KUALA TERENGGANU: Lima masjid di daerah Kuala Terengganu ditutup selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Januari bagi membolehkan proses nyahkuman dijalankan untuk mencegah penularan Covid-19.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu berikutan terdapat kes positif Covid-19 dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk mempunyai sejarah menunaikan solat di lima masjid berkenaan.
“Lima masjid itu ialah Masjid Baru Serada, Masjid Banggol Katong, Masjid Al-Hidayah Banggol Mempelam, Masjid Beladau Selat dan Masjid Al Muttaqin Kepong.
“Penutupan dilakukan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dipetik dari Bernama.
Terengganu mencatat 89 kes baru Covid-19 hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan dunia sedang menuju ke arah peningkatan suhu yang dahsyat abad ini dengan 2020 direkodkan sebagai tahun terpanas mengatasi 2016.
Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, keadaan perubahan iklim tanpa henti ternyata mengorbankan banyak nyawa.
GAMBAR HIASAN
Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan fasa 2011 hingga 2020 adalah dekad paling panas yang pernah dicatatkan.
Berdasarkan WMO daripada gabungan lima set data antarabangsa teratasnya, 2020 menyaingi 2016 dalam memegang takhta cuaca terpanas lapor AFP.
WMO dilaporkan berkata, putaran suhu permukaan di Laut Pasifik pada fasa sejuk musim La Nina meredakan keadaan panas hanya pada hujung tahun.
Agensi cuaca PBB itu berkata, 2016, 2019 dan 2020 direkodkan sebagai tiga tahun paling panas dengan perbezaan antaranya dalam suhu global secara puratanya tidak dapat dibezakan.
Katanya, suhu global secara purata pada 2020 ialah kita-kira 14.9 darjah Celcius (C), iaitu 1.2 C lebih tinggi berbanding ketika fasa praindustri pada 1850 hingga 1900.
Melalui Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim, ia menuntut kaedah membendung pemanasan global dalam keadaan kurang dari dua darjah Celcius, iaitu di atas tahap praindustri, sementara banyak negara meneruskan usaha mengehadkan kenaikan hingga 1.5 C.
Pada masa sama, WMO percaya sekurang-kurangnya terdapat satu daripada lima keadaan di mana purata suhu global secara sementara melebihi 1.5 C pada 2024 kelak.
Mengulas mengenai itu, Guterres berkata, pengesahan dibuat WMO bahawa 2020 menjadi antara tahun terpanas dalam sejarah adalah satu lagi peringatan kuat mengenai keadaan perubahan iklim yang tiada henti.
“Ia memberi kesan terhadap kehidupan dan nyawa di seluruh bumi. Hari ini, kita berada pada suhu 1.2 C kepanasan dan sudah dapat menyaksikan cuaca luar biasa yang ekstrem di setiap rantau dan benua.
“Kita menuju kepada kenaikan suhu yang dahsyat iaitu tiga hingga lima C abad ini… justeru berbaktilah kepada alam semula jadi yang menjadi tugas kita pada abad ke-21 ini. Ia mesti menjadi keutamaan kita,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia memperoleh kemenangan percuma untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Thailand di Bangkok esok selepas lawannya dari India, Kidambi Srikanth membuat keputusan menarik diri selepas mengalami kecederaan.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam akaun Twitter memberitahu Zii Jia mara ke pusingan lapan terbaik selepas Srikanth yang sebelum ini mengalami isu kesihatan di bahagian hidung menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua itu.
Selasa lalu, bekas pemain nombor satu dunia itu mengalami pendarahan di bahagian hidung selepas menjalani beberapa ujian calitan COVID-19 selain turut menyatakan kekecewaannya terhadap layanan pegawai kesihatan kejohanan.
Srikanth ketika itu mendedahkan yang dirinya sudah melakukan empat ujian COVID-19 selepas tiba di Thailand manakala Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyatakan Persatuan Badminton Thailand (BAT) mempunyai alasan mereka tersendiri
.KIDAMBI SRIKANTH
“Kidambi Srikanth mendapati hidungnya berdarah selepas menjalani beberapa ujian COVID-19.
“Atlet berkenaan melakukan ujian calitan sebanyak tiga kali lebih awal dengan yang paling baru mungkin menyebabkan kecederaan,” kata BWF dalam satu kenyataan yang dipetik dari BH Online.
“Oleh itu, ketika ujian calitan dilakukan pada Selasa, selain beberapa faktor daripada atlet, kedudukan (batang calitan) menjadi tidak sejajar dan menyebabkan sedikit pendarahan di hujung sapuan.”
Namun, Srikanth sempat meraih kemenangan di pusingan pertama, menewaskan rakan senegaranya Sourabh Verma 21-12, 21-11 sebelum menarik diri di pusingan kedua bertemu Zii Jia.
Zii Jia, 22, dijadual bertemu sama ada pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito ataupun pilihan kedua kejohanan dari Taiwan, Chou Tien Chen di suku akhir nanti.
Sementara itu rakan seperjuangan Zii Jia, Liew Daren terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-14, 21-17 dalam perebutan tempat ke suku akhir yang berlangsung 52 minit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU : Pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki dan membuat laporan palsu mengenai kejadian rogol, pada Disember lalu.
Tertuduh, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pemerasan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun sehingga mendatangkan ketakutan sesuatu bencana iaitu akan melaporkan kepada polis bahawa lelaki itu merogolnya.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran nasi kukus di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini jam 3 petang pada 19 Disember tahun lalu.
Nor Hafizah didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memberikan maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dia dirogol oleh lelaki sama dan seorang lagi lelaki berusia 21 tahun dengan niat agar mereka dikenakan tindakan.
Kesalahan itu dilakukan di kaunter Balai Polis Kubang Kerian jam 12.08 tengah malam pada 20 Disember lalu.
GAMBAR IHSAN NSTP
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, lapor BH Online.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Riduan Ismail.
Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan.
Riduan dalam rayuannya meminta jaminan yang minimum kerana anak guamnya seorang suri rumah selain perlu menjaga empat anak berusia 10, lapan, tiga dan dua tahun.
“Suami tertuduh juga hanya berniaga secara kecil-kecilan. Situasi ini amat membebankan anak guam saya lebih-lebih lagi negara kini berdepan dengan penularan wabak Covid-19,” katanya.
Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 untuk pertuduhan pertama dan RM1,000 bagi pertuduhan kedua masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Seramai 14 peniaga warga Bangladesh yang menetap di negara ini menyumbangkan bantuan kepada 150 penduduk terjejas banjir di Taman Desa Kuala Krau, dekat sini, semalam.
Mereka adalah ahli Sukarelawan Warga Bangladesh-Malaysia dan menyumbangkan 14 jenis barangan seperti makanan, telekung, sejadah, kain batik, kain pelikat dan baju batik perempuan kepada penduduk.
Pengerusinya, Datuk Zakaria Hamed berkata, ini adalah bantuan kali ke-4 selepas menyalurkan bantuan sama di daerah Jerantut dan Maran di Pahang, serta bantuan di Kelantan.
DUTA SUKARELAWAN, AZLEE SENARIO BERSAMA SEBAHAGIAN AHLI YANG TURUN PADANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK TERJEJAS BANJIR DI TAMAN DESA KUALA KRAU
Katanya, bantuan akan diteruskan selagi termampu.
“Ini (bantuan) selalu saya akan bagi pasal bagi kita ia sangat mustahak sebagai orang Islam untuk bantu mereka yang dalam kesulitan.
“Bantuan ini ada sejadah 150 set dan telekung ada lebih kurang 200 set, ” katanya.
Sementara itu, Duta kepada Sukarelawan itu, Azlee Senario berkata, selepas ini program bantuan itu akan diteruskan di Pengerang, Kota Tinggi dan Johor Baharu.
“Ini ialah misi kita di Taman Desa Kuala Krau kerana saya rasa banjir yang melanda (kali ini) paling hebat hingga memberi kesan kepada semua mangsa yang terbabit,” katanya.
Sementara itu, penduduk di Taman Desa Kuala Krau, Mastura Abdul Malek berkata, dia mengucap terima kasih atas bantuan itu biar pun berlainan bangsa.
ANTARA BARANGAN SUMBANGAN SUKARELAWAN KEPADA PENDUDUK TAMAN DESA KUALA KRAU
“Pelbagai sumbangan yang mereka bagi antaranya sejadah, makanan.. macam-macam lagi.. tapi saya nak highlight ialah sejadah dan kain sembahyang.
“Air mineral pun ada, pakaian untuk kanak-kanak dan banyak lagi.. saya rasa ini adalah antara sumbangan terbesar yang kami dapat daripada pelbagai pihak sebelum ini,” katanya.
Dalam program sama, pihak pengurusan Masjid Kuala Krau, Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh dan Balai Polis Kuala Krau masing-masing turut menerima 30 helai sejadah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melangkah ke suku akhir Terbuka Thailand selepas menewaskan pasangan Belanda Robin Tabeling-Selena Piek 21-18, 21-13 di Bangkok, hari ini.
Beraksi dalam tempoh 40 minit, pilihan kelima kejohanan itu mengakui sedikit bergelut pada set pertama sebelum kembali menemui rentak diinginkan untuk bertemu pilihan utama dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang melakar kemenangan ke atas beregu negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai 20-22, 21-18, 21-12.
Pasangan beregu campuran dari Thailand.
“Perlawanan hari ini boleh dikatakan OK,” kata Liu Ying kepada BH ONLINE.
“Pada mulanya, sedikit sukar, banyak melakukan kesilapan mudah dan mungkin kerana belum dapat membiasakan diri dengan sepenuhnya lagi.
“Permainan kami mula berubah di set kedua dan kami dapat mengawal permainan. Untuk esok, kami akan bertemu pasangan Thailand yang juga pilihan utama. Kami sudah banyak kali bertemu dengan mereka namun apa yang boleh saya katakan (peluang), 50-50.”
Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, kedua-dua beregu ini pernah bertemu sebanyak lima kali dengan kali terakhir di peringkat kumpulan Final Jelajah Dunia BWF HSBC 2019.
Daripada lima pertemuan itu, Peng Soon-Liu Ying merekodkan empat kemenangan ke atas lawan dari Thailand berkenaan iaitu di Thailand Masters 2019, Terbuka Malaysia 2016, Thailand Masters 2016 dan Grand Prix Mexico City 2015.
Pasangan beregu lelaki Malaysia Ong Yew Sin-Teo Ea Yi
Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menewaskan lawan dari Amerika Syarikat, Phillip Chew-Ryan Chew 21-12, 21-7 dalam tempoh 22 minit dan dijadual bertemu Lee Yang-Wang Chi-Lin yang juga pilihan keenam dari Taiwan pada saingan suku akhir.
Beregu dari Taiwan itu menewaskan pasangan tuan rumah Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-14, 21-18 dalam tempoh 34 minit.
Dalam saingan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terpaksa akur dengan kehebatan pasangan Korea Selatan yang juga pilihan keenam, Chang Ye Na-Kim Hye Rin selepas tewas 22-20, 19-21, 21-11 dalam tempoh satu jam 24 minit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tegas termasuk terhadap mereka yang melakukan pergerakan yang menyalahi arahan PKP.
“k! Online melaporkan, pada hari 15 Januari ini tiada lagi belas kasihan dan tindakan tegas akan diambil. Kita sudah memberi ruang yang secukupnya sejak beberapa hari lalu.
“Tindakan kompaun boleh dikenakan terus di lapangan. Tujuan PKP bagi mengurangkan pergerakan. Apabila kedai tutup pukul 8 malam maka tiada keperluan untuk keluar (rumah),” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Beliah menjawab soalan pemberita mengenai bilangan kenderaan yang masih banyak di jalan raya sedang PKP telah bermula sejak 13 Januari lalu
Terdahulu, Ismail Sabri menerangkan kerajaan sebelum ini memberi kelonggaran pergerakan rentas negeri dan daerah sehingga 15 Januari 2021 untuk golongan tertentu.
Menurut beliau, ia bagi memberi peluang kepada mereka yang memerlukan masa untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas PKP diumumkan.
Bagaimanapun, kata beliau, terdapat salah faham bahawa orang ramai masih dibenarkan untuk pulang ke kampung sehingga esok disebabkan penularan berita palsu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AGONG, RAJA PERMAISURI TINJAU BANJIR DI KAMPUNG ACHEH
PEKAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau situasi banjir di Kampung Acheh, Pekan, Pahang pagi tadi menggunakan sampan.
Istana Negara memaklumkan, baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Acheh dan Balairaya Kampung Acheh dan meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir.
“Dalam lawatan ini, baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir.
“Baginda berdua dijadualkan meneruskan lawatan ke beberapa buah kampung di sekitar Pekan, Pahang yang telah dilanda bencana banjir,” menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini.
KOSMO!Online melaporkan, turut mengiring anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan.
GAMBAR IHSAN ISTANA NEGARA
“Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM – Pakar Anaesthesiologi dan Rawatan Rapi, Dr Nurilyani Bujang menjelaskan bahawa terdapat dua jenis kematian yang melibatkan Covid-19.
Pertama menurutnya, kematian yang disebabkan oleh jangkitan Covid-19 maka kematian itu akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta dimasukkan dalam statistik kematian Covid-19 Kebangsaan.
Beliau berkata, kedua adalah kematian dengan Covid-19 tetapi tidak diumumkan KKM, namun masih termasuk di dalam pemantauan senarai kematian melibatkan virus itu di peringkat kementerian.
“Setiap kematian melibatkan Covid-19 perlu melalui proses semakan dan perbincangan oleh pakar-pakar, barulah laporan kematian dihantar ke Pusat (CPRC Kebangsaan). Jadi kadangkala proses ini akan mengambil masa.
“Waktu perbincangan, mereka akan lihat setiap kes dengan teliti bagi memastikan kematian tersebut disebabkan oleh jangkitan Covid-19 atau sebaliknya.
“Sekiranya kematian adalah disebabkan oleh Covid-19 mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Malaysia (WHO), ianya akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah,” katanya dalam kenyataan di Facebook KKM pada Khamis.
Nurilyani dalam kenyataan dengan kerjasama Pasukan Kematian Covid-19 Kebangsaan itu memberikan beberapa contoh kematian melibatkan Covid-19 seperti kematian akibat kemalangan jalan raya, namun dikesan positif Covid-19 selepas disaring.
BH ONLINE melaporkan penyebab kematian itu bukan kerana jangkitan Covid-19 tetapi kemalangan jalan raya.
“Contoh kedua, pesakit dimasukkan ke hospital sebab jangkitan Covid-19 dan dirawat dalam jangka masa yang lama.
“Setelah beberapa minggu atau bulan di hospital, meninggal dunia kerana jangkitan kuman bawaan lain atau pun masalah kesihatan lain.
“Maka pesakit ini pada asasnya bukan kematian yang disebabkan oleh jangkitan Covid-19. Kes begini akan diteliti oleh pakar-pakar yang merawat bagi memastikan punca kematian sebenar,” katanya.
Beliau berkata, contoh lain, pesakit dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan meninggal dunia, namun disahkan positif Covid-19 selepas disaring.
“Kematian itu diklasifikasikan sebagai serangan jantung dan bukan kerana jangkitan Covid-19.
“Kematian disebabkan jangkitan Covid-19 atau dengan Covid-19 (mati sebab lain), jenazah tetap diurus seperti tatacara Covid-19 positif.
“Keluarga dan kotak rapat tetap akan disaring, swab dan kuarantin,” katanya.
Beliau mengulas mengenai aduan di media sosial yang mempersoalkan mengapa kematian yang melibatkan Covid-19, tidak diumumkan KKM tetapi jenazah diuruskan mengikut tatacara Covid-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU: Seorang pemandu kereta cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova dalam kejadian di Jalan Hospital di sini semalam.
Mangsa, Wan Mohd. Zuhari Wan Muhammad, 38, mengalami luka luaran pada anggota badan dan telah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kemalangan berlaku ketika Wan Mohd. Zuhari yang memandu kereta Proton Saga berhenti di bahu jalan tanpa halangan di hadapan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pukul 6 petang.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Ketika itu, sebuah MPV yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun datang dari arah Jalan Mahmood ke laluan itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kereta mangsa.
Insiden itu menyebabkan pemandu kereta jenis Proton Saga cedera,” katanya ketika dihubungi KOSMO!Online hari ini.
Menurut Mohd. Zamri, ketika pegawai penyiasat polis tiba di lokasi kejadian, pemandu MPV tiada disitu manakala pemandu kereta Proton Saga sudah dibawa ke HRPZ II.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!