami keseriusan implikasi daripada permohonan itu terhadap imej negara, pandangan dunia, keyakinan pelabur dalam dan luar negara, aspek kemakmuran negara serta kehidupan rakyat jelata.
“Dalam perjumpaan berkenaan, Raja-Raja mencambahkan pandangan dan menzahirkan pendapat secara terbuka serta berterus-terang dalam semangat saling menghormati agar dapat dijadikan bahan panduan dan rujukan yang membantu baginda membuat ketetapan.
“Raja-Raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.
“Raja-Raja turut menegaskan pentingnya prinsip Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan Perlembagaan negara, mendaulatkan undang-undang dan mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya.
Sumber: BH Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan semua menteri besar dan ketua menteri yang dijadualkan berlangsung esok dibatalkan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, mesyuarat yang dijadualkan di Putrajaya itu dibatalkan oleh pihak penganjur.
“Mesyuarat yang dijadualkan akan dihadiri Menteri Besar pada pagi esok di Putrajaya telah dibatalkan oleh pihak penganjur. Terima kasih,” katanya ringkas dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, media melaporkan, Muhyiddin akan mengadakan pertemuan dengan semua menteri besar dan ketua menteri di Putrajaya, esok.
Bagaimanapun, tidak diketahui objektif mesyuarat yang diadakan itu.
Sumber: Malaysiapost
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pasangan curi Honda Civic Polis di Pulau Pinang, ditahan di Shah Alam
Dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dan 30-an telah melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik polis di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang malam tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, suspek dikatakan menyamar sebagai anggota polis sebelum melarikan kenderaan berkenaan yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).
Difahamkan kereta MPV polis itu akhirnya berjaya ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar jam 2 pagi tadi.
Kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.
Tular Hub
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 Flat Ladang Gemilang Satu di sini, petang tadi.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada 4 petang ketika kanak-kanak berkenaan, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul yang bersendirian di rumahnya tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu.
Gambar Hiasan
Difahamkan, ibu mangsa keluar ke kedai berhampiran, manakala mangsa ketika itu dikatakan sedang tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
“Kita masih menjalankan siasatan bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya.
Menurut saksi kejadian, Siti Mafatehah Alias, 29, ketika kejadian dia sedang tidur di rumahnya di tingkat empat sebelum terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh.
“Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh, namun selepas diberitahu oleh anak ada budak jatuh, saya kemudian melihat ke bawah dan terkejut kerana saya kenal kanak-kanak itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan sembilan lagi kluster baharu COVID-19 hari ini, dengan empat kluster berkenaan di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster baharu di Sabah itu ialah Kluster Titir di Keningau, Kluster Omadal di Semporna, Kluster Bandaran di Kota Kinabalu dan Kluster Jambul di Sandakan.
Beliau berkata, lima lagi kluster ialah Kluster Bayan di Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang serta Kluster Mentari membabitkan Petaling, Klang dan Gombak, Selangor, Seremban, Negeri Sembilan dan Kepong, Kuala Lumpur.
Selain itu, Kluster Jernih di Seremban, Kluster Seladah di Kuching dan Serian, Sarawak serta Kluster Makekar membabitkan Johor Bahru dan Kulai, Johor, Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu dan Klang, Selangor.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19, hari ini.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berpendapat tiada keperluan pengisytiharan darurat dibuat bagi menangani COVID-19.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini telah berjaya menangani penularan wabak itu dengan baik.
“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.
“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala ‘politicking’ yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAPAH: Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta di Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah selatan, dekat Ipoh pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata mereka menerima panggilan berhubung penemuan mayat Ng Kar Weng, 26, dalam kereta Honda Jazz yang berkunci pada jam 11.30 pagi.
“Kami segera mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah ke lokasi kejadian bagi kerja mengeluarkan mayat mangsa.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, enjin dan pendingin hawa kereta dalam keadaan dimatikan,” katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.
Menurut jurucakap itu mayat Ng dibawa keluar menggunakan peralatan khas dengan membuka pintu kereta.
Operasi tamat pada jam 12.12 tengah hari.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pemeriksaan ke atas kereta berkenaan menemukan pasu tanah berisi arang yang terbakar di ruang kaki tempat duduk belakang.
“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit yang masih bujang dan bekerja sebagai tukang cat kenderaan tinggal seorang diri di sebuah kondominium di Menglembu, Ipoh.
“Dia juga tidak pernah menceritakan sebarang masalah kepada keluarganya sebelum ini,” katanya.
Wan Azharuddin juga berkata pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan pada mangsa mahupun unsur jenayah di tempat kejadian.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KULIM: Tiga individu termasuk bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditahan kerana memiliki senapang patah dan senapang angin buatan sendiri.
Tangkapan dilakukan melalui tiga kejadian berasingan di sekitar daerah ini pada Isnin dan Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata tangkapan pertama seorang lelaki yang ditemui membawa senjata api disyaki senapang patah di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Baru Labu Besar, dekat Sungai Kob, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.
Katanya, suspek yang juga penganggur terkejut melihat kehadiran anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kulim yang menjalankan tugas di lokasi terbabit, melepaskan tembakan polis dan cuba melarikan diri, namun ditangkap.
“Pemeriksaan fizikal menemui selaras senapang bersama kelongsong peluru, satu beg silang kelabu mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 0.61 gram, tiga peluru hidup jenama Remington12GA dan satu batang besi.
“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya ketika sidang media hari ini.
Siasatan lanjut ke atas suspek, beliau berkata mendapati senjata api itu dibeli daripada seorang lelaki di Sungai Kob, kira-kira dua tahun lalu dengan harga RM300.
Justeru, katanya serbuan lanjuut dilakukan di sebuah kediaman di Kampung Kuala Tawar, dekat Sungai Kob pada jam 4 petang Selasa lalu dan menahan seorang lagi suspek berusia 54 tahun.
“Siasatan menemui beberapa butir peluru tabur masih belum digunakan di bawah tilam dalam bilik tidur suspek, sebelum pemeriksaan lanjut menemui dua senapang patah buatan sendiri disembunyikan dalam almari di rumah terbabit,” katanya.
Azhar berkata, polis turut menahan seorang bekas anggota RELA berusia 83 tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Chempedak di Sungai Kob pada hari sama jam 6 petang selepas didapati menjual dua senapang buatan sendiri yang ditemui dalam serbuan di rumah suspek kedua.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis menemui selaras senapang patah dan beberapa butir peluru tabur yang masih belum digunakan.
“Suspek mempunyai lesen milikan senjata api (Lesen A), namun turut ditangkap dan senjata serta peluru yang ditemui dirampas untuk siasatan lanjut.
“Semakan mendapati, suspek pertama dan kedua mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes culik, pecah rumah, curi dan dadah,” katanya.
Azhar berkata, semua suspek mengaku memiliki senjata api berkenaan untuk tujuan menembak haiwan liar.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api tanpa permit dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru.
“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) akan menawarkan bantuan pembayaran bersasar kepada pelanggan yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan bulanan, sehingga 30 Jun tahun hadapan.
Bank Islam dalam satu kenyataan, berkata bagi pelanggan yang tidak terkesan, bank itu turut menawarkan alternatif menerusi pilihan Penjadualan dan Penstrukturan semula jika masih memerlukan bantuan bagi mengatur semula aliran kewangan masing-masing.
“Kami komited untuk membantu pelanggan mendepani tempoh semasa yang mencabar khususnya ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di seluruh negara,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata sejak bermulanya pelaksanaan moratorium automatik pada April 2020, bank itu secara konsisten telah mendekati para pelanggan yang memerlukan pelan pembayaran semula yang lebih khusus.
Katanya, sehingga kini, kadar kelulusan permohonan bagi bantuan pasca moratorium untuk pelanggan perniagaan adalah hampir 100 peratus.
“Sementara bagi pelanggan runcit, kami telah meluluskan 100 peratus daripada jumlah permohonan yang lengkap dengan dokumen sokongan, yang mana 43 peratus kelulusan untuk penangguhan selama tiga bulan dan baki 57 peratus kelulusan di bawah pelan pengurangan ansuran selama enam bulan.
“Pihak bank juga giat menghubungi para pelanggan yang terkesan tetapi masih belum menghantar dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan bantuan pembayaran semula bersasar mereka. Di samping itu, proses permohonan juga telah dipermudahkan bagi membantu pelanggan.
“Kami sedar terdapat pelanggan yang mungkin terus mengalami tekanan aliran tunai ekoran pandemik yang sedang melanda dan memerlukan sokongan tambahan bagi membolehkan mereka menguruskan keadaan kewangan dengan lebih baik,” katanya.
Mohd Muazzam berkata, Bank Islam sentiasa bersedia untuk berbincang dan menyediakan penyelesaian kewangan terbaik bagi membantu mereka mendepani keadaan yang mencabar ini.
“Kakitangan kami juga secara proaktif menghubungi pelanggan yang mungkin terjejas, terutamanya dalam sektor yang terkesan ekoran penularan COVID-19. Ini termasuk warga kerja dalam sektor pelancongan, hospitaliti dan penerbangan.
“Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membantu pelanggan bagi membolehkan mereka mengukuhkan kewangan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, walaupun tempoh moratorium automatik selama enam bulan telah berakhir pada akhir September 2020, Bank Islam terus mempertimbangkan permohonan daripada pelanggan terkesan yang memerlukan bantuan pembayaran semula itu.
“Setakat hari ini, 98 peratus pelanggan Bank Islam telah menyambung semula komitmen pembayaran pembiayaan mereka. Pembayaran semula ini dapat memastikan kecairan dan sumber kewangan sentiasa tersedia bagi membolehkan Bank Islam terus memberikan sokongan kepada individu dan perniagaan lain,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!