KUALA LUMPUR: Ahli dan penyokong PAS akan berkumpul di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Selasa ini bagi mendesak pimpinan PAS kekal dalam Muafakat Nasional (MN).
Menurut individu yang terbabit dengan program itu, pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pucuk pimpinan parti.
GAMBAR HIASAN
“Kita ingin menyampaikan suara akar umbi parti yang mahukan UMNO kekal berada dalam MN dan menolak kerjasama bersama BERSATU.
“Kerana kita sudah selesa dan yakin dengan kekuatan yang dibina bersama dalam MN.
“Oleh itu kita akan berkumpul Selasa ini untuk membawa suara akar umbi kepada kepimpinan PAS, kita minta mereka dengar suara ahli bawahan ini,” katanya kepada Malaysiapost.
Sebelum ini PAS dan UMNO menjalinkan kerjasama dengan membentuk MN selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun hubungan PAS dengan UMNO sedikit renggang apabila parti Islam itu mengambil keputusan menyertai BERSATU.
Malah, pemimpin PAS dilihat berpihak kepada BERSATU dalam beberapa isu membabitkan UMNO dan parti serpihannya, BERSATU.
Berdasarkan perhatian Malaysiapost, poster program berkenaan kini sedang tular di media sosial bagi mengajak ahli parti itu supaya turun ke ibu pejabat PAS Selasa ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
7 KENDERAAN KEMALANGAN, LEBUH RAYA SESAK 8 KILOMETER
SEREMBAN: Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 261.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran persimpangan Port Dickson-Seremban di sini, hari ini menyebabkan berlaku kesesakan sejauh kira-kira lapan kilometer.
Memetik laporan HarianMetro, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 Pegawai Bomba Kanan II N Sundarum berkata, kemalangan itu berlaku pada 3.09 petang.
SEBAHAGIAN KENDERAAN YANG TERBABIT DALAM KEMALANGAN DI LEBUH RAYA PLUS, BERHAMPIRAN PERSIMPANGAN PORT DICKSON-SEREMBAN
Menurutnya, maklumat awal dimaklumkan bahawa terdapat kira-kira 20 orang dalam kenderaan yang terbabit kemalangan itu.
“Bagaimanapun, tiada kecederaan serius atau mangsa yang tersepit dan setakat ini hanya sekitar empat individu termasuk dua wanita mengalami cedera ringan.
“Mereka dibantu orang awam dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan,” katanya.
Sementara itu, jumlah kenderaan di lebuh raya dilihat meningkat sejak awal petang tadi susulan ramai pengguna kembali ke lokasi masing-masing terutamanya ke ibu negara.
KEMALANGAN MENGAKIBATKAN KESESAKAN LALU LINTAS KIRA-KIRA 8 KILOMETER
Ada kalangan mereka pulang ke kampung atau pelbagai destinasi lain mulai Jumaat lalu selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesetengah tempat, masih dikuatkuasakan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PROGRAM KEMBARA PRIHATIN NEGARA BAKAL MENYEBAR LUAS PERKHIDMATAN DAN INISIATIF
ROMPIN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mensasarkan seramai 1 juta rakyat di 108 daerah di seluruh negara bakal menerima manfaat melalui Program Kembara Prihatin Negara yang berkonsepkan turun padang akan berlangsung selama setahun.
Agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKNN), Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Institut Sosial Malaysia (ISM) bersama syarikat, badan bukan kerajaan (NG0) dan badan korporat serta komuniti setempat turut terlibat dalam program itu.
Program ini membantu dan menyantuni rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, menyebar luas perkhidmatan dan inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat serta meningkatkan kerjasama strategik antara KPWKM serta agensinya.
Program cakna komuniti turut diadakan.
Pasukan Program Kembara Prihatin Negara ini akan menjelajah ke lokasi yang telah dijadualkan pada setiap minggu dengan penglibatan sektor korporat dan NGO.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah melancarkan program ini melalui JKM Pahang dan menyeru kepada rakan NGO, sukarelawan, komuniti setempat, syarikat dan badan korporat turut serta sebagai rakan strategik dan terlibat sama bagi menjayakan program ini.
Program berkonsepkan turun padang ini merupakan inisiatif KPWKM yang dilaksanakan oleh semua agensinya termasuk JKM di seluruh daerah di Pahang bagi menyantuni rakyat yang terkesan yang ‘Tautan Sepakat Membantu Rakyat’.
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti pembukaan kaunter, perkhidmatan dan aduan pelanggan, agihan bakul makanan, menyantuni kes kebajikan termasuk ziarah prihatin, pembangunan keluarga, pemerkasaan wanita dan kajian kapasiti.
Petugas KPN menyampaikan sumbangan kepada penerima
Aktiviti seperti ini turut diadakan di pasar malam, pasar pagi, pasar tani, di taman perumahan, kompleks membeli-belah, pusat komuniti setempat dan kawasan perumahan rakyat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan tempoh kuarantin untuk pengembara yang pulang dari luar negara dipendekkan kepada 10 hari berbanding 14 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perubahan itu juga dibuat untuk pengurusan ke atas kontak rapat COVID-19.
DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Katanya ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di kediaman, berkuat kuasa mulai 14 Disember.
Menurut Noor Hisham KKM mengkaji untuk memendekkan tempoh kuarantin selaras dengan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia.
“Sehingga kini, beberapa negara menyemak semula tempoh masa kuarantin wajib di negara masing-masing.
“Negara United Kingdom, Jerman dan Belgium menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari, manakala bagi Perancis mengambil tempoh masa kuarantin wajib selama tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Malaysiakini.
Tambah Noor Hisham semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati risiko jangkitan pascakuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin.
Katanya kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Akibat tertekan pedal minyak, empat gerai di Pasar Pagi, Simpang Pelangai, Manchis dirempuh sebuah kereta dipandu warga emas dalam kejadian jam 1.11 tengahari tadi.
Warga emas Jamal Md Aleh, 75, dari di Kampung At. Buluh, Durian Tipus, Negeri Sembilan yang memandu kereta Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Memetik laporan BHOnline, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, semasa mangsa hendak keluar dari tempat letak kereta, beliau telah tertekan padel minyak lalu merempuh empat gerai terbabit.
GAMBAR KEJADIAN YANG VIRAL DI MEDIA SOSIAL
“Akibatnya kenderaanya telah merempuh empat buah gerai jualan yang berada di hadapannya yang sedang menjalankan perniagaan barangan makanan dan barang kegunaan harian di Tapak Pasar Pagi Simpang Pelangai, Manchis,” katanya
Beliau berkata kenderaannya hanya calar sahaja di bahagian bumper depan manakala empat gerai jualan rosak termasuk barang barang jualan.
Katanya, enam orang yang berada berhampiran gerai ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali seorang cedera ringan pada bahagian siku sebelah kanan sahaja.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan parti itu belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Abdul Hadi berkata, sebaliknya perkara itu akan ditentukan apabila tiba PRU-15 nanti.
“Bila hujan turun baru kita buka payung. Kita (PAS) akan bertanding dan masih bertanding,” katanya ketika sesi dialog bersama Presiden PAS di Kuala Lumpur, hari ini, dipetik dari Malaysiapost.
GAMBAR HIASAN
Hadi berkata demikian ketika ditanya pendirian PAS mengenai penggunaan logo PN dalam PRU-15 nanti.
Dalam pada itu, ditanya mengenai agihan kerusi membabitkan PAS dengan rakan politiknya, beliau berkata pihaknya akan melihat terdahulu perbincangan dengan rakan Muafakat Nasional.
“Lihat kepada perbincangan kita dengan rakan-rakan dalam Muafakat Nasional (MN) dan PN,” katanya.
Sebelum ini, PAS mengikat kerjasama politik dengan UMNO menerusi penubuhan MN bagi menghadapi PRU-15 akan datang.
Bagaimanapun pada Mac lalu, PAS dan UMNO bekerjsama dengan BERSATU, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti dari Sabah bagi membentuk kerajaan PN.
Setelah menjadi sebahagian kerajaan PN, PAS membuat keputusan untuk berada dalam PN bersama dengan BERSATU.
UMNO bagaimanapun tidak menyertai PN dan kekal dengan BN serta MN.
Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan penubuhan gabungan besar antara PN, BN dan GPS sebagai persiapan menghadapi PRU-15, Abdul Hadi menyambut baik cadangan itu.
“Ia satu cadangan yang positif. Sehingga kini kita dapati majoriti kepimpinan bersetuju dengan cadangan itu.
“Cuma bagi merealisasikannya perlu masa sedikit. Apa lagi kita belum tahu bila PRU-15,” katanya.
Kelmarin, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan satu gagasan besar ditubuhkan bersama antara gabungan PN, BN dan GPS.
Hamzah berkata, dengan termeterainya piagam itu, rakyat akan lebih yakin bahawa gagasan tersebut mempunyai kestabilan politik yang kukuh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang memiliki susur-galur dari Malaysia, mencipta sejarah apabila menjadi wanita bukan kulit putih paling muda dilantik sebagai datuk bandar di California, Amerika Syarikat (AS).
Jocelyn Yow, 25, dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale, sebuah bandar di wilayah Riverside, California, selepas berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada tahun 2018 dan menyandang jawatan datuk bandar sementara sejak tahun lalu.
“Saya bangga dan bersyukur dengan peluang untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar Eastvale.
“Tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada bayi berusia enam bulan turut membakar semangat saya untuk berkhidmat pada masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan.
Jocelyn, wanita bukan kulit putih paling muda dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale, California. - Foto Twitter
Memetik laporan BHOnline, Jocelyn adalah anak kepada pasangan imigran di AS. Ibunya dari Vietnam, manakala bapanya berasal dari Malaysia dan datang ke AS pada 1980-an untuk melanjutkan pengajian.
Beliau bersama ibu bapanya berpindah ke Malaysia pada 1996 apabila datuknya menghidap kanser dan tinggal di negara ini lebih 10 tahun, sekali gus membolehkan wanita itu mempelajari budaya dan warisan Malaysia.
“Saya bangga menjadi seorang warga AS berdarah Malaysia, Vietnam dan Cina,” katanya menerusi Instagram.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MUAR: Kerajaan bersetuju untuk menyelamatkan FELDA supaya tanah milik peneroka tidak tergadai kepada orang asing, kata Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, pelbagai langkah dirangka bagi memulihkan kembali FELDA selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.
Katanya, beliau sendiri pernah menentang penyenaraian FELDA sebagai syarikat awam menerusi FGV Holdings Bhd ketika berada dalam Kabinet, sebelum langkah berkenaan dibuat.
“Isu FELDA bukan masalah kecil. Ia masalah cukup besar dengan jumlah peneroka sahaja hampir dua juta dan ia adalah ladang terbesar di dunia membabitkan keluasan 1.2 juta hektar. Kerajaan ambil langkah selamatkan FELDA untuk kembalikan hak sebenar peneroka.
“Paling penting komitmen semua pihak untuk memastikan hartanah berbilion ringgit tidak tergadai kepada orang asing atau pada orang yang bukan berhak. Sebab itu menjadi komitmen kerajaan PN untuk berbuat apa sahaka untuk menyelamatkan hak orang Melayu dalam negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Pemimpin bersama Masyarakat Parlimen Pagoh, di Dewan Serbaguna FELDA Sri Jaya, dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri.
Memetik laporan BHOnline, Oktober lalu, Kabinet dilaporkam meluluskan cadangan terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh FELDA dengan jaminan kerajaan bagi membolehkan agensi itu melaksanakan pelan pemulihan seperti yang dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, dilaporkan berkata laporan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu FELDA sudah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober lalu.
MUSTAPA MOHAMED
Antara cadangan yang diterima oleh Jemaah Menteri ialah penstrukturan semula hutang dengan institusi kewangan, meningkatkan pendapatan teras daripada tanah ladang FELDA dengan menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan meningkatkan daya berdikari peneroka.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pemulihan FELDA adalah usaha amat penting PN untuk pertahankan hak orang Melayu.
“Hak bangsa bukan Melayu kerajaan tidak sentuh dan jika mereka memerlukan bantuan, kita akan bantu.
GAMBAR HIASAN
“Kerajaan tidak akan ambil hak orang lain namun akan pelihara jika ia milik orang Melayu. Itu komitmen PN,” katanya.
Sementara itu, beliau juga mahu FELDA mula mencatatkan keuntungan semula dalam masa terdekat selepas pelbagai langkah dirangka bagi menyelamatkan FELDA.
“Saya sudah maklumkan Pengerusi Pasukan Petugas Khas FELDA, Abdul Wahid Omar dan Pengerusi FELDA, Idris Jusoh supaya pulihkan segera FELDA dan penerokanya.
“Saya mahu FELDA kembali catatkan keuntungan dalam masa terdekat dan mereka memberi jaminan mulai 2023, FELDA akan kembali untung,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, masih belum membuat sebarang penjelasan mahupun permohonan maaf atas dakwaan menghina Anwar Ibrahim.
Beberapa pemimpin AMK dalam kenyataan berkata, Akmal seolah-olah telah hilang daripada umum apabila beliau tidak dapat dihubungi dan semua pesanan yang dihantar kepadanya tidak dibalas.
PRESIDEN PKR, ANWAR IBRAHIM
“Tindakan ini menunjukkan bahawa apa yang dibincangkan dalam perbualan Whatspp tersebut adalah benar dan beliau tidak dapat mencari idea untuk menafikannya.
“Justeru itu, kami Exco AMK Malaysia yang menang semasa pemilihan parti yang lepas menuntut agar Ketua AMK Malaysia dan beberapa pimpinan yang lain terlibat untuk segera meletakkan jawatan kerana mereka telah hilang keyakinan dari akar-umbi AMK, khususnya pucuk pimpinan PKR,” katanya menerusi kenyataan disiarkan Malaysiapost.
Kenyataan bersama itu dibuat oleh EXCO AMK iaitu Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Khairul Anuar Musa, Ong Jing Cheng, Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin, Sarawanan Selvarajo, Muhammad Affendi Malik termasuk Naib Ketua AMK, S Jestin Raj.
Tambahnya, satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan AMK Malaysia hendaklah dijalankan segera bagi memastikan transisi kepimpinan dan imej parti pulih selepas penghinaan yang telah dilakukan.
Katanya, hasil dari mesyuarat khas ini akan dibawa ke Majlis Pimpinan Pusat untuk tindakan selanjutnya seperti mana yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Parti.
“Agenda reformasi negara dan dokongan sayap Pemuda tanpa berbelah bagi kepada Anwar Ibrahim dapat memastikan kejayaan agenda ini,” tulis kenyataan itu lagi.
Terdahulu, tular perbualan yang didakwa Akmal Nasrullah dan beberapa pemimpin lagi dalam satu kumpulan sembang WhatsApp yang dikatakan menghina Anwar.
Perbualan itu jelas menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Anwar berikutan telah beberapa kali dikecewakan oleh Presiden PKR itu.
Berdasarkan perbualan itu, perasaan tidak puas hati itu timbul berikutan kegagalan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti, sekali gus menjatuhkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB: Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 setan sehingga tahun hadapan.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ini merupakan sumbangan penting industri sawit bagi sektor perladangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam situasi pandemik Covid-19 masih belum pulih di dalam negara.
“Harga sawit mungkin meningkat lebih tinggi kerana permintaan negara luar terus meningkat, ia juga disebabkan stok kita berada di bawah 2 juta tan iaitu lebih kurang 1.6 juta tan.
“Cukai luar biasa atau durian runtuh yang dikenakan ke atas hasil jualan sawit pada paras harga sekarang akan membolehkan negara mengutip cukai dianggar RM348 juta.
“Jika harganya terus stabil pada paras RM3,300 setan ke atas sehingga tahun 2021 kerajaan mungkin memperoleh RM500 juta atau lebih lagi,” katanya pada sidang media selepas Program Kempen MSPO Pekebun Kecil di pejabat KWL Bina Jaya Sendirian Berhad di sini hari ini.
Datuk Ahmad Jazlan (kiri) ketika Progran MSPO Pekebun Kecil di Raub
Ahmad Jazlan berkata cukai luar biasa sebanyak tiga peratus hanya dikenakan apabila harga sawit mencecah RM2,500 setan ke atas bagi Semenanjung manakala Sabah serta Sarawak dikenakan cukai 1.5 peratus apabila komoditi itu mencecah RM3,000 setan ke atas.
Dalam pada itu, beliau meminta agar lebih ramai pekebun kecil persendirian bukan sepenuh masa tampil mendaftar untuk pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi memudahkan mereka memasarkan hasil sawit ke luar negara.
“Pekebun kecil di negara ini dianggar berjumlah 481,375 orang manakala pekebun kecil persendirian ialah seramai 248, 182 orang dan mereka ini mengusahakan ladang seluas 959,444 hektar.
“Kita mendapati setakat ini lebih 30 peratus dalam kalangan pekebun kecil yang sudah disijilkan dan ramai yang belum memilikinya terdiri daripada pekebun kecil persendirian.
“Sijil MSPO amat penting dan menjadi penanda aras bagi memenuhi permintaan di peringkat antarabangsa di mana ia memberi keyakinan kepada negara pengimport bahawa minyak itu selamat digunakan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!