BUENOS AIRES: Doktor peribadi Diego Maradona didapati memalsukan tandatangan legenda bola sepak itu untuk mendapatkan salinan rekod perubatannya, kata pendakwa raya yang mengesahkan perkara itu.
Leopoldo Luque ‘kantoi’ di tangan pakar penulisan tangan yang dipanggil untuk memeriksa dokumen yang dirampas selepas serbuan di rumah dan pejabat doktor itu.
Mereka membuktikan doktor terbabit memalsukan tandatangan untuk mendapatkan rekod perubatan sebelum pembedahan daripada sebuah klinik pada September lalu.
Maradona yang juga pemenang Piala Dunia itu meninggal dunia di rumahnya apabila terkena serangan jantung selepas pembedahan otak, November lalu.
Luque, 39, menafikan tuduhan daripada keluarga Maradona yang mendakwa bintang bola sepak itu tidak mendapat penjagaan yang sempurna,lapor Agensi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam AnonymousMalaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya melalui Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan kegiatan seumpama itu dapat dibendung.
GAMBAR IHSAN MALAYSIAKINI
Beliau berkata sekiranya tindakan penggodaman dilakukan dengan niat untuk mensabotaj sistem keselamatan negara, siasatan akan dilaksanakan mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan penjara sehingga 15 tahun, lapor Bernama.
“Sekiranya terdapat laporan polis berkenaan kegiatan sebegini (menggodam), siasatan juga boleh dilaksanakan di bawah Seksyen 4 atau Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Kumpulan penggodam itu membuat ancaman menerusi satu klip video yang tular di platform media sosial baru-baru ini.
Antara dakwaan Anonymous Malaysia ialah sistem keselamatan Malaysia berada pada tahap rendah dan boleh menyebabkan penggodam menjual segala maklumat yang bocor, selain lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi digodam hingga hari ini.
GAMBAR HIASAN
Zainuddin turut mengharapkan orang ramai untuk memberikan sokongan dan kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penggodaman.
“Masalah kebocoran maklumat serta penggodaman sistem kerajaan bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan ketawa kerana ia mempunyai kesan terhadap rakyat dan negara ini. Sama-samalah kita berganding bahu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara ini terus terpelihara,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM sedar dan mengambil serius dengan ancaman kumpulan penggodam terbabit.
“Kami sedar (ancaman penggodaman) sebab itu, ia sedang dipantau oleh JSJK,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki cedera dipukul dipercayai akibat memarahi seorang remaja yang sering mengganggu anaknya di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di sini, semalam.
Terdahulu, anak lelaki mangsa berusia 15 tahun menghubungi ibunya yang juga isteri mangsa memberitahu diganggu menyebabkan mangsa turun untuk menyelesaikan masalah itu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa berusia 42 tahun didatangi kira-kira 30 lelaki dan berlaku pertengkaran, lapor K! Online
“Suspek kemudian menumbuk muka, memukul mangsa menggunakan besi pengunci stereng dan mengacukan pisau.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai
“Ketua blok yang dimaklumkan kejadian ke lokasi dan kesemua suspek beredar.
Mangsa cedera di rusuk kiri, luka di kepala dan belakang badan akibat terkena pisau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beh berkata, polis yang menerima laporan menjalankan siasatan dan mendapati mangsa ke lokasi kejadian untuk mencari anaknya yang ditahan enam lelaki sebelum berlaku pergaduhan itu.
“Punca kejadian dipercayai disebabkan mangsa menahan seorang remaja berusia 15 tahun dan memarahinya kerana sering mengganggu anaknya,” katanya.
Katanya, berikutan kejadian itu polis menahan dua lelaki berusia 14 dan 27 tahun bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, seorang suspek direman empat hari manakala suspek remaja dibebaskan dengan jamin.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAITULMAQDIS: Menteri Perisikan Isreal, Eli Cohen mengetuai delegasi ke Khartooum, selepas Sudan memeterai perjanjian menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.
Lawatan itu mencatatkan sejarah sebagai kali pertama Menteri Israel mengetuai delegasi ke negara berkenaan.
GAMBAR HIASAN
Bagaimanapun, media Sudan tidak melaporkan mengenai lawatan berkenaan.
Kementerian Perisikan Israel berkata, anggota delegasi itu mengadakan pertemuan dengan ketua pemerintah, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Menteri Pertahanan Yassin Ibrahim, membincangkan isu diplomatik, keselamatan dan ekonomi.
“Sebagai permulaan, satu memorandum berkaitan topik berkenaan ditandatangani di antara Menteri Pertahanan Sudan serta Cohen. Kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkasa kerjasama perisikan.
“Pihak berkuasa Sudan turut memberi taklimat kepada delegasi Israel mengenai usaha membatalkan undang-undang memboikot Israel dan meminda undang-undang memenjarakan pendatang Sudan, termasuk ke Israel yang pulang semula ke Sudan,” katanya.
Sudan setuju menjalin hubungan dengan Israel pada Oktober tahun lalu, disusuli lawatan delegasi Israel ke Khartoum, sebulan selepas itu.
Pada 6 Januari lalu, Sudan menandatangani Perjanjian Ibrahim bagi membolehkannya menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.
Penyertaan itu menjadikan Sudan sebagai negara Arab ketiga yang menandatangani Perjanjian Abraham, selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain tahun lalu lapor AFP.
Maghribi turut bersetuju menjalin hubungan dengan Israel pada Disember tahun lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI: Anggota polis yang mengalami penyakit kanser rahang, Koperal Azmi Kamarudin, 34, meninggal dunia hari ini.
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor yang memaklumkan Azmi menghembuskan nafas terakhir pukul 12.18 tengah hari tadi di rumahnya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini.
Menurutnya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, Permatang Langsat, Kepala Batas di sini selepas solat Asar.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
KOSMO! Online hari ini melaporkan hasrat Azmi yang menghidap kanser rahang untuk bertemu rakan setugas tercapai selepas menerima kunjungan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPU kira-kira 30 minit di rumahnya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini semalam.
Azmi adalah anggota yang pernah bertugas di Bahagian Stor Barang Kes Berpusat di Kepala Batas sebelum ditukarkan ke Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan mengenai kemungkinan tidak akan menyambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan digantikan dengan PKP Bersyarat (PKPB) bertujuan meredakan keadaan.
Pengumuman itu dibuat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam, susulan susulan tular di media sosial kononnya kerajaan akan melaksanakan PKP 3.0 yang lebih ketat, sebaik PKP 2.0 berakhir pada 4 Februari ini.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, biarlah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian dahulu dan Dr Noor Hisham memberi gambaran kemungkinan PKP tidak akan dilanjutkan bagi menjawab isu sedang tular di media sosial.
GAMBAR HIASAN
Menurutnya, isu tular itu seolah-olah ia seperti disahkan bahawa PKP akan diperketatkan selepas ini sehingga tiada perniagaan dibenarkan beroperasi dan tidak boleh keluar masuk sehingga menyebabkan berlakunya pembelian panik.
“Sebab itu, Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkannya bagi meredakan keadaan, namun keputusan sebenar akan diumumkan setelah KKM berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Mungkin selepas itu dengan Kementerian Kewangan dan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) supaya kepentingan kedua-dua pihak iaitu kesihatan dan ekonomi dapat dijaga,” katanya pada sidang media MKN, di sini, hari ini.
GAMBAR HIASAN
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, aktiviti mengayuh basikal pada jarak 10 kilometer yang dibenarkan itu mestilah bermula dari rumah, lapor Harian Metro.
Beliau berkata, berkaitan larangan mesyuarat bersemuka, tidak ada sebab ada kementerian tidak patuh kepada larangan itu kerana sesiapa sahaja tidak terkecuali.
“Peraturan dan arahan sudah dikeluarkan, malah sidang khas MKN diadakan secara maya…jika rakyat patuh, kementerian perlu patuh pada arahan itu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMPOH PEMBINAAN 8 TAHUN, 5 TINGKAT DAN MENGGUNAKAN TENAGA MAHIR DARI 4 NEGARA
SEBUAH rumah agam yang unik terletak di sebelah kanan jalan, Jalan Temerloh- Jerantut di Kuala Krau, jarak kira-kira 30 kilometer dari Plaza Tol Temerloh, Â sering kali menjadi bualan kepada pengguna laluan itu terutama yang pertama kali melihatnya.
Rumah bak istana itu dimiliki oleh Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad, iaitu anak jati Kuala Krau, Temerloh, dipetik dari BH Online.
KEUNIKAN RUMAH AGAM INI DAPAT DILIHAT PENGGUNA JALAN RAYA LALUAN TEMERLOH-JERANTUT
Rumah yang dibina mengambil masa 8 tahun, setinggi 5 tingkat dibina oleh tenaga mahir dari Bangladesh, Indonesia, Uzbekistan dan warga tempatan.
Rumah agam Datuk Seri Sheikh itu dinamakan Dato’ Syeikh Residences, pengunjung akan disajikan dengan panorama Sungai Pahang dan Gunung Senyum yang terletak di bahagian belakang rumah itu apabila berada di atas bumbungnya.
DATO' SYEIKH RESIDENCES
Di tingkat paling bawah, terdapat sebuah bilik khas yang dijadikan surau kecil, lengkap dengan mihrab iaitu ceruk di bahagian dinding yang menunjukkan arah kiblat, sekali gus memudahkan pengunjung mengerjakan solat.
Datuk Seri Sheikh Nordin yang berdarah campuran Arab dan Cina itu membawa binaan rumah itu dengan konsep atau seni reka yang diilhamkan daripada beberapa bangunan yang terdapat di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan.
Beliau yang pernah bekerja dan menetap di luar negara bercita-cita memiliki rumah seperti itu apabila pulang ke tanah air, maka timbul idea untuk mengabadikan keindahan seni bina bangunan yang terdapat di negara berkenaan direalisasikan kepada rumah agamnya itu.
Selain itu, keunikan rumah itu menggunakan mozaik dan batu marmar dari luar negara sebagai bahan asas hiasannya, malah kubah yang terdapat di bumbung rumah agam itu diilhamkan daripada bangunan atau masjid di Uzbekistan, Turki dan China.
ANTARA KUBAH YANG TERDAPAT DALAM RUMAH AGAM BERKENAAN
Pengunjung yang berpeluang melawat ke dalam rumah agam itu, bakal kagum dengan setiap tingkat mempunyai rekaannya yang berbeza, begitu juga dengan warna mozaik dan batu marmar berlainan pada setiap sudut.
Bertambah unik, sebuah kubah yang di atasnya didirikan sebuah binaan seperti tengkolok atau tanjak untuk menyuntik elemen Raja Melayu pada rumah agam ini agar seni Melayu tidak ditelan zaman.
ANTARA SUDUT MENARIK YANG TERDAPAT PADA DATO' SYEIKH RESIDENCES
Senibina rumah itu sengaja dibiarkan kosong supaya ia menjadi koleksi dan tatapan umum khususnya kepada generasi muda betapa kayanya tamadun arkitek Islam dan senibina Melayu yang diadunkan dalam satu bumbung.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Penutupan penuh sektor ekonomi dengan melaksanakan total lockdown selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 4 Februari ini akan menyebabkan 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada yang mencadangkan supaya total lockdown diperkenalkan seperti PKP pertama dulu dengan menutup semua aktiviti perniagaan dan duduk di rumah.
Menurutnya, namun ada yang tidak bersetuju khususnya peniaga mikro yang akan terkesan.
“Mereka mahu sektor perniagaan dibuka untuk mencari rezeki demi kelangsungan kehidupan seharian mereka.
“Dalam membuat sebarang keputusan, kerajaan sentiasa menimbang antara kesan kesihatan dan ekonomi terhadap rakyat dan negara. Jika kita melaksanakan penutupan penuh terhadap sektor ekonomi, beberapa kesan terpaksa ditanggung.
“Antaranya seramai 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan dan 2.5 juta pekerja terjejas pendapatan dan sukar meneruskan kelangsungan hidup,” katanya pada sidang media MKN, di sini, hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri berkata, kehilangan pendapatan golongan B40 dalam tempoh sebulan dianggarkan RM6.45 bilion dengan purata RM2,400 satu keluarga.
“Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak pelaksanaan PKP pada Mac 2020 hingga Oktober 2020 sebanyak 13,445 syarikat ditutup operasi. Ini bermakna ramai pekerja hilang pekerjaan, lapor HM online.
“Ini antara sebahagian kesan yang terpaksa kerajaan pertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan.
“Walau apapun, sebarang keputusan berkaitan langkah yang akan diambil kerajaan berhubung memperketat atau melonggarkan PKP hanya akan ditentukan selepas KKM membuat penilaian risiko dan perbincangan menyeluruh dengan semua pihak serta keputusan oleh Sidang MKN,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Wabak COVID-19 sangat memberi kesan terhadap sumber pendapatan semua pihak, terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan.
GAMBAR IHSAN BUMI SALJU ENTERPRISE
Tanpa kemahiran bersesuaian dengan keperluan semasa, sudah tentu masalah membabitkan keperluan kewangan bagi menampung kehidupan akan membawa kepada tekanan.
Menyedari isu ini, syarikat Bumi Salju Enterprise menawarkan kursus jangka pendek dalam bidang kemahiran penghawa dingin kepada mereka yang berminat dan masih mencari peluang bekerja sendiri.
GAMBAR IHSAN BUMI SALJU ENTERPRISE
Kursus yang ditawarkan merangkumi kemahiran memasang penghawa dingin, cara untuk servis, memperbaiki kerosakan kecil alat penghawa dingin dan mengetahui teknik atau cara yang betul dalam mengendalikan penghawa dingin untuk kegunaan rumah dan pejabat.
Pihak Bumi Salju Enterprise menyediakan kursus selama tiga hari dan setiap peserta akan diberikan taklimat lengkap secara terperinci mengenai kitaran asas sistem dan komponen asas yang terdapat dalam sistem penyaman udara; jenis bahan digunakan dalam pendingin hawa; pengendalian peralatan dan teknik membengkokkan tiub kuprum.
Peserta juga akan diajar cara pemasangan, pendawaian elektrik untuk pendingin hawa; kerja vacum, mengecas sistem dan mengesan kebocoran pada sistem pendingin hawa.
GAMBAR IHSAN BUMI SALJU ENTERPRISE
Selain itu, syarikat Bumi Salju Enterprise juga akan menyediakan senarai pembekal yang boleh membantu mereka apabila memulakan perniagaan dan perkhidmatan kelak.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai kursus berkenaan boleh menghubungi Bumi Salju Enterprise melalui aplikasi WhatsApp di talian :
+6 019-983 8642 En Adnan Bahari atau terus ke pejabat urusan Bumi Salju Enterprise di No 36, Jalan Alor Besar, Kampung Guntong Kelibang, Kerdau, bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Ketua sindiket dadah terbesar negara serta empat lagi ahli sindiket berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap 18 pertuduhan mengedar dadah, awal bulan lalu.
Tertuduh membabitkan ketua sindiket, Goh Chee Kuang, 44; teman wanitanya, Lee Chia Hui, 33; serta Bally Paw Shaw Kiat, 38; dan dua beradik, Lye Chang Pung, 39 dan Lye Chang Lim, 36.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat, lapor Harian Metro.
GAMBAR HIASAN
Chang Pung berdepan lima pertuduhan, Shaw Kiat pula empat manakala Chee Kuang, Chia Hui dan Chang Lim masing-masing tiga pertuduhan.
Mereka secara bersama didakwa mengedar beberapa jenis dadah berbahaya termasuk ketamin dan methamphetamine antara 102 gram (g) hingga 210 kilogram (kg).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Mount Austin, Taman Baiduri dan Taman Setia Indah di sini, antara 9 hingga 15 Januari 2021.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut 39B(2) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mereka berdepan hukuman mati mandatori iaitu hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faizal Noor Hadi dan Suriani Ujang manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam Bela, Datuk Micheal K L Chee dan Kevin Quah Kai Weng.
Mahkamah menetapkan 26 April ini untuk sebutan semula bagi serahan laporan kimia.
GAMBAR HIASAN
Sebelum ini media melaporkan polis Johor membuat 23 serbuan di lokasi berbeza sekitar Johor Bahru, sekali gus membongkar aktiviti sindiket membabitkan lima stor penyimpanan dadah dan dua makmal haram memproses dadah, antara 8 sehingga 17 Januari lalu.
Dalam serbuan itu, polis menahan 17 ahli sindiket termasuk tujuh wanita tempatan berusia antara 17 dan 62 tahun, namun empat daripadanya dibebaskan dan akan dijadikan saksi pendakwaan di mahkamah.
Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM327 juta yang dianggarkan boleh menampung 16.7 juta penagih.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!