BEIJING: China mengumumkan sekatan terhadap sembilan individu dan empat entiti di United Kingdom (UK) dalam kemelut diplomatik terbaru antara kedua-dua negara.
Mereka didakwa ‘berniat jahat menyebarkan penipuan dan berita palsu’ berhubung layanan Beijing terhadap etnik minoriti Islam Uighur di Xinjiang.
Kementerian Luar China, dalam satu kenyataan, berkata sekatan yang diumum hari ini membabitkan bekas pemimpin parti Konservatif Britain, Duncan Smith dan beberapa ahli Parlimen lain.
“UK mengenakan sekatan terhadap beberapa individu dan entiti dari China, kononnya kerana isu hak asasi di Xinjiang, sekali gus menjejaskan teruk hubungan China-UK.
“Tindakan ini adalah berasaskan penipuan dan maklumat palsu yang secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa, asas hubungan luar antarabangsa serta mencampuri hal ehwal dalaman China,” katanya.
Menurut kenyataan sama, mereka yang disekat turut dilarang memasuki China termasuk Hong Kong dan Macau.
Katanya, harta mereka di negara berkenaan turut dibekukan dan warga serta institusi China dilarang berurusan dengan mereka.
Selain UK, kuasa barat seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) turut mengkritik isu hak asasi manusia di wilayah barat laut China itu,lapor AFP.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENERIMA TAWARAN HAJI TAHUN LALU DINASIHAT DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN
KUALA LUMPUR – Semua bakal jemaah haji yang telah menerima surat tawaran bagi ibadah haji tahun lalu dinasihatkan segera membuat pendaftaran bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 termasuk mendapatkan suntikan wajib meningococcal.
Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ia sebagai persediaan awal bagi musim haji tahun ini meskipun belum ada kepastian daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan jumlah jemaah haji negara yang dibenarkan melakukan ibadah itu.
“Seperti sedia maklum pengambilan vaksin Covid-19 adalah salah satu syarat wajib untuk semua bakal haji yang ingin menunaikan haji musim ini.
“Justeru bakal jemaah yang telah mendapat surat tawaran tahun lalu dinasihatkan segera mendaftar sebagai penerima vaksin bagi membolehkan mereka dipanggil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nanti.
“Anggota TH di pejabat cawangan seluruh negara bersedia membantu urusan pendaftaran haji khususnya bagi yang berusia dan tidak mempunyai akses internet,” katanya pada sidang media di Menara TH pada Jumaat.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, bakal jemaah Haji 2021 akan mula diberi suntikan vaksin Covid-19 pertengahan bulan Mei ini.
Perkara terbabit sudah dibincangkan dalam Kabinet.
Pendaftaran vaksin Covid-19 boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera dan laman sesawang www.vaksincovid.gov.my atau talian 1800-888-282.
Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, bakal jemaah haji negara juga dinasihatkan bersedia menerima sebarang perubahan terkini dan kemungkinan adanya peraturan-peraturan baharu diperkenalkan TH dan Arab Saudi kesan pandemik Covid-19, lapor SINAR HARIAN.
Katanya, pada masa sama, TH melakukan persiapan operasi musim haji sama ada di tanah air mahupun di Tanah Suci dan Madinah.
“TH sendiri membuat persiapan di tanah air termasuk di stesen-stesen berlepas seluruh negara. Persiapan turut dibuat daripada segi penginapan, pengangkutan, penerbangan, sajian makan, hukum hakam ibadah dan sebagainya.
Gambar Hiasan
“Sebanyak 13 siri kursus asas haji juga dilaksanakan dalam talian sejak awal tahun ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
2,969 CALON SPM 2020 TERLIBAT PENJADUALAN SEMULA PEPERIKSAAN
KOTA KINABALU – Seramai 2,969 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah dikenal pasti terlibat untuk menduduki penjadualan semula peperiksaan awam itu seluruh negara sehingga 3 Mac lepas, kata Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya.
Beliau berkata, jumlah itu merupakan 0.74 peratus daripada keseluruhan 401,105 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2020 dan penjadualan semula peperiksaan untuk calon itu dijangka bermula pada 6 April ini.
Menurutnya, pemakluman dan semakan bagi calon terlibat dalam peperiksaan dijadualkan semula akan dimaklumkan ke setiap negeri setelah tamat peperiksaan SPM 2020.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa hanya calon positif Covid-19, calon diarahkan kuarantin dan calon sakit dengan dokumen atau pengesahan surat doktor sahaja dibenarkan menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan semula.
“Soalan (diberikan kepada calon SPM 2020 yang terlibat dengan penjadualan semula) adalah berlainan, tetapi sudah sedia ada daripada bank Lembaga Peperiksaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.
Beliau menyempurnakan Majlis Kesyukuran Pengurusan Peperiksaan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu di sini petang Khamis, lapor Bernama.
Hadir sama, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin dan Pengetua SMK Agama Kota Kinabalu, Hasnah Mohd Yakob.
Seramai 37 daripada 109 calon sekolah itu selesai menduduki peperiksaan SPM bagi kertas terakhir iaitu Sains Komputer pada Khamis.
SPM 2020 telah dilaksanakan mulai 22 Februari lepas dan berakhir pada Khamis membabitkan 83 mata pelajaran yang diadakan di 3,310 pusat peperiksaan dengan seramai 48,014 petugas dilantik seluruh negara.
Di Sabah, 36,432 calon menduduki SPM di 314 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negeri melibatkan seramai 5,305 petugas
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
249 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE LIMA PPS DI KUANTAN
KUANTAN – Seramai 249 mangsa banjir kini berada di lima pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini sehingga jam 8 pagi pada Jumaat.
Berdasarkan portal Info Banjir JKM, mangsa yang dipindahkan melibatkan 74 keluarga.
PPS terlibat Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1 menempatkan 73 mangsa daripada 23 keluarga, Dewan Orang Ramai Mat Kilau (enam mangsa, satu keluarga), Balai Raya Bukit Kuin 1 (lapan mangsa, dua keluarga), Balai Raya Kampung Tiram (103 mangsa,32 keluarga) dan Dewan KRT Taman Murni, Sungai Isap (59 mangsa, 14 keluarga).
Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak Selasa.
Selain itu, puluhan rumah turut terjejas akibat dilanda ribut terutama di kawasan Beserah dan Balok, lapor SINAR HARIAN.
Kejadian terbaharu pada petang Khamis melibatkan Kampung Balok dan Taman Balok Baru menjejaskan 70 keluarga apabila bahagian atap rumah mereka rosak dan tercabut diterbangkan angin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) perlu menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad serta sekutunya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin berkata, bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah diberi peluang yang banyak pada PRU lalu.
“PH bukan sahaja menerima Bersatu malah menjadikan Mahathir sebagai Pengerusi PH serta calon Perdana Menteri dari PH.
“Mahathir hanya kebetulan berada di tempat dan masa yang tepat dalam gelombang kebangkitan rakyat sampai ke puncak yang menyaksikan penolakan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu.
“Kita telah berikan kerusi terbanyak kepada parti beliau namun hanya berjaya memenangi 13 daripada 52 kerusi Parlimen yang ditandingi. Maka tidak timbul beliau sebagai faktor kepada kemenangan PH,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Razeef berkata, ketika menjadi Perdana Menteri juga beliau banyak menolak inisiatif daripada beberapa kementerian termasuk menolak untuk melaksanakan beberapa janji yang termaktub dalam manifesto PH.
Malah katanya, bekas Perdana Menteri itu juga menggunakan taktik yang beliau mahir iaitu ‘pecah dan perintah’ apabila mencadangkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, lapor SINAR HARIAN.
“Beliau cuba memerangkap Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam permainan kotor yang akhirnya menimbulkan pergeseran antara komponen PH.
“Perpecahan ini bukan sahaja mengagalkan usaha mendapatkan kembali mandat rakyat malah menyebabkan kerajaan Warisan Plus tumbang di Sabah,” katanya.
Sehubungan itu, Razeef menasihatkan kepada parti di bawah PH supaya menolak kerjasama dengan Mahathir yang jelas akan menyebabkan rakyat menolak PH pada PRU15 akan datang.
“Masuk ke dalam lubang ular yang sama sebanyak dua kali hanya menunjukkan PH masih belum matang untuk memimpin negara ini dan saya percaya jika PH masih ingin bersama Mahathir, rakyat akan menghukum melalui peti undi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Masih terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Dr Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata semuanya masih terkawal dan setakat ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima senarai individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan itu, lapor Bernama.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I Dr Ismail Mohamed Said.
“Angka (individu terlibat) pun kita tidak tahu lagi… masih terlalu awal untuk RCI. Jika ada dakwaan itu dan ada asasnya boleh dibawa ke Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dahulu, sekiranya melibatkan pegawai rendah polis boleh dibawa dalam Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS),” katanya ketika ditemui selepas Program Malaysia Prihatin KDN di Masjid Kampung Temin, di Jerantut, Pahang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mendakwa wujud kartel dalam PDRM.
Selasa lepas Abdul Hamid dilaporkan berkata pihaknya telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kartel yang cuba menjatuhkannya.
Tanpa mendedahkan nama mereka yang terlibat, Abdul Hamid berkata isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat bergerak ketika ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung hujung minggu ini merupakan medan yang cukup kritikal untuk akar umbi berbicara secara telus dan ikhlas khususnya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kelangsungan dan masa depan parti.
Masanya untuk kita rapatkan saf, kukuhkan kesatuan serta sama – sama menentukan hala tuju yang jelas demi masa depan parti kita.
Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Hishammuddin Hussien berkata, perhimpunan kali ini mestilah berupaya menyerlahkan kestabilan UMNO di setiap peringkat yang berlandaskan semangat kebersamaan, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada parti serta ketaatan kepada pucuk pimpinan parti terutama institusi Presiden.
Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Hishammuddin Hussien
“Kestabilan ini penting sekiranya kita mahu UMNO diyakini sebagai institusi terbaik untuk memimpin negara serta dilihat sebagai parti yang ikhlas dalam mempertahankan agenda kesatuan Melayu-Islam.
“Kestabilan jugalah akan menentukan jatuh bangun UMNO dalam pilihan raya akan datang, kestabilan jugalah yang UMNO boleh tawarkan kepada rakyat berasaskan pengalaman yang panjang,” katanya.
Katanya, agenda kesatuan Melayu Islam yang diperjuangkan UMNO di samping kesungguhan membela kaum-kaum lain bukan sahaja akan menjamin kestabilan masa depan UMNO malah wajib dipertahankan demi melakar masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
“Justeru, semasa bersidang kelak, bincanglah dengan penuh hikmah dan bijaksana, letak sepenuh kepercayaan kepada kebijaksanaan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan pucuk pimpinan untuk membawa parti ke arah kestabilan yang amat kita perlukan sekarang.
“Marilah kita sama-sama berganding usaha dan memanjatkan doa kepada yang Esa, agar Perhimpunan pada hujung minggu ini dapat membawa seluruh kebaikan kepada parti,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERLIN: Nama popular Mick Schumacher mungkin boleh membantunya memecut pada tahap permotoran lebih rendah namun ia menambah tekanan ketika membuat kemunculan pertama Formula Satu (F1) Ahad ini.
Mick, anak kepada juara dunia tujuh kali Michael, akan memandu jentera pasukan dari Amerika Syarikat (AS), Haas pada Grand Prix pembuka tirai di Bahrain.
GAMBAR IHSAN AFP
Schumacher, 22, mendapat peluang selepas menang Kejuaraan Formula Tiga Eropah pada 2018 dan gelaran Formula Dua pada 2020.
Namanya yang popular membantu Haas mencari dana dan karier jangka panjang pemandu muda itu nampak sudah jelas.
Mick ialah sebahagian daripada akademi Ferrari, ketika bapanya menang lima daripada tujuh gelaran dunia, lapor AFP.
Haas dan Ferrari masing-masing membayar separuh daripada gaji Mick Schumacher dan jika dia membuktikan kehebatannya, dia boleh berlumba dengan jentera merah popular milik syarikat berpangkalan di Maranello itu.
GAMBAR IHSAN AFP
“Nama Schumacher ialah satu jenama, tapi ia jenama dikaitkan dengan nama pertama Michael,” kata Herve Bodinier, pakar pemasaran sukan profesional Formula 1.
“Ferrari dan yang lain bukanlah penaung, Mick perlu menulis ceritanya sendiri.” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERJASAMA UMNO DAN PN BERAKHIR BILA PARLIMEN BUBAR
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan beliau tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berhubung kerjasama UMNO dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berjalan sehingga pilihan raya.
Beliau menjelaskan seperti diputuskan MKT, hubungan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sehingga Parlimen dibubarkan.
“Keputusan MKT adalah kerjasama antara kita dengan BERSATU daripada segi parti diputuskan apabila Parlimen dibubarkan dan ini ‘clear’ (jelas).
“Saya rasa tidak ada siapa yang mempertikaikan dari segi keputusan MKT.
“Maknanya kita ni macam cerai taklik… apabila bubar Parlimen jatuh talak kita… jadi kita sudah menjelaskan daripada awal bahawa hubungan kita terputus secara automatik apabila Parlimen dibubarkan.
“Setiap ahli parti dan MKT malah saya sebagai Naib Presiden tentu saja akan mempertahankan keputusan yang dibuat MKT dan daripada segi disiplin parti kita perlu patuh. Inilah keputusan yang kita pegang sehinggalah pilihan raya.
“Ia jelas daripada segi kerajaan, menteri dan Ahli Parlimen kita yang berada di dalam kerajaan hari ini terus menyokong kerajaan sehingga pilihan raya,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini, lapor BH Online.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Pertahanan) turut mengulangi ketetapan yang diputuskan MKT untuk kekal dan fokus menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, perkara itu termasuk berkaitan lambang parti yang mana akan digunakan iaitu lambang Barisan Nasional (BN) selain No PKR, No DAP.
“Maknanya walaupun kita dengan Muafakat Nasional (MN) atau sebagainya kita akan menggunapakai lambang BN.
Keduanya ‘No PKR, No Dap’. Ini juga keputusan MKT dan hari ini ditekankan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataanya menyatakan UMNO tidak akan berunding dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya dan saya kira pun selepas pilihan raya mungkin itulah keputusan kita.
“Ketiganya keputusan MKT meneruskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan terus menyokong sehingga pilihan raya. Itu jelas dari segi kerajaan.
Pada masa yang sama, beliau turut menggesa dan berharap ahli parti tidak cepat melatah sebaliknya kekal tenang kerana banyak pihak mahu melihat UMNO berpecah yang akhirnya tidak menguntungkan parti untuk bergerak ke depan.
“Saya harap kita kena bertenang sebab ramai pihak yang mahu melihat UMNO ini berpecah. Keluar satu berita yang tidak berapa jelas kebenarannya kita dah bergaduh… kita tuduh orang sana… kita tuduh orang sini… kita petik nama orang sana… kita petik nama orang ini… ini tidak menguntungkan parti.
“Sekarang ini fokus parti untuk menghadapi pilihan raya sebenarnya. Sebab itu Biro Latihan dan Pekaderan yang dipertanggungjawabkan kepada saya… kita buat latihan pekaderan Bangkit 15… ,” katanya
Beliau turut menggesa ahli parti melupakan cerita yang tidak membawa faedah serta manfaat untuk UMNO kerana sudah pasti fokus parti adalah untuk menghadapi pilihan raya umum.
“Sebab itu kita bersiap sedia dan mempersiagakan diri. Buat masa ini kita kurangkan terpengaruh dengan berita-berita yang tidak memberi manfaat kepada UMNO dan akhirnya tumpuan kita lari daripada fokus sebenar.
Tumpuan sebenar adalah memperkukuhkan parti untuk menang pilihan raya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMPIN – Warga emas yang hilang sejak Sabtu lalu ditemui oleh seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan belukar tepi jalan simpang Desa Permai, Batu 4 Jalan Tampin-Gemas, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa, Che Som Ibrahim, 69, ditemui ketika pekerja lelaki berkenaan yang ingin melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab, sebaik ditemui, lelaki berkenaan segera menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk tindakan selanjutnya.
“Mangsa ditemui di dalam kawasan semak belukar terbaring tidak bermaya, namun dalam keadaan sedarkan diri.
“Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tampin oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.
Sementara itu, menantu mangsa, Abdul Halem Samsuddin, 31, ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp meluahkan kesyukuran ibu mertuanya telah ditemui.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!