KUANTAN: Sebuah lori pikap hilang kawalan dan menjunam ke dalam gaung sejauh kira-kira 10 meter berhampiran stesen minyak di Sungai Karang pada jam 1.40 petang, hari ini
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Gebeng bergegas ke tempat kejadian.
GAMBAR IHSAN JBPM PAHANG
Setiba di lokasi kejadian terdapat dua orang mangsa cedera ringan dan seorang lagi patah kaki.
GAMBAR IHSAN JBPM PAHANG
Pasukan bomba bertindak mengambil mangsa yang cedera dan dinaikkan menggunakan pengusung dan tali ke tepi jalan, semua mangsa dihantar menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Seorang lelaki warga tempatan berusia 27 dan 29 tahun ditahan polis dalam operasi berasingan di bandar Bentong dan di Hutan Lipur Lentang, di sini, semalam.
Tangkapan pertama seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan oleh pasukan peronda yang memantau pemantuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Pusat Taman Gemilang pada jam 10.10 pagi, semalam.
SALAH SEORANG SUSPEK YANG DITAHAN SEMALAM/GAMBAR IHSAN PDRM
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek dalam keadaan mencurigakan berada di dalam sebuah kereta Proton Wira dan pemeriksaan menjumpai satu beg pinggang kelabu lusuh dan beg sandang serta satu kotak lutsinar.
“Selain itu, polis turut menjumpai enam paket lutsinar berisi serbuk warna dan ketulan putih disyaki dadah jenis syabu, 8 tiub straw berjalur kuning yang mengandungi serbuk dan ketulan jernih dipercayai dadah.
GAMBAR IHSAN PDRM
“Di dalam beg itu terdapat juga satu kepingan foil berwarna aluminium mengandungi 5 butir pil eramin, satu plastik mengandungi 3 butir pil berwarna hijau, sebiji berwarna ungu, sebiji berwarna oren disyaki dadah jenis estasy, saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif methapetamin,” katanya.
Katanya, hasil siasatan awal, suspek dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub dan mengaku memperolehi bekalan dadah daripada lelaki warga tempatan yang dipanggil Ah Seng di Kuala Lumpur.
GAMBAR IHSAN PDRM
Manakala penahanan suspek kedua oleh pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bentong yang menjalankan OP Tapis di kawasan Bukit Tinggi telah menahan sebuah kereta Toyota Hilux yang berhenti di tepi jalan di Hutan Lipur Lentang menghala ke Kuala Lumpur dalam keadaan mencurigakan ditahan pada jam 1.20 petang hari yang sama.
“Polis menjalankan pemeriksaan ke atas tubuh suspek berusia 29 tahun itu dan menjumpai beg silang Levis yang digunanya dan mendapati satu paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis syabu dan satu keratan plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering disyaki dadah dalam beg tersebut.
‘Hasil ujian saringan air kencing suspek positif methamphetamin dan memperolehi bekalan dadah daripada seorang lelaki warga tempatan dipanggil Boy di Selangor,” katanya.
Semua suspek yang ditahan reman selama tujuh hari dan ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN: Seorang mangsa sempat menyelamatkan diri daripada terbakar, manakala sebuah rumah berdekatan turut sempat diselamatkan daripada dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Halimi 2, Kampung Panchor, Pekan, jam 3.45 petang tadi.
GAMBAR IHSAN JBPM PEKAN
Pegawai Operasi, Balai Bomba Penyelamat Daerah Pekan, PBK II (KUP), Mazlan Muda berkata, apabila tiba di lokasi didapati sebuah rumah separuh kekal didapati terbakar hampir 90 peratus.
“Rumah tersebut dihuni oleh 4 orang tetapi 3 daripadanya tiada di rumah ketika kejadian berlaku.
“Tiada berlaku kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
GAMBAR IHSAN JBPM PEKAN
Katanya, Balai Bomba Peramu turut memberi bantuan dalam operasi itu yang membabitkan seramai 20 anggota JBPM dengan menggunakan lima jentera.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Pemandu lori 3 tan tanpa muatan maut di tempat kejadian dalam satu kemalangan jalan raya setelah bertembung dengan lori dengan muatan balak di Kilometer 158, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, pada jam 7.00 pagi tadi.
Pemandu maut itu, Sanussi Noor berusia 41 tahun dari Merchang, Marang, Terengganu yang memandu lori 3 tan itu dikatakan telah masuk ke laluan bertentangan menuju ke arah lori balak yang datang dari arah Raub ke Mentakab.
GAMBAR IHSAN PDRM
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu lori balak dipercayai telah membunyikan honnya berkali-kali bagi memberi amaran untuk lori tersebut masuk semula ke laluannya.
“Pemandu lori balak cuba menggelak ke kiri jalannya sehingga masuk ke bahu jalan, namun lori itu melanggar ekor treler dan terbabas ke kaki bukit.
“Pelanggaran itu menyebabkan tayar belakang lori balak pecah dan lori 3 tan itu remuk di bahagian hadapan lori dan pecah kayu penghadang ekor lori, “ katanya hari ini.
GAMBAR IHSAN PDRM
Katanya, pemandu lori maut di tempat kejadian dan kelindannya cedera di kaki dan dibawa ke Klinik Lanchang untuk diberi rawatan.
“Mayat pemandu lori akan dibedah siasat dan siasatan lanjut akan diteruskan di bawah Sek. 41(1) APJ 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa didakwa tidak mengambil tindakan tegas dan menutup mata terhadap aktiviti pembalakan haram meskipun ia telah berlanjutan sejak bertahun-tahun lalu, kata Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, operasi pembalakan sangat mudah dikesan kerana melibatkan jentera besar yang berulang alik dari kawasan hutan yang dibalak dengan begitu jelas sekali namun tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa, lapor Astro AWANI.
“Balak dan lori bukan dadah yang boleh disorok dalam beg atau kereta. Jadi, yang dikata balak haram‘ itu sebenarnya tidak wujud.
“Pembalakan haram pada hakikatnya tidak wujud.
“Yang ada ialah pembalakan haram yang dihalalkan bila pihak berwajib memejamkan mata untuk tidak bertindak ke atas pihak yang beroperasi dengan bebas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
GAMBAR HIASAN
Tambah Azmi, naratif yang menyatakan berlakunya pembalakan haram adalah sesuatu yang aneh jika ia tidak diketahui oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa hanya menyiasat adanya pembalakan haram di sesuatu kawasan selepas berlakunya tanah runtuh dan banjir besar.
“Lebih parah lagi ialah pembalakan yang membabitkan amalan rasuah yang melibatkan pihak atasan serta juga kakitangan bawahan yang melindungi pembalakan yang dikatakan haram itu,” katanya lagi.
Mengulas lanjut Azmi berkata, negara memiliki 20.3 mega hektar hutan semula jadi pada 2010 namun jumlah itu semakin menyusut hingga pada 2019, negara telah kehilangan 193,000 hektar hutan semula jadinya.
“Kenapa ini boleh terjadi? Jawabnya adalah wujud penyelewengan, salah guna kuasa, tidak berintegriti dan rasuah yang membenar dan menghalalkan pembalakan haram,” kata Azmi lagi.
PRESIDEN MAPIM, MOHD AZMI ABDUL HAMID
Sehubungan itu beliau mengesa kerajaan Negeri dan Pusat tidak mengambil mudah isu pembalakan kerana kesannya sangat serius untuk jangka pendek dan panjang.
Katanya, selagi pihak berkuasa tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya untuk membendung pembalakan, selagi itulah isu kemusnahan alam akan berlaku, malah lebih besar lagi apabila ditambah impak daripada fenomena perubahan cuaca.
“Penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah dalam industri pembalakan mestilah dibasmi habis-habisan,” katanya lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GESA ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN: PERBUATAN TIDAK BERADAB PETUALANG DALAM PARTI
KUALA LUMPUR: Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan alasan untuk sesetengah akar umbi parti hilang adab serta menggadaikan institusi kepresidenan, tegas Datuk Hasan Abd Rahman.
Ketua UMNO Bahagian Jasin itu berkata, beliau kecewa ada akar umbi yang termakan dengan hasutan untuk memecah-belahkan parti dengan menyeru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan, lapor Astro AWANI.
PRESIDEN UMNO DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Tegasnya lagi, perbuatan itu adalah bertentangan dengan budaya orang Melayu kerana tidak beradab dan wajar digelar sebagai petualang dalam parti.
“Polemik politik murahan sebegini hanya akan melenyapkan sistem dan parti kita sendiri.
“Tanamkan keyakinan dan sokongan kepada institusi Presiden, Timbalan dan barisan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO Malaysia.
“Ikutlah budaya kita orang Melayu. Perbezaan pendapat itu perkara biasa, setiap kesilapan tidak semestinya kesalahan tetapi janganlah mengkhianati perjuangan nan suci,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasan berkata, akar umbi parti diseru menyantuni rakyat dengan mengembalikan keyakinan terhadap UMNO.
Tambahnya lagi, fokus juga harus diberikan kepada usaha memulihkan ekonomi negara dan rakyat akibat terkesan dengan wabak COVID19.
GAMBAR HIASAN
“Perbezaan pendapat itu perkara biasa, setiap kesilapan tidak semestinya kesalahan tetapi janganlah mengkhianati perjuangan nan suci.
“Kita semua perlu ada kekuatan diri dalam menghadapai pelbagai cabaran, kerana setiap kelemahan akan mempengaruhi psikologi.
“Justeru itu, UMNO Bahagian Jasin konsisten untuk memperjuang dan menjuarai isu rakyat dulu kini dan selamanya,” katanya lagi.
Beliau berkata, semua ahli perlu menggunakan sokongan dan mandat UMNO dalam Belanjawan 2021, untuk semua pihak menerima manfaat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CHELSEA: Bekas ketua jurulatih Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) itu dengan kontrak pendahuluan sehingga hujung musim depan.
Individu berusia 47 tahun itu tidak mengemudi mana-mana pasukan sejak dipecat PSG bulan lalu.
Chelsea mengesahkan perkara itu dalam laman web rasmi mereka.
“Thomas Tuchel telah dilantik sebagai ketua jurulatih Chelsea yang baru,” kata kenyataan rasmi itu, lapor Agensi.
Tuchel dalam respons segeranya mengucapkan terima kasih kepada Chelsea FC atas keyakinan pasukan itu meletakkan kepercayaan kepada beliau.
GAMBAR IHSAN AGENSI
“Kami amat menghormati usaha Frank Lampard dan legasi yang diciptanya di Chelsea.
“Pada masa sama, saya tidak sabar untuk bertemu pasukan baru saya dan bersaing dalam liga bola sepak yang paling menarik.
“Saya bersyukur untuk kini dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Chelsea — ia perasaan yang luar biasa,” katanya.
Kemungkinan untuk kontrak Tuchel di Stamford Bridge dipanjangkan dan pengarahnya, Marina Gronavskaia, menggesa jurulatih itu untuk mengambil peluang berkenaan bagi meraih kejayaan segera musim ini.
“Ia tidak pernah mudah untuk menukar jurulatih pada pertengahan musim tetapi kami amat gembira untuk mendatangkan jurulatih terbaik di Eropah, Thomas Tuchel.
“Masih banyak untuk dilalui dan masih banyak untuk dicapai musim ini dan seterusnya.
Tuchel sudah memulakan sesi latihan pertamanya bersama Chelsea semalam.
Mereka akan berdepan Wolves di Stamford Bridge dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok sebelum melayani Burnley hujung minggu ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata, Hamzah juga berada dalam keadaan baik.
Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANIZHA TALASH PENARI BREAKDANCE PERTAMA AFGHANISTAN
MEMBERANIKAN DIRI BERAKSI DI SEBUAH NEGARA ISLAM YANG BARU BEBAS DARI CENGKAMAN TALIBAN
KABUL: Dia satu-satunya perempuan yang menyertai komuniti kecil tarian breakdance di Afghanistan, Manizha Talash memasang harapan untuk mewakili negaranya di Olimpik.
Berpakaian hitam dan berseluar panjang ketika latihan, Manizha, 18, memberanikan diri beraksi di Afghanistan, sebuah negara Islam yang baru bebas cari cengkaman Taliban.
GAMBAR IHSAN REUTERS
“Breakdance menjadi antara sukan terbaru yang akan dipertandingkan dalam kejohanan itu.
“Saya mahu menjadi contoh, seorang individu yang berjaya mencapai impiannya,” katanya lagi.
Diasaskan setahun lalu di Kabul, kelab dianggotai Manizha sekarang sudah mempunyai lebih 30 ahli yang enam daripada mereka adalah perempuan, lapor REUTERS.
GAMBAR IHSAN REUTERS
Mereka biasanya membuat latihan tiga kali seminggu dengan mempraktikkan langkah akrobatik termasuk headspins (bawah).
Sementara itu, pelatih breakdance Sajad Temurian berkata, adalah sesuatu yang baik sekiranya wanita dapat menyertai aktiviti sukan itu.
“Kami mempunyai empat tahun untuk melatih lebih ramai perempuan di Afghanistan dan memperkenalkan mereka sebagai atlet breakdance kepada komuniti antarabangsa (di Olimpik),” katanya.
Breakdances dilahirkan di jalan-jalan di bandar New York pada tahun 1970-an.
Breakdances antara empat sukan selain papan selaju, luncur air dan mendaki yang diluluskan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk dimasukkan dalam Paris Games 2024 – satu usaha untuk menarik generasi muda.
GAMBAR IHSAN REUTERS
Tambahnya, sukan tersebut sangat sukar dan memerlukan pesertanya mempunyai fizikal kuat untuk belajar.
“Ia tidak mudah, tetapi tidak ada perkara yang mudah, anda boleh belajar dan mencapai impian anda,” kata Talash, sambil menambah beberapa pergerakan memerlukan seorang atlet untuk mengangkat seluruh berat badan mereka dengan satu lengan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MICHIGAN: Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah tercipta apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal menjadi wanita Muslim pertama menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah di negara itu.
Akhbar terbesar di Michigan, The Detroit Free Press, melaporkan Saima Mohsin, 52, akan menggantikan Matthew Schneider di daerah Detroit, Michigan, dan bakal memulakan tugasnya pada 2 Februari.
Mengikut Perlembagaan AS, peguam besar wilayah juga adalah ketua penguatkuasaan undang-undang Persekutuan di kawasan mereka dan turut terbabit dalam proses litigasi yang membabitkan pemerintah negara itu.
Presiden mempunyai kuasa untuk melantik peguam sedemikian di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan AS.
Schneider, yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Michigan, selain mengumumkan persaraannya Khamis lalu, turut memberitahu media bahawa Mohsin, yang ketika ini penolong pertama peguam besar untuk daerah timur Michigan, akan menggantikannya.
Dilahirkan di Pakistan, Mohsin menjadi Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih sedekad dan mula berkhidmat di Pejabat Peguam AS sejak 2002.
“Sebagai seorang Muslim yang datang dari benua Asia, beliau akan membawa kepelbagaian dalam kedudukan yang cukup penting, iaitu Ketua Penguat Kuasa Persekutuan di bahagian timur wilayah ini,” menurut akhbar itu lagi.
Pelantikan Mohsin bagaimanapun perlu disahkan Dewan Senat terlebih dulu sebelum boleh menyandang jawatan itu secara kekal.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!